refleksi pedagogi

2
REFLEKSI KURIKULUM DAN PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI SHAHRUL IZWAN BIN A RAHMAN 810624-01-6161 Alhamdulillah, selepas menyiapkan tugasan ini, saya memperolehi banyak input baru sebagai penambahan kepada pengetahuan sedia ada dalam KURIKULUM Standard Sekolah Rendah. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Non- communicable Disease Section- Disease Control Divison, 2006). Justeru itu, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak dari awal lagi. Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.

Upload: shahrul-izwan-a-rahman

Post on 13-Feb-2015

323 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pedagogi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Pedagogi

REFLEKSI KURIKULUM DAN PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN JASMANI

SHAHRUL IZWAN BIN A RAHMAN

810624-01-6161

Alhamdulillah, selepas menyiapkan tugasan ini, saya memperolehi banyak

input baru sebagai penambahan kepada pengetahuan sedia ada dalam

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah

pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti

yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak

berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Non-

communicable Disease Section- Disease Control Divison, 2006). Justeru itu, tahap

kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan

Jasmani sejak dari awal lagi.

Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan

Jasmani perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran

pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani.

Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik,

suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai.

Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan

Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan

menekankan aspek keselamatan.

Kami telah didedahkan mengenai proses pelaksanaan KSSR di sekolah

antaranya mengenai pentaksirannya yang tersendiri iaitu 40% ditentukan oleh pihak

sekolah dan 60% lagi ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui

peperiksaan awam. Bentuk-bentuk penilaian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

dalam pelaksanaan juga diterangkan semasa pembelajaran ini.

Diakhir penmbelajaran, kami diberi tugasan untuk pembinaan RPH dan

pengajaran mikro. Tugasan yang diberikan secara berpasangan menjadikan kami

lebih memahami tujuan pelaksanaan KSSR di sekolah. Selain itu, kami dapat

berkongsi dan bertukar-tukar idea dalam membina soalan seperti yang telah

ditetapkan mengikut band-band yang tertentu.

Page 2: REFLEKSI Pedagogi

Kesimpulannya, pembelajaran Kurikulum dan Pedagogi dalam Pendidikan

Jasmani ini telah banyak memberi input dan maklumat yang berguna kepada kami.

Pendedahan mengenai KSSR ini juga amat penting supaya kami dapat

melaksanakan KSSR ini dengan baik dan betul semasa berada di sekolah kelak.