refleksi permainan tradisional bgrrg3

8
REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya program sukan mini yang dianjurkan oleh kami unit J18 berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Program sukan mini ini diadakan pada hari khamis dan disaksikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu encik Sabri Tan dan encik Wahid. Galah Panjang Saya dan kumpulan saya iaitu Naseef, Azim dan Naseri telah bertanggungjawab merancang dan mengelola permainan galah panjang ini. Saya dan kumpulan saya telah membuat kajian dan belajar tentang cara permainan dijalankan dan undang- undang permainan tersebut. Galah panjang adalah sejen is permainan t radisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah. Kumpulan saya telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menambah kotak di belakang kerana pertambahan pemain yang bermainan permainan ini. Dalam permainan yang saya rancang, kami telah pecahkan kumpulan J18 kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Setiap kumpulan lelaki dan wanita pula dipecahkan dua kumpulan lagi. Hal ini kerana sebuah kumpulan akan bertahan dan sebuah kumpulan lagi akan menyerang dengan cuba melepasi halangan kumpulan yang berjaga. Setiap ahli kumpulan yang berjaya melepasi halangan tersebut dan berpatah balik tanpa disentuh akan diberi 1 mata. Setiap kumpulan akan bertukar giliran apabila semua ahli yang menyerang telah terkeluar kerana disentuh

Upload: zulfazdli-hisyam

Post on 04-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya program

sukan mini yang dianjurkan oleh kami unit J18 berjaya dilangsungkan dengan

jayanya. Program sukan mini ini diadakan pada hari khamis dan disaksikan oleh

pensyarah pembimbing kami iaitu encik Sabri Tan dan encik Wahid.

Galah Panjang

Saya dan kumpulan saya iaitu Naseef, Azim dan Naseri telah

bertanggungjawab merancang dan mengelola permainan galah panjang ini. Saya

dan kumpulan saya telah membuat kajian dan belajar tentang cara permainan

dijalankan dan undang- undang permainan tersebut. Galah panjang adalah

sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di

atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa

baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat

mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada

10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain

sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan

ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak

buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan

teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang

mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang

dengan mudah.

Kumpulan saya telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan

menambah kotak di belakang kerana pertambahan pemain yang bermainan

permainan ini. Dalam permainan yang saya rancang, kami telah pecahkan kumpulan

J18 kepada dua buah kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Setiap

kumpulan lelaki dan wanita pula dipecahkan dua kumpulan lagi. Hal ini kerana

sebuah kumpulan akan bertahan dan sebuah kumpulan lagi akan menyerang

dengan cuba melepasi halangan kumpulan yang berjaga. Setiap ahli kumpulan yang

berjaya melepasi halangan tersebut dan berpatah balik tanpa disentuh akan diberi 1

mata. Setiap kumpulan akan bertukar giliran apabila semua ahli yang menyerang

telah terkeluar kerana disentuh

Page 2: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

Antara kekuatan yang dapat dilihat dalam permainan galah panjang ini ialah

pelajar terhibur dan berasa seronok ketika bermain. Pelajar akan berasa seronok

kerana mereka dapat belajar cara pemainan permainan ini dan mereka juga dapat

merasakan bebas kerana mereka mungkin sudah jemu untuk belajar di dalam kelas

sahaja. Selain itu, kekuatan yang lain yang dapat dilihat ialah pelajar berkerjasama

untuk melepasi halangan dan juga menghalang penyerang untuk melepasi kawasan

jagaan mereka. Saya dapat melihat mereka berkerjasama untuk mengepung dan

bersama- sama menjaga kawasan mereka agar penyerang tidak dapat melepasi

sekatan yang mereka sediakan. Kumpulan yang menyerang juga berkerjasama

untuk melepasi halangan yang telah dibuat oleh kumpulan bertahan. Kekuatan yang

lain yang dapat dilihat ialah pelajar menggunakan strategi dan bergerak secara

teratur untuk menghalang kumpulan menyerang dan juga melepasi kumpulan yang

bertahan. Mereka tidak bertindak secara melulu dan menyusun strategi terlebih

dahulu sebelum cuba melepasi halangan daripada kumpulan bertahan. Kumpulan

yang bertahan juga menggunakan strategi untuk menyentuh dan menghalang

pemainan yang menyerang.

