refleksi hp kemahiran kreatif dan inovatif

4
PROGRAM PESTA TANGLUNG UKM KE-34 SEMESTER 2 SESI 2013/2014 HHHC 9801 KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF PENSYARAH: PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI PELAJAR: CHIA YEE MEEN A143530

Upload: ymeenchia2793

Post on 04-Aug-2015

108 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi HP kemahiran kreatif dan inovatif

PROGRAM PESTA TANGLUNG UKM KE-34

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

HHHC 9801

KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

PENSYARAH:

PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI

PELAJAR:

CHIA YEE MEEN A143530

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Page 2: Refleksi HP kemahiran kreatif dan inovatif

MAKLUMAT PENYELIA

Nama: Teo Jing Xin

E-mel: [email protected]

REFLEKSI TENTANG PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROJEK

Sepanjang kerja penyediaan Pesta Tanglung UKM ke-34 (PT) ini, saya berpeluang untuk

mengembangkan kemahiran kreatif dan innovatif dalam diri saya. Tugas saya dalam program PT

ini adalah sebagai AJK Bahagian Internal dan Pakaian Persolekan. Sepanjang 13 Oktober 2013

sehingga 6 Disember 2013, saya dikehendaki menghadiri perjumpaan mingguan bahagian saya

yang diadakan setiap hari Jumaat di bilik seminar FSSK. Perjumpaan ini bertujuan untuk

mengeratkan hubungan antara ahli-ahli bahagian saya.

Sewaktu perjumpaan mingguan, setiausaha bahagian iaitu ketua saya mengambil

kesempatan untuk menerangkan tanggungjawab kami dalan aktiviti ini. Setiap ahli bahagian

kami akan diberi tanggungjawab untuk menjaga keperluan pelakon yang dipertanggungjawabkan

kepada kami sepanjang masa latihan dan pada malam persembahan pentas drama. Apabila saya

menjalankan tugas,saya mendapati kerja saya amat memerlukan kreatif dan inovatif. Dalam keja

perancangan, kami dikendaki mencari dan memilih baju-baju yang bergaya retro untuk pelakon.

Hal ini disebabkan latar masa lakonan adalah pada 1980-an yang pakaian wataknya masih tidak

moden lagi. Kami dikehendaki supaya menggunakan kreativiti kami untuk mencari dan memilih

baju yang sesuai yang dapat menonjolkan personaliti setiap pelakon dalam persembahan ini.

Kami perlu memilih baju yang sesuai dipakai untuk setiap babak. Hal ini amat memerlukan

kreativiti kerana saya harus memilih baju yang paling sesuai untuk memastikan pelakon saya

memakai pakaian yang berlainan pada setiap babak supaya tidak kelihatan membosankan

walaupun dia hanya mempunyai empat pakaian yang boleh ditukar.

Saya telah melaksanakan tugas saya dengan lancar walaupun saya menghadapi sedikit

masalah. Sebagai contoh, saya berpeluang menjahit pakaian untuk pelakon apabila pakaian yang

Page 3: Refleksi HP kemahiran kreatif dan inovatif

diperlukan amat mahal atau tidak dapat didapati di pasaran. Sebagai contah baju yang dipakai

oleh orang cina dahulu semasa menghadiri upacara pengebumian. Walaupun tidak pernah

menjahit baju ini sebelum ini, namun akirnya saya berjaya menjahit baju yang kelihatan sama

seperti apa yang boleh didapati di pasaran dengan kreativiti sendiri. Apa yang mencabarkan daya

inovatif saya pula ialah apabila saya mengubahsuaikan baju pelakon saya sebab ia terlalu labuh

dipakai oleh pelakon saya. Selain daripada pakaian pelakon, kerja menghiaskan baju penari juga

mencabar daya inovatif kami. Saya telah melekatkan manik- manik pada pakaian penari supaya

baju mereka kelihatan bersinar di bawah pancaran spotlight pentas.

Selain daripada kerja dalam bahagian Internal dan Persolekan, saya juga berpeluang

membantu dalam kerja-kerja bahagian Alatan dan Hiasan Pentas. Seperti yang ditunjukkan

dalam gambar di slideshare, saya telah mengembangkan daya kreativif dan inovatif di mana saya

telah menggunakan kertas warna untut menbuat dahan-dahan dan daun-duan pokok maple palsu.

Saya telah menunjukkan cara pembuatan di video yang ditunjukkan di atas. Dahan-dahan ini

digunakan sebagai prop di pentas.

Kesimpulannya, saya berasa bangga kerana berpeluang melibatkan diri dalam program

ini. Memandangkan program ini merupakan program pertama yang saya sertai di UKM, saya

berasa diri saya telah banyak mempelajari cara-cara dan proses-proses menjayakan sesuatu

projek dan apa yang paling penting ialah saya telah belajar cara-cara untuk menyelesaikan

sesuatu masalah secara kreatif dan inovatif. Walaupan dana yang diperuntukkan mungkin tidak

mencukupi untuk bahagian saya, namun disebabkan daya kreativif dan inovatif, kumpulan kami

telah berjaya ‘mencipta’ baju atau barang lain yang di luar kemampuan kami. Tiada apa-apa

masalah yang tidak dapat diselesaikan sekiranya kita sentiasa mengamalkan sikap terbuka,

menerima padangan orang lain untuk mendapatkan idea baru dan berani mencuba sesuatu yang

tidak pernah kita lakukan. Saya telah mendapat pengetahuan yang tidak dapat dipelajari di kuliah

melalui program ini.