refleksi-semantik

4
REFLEKSI Nama: Nasyirin Fadilah Binti MOhd Yassin No. K/P : 910111086402 Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu (BMM3111) ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Nur Izzati Binti Syukri @ Md. Nor dan Wan Nur Aida Sakinah Binti Wan Jusoh walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian kerana sedang menjalani amalan profesional praltikum fasa kedua. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah dalam bahasa Melayu. Meskipun pembahagian tugas telah dilakukan di peringkat awal tugasan, kami tetap bergerak

Upload: nasyirin-fadilah

Post on 27-Oct-2015

278 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi-semantik

REFLEKSI

Nama: Nasyirin Fadilah Binti MOhd Yassin

No. K/P : 910111086402

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-

Nya saya dapat menyiapkan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

(BMM3111) ini dengan baik bersama rakan saya iaitu Nur Izzati Binti Syukri @ Md.

Nor dan Wan Nur Aida Sakinah Binti Wan Jusoh walaupun dibatasi masa yang

terhad lantaran kesibukan tugas seharian kerana sedang menjalani amalan

profesional praltikum fasa kedua.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik

dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar

untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya

berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana

pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu

amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu

pengetahuan mengenai semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya

meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran dan

halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan

yang terbaik bersama ahli kumpulan saya, bermula dengan mencari nota yang

berkaitan dan seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan

istilah dalam bahasa Melayu. Meskipun pembahagian tugas telah dilakukan di

peringkat awal tugasan, kami tetap bergerak secara berkumpulan bagi mencari

maklumat dan perbincangan sentiasa diadakan bersama-sama agar beban kerja

dapat dipermudahkan. Sesungguhnya, bagi mengenalpasti dan menjelaskan

tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam Bahasa Melayu serta

mengadakan pengajaran bagi satu isu semantik bukanlah suatu perkara yang

mudah. Sekiranya, perbincangan tidak dijalankan mustahil bagi saya

melaksanakannya sehingga selesai.

Page 2: refleksi-semantik

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang

semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi

maklumat-maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa

Dewan dan sumber-sumber dari internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya

lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini

terutamanya teknik pengajaran bahasa akan dapat membantu saya dalam

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat

yang lebih tinggi.

Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang tidak terlepas dari erti atau

makna pada setiap perkataan yang diucapkan. Dapatan daya daripada tugasan ini adalah,

semantik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan linguistik.

Dalam semantik juga kita boleh mengenal apakah yang disebut klasifikasi makna, relasi

makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Selain itu,

semantik juga merupakan subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu

makna kata dan makna kalimat. Oleh itu, ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk

memantapkan lai ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya

sebagai seorang bakal guru major dalam bahasa Melayu.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang

disenaraikan untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan

pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa

Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang

makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat.Manakala istilah pula

merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang

menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan

sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna

dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini . Sebagai seorang pendidik,

ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik

darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: refleksi-semantik

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Habibah Binti Mohd Samin yang telah

banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan

tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu

sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan

ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan

piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.