undang – undang permainan bola sepak

31
UNIT: PENDIDIKAN JASMANI (PISMP 2) DIESEDIAKAN OLEH: UNDANG – UNDANG BOLA SEPAK 2014/2015

Upload: iqah-zamri-ii

Post on 14-Dec-2015

211 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

qwertyuiop

TRANSCRIPT

Page 1: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

UNIT:

PENDIDIKAN JASMANI (PISMP 2)

DIESEDIAKAN OLEH:GELSON GANTING

UNDANG – UNDANG BOLA SEPAK

2014/2015

Page 2: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

UNDANG-UNDANG 1 – PADANG PERMAINAN Permukaan Padang

1)Perlawanan boleh dimainkan di atas permukaan semulajadi atau artifisal mengikut peraturan pertandingan.

2)Warna permukaan artifisal mesti berwarna hijau.

3)Bagi permukaan semula jadi yang digunakan sama ada untuk perlawanan pertandingan antara pasukan yang mewakili ahli-ahli persatuan yang bergabung dengan FIFA atau perlawanan pertandingan kelab antarabangsa, permukaannya mesti memenuhi kehendak ‘FIFA Quality Concept for Artificial Turf’ atau ‘ International Artificial Turf Standard’ kecuali persetujuan khas diberi oleh FIFA.

Page 3: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 4: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Tanda-tanda Padang1)Padang permainan mestilah berbentuk segi empat tepat dan ditanda dengan garisan. Garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

2)Dua garisan sempadan yang panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.

3)Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah yang bersambung di pertengahan antara dua garisan tepi.

4)Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditanda mengelilinginya.

5)Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Page 5: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Ukuran

1)Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.2)Panjang (garisan tepi): minimum 90m (100 ela) dan maksimum 120m (130 ela).3)Lebar (garisan gol): minimum 45m (50 ela dan maksimum 90m (100 ela).4)Semua garisan mestilah sama lebarnya dan tidak melebihi 12 sentimeter (5 inci) lebarnya.

Perlawanan Antarabangsa1)Panjang: minimum 100m (110 ela) maksimum 110m (120 ela).2)Lebar: minimum 64m (70 ela) dan maksimum 75m (80 ela).

Page 6: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Kawasan Gol• 1) Dua garisan dibuat bersudut tepat

dengan garisan gol, 5.5 meter• (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol.

Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 meter (6 ela) dan disambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol.

Page 7: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Kawasan Penalti• 1) Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol,

16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 16.5 meter (18 ela) dan disambungkan dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

• 2) Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya.

• 3) Suatu lengkok berjejari 9.15 meter (10 ela) dibuat dari setiap pusat tanda penalti di luar kawasan penalti.

Page 8: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Tiang Bendera• 1) Tiang bendera tingginya tidak kurang

dari 1.5 meter (5 kaki) dengan bahagian atasnya tidak tajam dan berbendera ditempatkan pada setiap penjuru.

• 2) Tiang bendera boleh juga ditempatkan di setiap penghujung garisan tengah, tidak kurang 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

Page 9: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Lengkok PenjuruSuatu suku bulatan berjejari 1 meter (1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Page 10: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Tiang dan Palang Gol1) Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.Ianya mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan dicantum di bahagian atasnya dengan palang melintang.2) Jarak di antara tiang-tiang itu ialah 7.32 meter (8 ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter (8 kaki).3) Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12 cm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol dengan syarat ia disokong dengan sempurna dan tidak mengganggu penjaga gol.4) Tiang dan palang gol mesti berwarna putih.

Page 11: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Keselamatan• Gol-gol mesti dipacak dengan kukuh ke tanah.

Gol-gol jenis boleh ubah dibenarkan untuk digunakan jika ia memenuhi kehendak ini.

Page 12: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 13: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 14: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 15: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

• Petunjuk:• I. the field of play – padang permainan• II. goal line – garisan gol• III. goal area – kawasan gol• IV. penalty mark – tanda penalty• V. penalty area – kawasan penalty• VI. penalty arc – lengkuk penalty• VII. halfway line – garisan tengah• VIII. touch line – garisan tepi• IX. centre mark – pusat padang• X. corner flag post – tiang bendera penjuru• XI. corner arc – lengkuk penjuru• XII. flag post optional – tiang bendera tidak wajib• XIII. compulsory – wajib

Page 16: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

UNDANG-UNDANG 2 – BOLA

Kualiti dan Ukuran Bola• 1) berbentuk sfera• 2) diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan lain yang

sesuai• 3) lilitannya tidak lebih dari 70 cm (28 inci) dan tidak

kurang dari 68 cm (27 inci)• 4) beratnya tidak lebih dari 450 g (16 auns) dan tidak

kurang dari 410 g (14 auns) pada permulaan permainan.• 5) tekanan udara bersamaan dengan 0.6 – 1.1 atmosfera

(600 – 1100 gram/sm2) pada paras laut (8.5 paun/in2 – 15.6 paun/in2).

Page 17: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Penggantian Bola yang Rosak

• Jika bola pecah atau rosak semasa perlawanan:• 1) perlawanan diberhentikan• 2) perlawanan dimulakan semula dengan jatuhan bola di tempat

mana bola mula bocor atau rosak (rujuk Undang-undang 8-Keadaan Tertentu).

