reaksi masyarakat setempat di sabah dan sarawak terhadap penyerahan negeri masing

5
Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946. Pendahuluan Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir musnah semasa pendudukan Jepun.Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat. ISI SABAH tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran. tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut. penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran. kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan. pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh- tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan.Antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah. SARAWAK wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.Penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada

Upload: joan-ng

Post on 21-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Sabah

TRANSCRIPT

Page 1: Reaksi Masyarakat Setempat Di Sabah Dan Sarawak Terhadap Penyerahan Negeri Masing

Reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946. 

Pendahuluan Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan Britishekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU.British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir musnah semasa pendudukan Jepun.Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

ISI  SABAH tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran. tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut.penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran. kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan.Antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan, Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.

SARAWAK wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.Penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British.Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.Persatuan Melayu Sarawak pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah.PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara.

kegiatan Rukun 13 lumpuh PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. Pada 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri. PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951.

KESIMPULAN

Page 2: Reaksi Masyarakat Setempat Di Sabah Dan Sarawak Terhadap Penyerahan Negeri Masing

Penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak BERJAYA sekurang-kurang berjaya menimbulkan rasa gerun di hati pentadbir British supaya berhati-hati dalam tindakan mereka. Bagi penduduk Sarawak pula walaupun kecil bilangan yang terlibat sudah cukup bermakna menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik dan sedar akan erti kemerdekaan.

Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )

PENDAHULUAN

Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

A. Kesan politik

Menyemarakkan semangat nasionalisme.kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British dikalangan orang Melayu yang anti British..

Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.

Orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.

Kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.

Membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu. Seperti KMM, PETA, KRIS

B. Kesan Ekonomi

Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali

Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.

Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.

Page 3: Reaksi Masyarakat Setempat Di Sabah Dan Sarawak Terhadap Penyerahan Negeri Masing

Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun.

Perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport

Perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun

Orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

C. Kesan sosial

Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.

Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus pergaduhan kaum.

Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

Tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.

Pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.

Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

KESIMPULAN

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu. Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.