refleksi kendiri
DESCRIPTION
Pembinaan Refleksi kendiriTRANSCRIPT
REFLEKSI KENDIRI
Pada semester akhir ini saya dikehendaki menganjurkan satu program yang telah
dianjurkan oleh pihak PPG UiTm. Program ini dinamakan Bina Insan Guru (BIG).
Kami telah diberi taklimat pada awal tahun 2015. Cadangan aktiviti ialah
perkhemahan, sukan atau motivasi melibatkan murid-murid dimana kami mengajar.
Perlaksaan tugasan ini ialah secara idividu. Manakala cara pemarkahan yang akan
diberikan hanya lulus atau gagal. Cadangan yang telah diberikan untuk
menganjurkan program ini ialah dari Julai 2015 hingga Disember 2015. Kami selaku
pelajar PPG dikehendaki menjadi sebagai pelaksana program yang dianjurkan. Kami
perlu menghantar laporan kepada PPG dalam bentuk CD/DVD. Bahan yang perlu
diserahkan kepada penyelia dalam bentuk portfolio, rakaman video, penulisan
refleksi dan lampiran.
Bagi tugasan ini saya telah memilih program perkhemahan peringkat sekolah. Hasil
daripada program yang telah dianjurkan ini terdapat banyak manfaat kepada kami
selaku pelajar PPG Uitm. Diantara manfaaat yang diperolehi ialah membentangkan
kertas kerja kepada pihak pengurusan. Semasa penyediaan kertas kerja ini pelbagai
pengalaman yang diperolehi. Kertas kerja ini telah ditolak pada awalnya. Bagi
memenuhi kehendak pihak pengurusan dan PIBG kertas kerja ini di buat ubahsuai
semula. Diantara isu yang dibincangkan ialah hal kewangan. Pihak PIBG telah
bersetuju memberi sedikit bantuan kewangan. Setelah diadakan mesyuarat
dalaman kertas kerja perkhemahan ini telah diluluskan oleh pihak pengurusan
sekolah. Manfaatnya kepada saya ialah kita perlu memikirkan kaedah penyediaan
kertas kerja yang efektif agar mudah diterima oleh pihak pentadbiran.
Manfaat kedua yang diperolehi ialah cara penulisan surat kebenaran kepada pihak
berkuasa tempatan seperti pihak kementerian kesihatan, pihak polis, dan PBSM
daerah. Surat pemberitahuan ini perlu dimaklumkan kepada mereka bagi
memastikan keselamatan murid-murid lebih terjamin sekiranya terdapat sebarang
kecemasan. Selain itu, mereka juga memberikan nasihat yang sangat berguna
kepada pihak penganjur untuk langkah-langkah keselamatan yang lebih berkesan
dilaksanakan semasa program perkhemahan ini dijalankan. Kami juga mendapat
bantuan first aid dari pihak PBSM.
Manfaat seterusnya melatih kami pelajar PPG menjalinkan hubungan yang akrab
dengan pihak pengurusan sekolah, pihak ibu bapa serta pihak berkuasa tempatan.
Ini selaras dengan objektif Bina Insan Guru yang ingin memastikan guru-guru
mengamalkan kerohanian dan akhlak keguruan dengan mengamalkan tingkah laku
yang terpuji. Secara tidak langsung kami pelajar PPG dapat memiliki personaliti
kerjaya keguruan yang utuh.
Selain itu, manfaat yang diperolehi ialah mengamalkan ilmu yang diperolehi
semasa belajar di PPG Uitm agar lebih kukuh pemahaman selain dapat
mencurahkan bakti kepada sesiapa sahaja umumnya dan kepada murid-murid
secara khususnya. Apabila melaksanakan program BIG ini, secara tidak langsung
saya dapat mengembangkan dan membina idea baru dalam melaksanakan
program perkhemahan ini. Oleh itu, saya dapat menggunakan ilmu dan kepakaran
untuk kesejahteraan masyarakat umumnya.
Manfaat yang seterusnya ialah memupuk sikap berakauntabiliti dan amanah dalam
melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Contohnya dalam pengurusan
kewangan sewaktu hendak melaksanakan program perkhemahan ini. Saya perlu
membelanjakan mengikut keperluan tapi bukan untuk keperluan peribadi. Selain
itu, saya juga perlu amanah dengan masa yang telah diperuntukan supaya tidak
timbul isu pertindihan masa dalam melaksanakan program.
Bagi menambah baik program BIG ini saya mencadangkan pihak PPG Uitm
membekalkan tenaga pakar untuk membantu pelajar-pelajar dalam melaksanakan
program yang dianjurkan oleh pihak PPG Uitm ini. Sebagai contoh, saya
melaksanakan perkhemahan peringkat sekolah. Saya memerlukan khidmat nasihat
dalam aktiviti yang dijalankan agar kesannya lebih optimum. Seperti aktiviti
memasak, sekiranya terdapat pakar dalam menerangkan kelebihan bahan dan
fungsi bahan yang digunakan, murid-murid dapat lebih memahami dengan lebih
mendalam.
Secara umumnya program BIG banyak memberikan kebaikan dan manfaat kepada
pelajar-pelajar PPG Uitm. Ilmu yang telah dituntut dalam dipraktikkan dengan
sebaik mungkin. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap profesionalisma
di kalangan pelajar-pelajar PPG ini.