refleksi mia

3
REFLEKSI NURUL AMIRAH BINTI HAZIZI Pada semester ini, kami telah belajar subjek PJM 3123E iaitu Pentadbiran Dan Pengurusan Sukan. Dalam subjek ini, kami telah diberi banyak pendedahan struktur pentadbiran dan bagaimana untuk merancang dan mengelolakan sesuatu pertandingan dan juga program sukan. Pada 29 januari 2015, kami seramai 30 orang telah membuat lawatan dalaman ke Jabatan Gerko Institut Pendidikan Guru Kmapus Sultan Mizan. Di jabatan ini kami telah menemui encik Azizo bin Awang dan Encik Mohd Hafizi bin Muhammad. Di jabatan gerko kami diberi pendedahan tentang penyimpanan alatan dan organisasi yang ada di jabatan gerko. Struktur organisasi jabatan ini bermula dengan ketua Jabatan tersebut encik Muhammad bin Latif dan beberapa pensyarah lain di bawahnya. Di jabatan gerko ini, saya dapat melihat beberapa kelebihan iaitu mempunyai pelbagai peralatan sukan yang jauh lebih lengkap daripada jabatan pendidikan jasmani. Alatan tersebut disimpan dengan baik dan ditempatkan dalam stor yang berbeza. Namun begitu, alatan tersebut seakan tidak digunakan dan hanya menjadi simpanan pihak gerko sahaja. Antaranya jersi pemain, bola dan sebagainya. Jujur saya katakan sepanjang saya di ipg ini saya langsung tidak mengetahui bahawa kami boleh meminjam jersi dari pihak gerko. Pihak gerko perlu memperkemaskan lagi organisasi mereka supaya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengguna dan meminjam peralatan tersebut.

Upload: nurul-amirah

Post on 15-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

REFLEKSI NURUL AMIRAH BINTI HAZIZIPada semester ini, kami telah belajar subjek PJM 3123E iaitu Pentadbiran Dan Pengurusan Sukan. Dalam subjek ini, kami telah diberi banyak pendedahan struktur pentadbiran dan bagaimana untuk merancang dan mengelolakan sesuatu pertandingan dan juga program sukan.Pada 29 januari 2015, kami seramai 30 orang telah membuat lawatan dalaman ke Jabatan Gerko Institut Pendidikan Guru Kmapus Sultan Mizan. Di jabatan ini kami telah menemui encik Azizo bin Awang dan Encik Mohd Hafizi bin Muhammad. Di jabatan gerko kami diberi pendedahan tentang penyimpanan alatan dan organisasi yang ada di jabatan gerko. Struktur organisasi jabatan ini bermula dengan ketua Jabatan tersebut encik Muhammad bin Latif dan beberapa pensyarah lain di bawahnya. Di jabatan gerko ini, saya dapat melihat beberapa kelebihan iaitu mempunyai pelbagai peralatan sukan yang jauh lebih lengkap daripada jabatan pendidikan jasmani. Alatan tersebut disimpan dengan baik dan ditempatkan dalam stor yang berbeza. Namun begitu, alatan tersebut seakan tidak digunakan dan hanya menjadi simpanan pihak gerko sahaja. Antaranya jersi pemain, bola dan sebagainya. Jujur saya katakan sepanjang saya di ipg ini saya langsung tidak mengetahui bahawa kami boleh meminjam jersi dari pihak gerko. Pihak gerko perlu memperkemaskan lagi organisasi mereka supaya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengguna dan meminjam peralatan tersebut. Selain itu, pada 1, 2 dan 3 Mac 2015, telah berlangsungnya kejohanan badminton IPGKSM yang melibatkan semua pelajar dan pensyarah. Sepanjang kejohanan ini, kami bertindak sebagai penganjur dan menjadi pengelola kepada pertandingan badminton ini. Sepanjang pengelolaan kami untuk kejohanan ini, terdapat kelebihan dan kelemahan yang kami hadapi. Antara kelebihan yang saya dapat sepanjang kejohanan ini ialah saya banyak belajar bagaimana mengelola sesuatu pertandingan bermula dengan perlantikan ahli jawatankuasa seperti pengerusi naib pengerusi dan seterusnya. Pembentukan jawatankuasa ini penting bagi memastikan perjalanan kejohanan ini berlangsung dengan baik. Dalam kejohanan ini, saya turut belajar cara untuk menjadi

pengadil dan mengira skor yang dibuat oleh pemain. Pengalaman pertama ini sedikit sebanyak memberi pengalaman baru kepada saya kerana ini adalah kali petama saya menjadi pengadil badminton. Badminton adalah salah satu sukan yang saya kurang mahir dan dengan adanya kejohanan seperti ini, saya bukan sahaja dapat menjadi pemain malah menjadi pengadil serta penjaga garisan. Selain itu, masing- masing berjaya memainkan peranan dan menggalas tugas dan amanah yang diberi dengan baik. kami saling bantu membantu antara satu sama lain. Disebabkan saya masih kurang mahir dalam pengiraan skor bagi badminton, saya turut meminta bantuan rakan yang lebih mahir untuk melihat cara saya mengira skor. Ini sedikit sebanyak membatu saya dan memberi saya tunjuk ajar sekiranya saya melakukan kesalahan sepanjang proses pengiraan skor. Kemahiran untuk menjadi pengadil bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu melihat kedudukan pemain mengikut kiraan mata ganjil dan genap. Menjadi satu cabaran bagi saya apabila mendapat pemain yang langsung tidak mengetahui kedudukan pemain semasa servis. Hal ini amat menyukarkan saya namun dapat saya atasi dengan baik.Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki terutamanya dari segi pengambilan pemain. Walaupun kejohanan ini terbuka namun saya merasakan perlunya ditapis dahulu kebolehan pemain. Hal yang demikian kerana rata- rata peserta yang menyertai kejohanan ini terutamanya dalam kalangan wanita langsung tidak dapat bermain dengan baik dan hanya memenuhi syarat sahaja. Hal ini menyukarkan kelancaran kejohanan ini. Selain itu, kejohanan ini turut bertindih dengan kejohanan badminton veteran yang dianjurkan rakan kami dari kelas minor pendidikan jasmani. Keadaan agak bercelaru da nada peserta dari kalangan kami terpaksa bermain keesokan harinya kerana tidak berpeluang untuk bermain kerana kekangan masa. Situasi seperti ini banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada saya untuk memperkemas lagi cara kami dalam pengelolaan sukan. Saya berharap sepanjang kejohanan ini dapat memberi saya sumber inspirasi dan dorongan serta ilmu yang berguna apabila saya menjadi guru kelak.