refleksi lawatam ke isn

3
REFLEKSI LAWATAN ILMIAH Nama : MOHD HAZWAN BIN ABDUL KADIR No. K/P : 860620-49-6087 PROGRAM : LAWATAN ILMIAH KE LEMBAGA SUKAN NEGERI SABAH (LSN) DAN INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) Opsyen : PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2 Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya selesailah sudah lawatan ilmiah ke Lembaga Sukan Negeri sabah (LSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Cawangan Negeri sabah pada 18 september yang lalu bagi mata pelajararan PJM3123E. Ahli yang terlibat ialah pelajar PISMP Bahasa Melayu Kumpulan dua semester lima seramai 21 orang dan turut menjayakan lawatan ilmiah ini ialah En. Jais Bin Siarus, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana telah memberi kepercayaaan dan meluluskan perjalanan kami. Beliau juga sudi untuk mengikuti lawatan kami yang bermula pada awal pagi sehingga petang pada hari yang sama. Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh ialah kami berpeluang melihat sendiri semua kemudahan yang digunakan untuk acara sukan seperti kolam renang untuk latihan dan bertanding, kolam acara terjunan, kawasan latihan karate, gim latihan atlit gimnastik, badminton dan stadium bola sepak. Saya dan rakan begitu teruja melihat segala kemudahan tersebut. Sebelum melawat melihat fasiliti, kami telah diberikan penerangan ringkas dalam bentuk pembentangan yang disampaikan

Upload: hazwan-kadir

Post on 06-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH

Nama : MOHD HAZWAN BIN ABDUL KADIR

No. K/P : 860620-49-6087

PROGRAM : LAWATAN ILMIAH KE LEMBAGA SUKAN

NEGERI SABAH (LSN) DAN INSTITUT

SUKAN NEGARA (ISN)

Opsyen : PISMP GSTT BAHASA MELAYU KUMP. 2

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya selesailah sudah lawatan

ilmiah ke Lembaga Sukan Negeri sabah (LSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) Cawangan

Negeri sabah pada 18 september yang lalu bagi mata pelajararan PJM3123E. Ahli yang terlibat

ialah pelajar PISMP Bahasa Melayu Kumpulan dua semester lima seramai 21 orang dan turut

menjayakan lawatan ilmiah ini ialah En. Jais Bin Siarus, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan kerana telah memberi kepercayaaan dan meluluskan perjalanan kami. Beliau juga

sudi untuk mengikuti lawatan kami yang bermula pada awal pagi sehingga petang pada hari

yang sama.

Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang diperoleh

ialah kami berpeluang melihat sendiri semua kemudahan yang digunakan untuk acara

sukan seperti kolam renang untuk latihan dan bertanding, kolam acara terjunan,

kawasan latihan karate, gim latihan atlit gimnastik, badminton dan stadium bola sepak.

Saya dan rakan begitu teruja melihat segala kemudahan tersebut.

Sebelum melawat melihat fasiliti, kami telah diberikan penerangan ringkas dalam

bentuk pembentangan yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Lembaga Sukan.

Beliau menerangkan mengenai beberapa visi, misi, objektif dan aset yang diuruskan

oleh Lembaga Sukan negeri. Beliau juga membuka soalan kepada kami untuk bebas

bertanya mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan (LSN). Pembentangan dan soal

jawab kami berakhir dengan jayanya pada pagi tersebut.

Aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam sesuatu refleksi.

Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ialah kami banyak bertanya

soalan dan tekun mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh jurulatih bagi

setiap jenis sukan yang sempat kami lawati. Kami juga tidak sombong beramah mesra

dengan warga Lembaga Sukan Negeri. Perkara ini selari dengan sifat guru yang ringan

mulut dan tidak sombong dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira taraf

sosioekonomi mahupun kesempurnaan fizikal seseorang.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah

aspek masa yang terlalu ketat kerana jadual lawatan terlalu ketat dan tidak ada masa

senggang. Aspek ini menjadikan lawatan kelam kabut dan dlam keadaan tekanan dan

tergesa-gesa. Selain itu, lawatan ini sebenarnya lawatan selepas program BIG pada

hari sebelumnya. Ini merapatkan masa dan menjadikan jadual lawatan padat.

Cadangan penambahbaikan yang saya cadangkan ialah memberikan lebih masa

semasa lawatan untuk memberikan keselesaan kepada pelajar. Semoga dengan

cadangan ini dapat dilaksanakan pada lawatan pelajar yang seterusnya pada masa

hadapan.