gotong royong sk sibu

7
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU, JOHOR DARUL TAKZIM KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU TEMPAT: SK. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR ANJURAN: UNIT KECERIAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

Upload: mat-aber

Post on 23-Jun-2015

2.603 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU, JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG DI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU

TEMPAT:

SK. PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

ANJURAN:

UNIT KECERIAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU, MERSING, JOHOR

KERTAS CADANGAN Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Danau Kota.

2.0 Pendahuluan Biro Keceriaan, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) bercadang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan SK Pulau Sibu.

3.0 Objektif 3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Sibu. 3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum dalam memartabatkan institusi pendidikan anak mereka. 3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih kondusif dan lebih terjamin akan sekolah semasa waktu belajar. keselamatan anak-anak serta warga

4.0 Kumpulan Sasaran Semua warga SK Pulau Sibu iaitu Ibubapa, Murid-murid dan Guru-guru serta semua kakitangan sekolah.

5.0 Rasional Menjayakan Program 5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga anatara guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam membantu menceriakan kawasan sekolah. 5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. 5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh anak anak mereka sewaktu di sekolah.

6.0 Justifikasi Guru, kakitangan sekolah dan Ibubapa dapat bekerjasama dalam

menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. Menghayati konsep sekolahku rumahku

7.0 Anjuran Unit Keceriaan SKPS, PIBG, SK. Pulau Sibu.

8.0 Lokasi Cadangan Kawasan sekolah SK Pulau Sibu

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan 19 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu

10.0 Struktur Organisasi Penasihat: (1) Guru Besar (2) Pengerusi PIBG. (3) Penolong Kanan Kokurikulum. (4) Kaunselor. JAWATANKUASA KURSUS. Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha : En. Abedilah b. Abd. Ghani : En. Saiful Bahri b. Saudi : Cik. Siti Hajar b. Sanussi

Ahli Jawatankuasa: En. Mohd. Yassin b. Mat Adam En Mohd. Radhi b. Mat Ludin En. Mohd Jarkashi b Redzuan En. Mohd Asrul Isham b Sobri Ym. Tuan Ramzuzzaman b. Tuan Omar

11.0 Tentatif Program 8:00 pagi 8:15 pagi 8:20 pagi 8:25 pagi 8:45 pagi 10:00 pagi 10:45 pagi 11:45 pagi 12:00 tengahari Berkumpul di Tapak Perhimpunan Ucapan YDP PIBG Ucapan GB SKPS Taklimat ringkas Gotong Royong Bermula REHAT Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi Berkumpul dan menyimpan alatan Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan 1. Peralatan mengecat 2. Alatan membersih 2. Jamuan Jumlah RM200.00 RM 200.00 RM100.00 RM500.00

14.0 Penutup Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Unit Keceriaan bagi tahun 2010 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru SK Pulau Sibu. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (En. Abedilah b Abd. Ghani) Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu, 86000 Mersing, Johor .

.................................................. (En. Zainal Aznam b A. Kadir) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu, 86000, Mersing, Johor.