refleksi kendiri

3

Click here to load reader

Upload: peggy9318

Post on 25-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kendiri

REFLEKSI KENDIRI

Pada semester ini, program bina insan guru 2015 fasa IV menuju kepada

bantuan pasca banjir fasa II di Sk. Tg. Lalang, Temerloh, Pahang yang dianjurkan oleh

Institut Pendidikan Guru Malaysua- Yayasan Sukarelawan Siswa selama 4 hari 3

malam. Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang

mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan

diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru. Guru ialah pembina

generasi Malaysia. Oleh itu, pembangunan modal insane berkualiti tinggi merupakan

tanggungjawab seorang guru untuk melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta

memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul yang selaras dengan Wawasan

2020.

Sepanjang program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam di Negeri Pahang,

pelbagai aktiviti yang bermanfaat telah dijalankan. Antara aktiviti utama ialah aktiviti

bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir, mengecat

dinding-dinding, menanam pokok bunga dan membuat mural. Dengan itu, saya dapat

melihat kekuatan yang ada dalam diri saya ialah sanggup bekerjasama antara satu

sama lain membersihkan kawasan sekolah tersebut. Persiapan sebelum program

berlangsung juga dilakukan bersama-sama sehinggalah berakhirnya program itu.

sebagaimana yang kita sedia maklum, sikap kerjasama ini sangat penting dalam

melakukan apa sahaja perkara. Amalan kerjasama ini perlu diterapkan terutamanya

dalam profesion perguruan.

Selain itu, sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa kemahiran

komunikasi merupakan sesuatu yang amat penting. Hal ini kerana komunikasi

merupakan medium utama untuk mendidik anak murid. Guru yang mempunyai

kemahiran yang mantap dalam komunikasi akan disegani oleh murid-murid. Melalui

komunikasi berkesan, murid-murid akan dapat faham sesuatu ilmu yang ingin

disampaikan oleh guru. Tambahan pula, rakan-rakan saya kelihatan menjalankan tugas

dengan penuh semangat. Ini menunjukkan bahawa saya dan rakan-rakan begitu prihatin

dalam menjalankan tanggungjawab yang dipikul. Sifat-sifat ini sebenarnya penting bagi

seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah yang

perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.

Page 2: Refleksi Kendiri

Di samping itu, guru perlu mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Kemahiran

sosial sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Hal ini kerana melalui

kemahiran sosial, guru dapat mengenali seseorang murid itu dengan lebih dekat dan

memahami perasaan mereka. Malahan, guru bukan sahaja perlu bersosial dengan

anak didiknya, malah guru perlu bijak bersosial dengan orang di sekelilingnya dengan

guru besar, rakan sejawat, staf-staf sokongan, petugas kantin dan sebagainya. Program

ini telah memberi peluang keemasan kepada saya untuk mempertingkatkan kemahiran

bersosial.

Walaupun banyak kekuatan yang telah dikemukakan, tetapi terdapat kelemahan

yang perlu saya menambah baikan iaitu saya perlu mempunyai sifat kepimpinan yang

tinggi dalam mengendalikan sesuatu. Hal ini dapat dilihat pada saya yang tidak

mempunyai keyakinan yang tinggi dalam memimpin sesuatu tugas. Di samping itu,

masa tidak dibahagikan dengan baik menyebabkan saya tergesa-gesa untuk

menjalankan aktiviti. Oleh itu, pengendalian masa perlu cekap supaya segala perkara

dapat dijalankan dengan lancar. Namun begitu, saya perlu menonjolkan sikap sabar dan

tidak mudah berputus asa. Sikap ini perlu disemai supaya dapat mendidik anak murid

dengan baik.

Akhir sekali, program BIG ini telah banyak memberi saya pengetahuan,

pengalaman baru, fizikal diri saya dan paling penting dapat membantu diri saya bagi

membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Malahan, program ini telah

membangkitkan kesedaran dalam berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas

pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan

secara berterusan.