refleksi kendiri

3
Refleksi kendiri Sekolah Kebangsaan Taman Seri Wang telah menjadi pilihan saya untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk kali ke tiga. Selepas berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut, saya telah ditemukan dengan seorang guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang keberadaan saya di sekolah tersebut. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu tahap 2 dan juga merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu. Sikap peramah dan ambil berat merupakan penyebab utama ramai murid sukakannya. Selepas memberitahu tugasan yang perlu disempurnakan kepada guru pembimbing, beliau mengizinkan saya untuk masuk dan menghadiri pengajaran di kelas tahun . i. Amalan pengurusan Bilik Darjah oleh Mentor Sebelum masuk ke dalam kelas, guru pembimbing saya terlebih dahu menyatakan bahasa dia merujuk dokumen sukatan pelajaran bagi menentukan objekti! dan hasil pembelajaran bagi pengajaran pada "aktu tersebut. Peran#angan yang baik dan rapi adalah diperlukan bagi men#apai obj pengajaran subjek tersebut tambah beliau. Pemilihan topik, pendekatan, stra dan kaedah pengajaran sangat penting sebelum memulakan pengajaran. Sebaik sahaja beliau masuk ke kelas, murid$murid diminta untuk membersihkan tempat masing$masing agar keadaan kelas kondusi! untuk sesi pembelajaran. Susunan meja dan kerusi juga diberi perhatian agar dapat memberi kemudahan kepada murid$murid untuk menjalankan akti%iti yang berpusatkan murid yakni se#ara indi%idu mahupun berkumpulan. Keadaan kelas yang kondusi! ak menggalakkan penyertaan murid dalam pengajaran. Beliau juga menyediakan bahan bantu mengajar yang se#ukupnya. Semasa proses pengajaran berlaku, guru pembimbing saya sentiasamenga"asi pergerakan kelasnya dengan memastikan setiapmurid melibatkandiri. Sekiranya terdapatmurid yang menimbulkan masalah mahupun tidakmemberikan perhatian, beliauakan menegur murid tersebut agar tidak melakukan perbuatan itu lagi. Pada akhir pengajaran, beliau membuat sedikit pengujian kepada murid bagi meng tahap ke!ahaman murid. Bagi murid yang sudah men#apai objekti! pengajaran, mereka diberi akti%iti pengayaan manakala murid yang lemah diberi

Upload: nazirul-akie

Post on 04-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vdd

TRANSCRIPT

Refleksi kendiriSekolah Kebangsaan Taman Seri Wang telah menjadi pilihan saya untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk kali ke tiga. Selepas berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut, saya telah ditemukan dengan seorang guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang keberadaan saya di sekolah tersebut. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu tahap 2 dan juga merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu. Sikap peramah dan ambil berat merupakan penyebab utama ramai murid sukakannya. Selepas memberitahu tugasan yang perlu disempurnakan kepada guru pembimbing, beliau mengizinkan saya untuk masuk dan menghadiri pengajaran di kelas tahun 5.

i. Amalan pengurusan Bilik Darjah oleh MentorSebelum masuk ke dalam kelas, guru pembimbing saya terlebih dahulu menyatakan bahasa dia merujuk dokumen sukatan pelajaran bagi menentukan objektif dan hasil pembelajaran bagi pengajaran pada waktu tersebut. Perancangan yang baik dan rapi adalah diperlukan bagi mencapai objektif pengajaran subjek tersebut tambah beliau. Pemilihan topik, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran sangat penting sebelum memulakan pengajaran. Sebaik sahaja beliau masuk ke kelas, murid-murid diminta untuk membersihkan tempat masing-masing agar keadaan kelas kondusif untuk sesi pembelajaran. Susunan meja dan kerusi juga diberi perhatian agar dapat memberi kemudahan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid yakni aktiviti secara individu mahupun berkumpulan. Keadaan kelas yang kondusif akan menggalakkan penyertaan murid dalam pengajaran. Beliau juga menyediakan bahan bantu mengajar yang secukupnya. Semasa proses pengajaran berlaku, guru pembimbing saya sentiasa mengawasi pergerakan kelasnya dengan memastikan setiap murid melibatkan diri. Sekiranya terdapat murid yang menimbulkan masalah mahupun tidak memberikan perhatian, beliau akan menegur murid tersebut agar tidak melakukan perbuatan itu lagi. Pada akhir pengajaran, beliau membuat sedikit pengujian kepada murid bagi mengukur tahap kefahaman murid. Bagi murid yang sudah mencapai objektif pengajaran, mereka diberi aktiviti pengayaan manakala murid yang lemah diberi aktiviti pemulihan. Selepas selesai keluar daripada kelas guru pembimbing saya akan membuat analisis mengenai keberkesanan strategi dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran.