Antara kelemahan yang dapat dilihat dalam permainan yang dirancang ini

ialah hanya tiga orang sahaja juri mencatat markah yang ditugaskan untuk

memantau kesemua permainan galah panjang. Hal ini mungkin menjadi kelemahan

kepada pemantau untuk melihat sama ada pelajar bermain dengan jujur ataupun

sebaliknya. Kelemahan yang kedua ialah permainan galah panjang ini dimainkan

pada waktu tengahari dan panas. Hal ini menyebabkan pelajar tidak fokus dan tidak

bermain dengan sungguh- sungguh kerana merka berasa tidak selesa dan panas.

Selain itu, kelemahan yang ketiga ialah garisan yang dilakukan digaris

menggunakan tepung dan mudah hilang apabila pelajar memijaknya. Pelajar juga

sering terkeluar kerana mereka tidak nampak garisan tersebut dengan jelas. Antara

penambahbaikan yang boleh saya lakukan ialah dengan menambah juri yang

memantau permainan ini bagi mengelakan pelajar bermain tipu. Selain itu,

permainan ini juga perlu diadakan pada waktu yang redup dan tidak panas seperti

awal pagi. Penambahbaikan yang ketiga ialah juri pemantau perlu menambah

ketebalan garisan tersebut dengan tepung setiap kali ingin memulakan permainan

yang baru.

Page 3: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

Tuju Tin

Seterusnya adalah permainan tuju tin. Kumpulan yang telah mengelola dan

merancang permainan tuju tin ini ialah terdiri daripada Nanisya, Diana, Wahida,

Noraini dan Jessica. Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun

membukit di tengah padang oleh kumpulan A manakala pemain kumpulan B pula

membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut,

maka pemain kumpulan A akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membaling

kepada salah seorang ahli kumpulan B sebelum mereka sempat menyusun semula

tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat

mungkin dan boleh ditolong oleh rakan- rakan sekumpulan dengannya. Jika pelontar

tadi berjaya menyusun semula tin itu sebelum kene baling daripada kumpulan A,

maka kumpulan B akan mendapat satu mata. Ahli kumpulan B yang terkena

balingan bola kumpulan A akan terkeluar dan tidak dibenarkan menyusun tin

tersebut. Permainan galah panjang ini telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan lelaki dan wanita. Dan setiap kumpulan sama ada wanita atau lelaki juga

dipecahkan kepada dua lagi. Setiap kumpulan akan berlawan antara satu sama lain

bagi menentukan pemenang dan menjadi juara permainan tersebut.

Antara kekuatan yang dapat dilihat melalui permainan ini ialah permainan ini

dapat merapatkan hubungan antara pelajar- pelajar yang bermain. Hal ini dapat

dilihat apabila pemain yang menjatuhkan tin akan bersama- sama menyusun semula

tin yang terjatuh dan melindungi rakan mereka yang menyusun tin. Keseronokan

permainan ini tak dapat digambarkan apabila pemain dapat menyusun semula

ataupun dapat membaling tepat pasukan yang cuba menyusun tin tersebut.

