refleksi pengajaran mikro

4
PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN Refleksi . Assalamualaikum, alhamdulillah syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnian-Nya dapat dilaksana dan disempurnakan sepenuhnya tugasan ini. Kerja kursus bagi Kurikulum dan Pedagogi Kesihatan (PKE3033E) yang merangkumi dua bahagian. Iaitu tugasan berkaitan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) – Pendidikan Kesihatan berserta rakaman video dan refleksi daripada proses pengajaran tersebut. Amalan penulisan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The Reflective Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan refleksi merangkumi pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi aplikasi praktikal. Melalui penulisan refleksi ini iainya membolehkan saya membuat penilaian kendiri. Proses ini secara tidak langsung dapat menjana pemikiran secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Dapatan yang diperolehi selepas pengajaran mikro berlangsung menunjukkan, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diwujudkan disekolah beperanan penting dalam mendidik murid secara formal. Namun demikian peruntukan masa yang terhad bagi subjek ini iaitu 30 minit seminggu menghadkan keupayaan membimbing secara optimum. Semasa proses pdp berlangsung didapati kefahaman murid terhad bahan inhalan adalah kurang. Ini dapat dilihat semasa proses pengenalan berkenaan tajuk penyalahgunaan bahan ini tidak ramai yang memberi respon (minit 11.54). Apabila didapati pengetahuan murid terhadap bahan inhalan rendah proses penerangan secara intensif telah dilakukan melalui paparan imej menerusi projektor. Apabila imej-imej yang berkaitan dengan bahan inhalan dipaparkan respon murid berubah menjadi aktif (minit 11.58). Ini menunjukkan murid PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 1

Upload: shinichi-kudo

Post on 21-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Penulisan refleksi berdasarkan video yang dirakam

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Pengajaran Mikro

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Refleksi.

Assalamualaikum, alhamdulillah syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan

limpah kurnian-Nya dapat dilaksana dan disempurnakan sepenuhnya tugasan ini. Kerja

kursus bagi Kurikulum dan Pedagogi Kesihatan (PKE3033E) yang merangkumi dua

bahagian. Iaitu tugasan berkaitan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) –

Pendidikan Kesihatan berserta rakaman video dan refleksi daripada proses pengajaran

tersebut.

Amalan penulisan refleksi ini diperkenalkan oleh Donald Schon dalam bukunya “The

Reflective Practitioner” dalam tahun 1983. Menurut beliau, amalan refleksi merangkumi

pengalaman dalam minda apabila menggunakan pengetahuan teori yang berubah menjadi

aplikasi praktikal. Melalui penulisan refleksi ini iainya membolehkan saya membuat penilaian

kendiri. Proses ini secara tidak langsung dapat menjana pemikiran secara analitik, kritis dan

kreatif semasa menilai semula pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.

Dapatan yang diperolehi selepas pengajaran mikro berlangsung menunjukkan, mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diwujudkan disekolah beperanan penting dalam

mendidik murid secara formal. Namun demikian peruntukan masa yang terhad bagi subjek

ini iaitu 30 minit seminggu menghadkan keupayaan membimbing secara optimum.

Semasa proses pdp berlangsung didapati kefahaman murid terhad bahan inhalan

adalah kurang. Ini dapat dilihat semasa proses pengenalan berkenaan tajuk

penyalahgunaan bahan ini tidak ramai yang memberi respon (minit 11.54). Apabila didapati

pengetahuan murid terhadap bahan inhalan rendah proses penerangan secara intensif telah

dilakukan melalui paparan imej menerusi projektor. Apabila imej-imej yang berkaitan

dengan bahan inhalan dipaparkan respon murid berubah menjadi aktif (minit 11.58). Ini

menunjukkan murid sebenarnya biasa melihat atau mengendalikan bahan inhalan ini secara

terus.

Bagi memperjelaskan lagi kepada murid, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

digunakan. Saya mempamerkan 6 contoh produk yang dikategorikan sebagai bahan inhalan

berkemungkinan biasa dapat dilihat dipersekitaran mereka. Didapati murid mengenali

kesemua jenis produk ini (minit 11.59). Ini menunjukkan bahawa murid sebenarnya biasa

melihat atau mengendalikan bahan inhalan ini secara terus. Reaksi daripada murid ini agak

membimbangkan berkemungkinan mereka berpontensi menyalahgunakan bahan ini

seterusnya terjerumus kepada penagihan bahan inhalan.