ii. Kenal Pasti Kekuatan Dan Kelemahan Pengurusan Bilik Darjah Guru TersebutPengurusan dan pengajaran bilik darjah merupakan aspek yang berkait rapat antara satu sama lain. Pengajaran bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik serta perubahan tingkah laku kepada yang lebih baik, manakala pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada tahap penglibatan di dalam kelas dan motivasi untuk belajar. Antara kekuatan yang saya dapat lihat daripada pengurusan bilik darjah oleh guru pembimbing saya yang pertamanya ialah mengenai perancangan teliti sebelum memulakan pengajaran. Beliau telah membuat persiapan rapi dengan merujuk rancangan pengajaran tahunan (RPT) dan rancangan pengajaran harian (RPH). Selain itu merancang kaedah, teknik dan memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pengajaran pada hari tersebut. Sebaik sahaja memasuki kelas, beliau memulakan set induksi yang memberi sedikit sebanyak mengenai pengajaran pada hari tersebut. Tempoh set induksi yang dijalankan tidaklah terlalu lama, sekadar memberi maklumat awal sahaja. Seterusnya guru pembimbing saya telah mengikuti langkah-langkah yang telah dirancang dalam RPH iaitu dengan mengadakan aktiviti yang diselangselikan dengan nyanyian, bercerita dan perbincangan. Semasa proses pengajaran berlaku, beliau amat menitik beratkan penglibatan murid agar objektif pada hari tersebut tercapai. Pada peringkat akhir pengajaran, murid diminta menjawab soalan bagi mengukuhkan pemahaman terhadap pengajaran yang telah disampaikan. Jika dilihat dari segi kelemahan pula guru pembimbing saya tidak menggunakan elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di dalam kelas seperti komputer, projektor, cakera padat apatah lagi internet sebagai bahan bantu mengajar. Pengajaran berlandaskan kaedah tradisional pada masa kini menyebabkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran berkurang dan mudah berasa bosan. Kaedah Hands On menggunakan elemen TMK pasti dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan. Penggunaan visual grafik seperti video, gambar, teks, muzik dan animasi secara tidak langsung dapat meningkat kefahaman murid dan memudah pengajaran.

iii. Apakah Amalan Terbaik Yang Telah Anda Pelajari Daripada Refleksi Ini Pengurusan bilik darjah merupakan perkara yang signifikan dan perlu diberi perhatian oleh semua guru, hal ini kerana pengurusan bilik darjah yang efektif dapat mewujudkan suasana pengajaran serta pembelajaran yang kondusif lagi efektif. Pertama-tamanya dengan memastikan keadaan kelas dalam sentiasa bersih dan teratur. Secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana persekitaran dan hubungan komunikasi yang baik antara guru dan murid. Pengelolaan bilik darjah oleh guru adalah menjadi keutamaan bagi memastikan pengurusan bilik darjah sentiasa dalam keadaan lancar. Guru juga hendaklah mengenal pasti personaliti setiap murid agar dapat mengawal kelas tersebut.Selain itu, guru hendaklah membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Melalui perancangan guru dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan dan mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran yang hendak disampaikan hendaklah mempunyai unsur yang dapat menarik minat murid serta menyeronokkan agar murid tidak mudah bosan. Tuntasnya, keberkesanan mengurus bilik darjah itu terletak kepada kaedah yang digunakan oleh guru itu sendiri. Sementelahan itu juga, keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan yang teliti yang telah dibuat lebih awal.