laporan gotong royong

11
LAPORAN PROGRAM GOTONG – ROYONG SJK(T) TUPAH, KEDAH 2013 TARIKH 6 SEPTEMBER 2013 ( JUMAAT ) ‘KEBERSIHAN ADALAH ASAS KEHIDUPAN YANG SIHAT’ LAPORAN PROGRAM GOTONG - ROYONG 2013

Upload: ratnavell-muniandy

Post on 04-Jun-2017

537 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Gotong Royong

LAPORAN

PROGRAMGOTONG – ROYONG

SJK(T) TUPAH, KEDAH

2013

TARIKH6 SEPTEMBER 2013

( JUMAAT )

‘KEBERSIHAN ADALAH ASAS KEHIDUPAN YANG SIHAT’

LAPORANPROGRAM GOTONG - ROYONG

2013

Page 2: Laporan Gotong Royong

Pengenalan

SJK(T) Tupah telah mengadakan Program Gotong - Royong di persekitaran kawasan sekolah.

Program ini telah memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul

dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka. Di samping itu, program ini juga

telah memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan

mengurus diri apabila mengikuti sebarang aktiviti riadah.

Objektif

a. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,

indah, selamat dan ceria.

b. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

c. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu

bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan

dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

d. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan.

e. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

Page 3: Laporan Gotong Royong

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG – ROYONGSJKT TUPAH 2013

1. Nama Sekolah : Sekolah Jenis Kebangsaan (T)Tupah 08100 Bedong, Kedah

2. Penasihat 1 : ( Guru Besar )

3. Penasihat II : ( Penolong Kanan Pentadbiran )

4. Penasihat III : ( Penolong Kanan Kokurikulum )

5. Pengerusi : ..................................

6. Setiausaha : ..................................

7. Bendahari : ...................................

8. AJK Makanan / Minuman : ............................................: …………………………………………: …………………………………………: …………………………………………

9. AJK Keselamatan : …………………………………………………

10. AJK Aktiviti Gotong-Royong : Semua guru

11. AJK Kebersihan : Semua guru

12. AJK Peralatan : ……………………………………………….

13. Kumpulan Sasaran : Semua murid-murid dan guru-guru

Page 4: Laporan Gotong Royong

Laporan Program

Pada 6 September 2013 yang lalu, SJKT Tupah telah mengadakan Program Gotong - Royong di persekitaran SJK (T) Tupah. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka.

Pada pukul 7.40 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan Bharathi untuk pembahagian kumpulan mengikut kawasan-kawasan gotong-royong yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Setiap kumpulan telah dibahagikan dengan beberapa orang guru.

Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua guru dan murid-murid telah melakukan aktiviti membersihkan kawasan sekolah beramai-ramai. Antaranya ialah seperti aktiviti membuang daun-daun kering , mencangkul dan menggemburkan tanah, menyiram pokok bunga dan juga menabur baja. Aktiviti gotong-royong ini telah berjalan selama satu jam setengah sehingga pukul 9.30 pagi. Selepas itu, semua guru dan murid-murid ke kantin untuk rehat dan sarapan pagi.

Pada pukul 10.00 pagi, aktiviti gotong-royong bersambung sehingga 12.00 tengah hari. Antara kejayaan program kali ini adalah bilik-bilik khas, terutamanya bilik Kemahiran Hidup dan bilik Sukan dapat dibersihkan. Barangan sukan dan perabot yang telah usang dibuang. Barangan atau peralatan yang masih elok disusun dengan teratur pada rak-rak baru.

Seterusnya, semak-samun yang tebal di persekitan kebun dibersihkan. Batu-bata di landskap telah diatur dengan sistematik. Tanaman dan pokok hiasan baru yang disumbangkan oleh guru-guru dan PIBG telah ditanam di tempat yang sesuai.

Ada kawasan tertentu yang menjadi tempat pembuangan sampah dikenalpasti dan dihapuskan. Didapati tempat tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana air tertakung dalam sampah.

Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Page 5: Laporan Gotong Royong

Penutup

Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ _____________________( ) ( )Setiausaha Guru Besar

Page 6: Laporan Gotong Royong

AKTIVITI MEMBERSIHKAN KEBUN

Page 7: Laporan Gotong Royong
Page 8: Laporan Gotong Royong
Page 9: Laporan Gotong Royong