laporan akhir hp

17
Laporan Akhir Disediakan oleh: Norsafika Bt Abdu Karim Program Anak Muda NADI Malaysia yang dianjurkan oleh Seketeriat Keselamatan dan Kelab X-treme C Kolej Ungku Omar,Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung pada 14hb hingga 16hb Febuari 2014 bertempat di tiga lokasi berlainan iaitu di Kampung Batu 23, Sekinchan, Kuala Selangor dan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai 70 orang peserta telah menyertai program tersebut. Dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai AJK Jamuan dan Makanan. Tugas yang di galas oleh saya adalah menyediakan makanan supaya ahli dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan program ini akan mendapat makanan mengikut waktu. Melalui program ini, saya telah dapat mempelajari ilmu-ilmu komunikasi secara langsung dan tidak langsung. Saya telah mengetahui cara- cara untuk berurusan dengan pihak luar dengan lebih baik melalui kaedah penulisan ringkas dari semasa ke semasa. Dengan menghadiri Mesyuarat-mesyuarat sesama ahli program Anak Muda Nadi Malaysia juga dapat membiasakan diri menjadi lebih bertanggungjawab, menepati masa dan berdisiplin. Saya telah menggunakan komunikasi alam maya dan komunikasi lisan sesama ahli jawatankuasa tertinggi program dalam membincangkan menu makanan yang sesuai untuk semua golongan agar dapat memuaskan semua pihak. Saya telah membantu ketua exco jamuan dengan memberi idea berkaitan perancangan dan strategi pengagihan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan. 1

Upload: yoonaika

Post on 20-Jun-2015

133 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan akhir hp

Laporan Akhir

Disediakan oleh: Norsafika Bt Abdu Karim

Program Anak Muda NADI Malaysia yang dianjurkan oleh Seketeriat Keselamatan dan Kelab

X-treme C Kolej Ungku Omar,Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung pada 14hb

hingga 16hb Febuari 2014 bertempat di tiga lokasi berlainan iaitu di Kampung Batu 23,

Sekinchan, Kuala Selangor dan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai 70 orang peserta telah

menyertai program tersebut. Dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai AJK Jamuan

dan Makanan. Tugas yang di galas oleh saya adalah menyediakan makanan supaya ahli dan

sesiapa sahaja yang terlibat dengan program ini akan mendapat makanan mengikut waktu.

Melalui program ini, saya telah dapat mempelajari ilmu-ilmu komunikasi secara langsung dan

tidak langsung. Saya telah mengetahui cara-cara untuk berurusan dengan pihak luar dengan lebih

baik melalui kaedah penulisan ringkas dari semasa ke semasa. Dengan menghadiri Mesyuarat-

mesyuarat sesama ahli program Anak Muda Nadi Malaysia juga dapat membiasakan diri menjadi

lebih bertanggungjawab, menepati masa dan berdisiplin. Saya telah menggunakan komunikasi

alam maya dan komunikasi lisan sesama ahli jawatankuasa tertinggi program dalam

membincangkan menu makanan yang sesuai untuk semua golongan agar dapat memuaskan

semua pihak. Saya telah membantu ketua exco jamuan dengan memberi idea berkaitan

perancangan dan strategi pengagihan makanan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping

itu, saya telah bertanggungjawab mengikuti ketua exco makanan ke lokasi program untuk

berbincang dengan pihak kantin sekolah mengenai jenis-jenis makanan yang perlu disediakan

semasa program dijalankan, kami juga telah membincangkan menu untuk sarapan, tengah hari,

minum petang dan makan malam. Matlamat program ini adalah untuk membantu kehidupan

keluarga yang susah ke arah yang lebih senang,memupuk semangat cintakan ilmu di kalangan

pelajar, memupuk semangat sayangkan orang yang kurang bernasib baik dan merapatkan

hubungan mahasiswa dengan masyarakat. Kami bertolak dari UKM, Bangi ke Kuala Selangor

pada jam 4 petang iaitu selepas berakhirnya perasmian program kami oleh perasmi jemputan

daripada UKM Bangi iaitu Prof Madya Sr Dr Adi Irfan bin Che Ani. Kami sampai ke tempat

penginapan pada pukul 7 petang dan pada malamnya kami membuat ‘rehearsal’ untuk hari

esoknya sebagai persediaan. Hari kedua kami adalah bersama pelajar tingkatan 5 dan 6 rendah