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 1

Page 2: Refleksi Pengajaran Mikro

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Lantaran daripada reaksi murid itu, saya memfokuskan kepada pemahaman

terhadap bahan inhalan melalui rujukan terus daripada aplikasi Wikipedia (minit 12.01).

Melalui aplikasi ini penerangan secara tepat berkaitan bahan inhalan membenarkan murid

mengetahui melalui proses bacaan secara keseluruhan kelas (minit 12.02). Proses ini

berperanan meningkatkan informasi sedia ada murid ke tahap maksimum tentang bahan

inhalan sebelum mengaitkan kepada penyalahguaan bahan inhalan itu sendiri.

Sejurus selepas murid selesai membaca maklumat yang dipaparkan respon murid

segera didapatkan. Murid menyatakan penggunaan istilah Sains menghalang murid

memahami sepenuhnya maklumat itu. Bertindak daripada respon murid, saya menerangkan

setiap satu istilah Sains yang terdapat dalam maklumat yang dipaparkan (minit 12.03).

Lanjutan daripada penerangan itu, untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid saya

menggunakan kaedah bercerita (minit 12.06). Teknik ini didapati berkesan merangsang

murid untuk berkongsi pengalaman yang sedia ada antara murid dan guru.

Bagi membolehkan murid merasai pengalaman mengendalikan bahan ihalan ini

saya melakukan demonstrasi. Penggunaan bahan penyegar udara disembur ke persekitaran

kelas, respon daripada murid diperolehi serta-merta (minit 12.08). Murid menyatakan

tentang bau wangian yang terhasil daripada semburan itu. Penerangan saya selepas itu

menjurus kepada bagaimana boleh wujudnya kumpulan yang dikenali sebagai penagih

inhalan.

Proses demonstrasi oleh saya tadi kemudiannya, bertukar kepada amali dan

praktikal pengendalian bahan inhalan secara betul oleh murid kelas itu sendiri (minit 12.11).

Penerangan kaedah pengendalian ditujukkan terlebih dahulu, ini membolehkan murid

mempraktikkan kaedah dan teknik yang ditunjukkan oleh saya semasa di rumah dan

persekitaran mereka (minit 12.13).

Setelah selesai mempraktikkan kaedah dan teknik pengendalian bahan inhalan

secara amali. Murid disajikan dengan tayangan video berkenaan pengakuan seorang

penagih inhalan melalui aplikasi you tube (minit 12.16). Penayangan video ini diselangkan

dengan penerangan serta nasihat agar menghindar penyalahgunaan bahan inhalan. Teknik

ini saya praktikkan untuk memotivasikan murid agar tidak terjebak kepada penagihan

inhalan secara khusus dan amnya kepada keluarga dan masyarakat.

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 2

Page 3: Refleksi Pengajaran Mikro

PKE 3033E KURIKULUM DAN PEDAGOGI KESIHATAN

Sebelum mengakhiri refleksi saya ini, secara keseluruhannya melalui penelitian yang

dibuat didapati, ramai murid berpontensi menjadi penagih inhalan secara tidak disedari.

Seandainya penerangan secara intensif tidak dilaksanakan, bagi meningkatkan tahap

kesedaran murid terhadap bahan inhalan ini. Penggunaan bahan melalui imej yang saya

perolehi daripada pautan aplikasi ‘google imej’ , penerangan daripada aplikasi ‘Wikipedia”,

video pengakuan bekas penagih inhalan daripada aplikasi ‘you tube’ serta bahan-bahan

inhalan yang di bawa. Rangkaian sokongan ini membantu proses pengajaran seterusnya

kefahaman kepada murid ke tahap yang optimum dan keberkesan amali itu sendiri

membentuk murid yang terhindar daripada penyalahgunaan bahan inhalan. Namun

demikian proses pdp yang dijalankan di dalam kelas tertutup kurang sesuai ini kerana kesan

yang wujud daripada bahan inhalan semasa proses demonstrasi membuatkan beberapa

orang murid kurang selesa.

PPG AMBILAN KHAS (II) MAC 2014 PJ/PK 3