refleksi kelas amali masakan

6
REFLEKSI KELAS AMALI MASAKAN ( 10 JULAI 2012) Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menjalankan kelas amali masak pada 10 Julai 2012 buat kali ketiga bagi subjek Pengurusan Masakan dan Teknologi (RBT 3111). Pada minggu ketiga ini saya akan diajar membuat kek yang hanya menggunakan kaedah putaran sahaja serta membuat aising . Kumpulan saya telah mendapat tugasan untuk membuat kek Sandwich Victoria dan Buttercream aising. Kek yang kumpulan saya buat ni pentuknya seperti sandwich yang akan diisi jem di tengah-tengahnya. Walaubagaimanapun, kelas saya terpaksa melewatkan kelas amali memasak ini disebabkan program senamrobik pada sebelah pagi namun ini bukan menjadi masalah kepada kami untuk membuat kek. Saya dapat melihat ketidaksabaran dan semangat kawan- kawan saya serta saya sendiri untuk membuat kek kerana kami jarang-jarang membuat kek terutama bagi kaum lelaki ini. Langkah yang paling penting dalam membuat kek ini ialah sukatan bahan-bahan untuk membuat kek mestilah tepat supaya

Upload: ash-asyraf

Post on 26-Jul-2015

461 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kelas Amali Masakan

REFLEKSI KELAS AMALI MASAKAN

( 10 JULAI 2012)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menjalankan kelas amali masak

pada 10 Julai 2012 buat kali ketiga bagi subjek Pengurusan Masakan dan Teknologi

(RBT 3111). Pada minggu ketiga ini saya akan diajar membuat kek yang hanya

menggunakan kaedah putaran sahaja serta membuat aising . Kumpulan saya telah

mendapat tugasan untuk membuat kek Sandwich Victoria dan Buttercream aising.

Kek yang kumpulan saya buat ni pentuknya seperti sandwich yang akan diisi jem di

tengah-tengahnya.

Walaubagaimanapun, kelas saya terpaksa melewatkan kelas amali memasak

ini disebabkan program senamrobik pada sebelah pagi namun ini bukan menjadi

masalah kepada kami untuk membuat kek. Saya dapat melihat ketidaksabaran dan

semangat kawan-kawan saya serta saya sendiri untuk membuat kek kerana kami

jarang-jarang membuat kek terutama bagi kaum lelaki ini.

Langkah yang paling penting dalam membuat kek ini ialah sukatan bahan-

bahan untuk membuat kek mestilah tepat supaya kek dapat dihasilkan dengan baik.

Saya memilih jem blueberry untuk diisi di tengah-tengah supaya dapat memberikan

rasa yang menarik manakala disebabkan esen vanilla telah habis, maka kek saya

akan diletakkan dengan perisa lemon. Setelah semua bahan diambil, saya akan

memanaskan oven sebanyak 150°C supaya haba di dalam oven dapat diseratakan

sebelum saya memasukkan kek.

Page 2: Refleksi Kelas Amali Masakan

Sementara memanaskan oven, saya bersama ahli kumpulan saya

memulakan langkah untuk membuat adunan kek. Kami menggayakkan tepung

bersama tepung penaik supaya dapat menghasilkan tepung yang halus serta

menghancurkan tepung yang berketul supaya kek kami tidak rosak. Setelah siap

mengayak tepung, kami putar menjerin bersama gula sehingga kembang. Kami

menggunakan alat penjimat masa di mana kerja kami akan lebih cepat dan dapat

menghasilkan adunan yang betu-betul kembang.

Langkah seterusnya adalah memasukkan telur sebiji demi sebiji. Bagi

kumpulan saya, saya mengasingkan telur kuning dan telur putih dan memasukkan

telur kuning satu per satu. Selepas itu, saya memastikan telur kuning sudah sebati

dengan adunan dan kemudian memasukkan telur putih. Setelah saya telah dapat

pastikan telur dan adunan sebati, saya memasukkan perisa lemon disebabkan esen

vanilla sudah habis. Saya kaup balikkan campuran tepung dan adun sebati sebelum

dituang adunan ke dalam dua tin pembakar yang telah dialas dan digriskan. Puan

suzana mengajar kami untuk mengriskan tin pembakar dengan menyapu majerin

dan meratakan tepung penaik ke seluruh tin pembakar.

