refleksi gotong-royong

2
REFLEKSI Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya melapangkan dada dan meruangkan masa kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani Bina Insan Guru (BIG) gotong- royong pada 3 September 2012 yang lalu. Aktiviti ini telah dijalankan tapak perkhemahan Bina Insan Guru IPG Kampus Pendidikan Islam. Kursus ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari Saya rasa sangat beruntung kerana dapat mengisi dalam diri saya dengan pelbagai pengalaman baru disepanjang program ini berlangsung dan saya anggap ini merupakan persediaan di masa hadapan. Pada hari permulaan, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua program iaitu Saudara Lokmanul Hakim tentang pembahagian tugas dan juga perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang program gotong-royong ini berlangsung. Tempat berkumpul semua peserta Bina Insan Guru untuk mendengar taklimat pada kali ini adalah di Dataran Gerko. Alhamdulillah, semua peserta hadir tepat pada masanya untuk diberikan taklimat secukupnya. Memandangkan jumlah peserta yang terlalu ramai, kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua tugas yang berbeza. Kumpulan pertam dikehendaki untuk membersihkan tapak

Upload: firdaus-jalil

Post on 13-Aug-2015

458 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Gotong-Royong

REFLEKSI

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana

dengan taufik dan hidayahnya melapangkan dada dan meruangkan masa

kepada saya dengan mengizinkan saya menjalani Bina Insan Guru (BIG) gotong-

royong pada 3 September 2012 yang lalu. Aktiviti ini telah dijalankan tapak

perkhemahan Bina Insan Guru IPG Kampus Pendidikan Islam. Kursus ini telah

bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari Saya rasa

sangat beruntung kerana dapat mengisi dalam diri saya dengan pelbagai

pengalaman baru disepanjang program ini berlangsung dan saya anggap ini

merupakan persediaan di masa hadapan.

Pada hari permulaan, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh ketua

program iaitu Saudara Lokmanul Hakim tentang pembahagian tugas dan juga

perkara-perkara yang perlu dilakukan sepanjang program gotong-royong ini

berlangsung. Tempat berkumpul semua peserta Bina Insan Guru untuk

mendengar taklimat pada kali ini adalah di Dataran Gerko. Alhamdulillah, semua

peserta hadir tepat pada masanya untuk diberikan taklimat secukupnya.

Memandangkan jumlah peserta yang terlalu ramai, kami dibahagikan

kepada dua kumpulan dan dua tugas yang berbeza. Kumpulan pertam

dikehendaki untuk membersihkan tapak perkhemahan Bina Insan Guru dan

kumpulan kedua dikehendaki untuk membasuh khemah yang telah digunakan

sebelum ini semasa pekhemahan unit beruniform yang lepas. Setelah

mendengar taklimat, kesemua peserta bergerak ke kawasan tugasan masing-

masing.

Page 2: Refleksi Gotong-Royong

Melalui aktiviti ini, saya saya yakin ianya dapat mengeratkan silaturrahim

antara pelajar tanpa mengira kos matapelajaran masing-masing. Nilai murni

kerjasama inilah yang perlu diterapkan di dalam diri seorang guru untuk

menghasilkan generasi masa hadapan yang berkualiti. Kesimpulannya, saya

amat berpuas hati dengan program kali ini dan berharap ianya dapat memberi

saya kenangan yang bermakna dalam hidup saya.

Disediakan Oleh :

____________________________

(Muhammad Firdaus Bin Abdul Jalil)