Bersorak dan menjerit bersama akan dapat merapatkan lagi hubungan antara

kumpulan tersebut. Kekuatan yang lain yang dapat saya kesan ialah dapat menguji

ketepatan pelajar dalam menjatuhkan tin yang disusun. Dalam hal ini guru boleh

menguji koordinasi pelajar dengan menilai sama ada murid berjaya atau tidak

membaling bola tepat ke arah tin. Pelajar juga dapat menjadikan permainan ini

sebagai latihan untuk mereka menguji ketepatan mereka terhadap sesuatu. Selain

itu, kelebihan yang lain yang boleh dilihat ialah menggalakan pemain menggunakan

strategi untuk memerangkap pihak lawan. Pihak lawan yang telah menjatuhkan tin

akan cuba menyusun tin tersebut semula. Pihak yang bertahan akan menggunakan

strategi untuk memerangkap lawan mereka dan menyasarkan dengan membaling

Page 4: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

bola ke arah mereka. Pihak yang hendak menyusun tin juga perlu mempunyai

strategi untuk melepasi halangan yang disediakan dan mengelakan daripada

terkene bola yang dibaling. Kekuatan yang ketiga pula ialah permainan ini telah

diubahsuai agar tidak mencederakan sesiapa. Kumpulan yang merancang telah

dilihat menggantikan bola yang lembut untuk digunakan untuk dibaling ke pihak

lawan. Jika bola yang digunakan untuk dibaling ke pelajar keras, bola tersebut boleh

menyebabkan rasa sakit pelajar dan mungkin juga akan mencederakan murid.

Antara kelemahan yang dapat saya kesan dalam permainan ini ialah kawasan

permainan yang disediakan agak kecildapat dilihat murid berlari di kawasan yang

agak terhad dan tidak bebas untuk berlari dengan lebih luas. Selain itu, di sekeliling

padang juga tidak mempunyai penghadang untuk mengelakan bola yang dibaling

tersasar jauh dan menyukarkan pelajar untuk mengutipnya. Kumpulan yang

bertanggungjawab sepatutnya menyediakan penghadang bagi menghalang bola

tersebut daripada pergi lebih jauh dan menyukarkan pelajar untuk mengambilnya.

Selain itu, permainan ini juga diadakan pada waktu tengahari. Hal ini menyebabkan

pelajar tidak selesa kerana mereka terpaksa bermain dengan keadaan berjemur di

tengah panas. Pelajar akan mula malas dan tidak bersungguh- sugguh bermain

kerana mereka berada dalam keadaan tidak selesa. Penambahbaikan yangn perlu

dilakukan adalah seperti mengubah masa permainan dijalankan seperti waktu pagi

dan juga waktu yang tidak terlalu panas. Selain itu, kawasan permaina juga harus

diluaskan agar murid dapat berlari dengan lebih luas dan mengelakan diri dari

dibaling dengan bola. Penghadang bola juga harus dibina untuk mengelakan bola

tersasar jauh. Guru juga boleh meletakan beberapa orang pelajar diluar kawasan

permainan untuk membantu mengambil bola yang terkeluar.

Cari Cucu

Seterusnya adalah permainan cari cucu yan telah dikelolakan dan dibentangkan

oleh ahli kumpulan Irfan, Syukri, Zulfadzli Dan Muhaimin. Permainan ini merupakan

permainan tradisi masyarakat melayu yang popular di kalangan kanak- kanak. Saya

pernah mendengar dan bermain permainan ini tetapi versnya berlainan sedikit

kerana kumpulan yang membentangkan telah melakukan beberapa

pengubahsuaian. Walaubagaimanapun, permainan ini tetap menyeronokan dan

kanak- kanak pasti akan mengemarinya. Permainan ‘cari cucu’ memerlukan

Page 5: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

bilangan orang yang ramai. Biasanya permainan ini dimainkan di kawasan yang

besar seperti gelanggang ataupun kawasan padang yang lapang.

Permainan ini memerlukan peralatan yang sedikit sahaja dan dua lagu yang

dinyanyikan oleh cucu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si

‘nenek’ dan ke dua sebuah tongkat untuk diberikan kepada nenek untuk dipegang.

Terdapat dua lagu yang dinyanyikan. Salah sau untuk cucu nyanyikan dan satu lagu

untuk si nenek menyanyikan. Sebelum memulakan permainan tersebut, pelajar perlu

menentukan siapa yang akan digelar ‘nenek’. Ini dilakukan dengan pelbagai cara.

Contohnya undian ditentukan dengan “lai la li tam plong”. Setelah itu, si nenek akan

menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu

harus membentuk satu bulatan dan si nenek akan berada di tengah bulatan itu.

