refleksi pgjaran mikro

4
LAPORAN PENGAJARAN MIKRO . Untuk slot pengajaran mikro, saya telah memilih tunjang Perkem Fizikal dan Estetika-Kreativiti. Tema : Perayaan Di Malaysia. Sub tema untu adalah ‘Perayaan Hari Raya Aidil Fitri’. Slot pengajaran pula selama 30 minit. Sebagai set induksi pula , saya memperdengarkan lagu raya kepada murid dan meminta murid meneka lagu tersebut. Selepas itu , saya menyur menyanyi bersama lagu tersebut sambil membuat gerakan. Boh gambar bersesuaian Boh gambar bersesuain Guru memulakan set induksi dengan memperdengarkan lagu ‘Selamat Hari Raya’ Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ sambil membuat gerakan.

Upload: zamri-desa

Post on 21-Jul-2015

97 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGAJARAN MIKRO . Untuk slot pengajaran mikro, saya telah memilih tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-Kreativiti. Tema : Perayaan Di Malaysia. Sub tema untuk hari itu adalah Perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Slot pengajaran pula selama 30 minit. Sebagai set induksi pula , saya memperdengarkan lagu raya kepada murid dan meminta murid meneka lagu tersebut. Selepas itu , saya menyuruh murid menyanyi bersama lagu tersebut sambil membuat gerakan.

Boh gambar bersesuaian

Guru memulakan set induksi dengan memperdengarkan lagu Selamat Hari Raya

Boh gambar bersesuain

Menyanyikan lagu Selamat Hari Raya sambil membuat gerakan.

Kemudian saya menunjukkan pula contoh kad ucapan Selamat Hari Raya kepada murid. Ternyata murid berasa teruja melihat kad ucapan tersebut. Selepas itu, guru menerangkan kepada murid cara menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya.

Guru menunjukkan contoh kad ucapan Selamat Hari Raya kepada murid.

Guru menerangkan kepada murid cara membuat kad ucapan Hari Raya.

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan.

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan berada dalam kumpulan masing-masing.

Bahan-bahan diedarkan kepada murid mengikut kumpulan.Kumpulan ketupat.lemang,rendang dan serunding.

Dalam aktiviti kumpulan, semua murid memberikan kerjasama antara satu sama lain. Ketua kumpulan dilantik untuk memastikan segala tugasan dapat

dilakukan dengan lebih baik. Guru akan memantau dan memberi bimbingan supaya tugasan menjadi lebih kemas dan teratur.

Murid membuat kad ucapan bersama ahli kumpulan masing-masing.

Membuat hiasan pada kad ucapan mengikut kreativti sendiri.

Tugasan dalam kumpulan dapat menambahkan kreativiti murid semasa menghias kad ucapan Selamat Hari Raya. Rakan dalam kumpulan menunjukkan semangat tolong menolong antara satu sama lain.

Menulis ucap selamat pada bahagian dalam kad ucapan.

Mempamerkan hasil kerja kepada murid.