kertas kerja gotong royong new

15
KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH MAC 2013 Anjuran: SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHEE CHEE, TEMERLOH, PAHANG. 1

Upload: ling-ling-van

Post on 22-Nov-2015

380 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJAGOTONG-ROYONGPERINGKAT SEKOLAH MAC 2013Anjuran:SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHEE CHEE, TEMERLOH, PAHANG.1.0PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar dan guru SJK(C) Khee Chee akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

2.0Latar Belakang Program

Program gotong-royong merupakan aktiviti tahunan SJK(C) Khee Chee. Setiap tahun sekolah akan menganjurkan program ini untuk mendedahkan kepada murid betapa pentingnya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bersih.

3.0 Matlamat

Menghasilkan satu suansana pembelajaran yang aman dan selesa bagi semua warga SJK(C) Khee Chee.

4.0 OBJEKTIF

a) Merapatkan silaturrahim di antara guru dan murid SJK(C) Khee Chee.

b) Memberi peluang kepada muridmurid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.

c) Memulihara, menceriakan dan membersihkan bilik darjah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

5.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan: 16 Mac 2013 (Sabtu)Tempat

: Kawasan sekitar SJK(C) Khee CheeMasa

: 8.00 pagi 11.30 pagi

Pakaian

: Pakaian sukan

6.0Kumpulan Sasaran

Semua murid Tahap 2 SJK(C) Khee Chee serta guru-guru.

7.0 CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS 7.1Pembersihan Longkang Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah.

7.2Koridor bangunan Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor bangunan di semua tingkat.

7.3Kelas Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.8.0TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

8:00 pagiSemua warga SJK(C) Khee Chee berkumpul di tapak perhimpunanan.

8:15 pagiTaklimat agihan tugas

8.30 pagiGotongroyong bermula

11:00 pagiBerkemas / membersihkan alatan / diri

11:30 pagiRehat

12:00 petangMakan tengahari dan majlis bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAANa) Pelajar

= 359orang

b) Guru

= 44 orang

__________

Jumlah

= 403 orang

9.1 Makan dan minum untuk makan tengahari a)Makan = Nasi Ayam

( 1 orang = RM 2.50)

b)Minum = Sirap

( 1 orang = RM 0.50)

Jumlah= RM 3.00

Keseluruhan : 403 x RM 3.00 = RM 1,209.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 1,209.00 9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

BilPeralatanHarga

1.Plastik Beg Sampah

Harga Seunit (1 x RM 2.00)Bil beg yg diperlukan = 10 unit

10 unit x RM 2.00 = RM 20.00

2.Sabun Pencuci

Harga Seunit (1 x RM 10.00) Bil yang diperlukan = 3 unit

3 unit x RM 10.00 = RM 30.00

3. Berus Longkang

Harga Seunit (1 x RM 6.00)Bil berus longkang diperlukan;

5 unit x RM 6.00 = RM 30.00

4.Pencedok longkang

Harga seunit ( 1 x RM 8.00 )Bil yang diperlukan = 4 unit

4 unit x RM 8.00 = RM 32.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 112.00JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM 1,209.00 + RM 112.00 = RM 1,321.0010.0Jawatankuasa Pelaksanaan

Penasihat

: En. Lai Teck Pin (Guru Besar)

Pengerusi

: Pn. Leong Pei Ching (GPK KoKK)

Naib Pengerusi

: Pn. Chong Mei Lin (GPK 1)

Cik Tan Bin Choo (GPK 2)Penyelaras Aktiviti

:Pn. Soo Ai Fhen

Setiausaha : Pn. Van Ling LingPenolong Setiausaha: Pn. Leong Wah ChuiBendahari : Pn. Bong Ciuo FongProtokol

: Pn. Soh Yen Ling, Pn. Lai Ling Ling, Pn. Hoo Fui LiMakanan/Minuman

: Pn. Soh Choon Ee, Pn. Wong Yee Ting,

Cik Koh Shu Jing, Cik Khirun Nisa, Pn. Juslina

Pn. Nor Azila, Pn. Chiang Paw KhenPeralatan

: En. Jamal, En. Ahmad, En. Chung Yun Sean,

En. Loong Yew Hong, Cik Yu Pei Chin,

Pn. Chang Shu Yen, Pn. Chin Chew YinSiaraya

: Cik Lee Ee Rui, Cik Lee Mei Fung,Pn. Teoh Choon HuiKebersihan Dewan

: Pn. Ho Siew Choo, Cik Wong Huei Chee, & Kawasan Sekolah

Pn. Yet Ying Ying, Pn. Lee Mei Yin,

Pn. Yap Sau Peng, Pn. O Siew Choo,Pn. Tea Siew Lay, Pn. Ng Lee YinDisiplin dan

:Pn. Tan See Hoon, Pn. Khoo Bee Dee,

Keselamatan

Pn. Chong Pei Goon, Cik Chin Mei Lin,

Pn. Ngu Siew Kiong, Pn. Lee Eng Foo

Jurugambar

: Cik Liong Chui Peng, Pn. Lim Yen Ling11.0JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL.KAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1.Longkang

1. Di bahagian sekitar kantin.2. Di bahagian sekitar kawasan sekolah.1. Pn. Ho Siew Choo2. Cik Wong Huei Chee3. Pelajar Tahun 6 Rajin, 5 Rajin, 4 Bijak

2.Kawasan Koridor1. Pn. Yet Ying Ying2. Pn. Lee Mei Yin3. Pelajar Tahun 6 Bjiak, 6 Cekap, 6 Jujur

Agihan Tugas Mengikut KelasBilKawasan / KelasKetua dan Kumpulan Terlibat

1.Bangunan C ( Bahagian Dewan, Kantin )

1. Pn. Lee Eng Foo 2. En. Ahmad 3. Pelajar Tahun 5 Bijak

2.Bangunan A ( Kelas Tahun 1, 3, 4 & 6 )

1. En. Jamal2. Pn. Tan See Hoon3. Cik Lee Ee Rui4. Pelajar Tahun 4 Cekap

3.Bangunan D ( Kelas T 2 & 5 )

1. Cik Lee Mei Fung2. Pn. Hoo Fui Li3. Pelajar Tahun 5 Cekap

4.Bengkel Kemahiran Hidup

1. En. Chung Yun Sean2. Pelajar Tahun 4Jujur

5.Bilik Sains dan Makmal Sains 1. Pn. Yap Sau Peng2. Cik Yu Pei Chin3. Pelajar Tahun 5 Jujur

12.0 SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATANSumbangan diperolehi daripada:a) PIBG

= RM 3000.00

b) Dewan Makan Sekolah

= RM 200.00

SJK(C) Khee Chee

c) Sumbangan Guru

= RM 450.00

d) Persatuan Murid-muris Tua = RM 500.00SJK(C) Khee CheeJumlah Keseluruhan = RM 4150.00

13.0PenutupProgram Gotong-royong ini merupakan aktiviti tahunan SJK(C) Khee Chee. Program ini diharapkan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru SJK(C) Khee Chee. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".

Disediakan oleh

Disahkan oleh

..( Van Ling Ling )

( Leong Pei Ching )

Setiausaha 3K,

Pengerusi 3K,SJK(C) Khee Chee, Temerloh

SJK(C) Khee Chee, Temerloh11