refleksi-berkumpulan regrasi linear

3
REFLEKSI BERKUMPULAN Alhamdulillah, kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek Statistik (MTE 3105) dengan jayanya. Tugasan ini lebih kepada analisis yang melibatkan data berkaitan dengan alam kerjaya atau masalah situasi semasa yang melibatkan penggunaan aplikasi statistik Matematik dalam bentuk contoh model regresi linear dalam kehidupan seharian. Aplikasi statistik ini melibatkan sepasang pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Hasil perbincangan bersama, kami telah memutuskan untuk memilih persoalan “Hubungkait Antara Jumlah Kemalangan Jalan Raya Dan Bilangan Kematian Yang Dicatatkan”. Kami telah memperolehi setiap data dari sumber Buletin Perangkaan Sosial yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2012. Kami telah mengambil kira data dari setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Model regresi linear digunakan untuk merungkai dan mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan di antara bilangan kematian dengan kebergantungannya terhadap jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku. Model ini mengandungi gambarajah sebaran data yang terlibat yang dilukis dengan tepat. Model ini amat bersesuaian untuk digunakan bagi melihat perkaitan ataupun korelasi antara dua pembolehubah yang ditetapkan. Menerusi model ini, kami dapat menentukan persamaan regresi linear yang merupakan garisan terbaik yang menepati taburan data tersebut. Nilai R 2 juga diambil kira untuk memastikan sama ada penggunaan graf garis lurus yang dihasilkan sesuai digunakan untuk menjangkakan bilangan kematian yang mungkin berlaku apabila berlakunya perubahan dalam jumlah kemalangan jalan raya sepertimana yang terdapat dalam justifikasi kami. Tugasan ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada kami malah mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Kami mendapati bahawa tidak semua masalah situasi semasa boleh diramalkan dengan berpandukan kepada nilai korelasi yang telah diperolehi. Dalam situasi kami, bilangan kematian tidak

Upload: jane-than

Post on 25-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi-Berkumpulan Regrasi Linear

REFLEKSI BERKUMPULAN

Alhamdulillah, kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan

tugasan projek bagi subjek Statistik (MTE 3105) dengan jayanya. Tugasan ini lebih

kepada analisis yang melibatkan data berkaitan dengan alam kerjaya atau masalah

situasi semasa yang melibatkan penggunaan aplikasi statistik Matematik dalam

bentuk contoh model regresi linear dalam kehidupan seharian. Aplikasi statistik ini

melibatkan sepasang pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah tidak bersandar. Hasil perbincangan bersama, kami telah

memutuskan untuk memilih persoalan “Hubungkait Antara Jumlah Kemalangan

Jalan Raya Dan Bilangan Kematian Yang Dicatatkan”. Kami telah memperolehi

setiap data dari sumber Buletin Perangkaan Sosial yang telah dikeluarkan oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2012. Kami telah mengambil kira data

dari setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan

Putrajaya.

Model regresi linear digunakan untuk merungkai dan mengenal pasti sama

ada terdapat perkaitan di antara bilangan kematian dengan kebergantungannya

terhadap jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku. Model ini mengandungi

gambarajah sebaran data yang terlibat yang dilukis dengan tepat. Model ini amat

bersesuaian untuk digunakan bagi melihat perkaitan ataupun korelasi antara dua

pembolehubah yang ditetapkan. Menerusi model ini, kami dapat menentukan

persamaan regresi linear yang merupakan garisan terbaik yang menepati taburan

data tersebut. Nilai R2 juga diambil kira untuk memastikan sama ada penggunaan

graf garis lurus yang dihasilkan sesuai digunakan untuk menjangkakan bilangan

kematian yang mungkin berlaku apabila berlakunya perubahan dalam jumlah

kemalangan jalan raya sepertimana yang terdapat dalam justifikasi kami.

Tugasan ini bukan sahaja memberi kepentingan kepada kami malah

mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Kami mendapati bahawa tidak semua

masalah situasi semasa boleh diramalkan dengan berpandukan kepada nilai

korelasi yang telah diperolehi. Dalam situasi kami, bilangan kematian tidak

Page 2: Refleksi-Berkumpulan Regrasi Linear

dipengaruhi oleh jumlah kemalangan kerana kita perlu menitiberatkan jenis

kemalangan yang berlaku, jumlah kenderaan dan penumpang yang terlibat dalam

sesuatu kemalangan, dan juga keadaan sesuatu kemalangan sama ada bertaraf

sederhana ataupun bahaya. Faktor ini yang menyebabkan hubungkait di antara

kedua-dua pembolehubah tidak begitu kuat dan berada pada tahap sederhana baik.

Melalui tugasan ini, kami telah mendapat banyak pengetahuan baru. Kami

telah membuat banyak rujukan bagi mendapatkan kefahaman berkaitan dengan

model regresi linear. Kami dapat memperkukuhkan pengetahuan sedia ada tentang

model ini dan menyedari tentang beberapa kekuatan dan kelemahan serta

kebaikannya dalam meramal situasi akan datang. Kami mendapati bahawa model ini

lebih jelas dan mudah diaplikasikan untuk melihat perkaitan yang terdapat di antara

dua pembolehubah.

Di sebalik kekuatan yang dapat dilihat sepanjang proses menyiapkan tugasan

ini, kami juga menghadapi beberapa kekangan. Antaranya ialah kurangnya

pengetahuan yang mendalam berkaitan garisan regresi. Hal ini memerlukan kami

melakukan pembacaan dari pelbagai sumber bagi memastikan kami benar-benar

memahami tentang garisan regresi dalam menyiapkan tugasan. Selain itu, kami

menghadapi masalah kekangan masa di mana terdapat juga tugasan lain yang perlu

kami siapkan pada minggu yang sama. Ini menyebabkan kami berasa sedikit

tertekan dengan tugasan dari pelbagai subjek. Namun begitu, kami menyedari

bahawa inilah tugas sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.

Kemudian, dalam perbandingan dengan realiti dunia sebenar, kami juga turut

membincangkan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Di samping itu, kami juga

turut memberikan beberapa cadangan dalam yang boleh diambil bagi

mengurangkan bilangan kemalangan yang berlaku serta mencegahnya daripada

berlaku. Rujukan utama kami bagi mengeluarkan cadangan tersebut adalah dengan

mengambil kira panduan Keselamatan Pengguna Jalan Raya.

Akhir kata, kami merasakan tugasan ini begitu menarik dan memberikan

banyak manfaat kepada kami kerana ia melibatkan penggunaan model Matematik

dalam kehidupan seharian. Pengetahuan tentang model ini dapat diaplikasikan pada

Page 3: Refleksi-Berkumpulan Regrasi Linear

masa akan datang dalam situasi yang lain. Diharapkan tugasan ini dapat

memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa perkaitan antara bilangan

kematian dengan jumlah kemalangan dapat dilihat dengan lebih jelas. Akhir kata,

ribuan terima kasih kepada Puan Siti Khadzimah Bt. Sallip selaku pensyarah bagi

subjek ini kerana telah membantu kami dalam memberi kefahaman dan galakan

terhadap tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam menjalankan tugasan ini. Segala kerjasama

yang diberikan amat dihargai.

Sekian.