Cucu akan mula bernyanyi dan bergerak mengeliling si nenek. Apabila lagu habis

dinyanyikan giliran nenek pula akan menyanyikan lagu. Cucu- cucu akan duduk

mencangkung dengan senyap setelah itu. Si nenek akan menggunakan tongkat

untuk menangkap si cucu yang terpilih. Si nenek harus meneka siapakah cucu yang

dipilih. Jikalau tekaanya benar, si cucu itu akan menjadi pula. Permainan diteruskan

dikalau tekaan tersebut salah. Sebelum memulakan permainan setiap pelajar

dipecahkan menjadi empat kumpulan yang besar. Setiap permain perlu diundi untuk

mencari nenek. Permain yang terakhir diteka akan mewakili kumpulan tersebut

untuk bermain dengan kumpulan yang lain. Ahli kumpulan yang terakhir di teka

dengan betul akan dinobatkan menjadi juara.

Antara kekuatan yang dapat saya lihat melalui permainan ini adalah pelajar

dapat menajamkan menggunakan deria pendengaran kerana mata pelajar yang

menjadi si nenek ditutup dengan kain hitam. Pelajar yang terpilih menjadi si nenek

akan ditutup matanya agar tidak dapat melihat. Si nenek perlu mencari si cucu

dengan hanya menggunakan deria pendengaran melalui nyanyian yang dinyanyikan

oleh cucu sebentar tadi. Si nenek hanya perlu mendengar dan meneliti kedudukan si

cucu melalui nyanyian tersebut. Nenek juga diberikan tongkat untuk meneka dan

mencari cucu yang duduk mencangkung tersebut. Seterusnya ialah pelajar berasa

seronok dengan permainan ini dan hasil pembelajaran juga dapat dicapai oleh

pelajar. Permainan ini akan menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran menjadi

lebih menyeronokan dan menghiburkan. Guru boleh membawa pelajar bermain

sekali sekala apabila pelajar kelihatan bosan berada dalam bilik darjah. Permainan

Page 6: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

seperti ini juga tidak memberi tekanan kepada pelajar dan pelajar dapat belajar

dengan baik selepas permainan tersebut djalankan.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit keburukan dan cadangan

penambahbaikan yang perlu dilakukan. Antara keburukan yang dapat dilihat melalui

permainan ini adalah penggunaan batang besi sebagai tongkat si nenek mencari

cucu. Pelajar yang menjadi si nenek diberi batang besi untuk menyentuh rakan

mereka yang menjadi si cucu. Hal ini agak berbahaya kerana jika murid yang

menjadi si nenek menghayun batang besi tersebut laju ke arah pelajar yang lain,

pasti akan menyebabkan rasa sakit dan mungkin juga tercedera. Kumpulan yang

mengelola sepatutnya menggunakan batang yang lebih lembut dan tidak

mencederakan pelajar yang lain seperti penggunan batang plastik ataupun batang

yang diperbuat daripada kertas. Selain itu, pelajar yang menjadi si nenek yang telah

ditutup mata tidak dapat melihat dan berbahaya jika terdapat batu atau lubang di

kawasan permainan tersebut. Pelajar tersebut boleh terjatuh dan tersungkur jika kaki

mereka tersepak batu atau termasuk ke dalam lubang. Hal ini boleh mencederakan

pelajar tersebut. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memastikan

kawasan tersebut bersih terlebih dahulu sebelum memulakan permainan cari cucu

tersebut. Kumpulan yang merancang boleh memilih kawasan yang lapang seperti

padang sekolah ataupun kawasan yang tidak berbahaya.

Lompat Untai Getah

Permainan yang keempat iaitu permainan lompat untai getah telah dibentangkan

oleh Lukman, Hafiz, Jannah, Nadiratul dan Linda. Permainan lompat untai getah

merupakan permainan tradisi rakyat Malaysia. Namun, permainan ini telah ditambah

cara permainan dan peraturan selari dengan peredaran masa. Sebelum memulakan

permainan, pelajar- pelajar J18 telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Setiap kumpulan juga telah dipecahkan lagi

kepada dua kumpulan kecil. Pelajar juga perlu menjalinkan getah gelang menjadi

rantaian getah yang panjang. Kemudian kesemua pemain melakukan undian bagi

menentukan giliran untuk tempat pertama, kedua dan seterusnya. Pemain yang

kalah di dalam undian ini akan mengambil giliran di tempat yang terakhir. Dua orang

pemain daripada kumpulan lawan ditugaskan memegang kedua belah hujung

rantaian getah. Manakala pemain giliran pertama memulakan permainan dengan

Page 7: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

cara melompat melepasi rantaian getah yang dipegang oleh rakan mereka.

