refleksi semasa pertandingan nyanyian solo

Upload: david-ling

Post on 03-Jun-2018

317 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Refleksi Semasa Pertandingan Nyanyian Solo

    1/2

    REFLEKSI SEMASA PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

    Pada hari Ahad malam yang lalu, saya telah membuat pemerhatian dan

    penilaian pada persembahan para peserta pertandingan nyanyian solo. Pertandinganini diadakan dengan bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili Institut

    Pendidikan Guru Kampus Tawau ke KAGUM dalam pertandingan Nyanyian Solo. Oleh

    itu, saya telah diminta membuat penilaian persembahan pada malam ini sebagai latihan

    dan praktikal penilaian yang amat berguna pada saya kelak.

    Walaupun saya hanya hadir pada pusingan kedua persembahan, tapi saya tetap

    berusaha untuk membuat satu penilaian yang saya harap ia dapat membantu saya

    lebih memahami muzik itu sendiri. Mujurlah saya telah dibantu oleh senior saya, Muaz

    bin Abdul Gaffar dalam membuat penilaian pada malam itu. Saya telah membuat

    penilaian pada aspek vokal, muzik atau tempo dan kreativiti persembahan termasuklah

    pemilihan pakaian para peserta.

    Keputusan juri pada malam itu menepati jangkaan saya, iaitu Mohd Firdaus telah

    menjadi juara dan akan mewakili IPG ke pertandingan KAGUM nanti. Antara sebab dia

    dapat menjadi juara pada malam ini ialah kerana semua aspek yang saya senaraikan,

    dia mendapat markah yang tinggi. Pada aspek vokalnya, dia menyanyi dengan

    ketepatan pitchingyang sangat baik, sebutan lirik lagunya juga adalah jelas, manakalakualiti ton suaranya juga agak baik. Selain tiu, dia juga dapat mencapai notelagu tinggi

    dengan baik. Selain itu, pada aspek tempo, vokal nyanyiannya serasi dengan muzik

    iringan dan menyanyi dengan ketepatan introdan outroyang baik. Manakala, dari segi

    kreativiti, dia telah menunjukkan ekspresi dan penghayatan lagu dengan sangat baik.

    Persembahan dia juga dinamik dan menggunakan prop iaitu pakaian yang sesuai.

    Bagi pandangan saya, peserta yang dapat tempat kedua adalah Mohd Izwan.

    Dia mempunyai vokal yang baik, sebutan lirik yang jelas dan kualiti ton suara yang baik,

    dan menyanyi mengikut tempo. Namun, antara faktor dia tidak dapat menjadi juara

    ialah kekurangan pada ekspresi dan penghayatan lagu yang dibawa dan persembahan

    yang bersahaja. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan masa untuk dia berlatih.

    Manakala tempat ketiga ialah Mohd. Fazli. Walaupun dia merupakan penyanyi di IPG

    Tawau ini, namun persembahan dia pada malam ini agak tidak seperti biasa. Sebutan

    liriknya kurang jelas sedikit dan markah untuk tempo juga kurang daripada Mohd,

  • 8/12/2019 Refleksi Semasa Pertandingan Nyanyian Solo

    2/2

    Firdaus. Mungkin disebabkan faktor masa yang singkat untuk dia berlatih, maka dia

    kurang menunjukkan penghayatan pada nyanyiannya.

    Akhir kata, saya rasa bersyukur kerana dapat melaksanakan satu praktikal padamalam ini dan saya ingin mngucapkan terima kasih kepada Madam Anna dan saudara

    Muaz kerana banyak memberikan input kepada saya tentang pengadilan dan penilaian

    sesebuah persembahan nyanyian.