refleksi big bench marking

8
1 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015 REFLEKSI Profesion keguruan nyata semakin mencabar. Rentetan daripada itu, pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru itu, dalam memastikan guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi pengaplikasian pelaksanaan Bina Insan Guru menjadi wadah dalam membantu profesion keguruan. Melalui aktiviti yang dirancang, guru mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program Bina Insan Guru bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu program Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah kluster di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak. Tugasan ini merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh kami pelajar Semester 8. Pada 28 Mac 2015 iaitu pada hari sabtu, program lawatan penanda aras ini berjaya dilaksanakan. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya program ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa kepada En Amran selaku mentor yang banyak membantu dan membimbing serta rakan sekelas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam program ini.

Upload: intan-nurbaizurra-mohd-rosmi

Post on 02-Feb-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Bench Marking

1 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015

REFLEKSI

Profesion keguruan nyata semakin mencabar. Rentetan daripada itu,

pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran

bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina

generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru itu,

dalam memastikan guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan

dan mampu menangani cabaran era globalisasi pengaplikasian pelaksanaan Bina

Insan Guru menjadi wadah dalam membantu profesion keguruan. Melalui aktiviti

yang dirancang, guru mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman

yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program Bina Insan Guru bertujuan untuk melahirkan guru-guru yang memiliki

kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa

bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus

globalisasi.

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu program Lawatan

Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah kluster di Sekolah

Kebangsaan Bandar Tun Razak. Tugasan ini merupakan tugasan yang wajib

dilalui oleh kami pelajar Semester 8. Pada 28 Mac 2015 iaitu pada hari sabtu,

program lawatan penanda aras ini berjaya dilaksanakan. Syukur ke hadrat ilahi

kerana dengan izinnya program ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa kepada En

Amran selaku mentor yang banyak membantu dan membimbing serta rakan

sekelas yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam program ini.

Justeru itu, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan

perjalanan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha

untuk melicinkan program ini dan seandainya terdapat kemusykilan, kami telah

merujuk kepada Mentor kami iaitu Encik Amran.

Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program

lawatan penanda aras di Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Sekolah

Kebangsaan Bandar Tun Razak, Pahang. Sekolah ini telah mendapat

pengiktirafan kecemerlangan 2015 atas kecemerlangan Kebitaraan Bahasa

Melayu dan Program Kokurikulum Olahraga. Kami amat bersyukur kerana

Page 2: Refleksi Big Bench Marking

2 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015

Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas

mengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program

BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel

ini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikan

kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan

mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki

membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan

kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),

mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-

sektor serta fungsi dan peranan PPD.

Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling

Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa

sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan

bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya

faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada

warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi

peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi

tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan

satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan

perkhidmatan.

Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling

Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis

panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling

Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh

penjawat awam.

Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan

perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana

pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi

perhatian yang lebih.

Page 3: Refleksi Big Bench Marking

3 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015

Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik.

Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang

digunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan

semua guru pelatih.

Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan

penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah

kluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah

mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina

Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk

meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di

negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami

kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan

budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti

sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh

mesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan

yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin

Hj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan

yang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang

akademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di

peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa

guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran

Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua

bahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM

125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi.

Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah

membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih,

mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh.

Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk

menjadi usahawan.

Page 4: Refleksi Big Bench Marking

4 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015

Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi

pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah

sebuah pasukan ragbi yang diberi nama D’Rhyno. Pasukan ini telah banyak

menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara

pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan D’Rhyno ialah pasukan dari

Australia, Singapura dan Indonesia.

Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik

pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya

padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa

amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini,

pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi

perempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah

khussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak

sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalam

pembangunan sukan ragbi.

Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,

pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.

Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar

kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains,

bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang

menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput .

Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat

sedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan

blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi

laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini

boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut

untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan

bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaan

trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapun

pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untuk

menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masih

belum diluluskan.

Page 5: Refleksi Big Bench Marking

5 BINA INSAN GURU SEMESTER 8 2015

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan

oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada

kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak

mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan

dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya

tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada

dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru

besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa

sekolah ini supaya terus cemerlang.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini

telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan

pada masa akan datang.