refleksi

4
Refleksi Setelah menyempurnakan tugasan projek RBT 3073 ini, saya mendapati bahawa pemasangan pendawaian memerlukan ilmu pengetahuan yang meluas dalam bidang teknologi elektrik dan elektronik kerana kesilapan dalam pemasangan pendawaian mendatangkan kemalangan seperti kebakaran dan cedera pada anggota badan yang boleh membawa maut. Antara faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan kerosakan pada litar pemasangan elektrik ialah llitar terbuka, litar pintas, kerosakan bumi dan pertambahan voltan bekalan secara mendadak. Masalah yang saya hadapi sepanjang proses penyempurnaan tugasan projek ini ialah skru pada soket telah rosak dan terbenam dalam lubang sehingga saya tidak dapat mengetatkan pemasangan skru pada soket tersebut. Berdasarkan peraturan IEE, sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel. Oleh itu, saya meminta bantuan daripada Tuan Haji Ghani dan rakan-rakan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya menetapkan kedudukan skru tersebut tetapi saya mengetatkan lagi skru sebelahnya agar penutup soket masih boleh dipasang padanya. Walaupun penyelesaian masalah ini tidak begitu sempurna tetapi soket tersebut masih boleh ditutup oleh penutupnya.

Upload: yuki-chia

Post on 26-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sge

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Setelah menyempurnakan tugasan projek RBT 3073 ini, saya

mendapati bahawa pemasangan pendawaian memerlukan ilmu pengetahuan

yang meluas dalam bidang teknologi elektrik dan elektronik kerana kesilapan

dalam pemasangan pendawaian mendatangkan kemalangan seperti

kebakaran dan cedera pada anggota badan yang boleh membawa maut.

Antara faktor-faktor atau punca-punca yang menyebabkan kerosakan pada

litar pemasangan elektrik ialah llitar terbuka, litar pintas, kerosakan bumi dan

pertambahan voltan bekalan secara mendadak.

Masalah yang saya hadapi sepanjang proses penyempurnaan tugasan

projek ini ialah skru pada soket telah rosak dan terbenam dalam lubang

sehingga saya tidak dapat mengetatkan pemasangan skru pada soket

tersebut. Berdasarkan peraturan IEE, sesalur atau salur mesti dipasang

dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal. Semua

sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan

kabel. Oleh itu, saya meminta bantuan daripada Tuan Haji Ghani dan rakan-

rakan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya menetapkan kedudukan skru

tersebut tetapi saya mengetatkan lagi skru sebelahnya agar penutup soket

masih boleh dipasang padanya. Walaupun penyelesaian masalah ini tidak

begitu sempurna tetapi soket tersebut masih boleh ditutup oleh penutupnya.

Selain itu, masalah kedua yang saya hadapi ialah pada permulaannya,

saya gagal memasang selongsong PVK pada papan disebabkan saya tidak

tahu cara membentuknya dengan kemas. Saya cuba menetapkan kabel-kabel

dengan menggunakan pencengkam. Malah, selepas menyalurkan kabel ke

pemegang lampu mentol, saya mendapati kabel-kabel tertanggal dan

mengalami kerosakan kerana terkena air. Saya membaiki kelemahan saya

dengan menonton video tutorial Youtube cara pemasangan pendawaian

selongsong dan meminta tunjuk ajar daripada pak cik tukang elektrik.

Akhirnya, dengan cubaan beberapa kali, saya berjaya membentuk

selongsong PVK mengikuti bentuk dan saiz litar pencahayaan saya dengan

kemas.

Page 2: Refleksi

Secara jujurnya, saya tidak mahir dalam pemasangan pendawaian

elektrik. Saya berusaha berlatih berulang kali sebelum memulakan

pemasangan pada tugasan projek ini. Saya amat bersyukur kerana

pensyarah-pensyarah pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan memberi

tunjuk ajar dan bantuan kepada saya semasa saya menghadapi masalah

dalam pemasangan pendawaian ini.

Tugasan projek ini memberi peluang kepada saya untuk mendalami

bidang teknologi elektrik dan elektronik. Untuk menghasilkan sebuah tugasan

projek yang berkualiti, saya berusaha mencari maklumat berkenaan dengan

pendawaian kawalan satu hala daripada pelbagai sumber seperti modul, buku

rujukan, buku teks dan lawan sesawang. Salah satu pengetahuan baharu

yang saya dapati melalui pembacaan ialah pemeriksaan visual tidak dapat

mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Oleh yang

demikian, saya menggunakan meter pelbagai untuk memastikan bahawa

jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika

bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti,

projek mempunyai litar terbuka.

Cara menguji litar dengan penggunaan meter pelbagai ialah setkan

meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan

buat pelarasan sifar (0 ohm). Sentuhkan prob negatif dan positif kepada

setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan

keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan

yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan

oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis, ubah

kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum

penunjuk meter. Julat satu tahap lebih tinggi perlu ditukar jika disyaki bahawa

nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh

diukur oleh meter pada julat yang dipilih. Terbalikkan kutub prob dan ulangi

langkah pengujian sentuhan prob negatif dan positif.

Sehubungan dengan itu, tugasan projek saya mempunyai litar

pencahayaan dan litar kuasa. Untuk mempunyai gambaran jelas mengenai

litar pencahayaan, saya telah mengumpul maklumat-maklumat berkenaan

Page 3: Refleksi

dengan litar pencahayaan. Hasil dapatan ialah peraturan IEE telah

menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung

mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya, satu lampu berkadar 100

Watt setiap satu tidak melebihi 10 poin. Kabel yang digunakan ialah kabel

jenis tembaga bersalut PVK. Saiz minima kabel yang digunakan mestilah

tidak kurang 1.5mm. Manakala kadaran alat pelindung yang digunakan mesti

tidak melebihi 6 Amp sama ada fius atau MCB. Berdasarkan pemahaman

saya, pemasangan litar lampu digalakkan menggunakan lebih daripada satu

litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan, litar lain

masih boleh digunakan.

Secara kesimpulannya, ilmu yang saya perolehi melalui tugasan

peojek ini dapat dimanfaatkan dengan sempurna dan baik serta diaplikasikan

dalam kehidupan seharian terutamanya digelar sebagai pendidik pada masa

akan datang. Akhir kata, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan

projek ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun tugasan ini

mungkin bukan yang terbaik, tetapi saya telah mencuba yang terbaik dan

akan menghasilkan tugasan yang lebih baik pada masa yang akan datang.