refleksi pertandingan permainan tradisional

Upload: lia-nadeshiko

Post on 03-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    1/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    REFLEKSI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

    NAMA : AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE

    NO. K/P : 9101908-08-5888

    Pada 12 Mac 2013 bersamaan dengan hari Selasa, seramai 19 orang pelatih

    guru tahun 3 Pengajian Melayu Semester 5 Ambilan Januari 2011 bersama dengan

    pensyarah pembimbing bagi subjek PJM 3112 iaitu encik Syed Ameer Ali bin Rahaman,

    telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Dato Kramat Jalan Perak, Pulau Pinang. Tujuan

    utama pelaksanaan pertandingan ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan

    kursus pengurusan dan pentadbiram Pendidikan Jasmani dan Sukan PJM3112.

    Pelaksanaan permainan tradisional ini juga dapat membantu dalam memberikan

    satu gambaran dan sudut perspektif baru kepada pelatih guru dalam membangkitkan

    warisan tradisi nenek moyang kepada pelajar-pelajar yang hidup dalam zaman yang

    berbeza dari aspek cara hidup dan sosibudaya. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat

    melatih dan memberi pendedahan awal kepada pelajar guru mengenai pengurusan

    dan pengelolaan sesuatu pertandingan. Pendedahan ini dapat membantu pelajar-

    pelajar guru dalam mempersiapkan diri dalam memikul tanggungjawab dalam hal-hal

    berkaitan dengan pengurusan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani dan

    sukan di sekolah pada masa akan datang.

    Sepanjang melaksanakan tugasan pengurusan lawatan ini, saya mendapati

    ianya bukanlah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan. Pelbagai perkara telah

    diambil kira terutamanya dalam penetapan tempat dan tarikh pertandingan agar tidakbertindih dengan aktiviti yang telah terkandung dalam takwim institut. Pembentukkan

    jawatan kuasa lawatan bagi sedit sebanyak membantu dalam pengurusan yang lebih

    sistematik dan efisyen kerana masing-masing memainkan peranan mereka dan

    kesannya kerja yang telah dirancang bergerak seperti yang dikehendaki. Alhamdulillah,

    saya berasa bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan memberikan

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    2/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pertandingan ini dengan begitu baik dan

    lancar sekali.

    Pengalaman melaksanakan pertandingan ini telah membuka peluang saya untuk

    memantapkan diri saya bukan sahaja dari aspek pengurusan semata-mata, malah

    ianya juga telah berjaya membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi

    saya. Hal ini boleh dijelaskan apabila saya sendiri dikehendaki melakukan interaksi

    bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan, sebaliknya ia juga telah membuka peluang

    kepada saya untuk membuat interaksi dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan

    Dato Kramat apabila melaksanakan pertandingan permainan tradisional tersebut.

    Sebagai contoh adalah ketika saya menjadi AJK dalam menjaga stesyen

    permainan ikat kaki, saya dikehendaki menerangkan peraturan permainan kepada

    murid-murid dan bagi saya penerangan yang diberikan hendakah ringkas dan mudah

    difahami oleh murid-murid. Saya juga melakukan komunikasi dua hala dengan

    membuka peluang kepada murid-murid untuk bertanyakan soalan sekiranya tidak

    faham tentang peraturan yang telah dijelaskan. Keadaan tersebut telah membuatkan

    saya berfikir bahawa komunikasi adalah satu kemahiran yang sangat penting kepada

    guru, terutmanya dalam menyampaikan atau menerangkan sesuatu agar ilmu yang

    ingin disampaikan kepada murid dapat memberi kesan kepada murid-murid.

    Sepanjang melaksanakan projek ini, tidak kiralah sama ada sebelum, semasa

    dan selepas pertandingan permainan tradisional, saya mendapati tugasan yang telah

    diberikan ini telah membantu dalam mengeratkan ikatan ukhwah dalam kalangan

    pelajar guru Tahun 3 Pengajian Melayu. Hal ini kerana, semasa sesi perbincangan

    dijalankan dalam kalangan kami, masing-masing berkongsi pendapat dan idea dalam

    menyelesaikan masalah yang dihadapi. Perbincangan yang dijalankankan bukan

    sahaja membantu dalam menjayakan projek ini dengan begitu lancar, sebaliknya ia

    juga mengukuhkan hubungan antara kami.

