refleksi minggu pertama

2
LAMPIRAN 2 CATATAN REFLEKSI Tarikh: 02 April 2015 1. ISU/ perkara yang di focus: Pelaksanaan Intership Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah 2. Analisa Isu / perkara yang difokus. Pada bulan Februari 2015 saya dan rakan-rakan PPG PJ(A) Ambilan 2011 telah dipanggil untuk menghadiri taklimat Insternship dimana kami dikehendaki menjalankan satu program di sekolah, dipantau dan dinilai oleh seorang mentor yang dilantik oleh sekolah. Kekuatan Walaupun agak terkejut kerana terpaksa melalui program ini, saya cuba untuk berfikiran positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi kewibawaan dan keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal bergelar guru bersiswazah. Pengalaman menjalankan program- program sebelum ini saya jadikan panduan kerana bagi menjayakan sesuatu program amat memerlukan pengalaman mengurus dan memimpin. Kelemahan

Upload: shalushree91

Post on 09-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 2CATATAN REFLEKSITarikh: 02 April 20151. ISU/ perkara yang di focus:

Pelaksanaan Intership Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

2. Analisa Isu / perkara yang difokus.

Pada bulan Februari 2015 saya dan rakan-rakan PPG PJ(A) Ambilan 2011 telah dipanggil untuk menghadiri taklimat Insternship dimana kami dikehendaki menjalankan satu program di sekolah, dipantau dan dinilai oleh seorang mentor yang dilantik oleh sekolah.

Kekuatan

Walaupun agak terkejut kerana terpaksa melalui program ini, saya cuba untuk berfikiran positif dan menganggap bahawa program ini akan memantapkan lagi kewibawaan dan keprofesionalan saya sebagai seorang guru yang bakal bergelar guru bersiswazah. Pengalaman menjalankan program-program sebelum ini saya jadikan panduan kerana bagi menjayakan sesuatu program amat memerlukan pengalaman mengurus dan memimpin.

Kelemahan

Kami tidak diberitahu daripada awal kursus bahawa kami akan menjalani latihan praktikum. Saya amat terkejut kerana kami diberitahu agak lewat iaitu semasa saya sedang sibuk untuk persiapan peperiksaan UPSR. Tambahan pula kami telah mempunyai 3 tugasan dan satu tesis untuk disiapkan. Saya sebagai guru yang mengajar di tahun enam dan juga sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, saya berasa amat kalut kerana program semasa di sekolah. Perancangan bagi melakukan dan menguruskan sesuatu program agak rumit dan memerlukan penelitian agar dapat berjalan lancar.

Cadangan Penambahbaikan

Walaupun pelbagai halangan dan kekangan yang dihadapi namun saya mengambil jalan untuk berusaha dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara jalan penyelesaiany adalah saya harus lebih bijak menguruskan masa dengan lebih baik iaitu dengan mengagihkan masa lebih baik agar setiap tugas dapat dilakukan dan diselesaikan dengan jayanya.