Kek itu dibakar ke dalam oven selama 30 minit dan sementara menunggu kek

itu dibakar, kami bersiap sedia menyediakan buttercream aising. Penyediaan aising

ini memberi ilmu yang tersangat berguna kepada saya kerana baru saya tahu

macam mana aising di kedai dibuat. Kami memukul majerin terlebih dahulu sehingga

kembang dengan menggunakan mesin penjimat masa iaitu mixer. Kami

mengayakkan dahulu gula aising supaya dapat menghancurkan gula aising yang

berketul. Apabila gula aising sudah hancur, saya mencampurkan majerin beserta

susu dan gaul majerin dengan gula aising sehingga sebati.

Page 3: Refleksi Kelas Amali Masakan

Setelah kek telah siap, saya mengeluarkan tinn pembakar dan diletakkan di

atas jeda. Saya mengikis terlebih dahulu bahagian tepi tin pembakar sebelum

mengeluarkan kek agar tiada bahagian yang terlekat pada tepi kek dengan tin

pembakar itu. Setelah siap mengikis, saya mengeluarkan kedua-dua kek dan

membiarkan sejuk sebentar. Akibat terlalu teruja hendak membuat kek, kumpulan

saya terus menyapu jem blueberry di atas kek tanpa bertanya puan. Nasib kami baik

apabila sebelum kami mencantumkan kedua-dua kek itu, puan datang dan

memberitahu kami perlu membuang bahagian lapisan atas kedua-dua kek tersebut.

Oleh itu, kumpulan saya meminta maaf kepada puan kerana membuat tanpa

bertanya terlebih dahulu.

Setelah siap mencantum kedua-dua belah kek, kumpulan saya makin teruja

untuk menyapu aising. Puan menunjukkan kami cara terlebih dahulu dalam

menyapu aising. Kami perlu menyelup pelepe ke dalam air sejuk dahulu untuk

menghasilkan permukaan aising yang licin. Kumpulan saya ingin menyapu aising

warna putih seluruh kek. Pada awalnya saya ingat menyapu ising adalah mudah

dan senang tetapi apabila saya cuba ianya tidak begitu senang seperti yang

dijangka. Setelah siap menyapu aising, saya menggunakan scripper untuk membuat

jalur di bahagian tepi kek dan kemudian memasukkan kek ke dalam peti sejuk untuk

mengeraskan aising itu sebentar. Sementara menunggu aising keras, kumpulan

saya mewarnakan aising yang berlebihan dengan pewarna biru untuk membuat

perhiasan di atas kek itu. Kami membuat corak di sekeliling lapisan kek itu dan

bahagian bawah kek dengan menggunakan aising warna biru tadi. Saya juga dapat

belajar cara untuk menghasilkan corak menggunakan piping beg dan nozzle. Akhir

sekali, saya meletakkan chocolate rice yang berwarna-warni bagi menampakkan

perhiasan kek saya lebih menarik.

Page 4: Refleksi Kelas Amali Masakan

SSetelah kek siap, saya meletakkan kek itu ke dalam peti semula. Kumpulan

saya meneruskan dengan membuat air sunquick dengan memanaskan air terlebih

dahulu. Setelah air panas siap, saya mencampurkan air gula ke dalam air panas dan

membiarkan ia larut dan sejuk sebentar. Apabila air sudah sejuk, saya menuang air

gula ke dalam jag dan meletakkan sunquick. Sementara membuat air sunquick,

salah seorang rakan saya memotong agar-agar dalam bentuk dadu untuk diletakkan

di dalam air sunquick tadi. Setelah siap, ais diletakkan ke dalam air sunquick dan

siap untuk dihidangkan.

Seterusnya adalah sesi penilaian oleh Puan Suzana. Puan Suzana memberi

komen yang positif kepada kumpulan kami kerana tekstur kek kami menjadi dan

lembut tetapi aising di tepi kek kami tidak begitu tebal sehinggakan ternampak

bahagian dalam kek semasa saya scripper tepi kek tersebut. Oleh itu, langkah

pernambahbaikkan adalah saya perlu menbalkan lagi aising pada bahagian tepi kek.

Masalah yang kek kami hadapi adalah perasa lemon tidak terlalu rasa pada kek

kami. Ini membuatkan solah-olah kek kami tidak menggunakan apa-apa perisa. Oleh

itu, pada masa akan datang saya perlu melebihkan sedikit perisa lemon itu. Walau

bagaimanapun, rata-rata kek kelas saya buat adalah berjaya dan menarik.