refleksi p.seni

3
REFLEKSI KENDIRI Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi subjek WAJ 3073 Seni Dalam endidikan! "erima kasih juga kepada ensyarah saya #n$ik %uhamad Ali bin &akaria yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini! ada a'alnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu $abaran kepada saya! Ini disebabkan guru seper saya menghadapi kekangan masa untuk melukis dan me'arna p(ster tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tajuk yang diberikan! Saya telah membuat satu lakaran dan lukisan mural berdasarkan pendekatan bertemakan Sukan dan Permainan ! Saya memilih tema ini untuk dilukiskan di dinding sek(lah! Saya mendapat idea untuk memilih tema ini apabila melihat senari( negar kita yang amat meminati bidang sukan! Sukan yang menjadi tarikan rakyat %alaysia ialah b(la sepak) badmint(n) s*uash) renang dan banyak lagi! Aksi-aksi yang mena dari t(k(h-t(k(h sukan ini memberi idea kepada saya untuk dihasilkan dalam bentu lukisan mural! %inat saya terhadap sukan dan seni akan saya gabungkan menjadi sebuah lukisan mural yang akan bukan sekadar $antik tetapi b(leh mem(ti+asikan pelajar-pelajar saya! Saya telah mengumpul gambar bintang-bintang sukan yang terkenal di %alaysia seperti Dat( ,ee h(ng Wei dan Dat( Ni$(l untuk melukis gam aksi mereka! .idang men$(rak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan! /reati+iti dan imagin tinggi amat perlu semasa melukis gambar aksi sukan agar bersesuaian dengan tema yang dipilih! Selain itu) saya juga mengalami kesukaran untuk membeli peralatan lukisan! /ertas .3 hanya dapat dibeli di sebuah kedai sukan di .andar 1i+ersiti Seri Iska Setelah bahan men$ukupi) saya memulakan pr(jek melakar! Semasa pr(ses me'arna) saya mengambil masa melebihi seminggu kerana kekangan masa!Syukur Alhamdulillah) akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan tepat pada masanya! "uga kali ini begitu men$abar kerana saya telah lama tidak melukis dan membuat p(ster sejak meninggal ka'asan %aktab erguruan erempuan %elayu) di %elaka! Apabila

Upload: syahrulsksk

Post on 07-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRIJutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan bagi subjek WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan. Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Encik Muhamad Ali bin Zakaria yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan guru seperti saya menghadapi kekangan masa untuk melukis dan mewarna poster tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tajuk yang diberikan. Saya telah membuat satu lakaran dan lukisan mural berdasarkan pendekatan bertemakan Sukan dan Permainan. Saya memilih tema ini untuk dilukiskan di dinding sekolah. Saya mendapat idea untuk memilih tema ini apabila melihat senario negara kita yang amat meminati bidang sukan. Sukan yang menjadi tarikan rakyat Malaysia ialah bola sepak, badminton, squash, renang dan banyak lagi. Aksi-aksi yang menarik dari tokoh-tokoh sukan ini memberi idea kepada saya untuk dihasilkan dalam bentuk lukisan mural. Minat saya terhadap sukan dan seni akan saya gabungkan menjadi sebuah lukisan mural yang akan bukan sekadar cantik tetapi boleh memotivasikan pelajar-pelajar saya. Saya telah mengumpul gambar bintang-bintang sukan yang terkenal di Malaysia seperti Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol untuk melukis gambar aksi mereka. Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Kreativiti dan imaginatif yang tinggi amat perlu semasa melukis gambar aksi sukan agar bersesuaian dengan tema yang dipilih. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran untuk membeli peralatan lukisan. Kertas B3 hanya dapat dibeli di sebuah kedai sukan di Bandar Uiversiti Seri Iskandar. Setelah bahan mencukupi, saya memulakan projek melakar. Semasa proses mewarna, saya mengambil masa melebihi seminggu kerana kekangan masa.Syukur Alhamdulillah, akhirnya tugasan ini dapat saya siapkan tepat pada masanya. Tugasan kali ini begitu mencabar kerana saya telah lama tidak melukis dan membuat poster sejak meninggal kawasan Maktab Perguruan Perempuan Melayu, di Melaka. Apabila saya melukis, ianya mengingatkan pengalaman yang dikutip di Kelab Seni IPG Kampus Melaka.

Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah proses memulakan tugasan ini saya agak sukar kerana memilih tema yang bersesuaian. Keadaan ini memerlukan banyak pencarian dan pemahaman terhadap tugasan ini. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori perlu difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang lukisan mural. Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mural. Sebelum ini saya tidak mengetahui untuk membezakan penggunaan antara warna lukisan mural dengan warna air. Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Tugasan ini juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah di manipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidak ada kesedaran tentang itu. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Disediakan oleh:

..RAUDHAH BT ALIAS@ AHMAD SHAARI (680130-08-5754)BM02