laporan program gotong-royong keceriaan

8
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KECERIAAN DAN KEMERDEKAAN 2015 1.0 Pengenalan 1.1 Tujuan Program Gotong-Royong Keceriaan dan Kemerdekaan pada tahun ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa 3K ( Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan) dengan Panatia Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun. Program gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah di samping mewujudkan sudut Asean di kawasan susur laluan utama sekolah. Tambahan, jawatankuasa terlibat dikehendaki untuk menggantung dan mengibarkan jalur gemilang di seluruh kawasan sekolah bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 tidak lama lagi. 1.2 Objektif 1.2.1 Membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah 1.2.2 Mewujudkan sudut Asean di sekolah 1.2.3 Mentransformasikan kawasan seekolah supaya lebih ceria dan menarik 1.2.4 Memupuk kerjasama dan mengeratkan hungan silaturrahim bersama rakan sekerja

Upload: eilaqieylah

Post on 08-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan

LAPORAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG KECERIAAN DAN KEMERDEKAAN 2015

1.0 Pengenalan

1.1 Tujuan

Program Gotong-Royong Keceriaan dan Kemerdekaan pada tahun ini merupakan anjuran

bersama Jawatankuasa 3K ( Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan) dengan Panatia Sejarah

Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun. Program gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan

kawasan sekolah di samping mewujudkan sudut Asean di kawasan susur laluan utama sekolah.

Tambahan, jawatankuasa terlibat dikehendaki untuk menggantung dan mengibarkan jalur

gemilang di seluruh kawasan sekolah bersempena dengan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2015

tidak lama lagi.

1.2 Objektif

1.2.1 Membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah

1.2.2 Mewujudkan sudut Asean di sekolah

1.2.3 Mentransformasikan kawasan seekolah supaya lebih ceria dan menarik

1.2.4 Memupuk kerjasama dan mengeratkan hungan silaturrahim bersama rakan sekerja

2.0 Latar belakang

2.1 Tarikh : 22 Ogos 2015 (Sabtu)

2.2 Tempat : SK Sungai Bedaun, WP Labuan

2.3 Bilangan peserta : Guru-guru dan Ahli Kakitangan Sokongan SKSB

Page 2: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan

3.0 Pencapaian aktiviti

Objektif dan matlamat program berjaya dicapai dengan adanya sudut Asean di kawasan susur

laluan utama yang telah dihias dengan cantik serta dicat dengan warna yang menarik. Selain itu,

AJK bahagian bendera telah menggantung bendera di kawasan pintu utama sekolah, kawasan

kantin dan di sekitar kawasan sekolah.

4.0 Refleksi

Keseluruhannya, semua guru dan ahli kakitangan sokongan telah bersatu-padu untuk

menceriakan kawasan sekolah serta mentransformasikan kawasan sekolah kepada yang lebih

cantik dan menarik.

5.0 Gambar aktiviti

Rujuk lampiran A

6.0 Penutup

Program sebegini seharusnya diadakan pada setiap tahun agar keadaan sekolah lebih bersih,

cantik dan ceria. Selain itu, kerjasama dan ukhwah antara rakan sekerja juga dapat dipupuk

sepanjang proram ini berlangsung. Para guru saling mencurah idea dan kreativiti demi

menjayakan objektif program gotong-royong bagi tahun 2015.

Page 3: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan

LAMPIRAN A

Gambar sebelum

Page 4: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan

Gambar semasa

Page 5: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan

Gambar selepas

Page 6: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan
Page 7: Laporan Program Gotong-royong Keceriaan