refleksi

8
PEULISAN REFLEKSI Program Bina Insan Guru Fasa V PROGRAM : CERAMAH & LAWATAN BENCHMARKING TARIKH : 19 NOVEMBER 2014 TEMPAT : SEK. KEB. BERTAM INDAH Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan 1

Upload: dzul-hellmy

Post on 20-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

PEULISAN REFLEKSIProgram Bina Insan Guru Fasa VPROGRAM : CERAMAH & LAWATAN BENCHMARKING TARIKH : 19 NOVEMBER 2014TEMPAT : SEK. KEB. BERTAM INDAHGuru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh bahan atau organisma yang dapat mempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas sebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Masyarakat juga boleh dianggap sebagai sekumpulan individu yang mengadakan kesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologis, psikologis dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat.

Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam persekitaran pendidikan.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis.

Program Ceramah & Lawatan Benchmarking ke Sekolah Berprestasi Tinggi adalah merupakan program yang dirancang di bawah Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim Program BIG Fasa V. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PPG Ambilan Jun 2011. Matlamat BIG ini, adalah untuk menguji serta mencabar daya ketahanan fizikal, mental, emosi setiap individu yang bergelar seorang guru untuk digunakan 100% secara maksimum. Aktiviti ini juga, ingin mengenal pasti sifat kepimpinan seorang guru kepada anak-anak bangsa. Di samping itu juga, ia meningkatkan lagi jati diri, kayakinan serta keberanian diri seorang guru untuk menempuh cabaran-cabaran di era dunia tanpa sempadan ini. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan tali silaturahim di kalangan guru-guru dan juga pihak pengurusan IPG serta masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, agama dan juga kepercayaan.

Melalui program BIG, peserta dapat mencapai objektif :

1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, patuh kepada ajaran agama.

2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.

3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.

4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta perpaduan masyarakat.

5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.

6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. Perjalanan ProgramPerjalanan program ini telah dimulakan dengan pendaftara pelajar-pelajar PPG Sains 2 Ambilan Jun 2011.Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal jam 7.30.pagi. Kehadiran yang direkodkan ialah seramai 26 orang pelajar PPG yang telah hadir untuk mengikuti program ini.

Tepat jam 8.30 pagi,acara telah dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh pengacara majlis diikuti ucapan aluan oleh pengerusi program En.Suhaimi Bin Abdul Hamid.Setelah ucapan aluan telah selesai disampaikan,program BIG Fasa V diteruskan dengan taklimat perkongsian ilmu oleh Tuan Guru Besar SKBI serta Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKBI dengan menerangkan sedikit info mengenai Sekolah Kebangsaan Bertam Indah serta kecemerlangan yang telah dicapai sepanjang menggondol peranan sebagai sekolah yang berprestasi tinggi.

Pada pukul 10.30 pagi,semua pelajar IPG dan murid - murid dijemput untuk menikmati jamuan pagi di ruangan yang telah disediakan .Menu jamuan pagi itu ialah bihun goreng Singapore.Setelah semuanya telah selesai menjamu selera,tanpa melengahkan masa,saya beredar ke bilik mesyuarat SKBI untuk mengikuti program yang seterusnya.Di sekitar jam 11.00 pagi,kehadiran pensyarah pembimbing dari Institut Perguruan Tuanku Bainun seramai 2 orang pensyarah.Kehadiran pensyarah IPKTB telah disambut oleh Tuan Guru Besar SKBI serta pelajar pelajar PPG Sains 2.

.Disekitar jam 11.30 pagi,program BIG Fasa V diteruskan lagi dengan Ceramah mengenai Pekeliling Perkhidmatan & Peranan PPD dan JPN yang telah disampaikan oleh Pegawai dari PPD Kerian iaitu Pn.Hasni Binti Abdul Rahman.Sepanjang ceramah tersebut dijalankan,Pn.Hasni banyak memberi maklumat yang bermanfaat mengenai perkhidmatan perguruan dan tugas tugas yang digalaskan oleh pegawai PPD dan JPN dalam membantu guru guru di sekolah.Ceramah tersebut telah ditamatkan sekitar jam 12.30 tengah hari.

Tepat jam 1.00 petang,Program BIG Vasa V diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada wakil SKBI iaitu Tuan Guru Besar SKBI daripada wakil pelajar PPG Sains 2 sebagai tanda penghargaan di atas kesudian pihak menerima kunjungan pelajar pelajar PPG ke sekolah tersebut.Tidak lupa juga,pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan iaitu Pn.Hasni Bt.Abdul Rahman.

Saya juga turut mengambil kesempatan dengan melawat ke sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah untuk melihat prasarana yang yang telah dibangunkan oleh pihak sekolah dalam mengekalkan reputasi mereka sebagai sekolah yang berprestasi tinggi.

Sebelum program bersurai,saya dan juga rakan rakan sempat merakamkan kenangan dengan bergembar bersama Tuan Guru Besar serta barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Bertam Indah sebagai kenang-kenangan.

Pada jam 1.30 petang semua pelajar PPG Sains 2 telah bertolak pulang ke rumah masing-masing.

Sekian dari saya.....................................................

................................................

( ZULHILMI BIN ZAINUN )

PPG SAINS 2 Ambilan JUN 20111