refleksi perjumpaan mingguan unit beruniform krs.docx

2
REFLEKSI (2) 2 Julai 2014 Perjumpaan pada hari ini tertumpu kepada pembelajaran ikatan dan simpulan. Sebelum itu, saya pernah didedahkan dengan kemahiran ikatan dan simpulan ketika saya menyertai aktiviti unit beruniform St. John Ambulans zaman sekolah menengah dahulu. Namun, ketika itu, pasukan yang saya sertai itu jarang memberi fokus kepada latihan simpulan dan ikatan. Jadi, pengalaman saya dalam bidang ini agak cetek. Walau bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana penyertaan Kadet Remaja Sekolah telah memberikan peluang kepada saya untuk mendalami dan mengasah penguasaan saya dalam bidang kemahiran simpulan dan ikatan. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh En.Norman, saya telah menguasai beberapa cara ikatan dan simpul, seperti ikatan tindih kasih, simpul bunga keti, belit lucut dan simpul kerusi. Di sini saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan kerana tanpa bimbingan dan bantuan mereka, mustahillah saya dapat menguasai cara simpulan dan ikatan tersebut dengan cepat. Bantuan mereka juga telah mengilhamkan saya suatu iktibar bahawa sebagai seorang bakal warga pendidik, kita seharuslah menjadikan sikap suka membantu sebagai amalan dan lumrah hidupa kita kerana ketika menjejaki kaki ke alam sekolah dan alam komuniti nanti, kita yang diibarat sebagai lampu penyuluh dalam kegelapan akan memikul tanggungjawab untuk membantu anak-anak murid menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh mereka sepanjang proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kita juga seharusnya sudi berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kita dengan anak-anak murid, malahan juga dengan rakan-rakan sekerja! Di samping itu, menerusi aktiviti pembelajaran pada hari ini, saya juga telah mengetahui kepentingan dan kegunaan ikatan dan simpulan ini dalam aktiviti perkhemahan dan aktiviti kehidupan seharian kita. Misalnya, belit lucut amat penting dalam aktiviti panjat- memanjat dan mendaki, khasnya di kawasan bukit yang curam dan licin. Ia juga digunakan semasa turun daripada batang atau dahan pokok atau batu. Dengan kata lain, ikatan ini memainkan peranan yang penting dalam aspek menjamin keselamatan seseorang ketika 1 Perjumpaan kali kedua

Upload: tiffany-teoh

Post on 12-Nov-2015

121 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi perjumpaan mingguan unit beruniform KRS

TRANSCRIPT

[Pick the date]REFLEKSI (2) 2 Julai 2014

Perjumpaan kali keduaPerjumpaan pada hari ini tertumpu kepada pembelajaran ikatan dan simpulan. Sebelum itu, saya pernah didedahkan dengan kemahiran ikatan dan simpulan ketika saya menyertai aktiviti unit beruniform St. John Ambulans zaman sekolah menengah dahulu. Namun, ketika itu, pasukan yang saya sertai itu jarang memberi fokus kepada latihan simpulan dan ikatan. Jadi, pengalaman saya dalam bidang ini agak cetek. Walau bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana penyertaan Kadet Remaja Sekolah telah memberikan peluang kepada saya untuk mendalami dan mengasah penguasaan saya dalam bidang kemahiran simpulan dan ikatan. Melalui bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh En.Norman, saya telah menguasai beberapa cara ikatan dan simpul, seperti ikatan tindih kasih, simpul bunga keti, belit lucut dan simpul kerusi. Di sini saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan kerana tanpa bimbingan dan bantuan mereka, mustahillah saya dapat menguasai cara simpulan dan ikatan tersebut dengan cepat. Bantuan mereka juga telah mengilhamkan saya suatu iktibar bahawa sebagai seorang bakal warga pendidik, kita seharuslah menjadikan sikap suka membantu sebagai amalan dan lumrah hidupa kita kerana ketika menjejaki kaki ke alam sekolah dan alam komuniti nanti, kita yang diibarat sebagai lampu penyuluh dalam kegelapan akan memikul tanggungjawab untuk membantu anak-anak murid menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh mereka sepanjang proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kita juga seharusnya sudi berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kita dengan anak-anak murid, malahan juga dengan rakan-rakan sekerja! Di samping itu, menerusi aktiviti pembelajaran pada hari ini, saya juga telah mengetahui kepentingan dan kegunaan ikatan dan simpulan ini dalam aktiviti perkhemahan dan aktiviti kehidupan seharian kita. Misalnya, belit lucut amat penting dalam aktiviti panjat-memanjat dan mendaki, khasnya di kawasan bukit yang curam dan licin. Ia juga digunakan semasa turun daripada batang atau dahan pokok atau batu. Dengan kata lain, ikatan ini memainkan peranan yang penting dalam aspek menjamin keselamatan seseorang ketika melakukan aktiviti mencabar yang melibatkan ketinggian. Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran ini amat bermanfaat dalam bidang profesion saya pada masa depan kerana ia akan menjadi salah satu sumber pengajaran saya ketika perjalanan aktiviti unit beruniform bersama dengan anak-anak murid di sekolah nanti.

1