kertas kerja gotong royong surau

9
SEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN BANGGI, KUDAT, SABAH KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG DI SURAU PULAU BALAMBANGAN BANGGI TEMPAT: KAWASAN DAN DALAM SURAU, ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN BANGGI,

Upload: adam-hamka

Post on 21-Nov-2015

5.316 views

Category:

Documents


306 download

DESCRIPTION

SURAU

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN BANGGI, KUDAT,

SABAH

KERTAS KERJA PROGRAM

GOTONG ROYONG DI SURAU PULAU BALAMBANGAN BANGGI TEMPAT:

KAWASAN DAN DALAM SURAU, ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN BANGGI, KERTAS CADANGAN

Gotong Royong Surau Pulau Balambangan1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas KerjaTujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk mengadakan gotong royong di Surau pulau Balambangan Banggi kudat, Sabah.2.0 PendahuluanPanitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Pulau Balambangan Banggi dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) bercadang mengadakan gotong royong membersihkan kawasan surau serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan surau Pulau Balambangan Banggi.3.0 Objektif3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Balambangan.3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum dalam memartabatkan institusi pendidikan anak mereka.3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan surau agar lebih kondusif dan lebih terjamin akan keselamatan anak-anak, penduduk kampung serta warga sekolah semasa waktu menunaikan solat lima waktu.4.0 Kumpulan SasaranSemua warga SK Pulau Balambangan iaitu Ibubapa, Murid-murid dan Guru-guru serta semua kakitangan sekolah.5.0 Rasional Menjayakan Program5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga antara guru, ibu bapa dan kakitangan sekolah dalam membantu menceriakan kawasan surau.

5.2 Memberi peluang kepada ibubapa, penduduk kampung serta guru-guru untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak solat dan belajar.5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di surau sewaktu di sekolah.

6.0 JustifikasiGuru, kakitangan sekolah dan Ibubapa dapat bekerjasama dalam menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke surau demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang. 7.0 AnjuranPanitia Pendidikan Islam, PIBG, SK. Balambangan Banggi.8.0 Lokasi CadanganKawasan dan dalam Surau Pulau Balambangan9.0 Cadangan Tarikh PerlaksanaanTarikh cadangan: 22 Feb 2014 (Ahad)

Tempat

: Kawasan sekitar SURAU pulau BalambanganMasa

: 8.00 pagi 11.30 pagi

Pakaian

: Pakaian sukan4.1Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah dan di asrama.

4.2Kolam Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan pejabat merupakan kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.

4.3Bendera dan koridor bangunan Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya di kawasan bendera, di bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk mengukuhkan kedudukan tiang bendera tersebut.

4.4Mengecat dan Memasang papan tanda Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah dan pejabat.

4.5Mussolah Agihan tugas di sekitar mussolah ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman musollah itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

4.5Kelas/Tingkatan

Setiap kelas/tingkatan akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan pelajar dari beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

11.0 Struktur OrganisasiPenasihat:(1) Guru Besar (2) Pengerusi PIBG.(3) Penolong Kanan Kokurikulum.(4) Kaunselor.

JAWATANKUASA KURSUS.Pengerusi

: En. Md Hamka b. Awang

Naib Pengerusi: En. Kamarulzaman b. SenikSetiausaha

: En. Fadzri @ Adi Fadzri b. AliAhli Jawatankuasa:

En. Abdul Baasith b. Imam GoyEn. Mohd Izuan b. SuhamiEn. Azhar Mohammed b. Yahya

En. Mohd Nazri b. AlasgarEn. Sabar b. Jalim12.0 Tentatif Program 8:00 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan

8:15 pagi Ucapan YDP PIBG

8:20 pagi Ucapan GB SKPS 8:25 pagiTaklimat ringkas 8:45 pagi Gotong Royong Bermula10:00 pagi REHAT

10:45 pagi Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi

11:45 pagi Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari Jamuan dan Bersurai13.0 Anggaran Perbelanjaan1. Peralatan mengecat

RM200.002. Alatan membersih

RM 200.002.Jamuan

RM100.00

Jumlah RM500.00

14.0 PenutupProgram gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2014 dan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan guru-guru SK Balambangan Banggi. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan kawasan surau.Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.

..................................................

(En. Abedilah b Abd. Ghani)

(En. Zainal Aznam b A. Kadir)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu, Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,

86000 Mersing, Johor

86000, Mersing, Johor.

.

10.0 Cadangan Aktiviti & Skop Tugas