refleksi permainan bola sepak semester 3

6
Refleksi permainan bola sepak semester 3 Bagi pelajar Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib dipelajari adalah permainan bola sepak. Subjek bola sepak ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan diuji di padang. Selain itu, para guru pelatih juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang perlu dipersembahkan dan pembentangan RPH ini akan diambil penilaian oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad. Beliau bertanggungjawab dalam memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami sekelas. Pada 1 februari 2010, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan bola sepak dan masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami diberi tugas untuk memilih salah satu kemahiran di dalam permainan bola dan membuat satu pembelajaran mikro. Di dalam tugasan ini, kami perlu merancang pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan saya yang dianggotai oleh Mazlan Bin Mohamed, Habbib Emir A/L Hassan dan juga saya sendiri telah bersepakat dan bersetuju untuk mengambil kemahiran hantaran leret. Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi bagaimana sebagai seorang guru ingin merancang sesi pengajaran sukan yang sangat di dunia ini. Walaupun terdapat

Upload: gjan89

Post on 21-Jun-2015

516 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

Refleksi permainan bola sepak semester 3

Bagi pelajar Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib dipelajari

adalah permainan bola sepak. Subjek bola sepak ini dibahagikan kepada 2 bahagian

iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan diuji di padang. Selain itu,

para guru pelatih juga perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang

perlu dipersembahkan dan pembentangan RPH ini akan diambil penilaian oleh

pensyarah pembimbing iaitu En. Wan Mohd Din Bin Wan Mohammad. Beliau

bertanggungjawab dalam memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami

sekelas.

Pada 1 februari 2010, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk

melaksanakan tugasan bola sepak dan masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami

diberi tugas untuk memilih salah satu kemahiran di dalam permainan bola dan

membuat satu pembelajaran mikro. Di dalam tugasan ini, kami perlu merancang

pendekatan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam satu

Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan

saya yang dianggotai oleh Mazlan Bin Mohamed, Habbib Emir A/L Hassan dan juga

saya sendiri telah bersepakat dan bersetuju untuk mengambil kemahiran hantaran leret.

Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi

bagaimana sebagai seorang guru ingin merancang sesi pengajaran sukan yang sangat

di dunia ini. Walaupun terdapat pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan,kami telah

merancang masa dengan sebaiknya supaya tugasan permainan bola ini dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Pada permulaannya kami telah berusaha

mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan kemahiran hantaran leret ini

dengan menggunakan internet dan sumber rujukan dari perpustakaan. Ianya bukanlah

semudah yang disangka kerana kami perlu mendapatkan maklumat yang lebih

terperinci kerana RPH yang kami akan kami laksanakan ini dibuat khas untuk pelajar

tahun 5.

Page 2: Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

Selain itu, saya juga turut merasakan terdapat sedikit perubahan pada diri saya

berlaku beberapa perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang

guru antaranya aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan dengan

murid-murid. Perubahan yang dapat saya gambarkan setelah memahami dan

menghayati kepentingan tugasan kali ini ialah sentiasa teliti melakukan tugasan,

membuat perancangan rapi untuk melakukan aktiviti. Namun masih terdapat beberapa

kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek tertentu dan saya perlulah

memilih bahan rujukan dan kelebihan tersebut dengan betul dan teliti bagi mengelakkan

tugasan RPH kami tidak menepati kriteria yang diinginkan oleh pensyarah supaya boleh

melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna. Sudah tentu setiap perkara

mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit perubahan dan

tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dan ahli kumpulan juga ada membuat rujukan

bersama pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan

Jasmani bagi memastikan tugasan kumpulan kami sempurna dan dapat

memperbetulkan kesilapan yang ada. Ini merupakan salah satu perkara yang amat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih berkesan ke atas

pelajar.

Seterusnya perkara yang saya perolehi hasil dari tugasan RPH ini adalah

kesedaran emosi. Melalui RPH ini, ia banyak memberi kesedaran kepada saya supaya

berubah ke arah pemikiran yang lebih positif. Baru kini saya sendiri sebagai seorang

guru hendaklah sentiasa bersabar dan kuat dalam mengajar subjek bola sepak ini.

