laporan gotong royong 2010

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH BATU KURAU GOTONG ROYONG PERDANA. TARIKH : 15 APRIL 2010 HARI : SABTU TEMPAT : SK. KAMPONG REPOH MASA : 7.30 PAGI Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru,staf bukan akademik, pekerja swasta dan murid-murid yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 7.40 pagi, semua murid yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk menjalankan P&P Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga SK. Kampong Repoh dan mengamalkan sikap cintakan kebersihan. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti Denggi & HINI. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan

Upload: wan-hasni

Post on 20-Jun-2015

13.370 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan gotong royong 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOHBATU KURAU

GOTONG ROYONG PERDANA.

TARIKH : 15 APRIL 2010 HARI : SABTUTEMPAT : SK. KAMPONG REPOHMASA : 7.30 PAGI

Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh, merupakan aktiviti tahunan dibawah badan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Ia melibatkan semua guru,staf bukan akademik, pekerja swasta dan murid-murid yang dipilih khas, Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh.

Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing untuk di bersih dan dikemaskan. Seawal jam 7.40 pagi, semua murid yang dipilih dikumpulkan dan dibahagikan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Menjadikan sekolah bersih, kemas,baik dan selamat untuk menjalankan P&P Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid-murid dan guru-guru dan semua warga SK.

Kampong Repoh dan mengamalkan sikap cintakan kebersihan. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk yang membawa kepada penyakit berjangkit seperti

Denggi & HINI.

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Respon Peserta: Mengalakkan Bekerjasama Gembira Cergas

Page 2: Laporan gotong royong 2010

Bersemangat

Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong Perdana Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh 2010.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………… ………………………………………………..(PN.WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH) (TN. HJ. AHMAD SOFI B. JAMALUDDIN)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKR

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOHBATU KURAU

PAMERAN & CERAMAH KESIHATAN

TARIKH : 14 APRIL 2010 HARI : JUMAAT

Page 3: Laporan gotong royong 2010

TEMPAT : SK. KAMPONG REPOHMASA : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

Pameran dan Ceramah Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Taiping diadakan sempena Program Gotong Royong Perdana peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Repoh. Program dimulakan dengan Pameran Kesihatan yang dimulakan pada jam 8.00 pagi. Murid-murid dibenarkan melawat pameran bermula jam 8.30 pagi mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan. Pameran ini berkisar tentang penyakit berjangkit terutamanya penyakit Denggi dan Influenza A HINI yang semakin popular sekarang. Disamping itu juga, pameran kesihatan penyakit yang lain juga turut dipamerkan.

Pada pukul 10.00 pagi, program ini dihentikan sebentar bagi memberi ruang untuk murid-murid berehat dan makan. Selepas rehat, program telah disambung dengan Ceramah Kesihatan yang disampaikan oleh Tuan Hj. Zainal Abidin B. Hj. Tajuddin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Promosi Kesihatan.

Tujuan dan objektif mengadakan aktiviti ini ialah; Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang

penyakit berjangkit seperti Denggi dan HINI dan penyakit-penyakit lain.

Menggalakkan murid-murid dan warga SK. Kampong Repoh untuk mengamalkan tabiat cintakan kebersihan dimana-mana sahaja mereka berada..

Menyedari peri pentingnya kesihatan yang sihat membantu kehidupan yang selamat.

Page 4: Laporan gotong royong 2010

Respon Peserta: Mengalakkan Bekerjasama Gembira Cergas Bersemangat

Program ini berjalan dengan lancar dan baik mengikut apa yang telah dirancangkan. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada seluruh warga Sk. Kampong Repoh.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

………………………………… ……………………………………………….. (PN.WAN HASNI BT WAN MOHAMAD SALEH) (TN. HJ. AHMAD SOFI B.JAMALUDDIN) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKKR