refleksi maikro teaching bola jaring.docx

Upload: sarveswary

Post on 05-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi

Nama : Sarveswary A/P Ramamurthy Kumpulan : T1 MT 1Angka giliran : 2013272340037No.Matrik kad : PSM(MT)/061/12/11No. kad pengenalan : 900131-10-5886

Syukur kepada Tuhan kerana dapat juga saya menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara berkumpulan. Setelah mendapat pendapat dan penilaian awal daripada pensyarah kami iaitu Miss. Joyce mengenai RPH kumpulan saya, kami menjalankan pengajaran mikro bagi menunjukkan kebolehan pengajaran dan keberkesanan RPH kami. Rancangan pengajaran harian kami mengenai tajuk gerakan kaki dalam permainan bola jaringDi sepanjang proses saya menyiapkan tugasan taksiran ini, saya dapat melihat peluang-peluang yang saya ada untuk saya memperbaiki diri dari segi teknik pengajaran, interpersonal dan intrapersonal. Ketika proses pengajaran mikro dilaksanakan saya dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di hadapan kelas dan mengajar orang lain. Di sini saya mengetahuai bahawa, seseorang pendidik harus mempunyai nilai keberanian dan keyakinan untuk bercakap semasa berada di depan ramai orang. Selain itu, saya turut belajar cara untuk mengawal kelas terutamanya apabila menghadapi murid yang ramai dan keadaan kelas yang bising. Saya telah menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk saya menyediakan diri saya bagi menjadi seorang pendidik yang cemerlang di masa hadapan kelak.Melalui pengajaran mikro, saya dapat mengetahuai bahawa, seseorang guru harus bersiap sedia sebelum memasuki kelas. Hal ini kerana, tanpa persediaan awal, pengajaran pada hari tersebut akan menjadi kelam kabut. Kerjasama dalam kumpulan kami yang menyebabkan kami bersiap sedia untuk pengajaran mikro pada hari tersebut. Dengan itu, kami dapat menjalankan pengajaran kami dengan baik dan mencapai objektif pengajaran kami pada hari tersebut. Semasa giliran saya, saya berasa takut dan kurang yakin untuk menjalankan pengajaran mikro depan pensyarah pada hari tersebut. Dengan bantuan ahli kumpulan saya, saya dapat menjalankan pengajaran mikro dengan baik. Semasa saya mengajar, terdapat juga beberapa orang tidak mengikut arahan saya. Pada masa itu saya berasa marah, tetapi saya mengawalkan emosi saya dan minta mereka memberi kerjasama kepada saya supaya pengajaran pada hari tersebut dapat dijalankan dengan lancar.Semasa saya mengajar, saya merasakan ilmu yang ada pada diri saya tidak mencukupi untuk dikongsikan kepada rakan rakan. Saya mula menyedari bahawa bukan senang untuk mengajar. Saya juga telah mempelajari perkara yang baru melalui proses pengajaran mikro. Antaranya,mengenai cara pengajaran yang berkesan. Banyak input-input yang berguna dan penting telah saya perolehi melalui kerja kursus berasaskan ilmu ini. Terdapat berbagai variasi permainan dan teknik yang boleh diajar kepada murid-murid. Kesesuaian bagi setiap aktiviti adalah penting bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari sesuatu aktiviti.Disamping itu, saya sendiri sedar bahawa kawalan kelas tidak begitu baik ketika proses pengajaran mikro dilaksanakan. Oleh itu, sesetengah maklumat saya tidak dapat disampaikan dengan jelas kepada rakan-rakan saya. Apabila sesetengah rakan tidak mendapat maklumat dengan jelas, mereka sering melakukan kesalahan semasa menjalankan aktiviti. Di sini saya memahami bahawa kawalan kelas juga penting bagi melicinkan pengajaran. Tanpa adanya disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh murid murid, maka aktiviti yang dijalankan pasti akan menghadapi banyak masalah. Ketegasan dan suara guru juga memainkan peranan yang penting semasa mengajar. Ini adalah kerana, kedua dua aspek ini akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan.Segala arahan yang hendak diberikan akan diikuti dengan baik oleh murid murid. Melalui pengajaran mikro, saya juga lebih memahami tajuk kami iaitu pergerakan kaki.Pengajaran mikro ini memberi satu pengalaman yang baru kepada saya. Dengan adanya pengalaman ini, saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah dengan berkesan. Hal ini kerana, saya dapat membaiki kesilapan-kesilapan saya yang berlaku semasa proses pengajaran mikro dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru, saya akan meningkatkan lagi kemahiran mengajar yang lebih efektif kepada murid-murid pada masa akan datang. Saya juga akan cuba memperolehi banyak ilmu supaya saya dapat memberi ilmu seluas-luasnya kepada para murid di sekolah nanti. Secara keseluruhannya, tugasan pada kali ini adalah satu platform yang bagus untuk memberikan saya pengalaman dan pengetahuan yang bermakna dalam menyediakan RPH. Akhir kata, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.