refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran

Upload: halimatunsr-ramli

Post on 10-Jan-2016

1.033 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

P&P

TRANSCRIPT

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMINGGU : PERTAMA TARIKH : 11 OGOS 2015

REFLEKSI MINGGU PERTAMAPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melangkah masuk ke dalam kelas dengan tenang dan yakin akan membantu menjayakan proses P&P dengan penuh keyakinan..

Saya melangkah masuk ke dalam kelas 4 Arif dengan langkahan kaki kanan semoga apa yang ingin saya curahkan dan laksanakan berjalan dengan baik dan murid-murid mendapat manfaat dari apa yang saya sampaikan.Ssaya mulakan pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan set induksi. Hari ini saya telah mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4 dengan tajuk Sifat Bahan Bahan Konduktor dan Penebat Elektrik.

Dalam set induksi saya bersoal jawab dengan murid serta murid dapat memberikan respon yang baik bagi setiap solan yang dikemukakan.Murid dapat berkomunikasi dengan baik.Murid dapat menyatakan objek yang terdapat disekeliling mereka. Kemahiran pengajaran adalah penting dalamsesi pengajaran dan pembelajaran. Set Induksi atau permulaan ialah kemahiran menyediakan atau meletakkan idea-idea kepada murid-murid. Saya perlu memandu murid ke arah tujuan dan membuat perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu atau pengetahuan sedia ada murid-murid.

Dalam memulakan pengajaran bagi tajuk Sifat Bahan, saya telah menyediakan beberapa slaid powerpoint yang saya harap dapat menarik perhatian dan secara tidak langsung membuat perkaitan dengan tajuk yang saya ajar. Berusaha sepenuhnya bertindak sebagai pemudah cara dengan mengajukan beberapa soalan-soalan agar murid dapat memberikan idea-idea yang bernas dan jawapan tentang persoalan yang saya ajukan. Mendengar kepada jawapan murid, ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki. Masa yang saya gunakanuntuk pengajaran memenuhi kriteria masa yang telah ditetapkan dalam kemahiran pengajaran.Saya meneruskan pengajaran dengan latihan interaktif yang sangat menarik minat murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Akhir pengajaran dengan tayangan video sifat bahan.

2.0KEKUATAN

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan teratur. Empat komponen utama yang perlu ada dalam kemahiran set induksi dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya iaitu menarik perhatian, membangkitkan pemikiran, menstuktur kandungan dan membuat cantuman pengajaran. Dalam kemahiran pengajaran juga adalah untuk mengukuhkan pendekatan guru mengenai pelajaran yang ingin diajar, mengenal pasti kemahiran yang diperlu perbaiki, meningkatkan kefahaman guru bagai pelbagai gaya pengajaran yang berkesan disamping menerima maklum balas yang berkesan hasil pengajaran.

2.1Menarik Perhatian MuridDalam menarik perhatian murid, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar. Disamping itu juga komunikasi dua hala antara guru dan murid dapat dirasai. Kepelbagaian nada suara adalah penting untuk menegaskan sesuatu perkara dan memberi ingatan kepada murid isi penting pelajaran.

2.2Penggunaan Bahan PengajaranDalam mencungkil ide-idea daripada murid-murid mengenai bahan yang disediakan saya juga menggunakan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan mendengar idea-idea yang disuarakan oleh murid. Sebagai contoh apabila seorang murid saya menyatakan pendapat dengan suara yang agak pelahan dan samar-samar, saya dekati murid tersebut dan menyebut semula idea yang disampaikan olehnya.Menggunakan bahan-bahan media dan teknologi yakni sebagai alat bantu mengajar yang saya, dapat membantu saya dalam membuat perkaitan. Peralatan ini saya gunakan dalam membandingkan fungsi bahan-bahan. Mendengar kepada setiap idea-idea yang diberikan oleh murid, saya merasa amat gembira.

3.0KELEMAHAN Setiap pengajaran yang berlaku itu pasti ada kelemahannya, tidak kira ia kecil atau besar, memberi kesan ataupun tidak, sama ada kita sedari ataupun tanpa kita sedari.4.0LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN

Setiap permasalahan pasti ada penyeleaiannya, oleh itu setiap kekurangan dan kelemahan semasa proses pengajaran perlu di atasi dengan usaha berterusan memperbaiki dan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran ini, beberapa cadangan dan tindakan perlu diambil dan dilaksanakan serta merta agar saya dan murid mendapat manfaatnya.REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMINGGU : KEDUATARIKH : 18 OGOS 2015REFLEKSI MINGGU KEDUAPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu ini permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai induksi set saya mempamerkan objek dan bersoal jawab berkaiatan objek yang ditunjukkan.Tajuk hari ini ialah Sifat Bahan Bahan Konduktor dan Penebat Elektrik.Seterusnya saya membanhagikan murid dalam kumpulan kecil untuk menjalankan penyiasatan dengan kad tugasan. Saya memberikan murid masa untuk membaca tugas yang diberikan. Saya memberikan arahan ringkas seterusnya murid menjalankan penyiasatan. Akhirnya murid merekodkan hasil dapatan.Berikutnya sebagai tugasan , saya mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyiapkan.Pembentangan jawapan oleh murid dan meminta murid merumuskan isi pelajaran.Saya akhir sesi pembelajaran hari ini dengan nyanyian lagu dan saya melihat murid saya seronok dengan pengajaran hari ini. Objek pembelajaran tercapai.