    Kerjasama erat dalam satu organisasi pasti akan menjamin kecemerlangan

    dalam pelaksanaan dan Alhamdulillah segala berkat usaha dan kerjasama yang

    ditonjolkan serta komitmen yang tinggi dalam kalangan ahli jawatan kuasa telah

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    3/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    menjadikan perjalanan projek ini dilaksanakan dengan begitu lancar sekali ketika

    dilaksanakan di sekolah Kebangsaan Dato Kramat. Keadaan ini jelas memperlihatkan

    kepentingan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam ahli jawatan kuasa sesuatu

    organisasi sebenarnya memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatumatlamat yang dirancang bersama, terutamanya dalam organisasi sekolah.

    Pengalaman melaksanakan projek ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran

    dalam melaksanakan tugasan, terutamanya berkenaan dengan pengurusan yang mana

    ia memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan untuk berurusan dengan pihak-pihak luar

    yang berkaitan. Hasil kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Dato Keramat dan Institut

    Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah memberikan peluang kepada saya

    bersama-sama dengan rakan-rakan untuk memenuhi tuntutan tugasan di sampingmembina hubungan dua erat antara organisasi sekolah dan pihak institut. Penerimaan

    pihak sekolah dengan sambutan yang baik dan terbuka di samping kerjasama yang

    diberikan oleh mereka sama ada dalam kalangan guru-guru mahupun murid telah

    menjadikan hasil usaha saya dan rakan-rakan tampak menyerlah.

    Pelaksanaan pertandingan ini sebenarnya merupakan satu pendedahan yang

    bukan sahaja memberi keuntungan kepada pihak saya dan rakan-rakan, malah

    sebenarnya ianya juga satu pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam

    mengenali permainan yang telah diwarisi oleh datuk nenek moyang mereka. Hal ini

    kerana ada dalam kalangan pelajar itu sendiri tidak pernah bermain permainan

    tradisional, maka dengan melaksanakan pertandingan ini, sedikit sebanyak ianya

    memberi pendedahan kepada murid-murid di SKDK dalam memberikan mereka

    pengalaman untuk bermain permainan tradisional dalam setiap stesyen yang telah

    disediakan. Pelaksanaan permainan ini bukan sahaja dapat menghidupkan semula

    permainan tinggalan nenek moyang, malah ianya satu tradisi yang harus sentiasa

    dikekalkan agar permainan ini tidak lapuk ditelan zaman agar nilai-nilai permainan ini

    akan sentiasa terpelihara dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

    Disebalik kekuatan yang dirasai, terselit juga cabaran yang telah dihadapi oleh

    saya dan rakan-rakan sepanjang melaksanakan pengurusan dan pengelolaan

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    4/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    permainan tradisional. Masalah utama yang dihadapi adalah berkenaan dengan

    pemilihan tempat yang sesuai yang mana majoriti dalam kalangan rakan-rakan saya

    mempunyai kecenderungan untuk memilih kawasan institut sebagai lokasi untuk

    melaksanakan projek ini. Hal ini kerana bagi pandangan saya dengan melaksanakanpermainan tradisonal di institut, saya percaya ianya dapat menjimatkan masa, kurang

    menggunakan masa untuk berhubung dengan pihak luar dan kerja akan menjadi lebih

    mudah kerana saya dan rakan-rakan sendiri mempunyai komitmen yang lain yang perlu

    diuruskan.

    Namun begitu, oleh kerana terdapat beberapa permasalahan yang telah

    dihadapi, sesi mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan projek permainan

    tradisional ini di luar kawasan institut, iaitu di sebuah sekolah. Keputusan yang telahdiambil ini agak mengecewakan namun saya perlu akur. Sesi mesyuarat yang

    seterusnya telah dijalankan bagi mengenal pasti tempat yang sesuai untuk

    melaksanakan projek permainan tradisional ini dan akhirnya lokasi yang dipilih adalah

    sekolah kebangsaan Dato Keramat. Walaupun pada mulanya saya berasa agak

    tertekan kerana pengurusan untuk berhubung dengan pihak luar bukanlah sesuatu

    perkara yang mudah untuk dilaksanakan, namun saya percaya setiap kesusahan yang

    dihadapi merupakan satu peluang untuk mempelajari perkara baharu dalam kehidupan.

    Sebagai seorang bakal guru, saya sendiri perlu sedar bahawa setiap kesusahan itu

    perlu difikir daripada sudut yang lebih positif agar sesuatu yang dirancangan dan

    dilaksanakan dapat dilakukan dengan lebih baik dan efektif. Hal ini kerana saya

    percaya persepsi negatif merupakan penghalang kepada tindakkan yang lebih baik.

