refleksi hp pemikiran

6
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN NUR’ AMIRA BINTI AMINULLAH A146272

Upload: mia-amin

Post on 07-Aug-2015

14 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi hp pemikiran

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH &

PENDEKATAN

NUR’ AMIRA BINTI AMINULLAHA146272

EKPLORASI TEKNO 2015

Page 2: Refleksi hp pemikiran

Dr. ZULKEFLI BIN MANSOR

PENGENALAN

Pada hari Isnin bersamaan 18 Mei 2015, Persatuan NUMOSS (KST) telah mengadakan

satu program yang diberi nama sebagai Ekplorasi Tekno 2015 bertempat di Sekolah

Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Program ini telah melibatkan seramai 36 pelajar sekolah

rendah tersebut serta 36 orang AJK yang terdiri daripada ahli program tersebut. Program ini

berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 petang.

Matlamat program ini adalah untuk mendidik para mahasiswa untuk cakna tentang

masalah yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan komputer seperti menyelenggara

perkakasan komputer dan menerangkan cara penggunaan komputer dengan betul agar

dapat mendidik mereka akan kepentingan untuk menjaga keselamatan diri serta komputer

dan sasaran kami bagi program ini adalah pelajar sekolah rendah. Program ini

membolehkan para peserta dapat mengaplikasi pembelajaran dalam kehidupan mereka

serta menambah kebolehpasaran mereka dan mempromosi kepakaran yang diperolehi.

Sepanjang program ini berlangsung, saya telah diamanahkan untuk menjadi sebagai

AJK Jamuan. Bagi ahli jawatankuasa makanan, perkara yang dibincangkan bagi fasa sebelum

pelaksanaan program ini ialah mendapatkan kafeteria yang boleh menawarkan perkhidmatan

untuk keperluan makanan dan minuman untuk Program Eksplorasi Tekno 2015 ini. Ahli

jawatankuasa makanan juga dikehendaki menyediakan makanan mengikut bajet yang ada dan

jenis makanan atau hidangan yang perlu disediakan bagi jawatankuasa sepanjang program

berlansung di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang.

OBJEKTIF PROGRAM

Page 3: Refleksi hp pemikiran

Melalui program ini, kami telah meletakkan beberapa objektif program untuk dijalankan.

Berikut adalah antara objektif yang diutamakan:

1. Mendidik pelajar sekolah terutama sekolah rendah tentang menyelenggara perkakasan

komputer serta cara penggunaan komputer yang betul.

2. Menyumbang bakti kepada masyarakat melalui kepakaran yang dipelajari.

3. Mempromosi kepakaran dan program FTSM, UKM.

4. Melengkapkan kontrak pembelajaran serta meraih hasil pembelajaran (HP) yang cemerlang.

PENGISIAN PROGRAM

Program ini terdiri daripada tiga fasa. Berikut merupakan pengisian program bagi setiap fasa:-

FASA 1: BENGKEL SELENGGARA PERKAKASAN KOMPUTER

FASA 2: BENGKEL SELENGGARA PENGGUNAAN KOMPUTER

FASA 3: JELAJAH AMALI 1

HASIL DAN IMPLIKASI

Dengan adanya program sebegini, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru seperti

cara untuk berfikiran secara kritikal dan menyelesaikan masalah. Sebelum program

berlangsung, saya dan rakan saya telah diberi tanggungjawab untuk mendapatkan kafeteria

yang menawarkan perkhidmatan untuk keperluan makanan dan minuman. Selain itu,

menyediakan makanan dan minuman mengikut bajet dan jenis makanan atau hidangan yang

perlu disediakan bagi jawatankuasa sepanjang program berlansung.

Pemikiran secara kritis amat penting supaya dapat mencetuskan satu jalan

penyelesaian yang baik bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Kami kena berbincang

bersama-sama untuk mengambil satu keputusan atau tindakan yang baik supaya tidak

menghasilkan kesan yang tidak diinginkan. Pemikiran kritikal telah dirangsang semasa

melaksanakan tugas saya dalam program ini iaitu kami akan menghadapi masalah dalam

mencari makanan untuk program ini kerana kekurangan dana. Disebabkan pada mulanya kelab

kami kekurangan dana, saya dan rakan telah memikirkan cara untuk mengatasi masalah

tersebut. Antaranya meminta sumbangan dari pelbagai pihak, cuba berbincang dengan pihak

kantin sekolah rendah tersebut untuk mendapatkan harga makanan yang murah serta

memohon ahli-ahli program untuk member sedikit sumbangan dari segi wang atau makanan.

dan saya berjaya mendapatkan beberapa kotak air mineral secara percuma. Akhirnya, dana

Page 4: Refleksi hp pemikiran

tersebut cukup untuk menyediakan makanan sarapan serta makanan tengah hari kepada ahli-

ahli program lain. Sebagai AJK Jamuan, saya tidak lupa mengambil berat setiap ahli kumpulan

sama ada mereka menerima makanan yang secukupnya.

Dengan kerja berpasukan dalam menjanakan idea yang bernas ataupun cadangan,

beban juga dapat dikurangkan kerana lebih ramai orang dalam menyelesaikan suatu masalah

yang kritikal, maka lebih awal kerja dapat diakhiri dengan sempurna. Akhirnya, saya juga

mempelajari kepentingan kemahiran pemikiran secara kritikal semasa kita melaksanakan tugas

untuk memastikan program dapat dijalankan dengan lancar sekali. Sikap

tanggungjawab,integriti, amanah juga amatlah penting dan perlu diamalkan pada bila-bila

masa. Melalui program ini, saya telah memperluaskan pengalaman saya dengan menerapkan

banyak ilmu pengetahuan yang amat berguna bagi diri saya.

KESIMPULAN

Akhir sekali, semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar walaupun mempunyai

bilangan ahli peserta yang kurang serta terdapat beberapa masalah yang dapat diatasi oleh

AJK-AJK program. Selain itu, program ini juga dapat membantu mengubah sifat pasif ahli

program dan ahli-ahli kelab NUMOSS agar lebih banyak menglibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti yang akan diadakan kemudian.

Konklusinya, penglibatan saya dalam program i ini telah meningkatkan kemahiran

pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan cara pendekatan saya melalui aktiviti-aktiviti yang

dijalankan dan juga tugas saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa jamuan. Terdapat

sedikit masalah antaranya peserta tidak mengambil sarapan pagi kerana ramai yang datang

lewat. Namun, makanan dapat dihabiskan pada waktu tengahari sebelum makan tengahari.

Makanan tengahari pula berlebihan kerana kebanyakkan ahli-ahli program terus pulang ke

kolej masing-masing terlebih dahulu dan ini menyebabkan berlakunya pembaziran.

Secara keseluruhannya program Eksplorasi Tekno 2015 berjalan dengan lancar dan

mencapai objektif yang ditetapkan. Ikatan silaturrahim dapat hasilkan di antara kelab ICT yang

terlibat iaiti Komuniti Sumber Terbuka dan Bridget Cyber SK Taman Jasmin. Hasil kerjasama di

antara ahli kelab yang terlibat dalam mengendalikan program semasa di makmal sekolah

berkenaan juga amat membanggakan.

Page 5: Refleksi hp pemikiran