Disini juga saya dapat memperbaiki segala kelemahan yang terdapat di dalam diri saya

supaya dapat menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang cemerlang. Walaupun

cuma perlu mengajar kemahiran hantaran leret sahaja, sekiranya guru tersebut tidak

dapat mengawal emosi dengan baik maka ilmu yang disampaikan tidak dapat

diturunkan dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya telah mempelajari serba sedikit teknik

untuk memastikan emosi saya supaya lebih stabil dan segala pengajaran yang saya

berikan dapat diterima oleh pelajar.

Page 3: Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

Selain itu,di dalam membuat RPH ini juga turut mengajar saya supaya lebih

berkeyakinan dalam melakukan sesuatu tugasan. Pada mulanya saya berasa tidak

yakin saya mampu melakukan tugasan ini dengan sempurna. Setelah diberi bimbingan

dan kata-kata semangat oleh pensyarah pembimbing dan juga rakan sekumpulan, saya

berasa lebih yakin untuk memastikan tugasan bola sepak ini dapat disiapkan dengan

cemerlang. Ia juga turut mempengaruhi keyakinan saya dalam mengendalikan tugasan

mengikut masa, keterampilan, dan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan

masyarakat sekeliling terutamanya pelajar-pelajar.

Kepimpinan berinspirasikan RPH mengajar saya supaya menjadi seorang

pemimpin yang cemerlang dan memimpin diri ke arah matlamat yang jelas. Komunikasi

semasa melakukan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya pandai

berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, saya dapat

menghantar maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan

dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Ia juga mengajar saya supaya pandai

mengambil hati orang lain, mempunyai tarikan pada mata manusia.

Dalam pada itu juga, disebabkan cuti yang banyak menyebabkan kami

susah untuk mengadakan sesi diskusi dan perbincangan dalam kumpulan untuk

menyatakan masalah yang dihadapi oleh semua ahli dan cuba mencari jalan

penyelesaian. Namun Alhamdulillah, semuanya dapat kami atasi apabila kami kembali

ke institut dan dalam masa yang terhad itulah kami berbincang dan menyatakan

masalah masing-masing. Kami satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang sama-

sama menyumbangkan idea serta buah fikiran dalam usaha untuk mengatasi masalah

yang dihadapi.

Hal ini perlu kerana saya memerlukan sokongan ramai dalam melangsungkan

kehidupan harian. Pemangkin perubahan sesi pengajaran mikro mengajar saya supaya

memulakan hala tuju yang baru dan membawa arus perubahan dalam organisasi.

Pengurusan konflik RPH mengajar saya supaya menyelesaikan percanggahan

pendapat dan berupaya mengesan masalah yang timbul dan mengambil langkah-

langkah untuk meredakan mereka yang terlibat. Membina perhubungan sesama ahli

kumpulan mengajar saya supaya mendorong dan memupuk kepercayaan di antara satu

Page 4: Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

sama lain, rasa hormat di kalangan ahli dan berkongsi pemikiran untuk mencapai

persefahaman. Kerja berpasukan semasa melaksanakan sesi pengajaran mikro di

dalam kelas mengajar saya supaya membina visi yang dikongsi dan bekerja dengan

orang lain untuk mencapai matlamat bersama.

Kesimpulannya, saya telah mendapat lebih kefahaman, pengetahuan dan

mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah dalam proses menyediakan tugasan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini. Tugasan ini dapat saya siapkan hasil

dorongan keluarga, rakan, para pensyarah dan bantuan daripada rakan sekumpulan.

Saya berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak

soalan. Yang paling utama adlah diharapkan tugasan ini dapat memuaskan hati

pensyarah pembimbing iaitu Encik Wan Mohd Din yang mengajar subjek bola sepak

untuk kelas kami. Di akhir refleksi ini juga, saya ingin memohon seribu kemaafan,

sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan

tugasan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

dalam penghasilan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian,

wassalam.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..…………………………………

(CHE AZIZAN BIN CHE RAZALI)

Page 5: Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

PISMP PJ / PK / SV SEMESTER 3 2010