    Oleh kerana pengurusan projek pertandingan permainan tradisional ini

    memerlukan pihak kami berhubung dan mendapat pengesahan dengan pihak

    pentadbir, ianya telah mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan

    pengesahan. Keadaan ini memberi kesan kepada pihak saya dan rakan-rakan dalam

    menyelesaikan tugasan dan menyebabkan pihak kami sering kali melakukan

    penangguhan kerana mempunyai masalah untuk memilih tarikh yang sesuai. Bagi saya,

    walaupun pada hakikatnya ianya telah banyak membuang masa, namun tindakkan bijak

    dalam kalangan ahli jawatankuasa adalah mereka sentiasa melakukan perancangan

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    5/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    awal, iaitu merancangan dan memilih terlebih dahulu aktiviti permainan tradisional yang

    ingin dilaksanakan. Jenis-jenis permainan telah dipilih di samping menetapkan

    peraturan permainan bagi setiap AJK yang menjaga stesyen mereka.

    Kelemahan yang dialami semasa melakukan aktiviti permainan tradisional ini

    pula ialah semasa persiapan tempat, saya sebagai ketua bagi stesyen permainan ikat

    kaki, masalah yang saya hadapi adalah dalam penetapan masa dan lokasi kawasan

    bagi permainan ini. Hal ini kerana saya sendiri tidak dapat membayangkan lokasi

    permainan pada awalnya kerana berkemungkinan permainan ini akan diadakan di

    lokasi yang bersimen atau mungkin di padang. Penentuan lokasi ini menjadikan saya

    sukar untuk menentukan alatan yang sesuai untuk membuat garisan atau penanda

    sama ada mahu menggunakan tepung atau pita pelekat putih. Bukan itu sahaja, saya

    juga terpaksa membuat beberapa kali perubahan dalam perancangan permainan

    apabila mendapat kritikan daripada pensyarah pembimbing dan perubahan di saat-saat

    akhir semasa hari program permainan tradisional dilaksanakan. Masalah menjadi

    semakin rumit apabila bahan yang dirancang seperti tepung untuk digunakan bagi

    membuat garisan hampir habis kerana terdapat beberapa stesyen lain juga turut

    menggunakan tepung.

    Masalah-masalah ini saya cuba atasi dengan banyak membuat beberapa

    perancangan sekiranya berlaku sesuatu yang diluar kawalan. Antaranya adalah saya

    telah berbincang dengan ahli jawatan kuasa peralatan untuk menyediakan tepung dan

    pita pelekat putih untuk membuat garisan di atas padang. Bagi masalah masa dan

    giliran pelajar pula, saya mengambil pendapat pensyarah dan mengubah mengikut logik

    masa yang dikehendaki oleh pelajar untuk membuat pusingan secara bergilir-gilir. Bagi

    masalah berikutnya, yang mana saya baharu sahaja dimaklumkan bahawa hanya satu

    kumpulan bagi setiap stesyen, maka saya terus membuat keputusan secaraad-hoc

    untuk membuat perubahan dalam stesyen, terutamanya daripada dua kolum garisan

    kepada satu kolum garisan bagi murid-murid untuk berlari dalam permainan tersebut.

    Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman dan

    pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan, sama ada sebelum, semasa,

  • 7/29/2019 Refleksi Pertandingan Permainan Tradisional

    6/6

    PJM 3112 :PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 2013

    mahupun lepas pertandingan permainan tradisional. Pelaksanaan pengurusan dan

    pengelolaan pertandingan ini telah mengajar saya perihal pengurusan yang perlu

    dilakukan oleh ahli jawatan kuasa dalam penghasilan kertas kerja, mesyuarat antara

    ahli jawatan kuasa, minit mensyuarat dan lain-lain lagi. Kesemua pendedahan inimerupakan satu kelebihan kepada saya dan pelajar guru yang lain dalam menghadapi

    cabaran sebagai guru ketika menjawat dalam posisi sebagai guru tetap pada masa

    akan datang. Tidak dinafikan juga ilmu yang telah diperolehi semasa melaksanakan

    pertandingan tersebut. Pelaksanaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah membantu

    saya dalam mendapatkan gambaran sebenar nilai pengurusan apabila menjadi guru,

    iaitu situasi penguruskan sesuatu semasa belajar adalah berbeza semasa bekerja dan

    perkara itulah yang perlu saya fahami iaitu situasi sebenar alam pekerjaan semasa

    menjadi guru pada masa akan datang. Oleh itu saya mengharapkan segala yang telah

    saya pelajari daripada pengurusan pertandingan ini sedikit sebanyak membantu saya

    dalam menguruskan sesuatu aktiviti dengan lebih baik pada masa akan datang.

    .