1

Page 2: Laporan akhir hp

daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa. Daripada aktiviti berkenaan, kami telah

berjaya memberikan suntikan semangat kepada pelajar disitu untuk menyambung pelajaran

dengan menerangkan kepada mereka tentang keistimewaan orang yang berpelajaran dan tidak

menerusi latihan dalam kumpulan. Majlis penutup berlangsung pada pukul 1 petang oleh

pengetua sekolah tersebut di Dewan Seminar tempat kami menginap. Daripada aktiviti di

sekolah, saya telah dapat berkomunikasi dengan pelajar secara tidak langsung kerana saya telah

ditugaskan oleh exco program untuk menjadi pemudahcara aktiviti latihan dalam kumpulan

selama 1 jam 30 minit. Pada sebelah petang, kami bergerak ke Kampung Batu 23,Sekinchan

untuk aktiviti seterusnya. Di kampung tersebut, setiap daripada kami berpeluang untuk

berkomunikasi bersama penduduk kampung khususnya bersama keluarga angkat masing-masing.

Pada petangnya, kami dan ahli jawatankuasa Kampung Batu 23 mengadakan pertandingan sepak

takraw dan ianya telah dirasmikan oleh YB Budiman bin Zohdi, Adun Sg Panjang. Pertandingan

tersebut diakhiri dengan perlawanan persahabatan antara pelajar UKM dengan penduduk

kampung tersebut dan seterusnya aktiviti petang itu diakhiri dengan ucapan daripada YB

Budiman bin Zohdi dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Pada waktu malam, kami telah

menjemput Prof. Madya Dr. Arip Bin Kasmo, pensyarah UKM Bangi bagi menyampaikan

ceramah di balai raya kampung berkenaan yang bertajuk “Sains dalam Islam”. Pada keesokan

harinya, kami menjalankan aktiviti senamrobik dan pertandingan permainan tradisional seperti

congkak dan batu seremban. Ramai penduduk kampung menyertai aktiviti ini kerana terdapat

juga pemeriksaan kesihatan percuma dibalai raya bersebelahan tempat aktiviti kami dijalankan.

Daripada aktiviti berkenaan, saya dapat berkomunikasi dan mengeratkan lagi hubungan dengan

penduduk kampung. Pada pukul 11 pagi, kami telah dipecahkan kepada 5 kumpulan untuk

memberi bantuan kepada orang-orang kampung yang susah dan berpendapatan rendah. Setiap

kumpulan terdiri daripada 3 ahli. Ahli Nadi yang tidak terlibat diarahkan untuk bersama

penduduk kampung bagi menjayakan aktiviti permainan kampung serta penutup yang dirasmikan

oleh YB Hjh Noriah,Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti. Selesai majlis

penutup di kampung, kami telah bergerak ke UKM Tanjung Karang untuk mengemas barang dan

daftar keluar daripada UKM Tanjung Karang. Pada jam 5 petang, kami mula bergerak ke

bandaraya Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti kami yang seterusnya iaitu bersama

gelandangan. Gelandangan adalah orang yang tidak mempunyai tempat tinggal, makanan dan

wang. Kami mula membantu golongan ini pada jam 9 malam dan dibantu oleh Pertiwi Soup

2

Page 3: Laporan akhir hp

Kitchen, iaitu badan bukan kerajaan yang mempunyai sukarelawan yang ramai bagi membantu

memberikan makanan kepada gelandangan. Kami telah menyalurkan bantuan dengan

memberikan makanan dan pakaian yang telah kami kumpulkan sepanjang perancangan program

untuk diberikan kepada golongan ini. Di sini, saya juga berkesempatan untuk berbual dengan

golongan ini bagi mengetahui lebih lanjut akan masalah gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Kami tidak dibenarkan mengambil gambar bersama gelandangan kerana ianya boleh

mencemarkan maruah mereka. Daripada perjalan program kami,matlamat program NADI ini

dapat dicapai. Matlamat pertama dapat dicapai apabila kami memberi bantuan kepada penduduk

kampung yang susah untuk mengurangkan beban mereka . Matlamat kedua pula dicapai apabila

kami memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Desa

untuk terus menerokai ilmu. Matlamat ketiga dicapai apabila kami berjaya membantu golongan

susah dan gelandangan dan matlamat yang terakhir dicapai apabila kami membuat pertandingan

sepak takraw dan pertandingan permainan tradisional bersama penduduk Kampung Batu 23. Ini

menunjukkan kami cuba merapatkan hubungan mahasiswa dengan masyarakat. Melalui tugas

yang dipegang oleh saya sebagai AJK jamuan dan makanan, saya dapat mengasah ‘softskill’

yang ada dalam diri saya seperti kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dan kemahiran

kerja berpasukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul ketika sepanjang program.