• Jika bola pecah atau rosak ketika di luar permainan semasa sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti atau lontaran ke dalam:

• 1) perlawanan dimulakan semula seperti sepatutnya.

• Bola tidak boleh ditukar-ganti semasa perlawanan tanpa kebenaran Pengadil.

Page 18: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa

Keputusan 1

• Tambahan kepada peruntukan Undang-undang 2, penerimaan bola untuk perlawanan di dalam pertandingan kelolaan rasmi di bawah kawlan FIFA atau gabungannya tertakluk kepada salah satu dari berikut:

• • Logo the official “FIFA APPROVED”

• • Logo the offi cial “FIFA INSPECTED”

• • Logo the “INTERNATIONAL MATCHBALL STANDARD”

Page 19: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 20: Undang – Undang Permainan Bola Sepak
Page 21: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Keputusan 2

• Untuk perlawanan pertandingan FIFA dan bagi perlawanan pertandingan anjuran konfederasi dan persatuan kebangsaan, sebarang iklan komersil pada bola adalah tidak dibenarkan, kecuali lambang pertandingan, pengelola pertandingan dan tanda dagangan pembuat yang dibenarkan. Peraturan pertandingan boleh menghadkan saiz dan bilangan tanda-tanda tersebut.

Page 22: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

UNDANG-UNDANG 3 – BILANGAN PEMAIN

Bilangan PemainSuatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan mengandungi tidak lebih sebelas pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. Suatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang dari tujuh pemain.

Page 23: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Bilangan pengganti• Sehingga maksimum tiga pengganti boleh

digunakan di dalam mana-mana perlawanan rasmi yang dianjurkan di bawah naungan FIFA, konfederasi atau persatuan kebangsaan.

• Peraturan pertandingan mesti menyatakan bilangan pengganti yang boleh dinamakan, dari tiga hingga maksimum dua belas.

Page 24: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Perlawanan-perlawanan Lain• Untuk perlawanan pasukan A Kebangsaan, sehingga maksimum

enam pengganti boleh digunakan. • Untuk semua perlawanan lain, bilangan penggantian lebih besar

boleh digunakan dengan syarat:• 1) Pasukan-pasukan berkenaan mencapai persetujuan tentang

bilangan maksimumnya;• 2) Pengadil diberitahu sebelum perlawanan• Jika pengadil tidak diberitahu, atau tiada persetujuan dicapai

sebelum perlawanan, tidak lebih enam penggantian dibenarkan.• Semua Perlawanan• Untuk semua perlawanan nama pemain pengganti mestilah

diserahkan kepada Pengadil sebelum permulaan perlawanan. Pengganti yang tidak dinamakan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Page 25: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Prosedur penggantian

Page 26: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

• Untuk mengganti seseorang pemain oleh pengganti, syarat-syarat berikut mestilah dipatuhi:

• 1) pengadil diberitahu sebelum sebarang cadangan penggantian dibuat.

• 2) pengganti hanya masuk setelah pemain yang digantinya itu telah keluar dan setelah menerima isyarat dari Pengadil.

• 3) pengganti hanya masuk ke padang di garisan pertengahan padang dan semasa pemberhentian permainan.

• 4) penggantian adalah sempurna apabila pengganti masuk ke dalam padang permainan.

• 5) dari masa itu, pengganti menjadi pemain dan pemain yang digantikan itu tamat menjadi pemain.

• 6) seorang pemain yang telah digantikan tidak boleh mengambil bahagian di dalam perlawanan itu seterusnya.

• 7) semua pengganti adalah tertakluk kepada kuasa budi bicara Pengadil, sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak.

Page 27: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Pertukaran Penjaga Gol

• Mana-mana pemain boleh bertukar tempat dengan penjaga gol, dengan syarat:

• 1) pengadil diberitahu sebelum pertukaran dibuat.

• 2) pertukaran dibuat semasa bola di luar permainan.

Page 28: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Kesalahan-kesalahan dan Hukuman

• Jika pengganti atau pemain yang telah digantikan masuk ke padang permainan tanpa kebenaran pengadil:

• 1) permainan diberhentikan (walaupun permainan tidak diberhentikan dengan segera, jika pengganti tidak mengganggu permainan)

• 2) pengadil berikan amaran kepada kerana tidak bersemangat sukan dan mengarahkan dia keluar dari padang.

• 3) jika pengadil telah memberhentikan permainan, permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 –Kedudukan Sepakan Percuma)

Page 29: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Jika pemain bertukar tempat dengan penjaga gol tanpa kebenaran Pengadil sebelum pertukaran dibuat:• 1) permainan diteruskan.• 2) pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad

kuning sebaik saja bola di luar permainan.

• Untuk kesalahan-kesalahan lain:• 1) pemain-pemain berkenaan diberi amaran dan ditunjuk kad

kuning.• 2) permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak

terus dibuat oleh pihak lawan di tempat bola berada semasa permainan diberhentikan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma)

Page 30: Undang – Undang Permainan Bola Sepak

Pemain dan Pengganti Diperintah Keluar

• Seorang pemain yang diperintah keluar sebelum permulaan permainan hanya boleh digantikan dengan salah seorang dari pengganti-pengganti yang dinamakan.

• Pengganti yang dinamakan jika diperintahkan keluar sama ada sebelum permainan dimulakan atau selepas permulaan permainan, tidak boleh digantikan.

Page 31: Undang – Undang Permainan Bola Sepak