2.0KEKUATANSemuanya berjalan dengan baik dan teratur. Empat komponen utama yang perlu ada dalam kemahiran set induksi dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya iaitu menarik perhatian, membangkitkan pemikiran, menstuktur kandungan dan membuat cantuman pengajaran. Dalam kemahiran pengajaran juga adalah untuk mengukuhkan pendekatan guru mengenai pelajaran yang ingin diajar, mengenal pasti kemahiran yang diperlu perbaiki, meningkatkan kefahaman guru bagai pelbagai gaya pengajaran yang berkesan disamping menerima maklum balas yang berkesan hasil pengajaran.

2.1Menarik Perhatian MuridDalam menarik perhatian murid, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar. Disamping itu juga nayanyian lagu dapat menaikan semangat murid dan mereka berasa seronok belajar pada hari ini.

2.2Penggunaan Bahan PengajaranDalam mencungkil idea daripada murid-murid mengenai bahan yang disediakan saya juga menggunakan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan mendengar idea-idea yang disuarakan oleh murid. Sebagai contoh apabila seorang murid saya menyatakan pendapat meminta murid lain memberikan perhatian dan tumpuan.Menggunakan bahan-bahan media dan teknologi yakni sebagai alat bantu mengajar yang saya, dapat membantu saya dalam membuat perkaitan. Peralatan ini saya gunakan dalam dalam penyiasatan menarik minat murid dan mereka akan memahami dengan mudah. Aktiviti hand on sangat sesuai dalam topic ini.3.0KELEMAHAN Setiap pengajaran yang berlaku itu pasti ada kelemahannya, tidak kira ia kecil atau besar, memberi kesan ataupun tidak, sama ada kita sedari ataupun tanpa kita sedari.4.0LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN

Setiap permasalahan pasti ada penyeleaiannya, oleh itu setiap kekurangan dan kelemahan semasa proses pengajaran perlu di atasi dengan usaha berterusan memperbaiki dan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran ini, beberapa cadangan dan tindakan perlu diambil dan dilaksanakan serta merta agar saya dan murid mendapat manfaatnya.

REFLEKSI SELEPAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMINGGU : KETIGATARIKH : 25 OGOS 2015REFLEKSI MINGGU KETIGAPROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Hari Ini saya memulakan sesi pengajaran dan pembejaran dengan menyatakan objek yang terdapat disekililng murid. Murid bersoal jawab berkaitan objek.Saya meminta setiap murid menyatakan objek. Murid juga bersoal jawab serta memberikan pendapat masing-masing. Ini menjadikan pemikiran murid lebih terbuka dan bercambah.Murid berlumba-lumba memberikan pendapat dan meminta murid lain memberikan ulasan. Langkah kedua sesi pengajaran dan pembelajaran saya meminta murid mengenalpasti bahan konduktor dan penebat elektrik serta mengedar objek yang diperlukan. Murid mengelaskan objek tersebut mengikut kumpulannya.

Seterusnya saya membanhagikan murid dalam kumpulan kecil untuk menjalankan penyiasatan dengan kad tugasan. Saya memberikan murid masa untuk membaca tugas yang diberikan. Saya memberikan arahan ringkas seterusnya murid menjalankan penyiasatan. Akhirnya murid merekodkan hasil dapatan.Berikutnya sebagai tugasan , saya mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyiapkan.Pembentangan jawapan oleh murid dan meminta murid merumuskan isi pelajaran.Langkah seterusnya saya mengadakan sesi perbincangan dan meminta murid melakar peta minda .Saya akhir sesi pembelajaran hari ini saya meminta murid membuat rumusan. Saya juga memberikan rumusan ringkas keseluruhan isi pelajaran.

2.0KEKUATANSemuanya berjalan dengan baik dan teratur. Empat komponen utama yang perlu ada dalam kemahiran set induksi dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya iaitu menarik perhatian, membangkitkan pemikiran, menstuktur kandungan dan membuat cantuman pengajaran. Dalam kemahiran pengajaran juga adalah untuk mengukuhkan pendekatan guru mengenai pelajaran yang ingin diajar, mengenal pasti kemahiran yang diperlu perbaiki, meningkatkan kefahaman guru bagai pelbagai gaya pengajaran yang berkesan disamping menerima maklum balas yang berkesan hasil pengajaran.

2.1Menarik Perhatian MuridDalam menarik perhatian murid, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar. Objek maujud yang terdapat di dalam bilik sains dan meminta murid mengujinya sangat menarik minat murid untuk menerokan bahan disekelliling mereka.

2.2Penggunaan Bahan PengajaranDalam mencungkil idea daripada murid-murid mengenai bahan yang disediakan saya juga menggunakan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan mendengar idea-idea yang disuarakan oleh murid. Sebagai contoh apabila seorang murid saya menyatakan pendapat meminta murid lain memberikan perhatian dan tumpuan.Menggunakan bahan-bahan media dan teknologi yakni sebagai alat bantu mengajar yang saya, dapat membantu saya dalam membuat perkaitan. Peralatan ini saya gunakan dalam dalam penyiasatan menarik minat murid dan mereka akan memahami dengan mudah. Aktiviti hands on sangat sesuai dalam topik ini.3.0KELEMAHAN Setiap pengajaran yang berlaku itu pasti ada kelemahannya, tidak kira ia kecil atau besar, memberi kesan ataupun tidak, sama ada kita sedari ataupun tanpa kita sedari.4.0LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya, oleh itu setiap kekurangan dan kelemahan semasa proses pengajaran perlu di atasi dengan usaha berterusan memperbaiki dan terus memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran ini, beberapa cadangan dan tindakan perlu diambil dan dilaksanakan serta merta agar saya dan murid mendapat manfaatnya.

6