Kesimpulannya, program NADI ini telah berjaya memupuk semangat sosial dan

kebertanggungjawaban dalam diri saya.. Tambahan pula, saya dapat mempelajari cara

melibatkan diri di dalam sebuah program kemasyarakatan, berinteraksi dengan pihak atasan serta

bekerjasama dan berkomunikasi dengan semua ahli sesuatu pengalaman yang penting apabila

mula bekerja dengan organisasi yang besar serta berstruktur kompleks. Kemahiran ini dapat

mengajar saya supaya membiasakan diri bekerja dengan pelbagai jenis golongan dan melatih diri

menjadi lebih bertanggungjawab mengikut tugasan yang telah diterima.

3

Page 4: Laporan akhir hp

Sehubung dengan kewajiban pelajar sebagai syarat lulus universiti yang ditetapkan di UKM,

saya Norsafika Bt Abdu Karim, no.matrik A146363 telah memilih HP pada semester ini iaitu

HHHC9101 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban dibawah Prof. Madya Dr. Abdul

Munir Bin Abd. Murad. Program ini telah diluluskan oleh JPPEL kerana mempunyai sebilang

kemahiran HP yang diselitkan bersesuaian dengan HP yang saya pilih iaitu membiasakan diri

dalam aktiviti sosial dan kebertanggungjawaban. Dengan merancang strategi untuk mendapatkan

pengetahuan dan kemahiran beberapa maklumat dan juga pembuktian disertakan dalam laporan

akhir ini mengikut format yang ditetapkan bersesuaian dengan HP ini.

4

Page 5: Laporan akhir hp

Menghadiri Mesyuarat Rasmi dan berkumpulan

5

Page 6: Laporan akhir hp

Bertanggungjawab dalam melakukan tugas

Gambar (1) Gambar (2)

Gambar (3)

6

Page 7: Laporan akhir hp

Gambar (4) Gambar (5)

Gambar (6) Gambar (7)

7

Page 8: Laporan akhir hp

Gambar (8)

Gambar(9)

Gambar (10)

8

Page 9: Laporan akhir hp

Gambar (11)

Gambar (12)

Gambar (13)

9

Page 10: Laporan akhir hp

Gambar (14)

Gambar (15)

Gambar (16)

10

Page 11: Laporan akhir hp

Gambar (17)

Gambar (18)

Gambar (19)

11

Page 12: Laporan akhir hp

Huraian daripada pembuktian gambar

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban merupakan aspek penting dalam kalangan pelajar supaya lebih berani dan bertanggungjawab dalam melakukan tugasan. Di samping itu, ilmu pengetahuan mengenai cara bertutur dengan pelbagai jenis orang adalah penting kerana mengajar seseorang menyesuaikan diri berinteraksi secara lebih fleksibel dalam kehidupan semasa mahupun ketika bekerja ataupun secara langsung dengan semua pihak. Berikut adalah beberapa bukti yang saya peroleh ketika program berlangsung :-

Gambar (1) : Ini merupakan sebahagian barangan sumbangan yang telah kami terima. Barang

dan sumbangan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang berkenaan semasa program NADI

dijalankan.

Gambar (2) : Barang dan pakaian yang telah disusun atur bersama-sama AJK NADI yang lain.

Gambar (3) : AJK bertungkus-lumus mengemas dewan sebelum program dijalankan.

Gambar (4) : Jamuan ringan untuk AJK dan masyarakat kampung.

Gambar (5) : Sesi perkenalan antara masyarakat kampung dan AJK yang terlibat.

Gambar (6) : Menjemput Prof madya dr. Mohd arip bin kasmo dengan topik ceramah

pengukuhan akidah menerusi penghayatan sains dalam al-quran al-karim.

Gambar (7) : AJK dan masyarakat kampung berkumpul bersama-sama memeriahkan ceramah.

Gambar (8) : AJK program telah mengendalikan aktiviti ‘ice-breaking’. Tujuan aktiviti ini dibuat

adalah untuk memberi peluang kepada peserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-

masing dengan lebih rapat dan merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan.

Gambar (9) dan (10) : Latihan dalam kumpulan untuk pelajar SMK.Semensa.

Gambar (11) dan (12) : Saya dan AJK bergambar.

Gambar (13) : Senamrobik bersama AJK program di kampung Tanjung Karang.

Gambar (14-17) : Saya bersama AJK mengagihkan makanan kepada para gelandangan.

Gambar (18) dan (19) : Kesemua AJK bergambar di sekitar kawasan gelandangan iaitu di Kota

Raya, Kuala Lumpur.

12

Page 13: Laporan akhir hp

.

13