Kedudukan getah dinaikkan mengikut tahap permainan yang telah ditetapkan. Jika

pemain pertama gagal melepasi tahap permainan tertentu, maka pemain ini dikira

mati dan giliran seterusnya diberikan kepada pemain yang berikutnya.

Antara kelebihan permainan ini yang kami dapati ialah cara bermain

permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar- pelajar J18. Justeru ia akan

memudahkan kumpulan yang membentangkan dari segi penerangan cara bermain

dimana mereka hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan

permainan ini lebih menarik. Selain itu, masa pengajaran dapat dijimatkan kerana

mereka tidak perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang caea bermain

kepada para peserta. Selain itu, kelebihan yang kedua ialah para peserta berasa

seronok semasa bermain permainan tradisional ini. Ini amat penting kerana

permainan permainan ini boleh diaplikasikan di sekolah nanti. Pelajar J18 boleh

mengaplikasikan permainan ini semasa sesi pengajaran di sekolah. Murid pasti akan

berasa seronok dan terhibur jika guru mengajar mereka bermain permainan ini.

Namun, guru perlu memastikan keselamatan murid semasa bermain permainan ini.

Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan

permainan lompat untai getah ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang

tinggi. Antara alatan yang diperlukan ialah gelang getah sahaja. Kumpulan yang

mengelola hanya perlu membelinya di kedai yang berhampiran dengan harga yang

murah dan berpatutan. Mereka hanya perlu menbina satu tali yang panjang dengan

menjalinkan gelang getah tersebut. Selain itu kawasan gelanggang bagi permainan

ini adalah di atas padang rumput sekaligus mampu mengurangkan risiko

kecederaan dan memudahkan peserta melompat untai getah tersebut tanpa rasa

takot untuk tercedera. Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah

sangat singkat dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur

jadual perlawanan yang banyak. Permainan untai getah ini tidak memerlukan masa

yang panjang untuk menentukan kumpulan yang menjadi pemenang. Setiap ahli

kumpulan akan melompat secara individu dan apabila mereka gagal melepasi aras

yang telah ditetapkan, mereka secara automatik aka terkeluar dari permainan

tersebut. Ahli kumpulan yang berjaya melepasi kesemua halangan tersebut akan

menghadiahkan kumpulan tersebut 1 mata. Kumpulan yang menang akan

Page 8: Refleksi Permainan Tradisional Bgrrg3

bertanding dengan kumpulan yang lain sehingga salah sebuah kumpulan tersebut

dinobatkan menjadi juara.

Sepanjang permaina ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.

Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat

segelintir pelajar yang datang lewat. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi

tersebut terganggu dan tidak mengikut jadual. Sepatutnya pertandingan tersebut

dimulakan pada pukul 8 pagi dan ditangguhkan kepada pukul 9.15 pagi. Waktu

permainan lompat untai getah juga terpaksa disingkatkan kerana untuk mengelakan

pelajar bermain pada waktu tengah hari. Penambahbaikan yang boleh dilakukan

oleh kumpulan yang mengelola dengan berpesan kepada para peserta untuk datang

dengan lebih awal para hari pertandingan tersebut. Manakala peserta yang sengaja

datang lewat perlu diberi ketegasan dengan mendenda mereka akan mereka lebih

bertanggungjawab. Kelemahan yang kedua ialah permainan ini dijalankan pada

waktu tengahari dan kelihatan pelajar berasa tidak semangat untuk bermain. Hal ini

kerana mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa untuk bermain.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan menganjakan pada waktu yang lebih

sesuai seperti pada waktu pagi ataupun waktu petang.

Kesimpulanya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan

perancangna yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam bidang

pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas

sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimanan ia akan bertindak sebagai

sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan

berjalan lancar.