documentre

53
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan berkat dan izin Nya, kami berjaya menyiapkan tugasan ini yang bertajuk kajian berkaitan tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif mengenai cara penyususan yang betul. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Zaidah bt Zakaria diatas tunjuk ajar beliau serta panduan dan dorongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada coordinator kami iaitu Pn.Rohaya bt Ali kerana sedikit sebanyak memberi galakan dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Juga kepada ahli kumpulan dan kawan – kawan yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta sokongan sepanjang menjalankan tugasan ini, ribuan terima kasih diucapkan. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak telah banyak membantu kami dalam menyudahkan tugasan yang diberikan. Untuk itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi diatas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri sendiri.

Upload: mariyana-umar

Post on 31-Oct-2014

96 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Documentre

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan berkat dan izin Nya, kami

berjaya menyiapkan tugasan ini yang bertajuk kajian berkaitan tahap pengetahuan ibu bekerja

yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif mengenai cara penyususan yang betul. Kami ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Zaidah bt Zakaria diatas tunjuk ajar beliau serta

panduan dan dorongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang kajian ini. Terima kasih juga

diucapkan kepada coordinator kami iaitu Pn.Rohaya bt Ali kerana sedikit sebanyak memberi

galakan dan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Juga kepada ahli kumpulan dan kawan –

kawan yang banyak membantu dan memberi kerjasama serta sokongan sepanjang menjalankan

tugasan ini, ribuan terima kasih diucapkan.

Kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak telah banyak membantu kami dalam

menyudahkan tugasan yang diberikan. Untuk itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

sekali lagi diatas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Sesungguhnya yang baik itu

datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri sendiri.

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Page 2: Documentre

Susu ibu merupakan sumber semulajadi yang paling berharga dan boleh diperoleh dengan

mudah. Susu ibu merupakan makanan yang paling baik untuk bayi. Susu ibu dapat

menyelamatkan lebih dari satu juta bayi yang menyusu kerana bayi yang menyusu susu ibu

mempunyai imunisasi lebih kuat dan sihat berbanding bayi yang diberi susu formula.

(Irawati.I.2009) Ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang betul. Susu

ibu sahaja sudah mencukupi semasa bayi berumur empat hingga enam bulan yang pertama dalam

hidupnya, tanpa memerlukan tambahan bahan pelengkap yang lain. Cara penyusuan ini

dinamakan penyususan secara eksklusif. Pelbagai kebaikan dapat diperolehi oleh ibu dan anak

jika ibu memberi penyusuan secara ekslusif seperti dapat meningkatkan tahap imuniti anak dan

dapat mengurangkan breast engorgement serta dapat mengurangkan risiko mendapat barah payu

dara kepada ibu.

Penyusuan secara ekslusif telah mula diperkenalkan pada tahun 1990, menerusi satu deklarasi

yang telah diputuskan di World Summit of Children di New York. Ia merupakan pelan tindakan

yang merangkumi "...penggalakan semua ibu supaya menyusukan bayi-bayi mereka secara

eksklusif selama empat hingga enam bulan dan meneruskan penyusuan mereka beserta

pemberian makanan tambahan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih" (Maghales, 1993)

Walaubagaimanapun setelah penyusuan secara ekslusif diperkenalkan pada tahun 1990, tahap

pengetahuan mengenai penyususan secara ekslusif amat rendah dikalangan ibu bekerja di

Malaysia dari tahun 1990 hingga 2003. Satu kajian yang dilakukan pada 2002 menunjukan

“...amalan penyususan ibu secara ekslusif amat rendah terutamanya dikalangan ibu-ibu bekerja..”

(Mohd H.D.,Omar M.,Mariam A.M.). Kerajan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan

Malaysia telah mula menekankan kepentingan penyusuan secara ekslusif, menerusi pelbagai

kempen-kempen yang dilaksanakan di pelbagai peringkat termasuklah di hospital, klinik, dan

tempat awam. Kempen kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan ceramah-

ceramah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada ibu untuk mengamalkan

penyusuan ekslusif sekaligus menigkatkan jumlah ibu yang mengamalkan penyususan secara

ekslusif untuk 6 bulan pertama. Kementerian kesihatan juga telah merangka Polisi Penyusuan

Kebangsaan yang merangkumi 10 perkara yang mensasarkan penyusuan secara ekslusif sebagai

dasar utama. Hasil daripada usaha kerajaan dan kementerian ini, bilangan ibu bekerja yang

mengamalkan penyusuan ekslusif semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia.

Page 3: Documentre

Namun walaupun ibu bekerja mengamalkan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan yang

pertama, adakah mereka mempunyai tahap pengetahuan yang mencukupi mengenai cara

penyusuan yang betul? Ini merangkumi aspek pemerahan susu ibu, penyimpanan dan pemberian

susu ibu kepada bayi semasa ibu bekerja. Berasaskan persoalan ini, kajian ini akan memfokuskan

untuk menilai tahap tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara

ekslusif, mengenai cara penyusuan susu ibu secara ekslusif yang betul, dari aspek teknik

pemerahan susu, penyimpanan dan cara pemberian susu yang disimpan kepada bayi semasa ibu

bekerja.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Page 4: Documentre

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong ibu yang bekerja untuk mengamalkan

penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan pertama, termasuklah dari segi penjimatan kos untuk

membeli susu formula yang mahal dipasaran, selain kesedaran berkenaan kebaikan susu ibu yang

amat besar kepada bayi. Faktor-faktor ini menjadi pemangkin untuk ibu yang bekerja berusaha

mengatasi halangan dan cabaran untuk mengamalkan penyusuan secara eksklusif semasa

bekerja. Faktor tempat kerja yang tidak membantu ibu yang menyusu dari segi penyediaan

privasi untuk ibu memerah susu, selain faktor bebanan kerja dan masa di tempat kerja antara

cabaran besar yang perlu dihadapi. Ibu juga perlu mengetahui berkenaan teknik pemerahan susu

ibu yang betul semasa ditempat kerja selain cara penyimpanan dan teknik mencairkan susu

sebelum diberikan kepada bayi. Susu yang tidak disimpan dan dicairkan dengan betul boleh

mengalami degradasi dari segi kualiti, malahan lebih teruk, boleh mendatangkan implikasi

kesihatan kepada bayi jika susu yang diperah dan disimpan, tercemar oleh mikroorganisma.

Teknik pemberian susu yang dicairkan kepada bayi yang tidak betul pula boleh memberi

implikasi seperti bayi tidak mendapat susu yang mencukupi atau komplikasi tersedak susu yang

boleh membahayakan nyawa bayi.

Lalu timbul persoalan disini, adakah ibu yang bekerja dan mengamalkan penyusuan

secara ekslusif ini, mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan perkara yang disebut di

atas? Adakah teknik penyusuan mereka effektif dan mencukupi untuk mencapai segala macam

kebaikan yang terkandung dalam susu ibu, atau sekadar memenuhi syarat dan mengikuti trend

semasa dalam pemberian susu secara ekslusif? Persoalan utama disini bukan lagi untuk

menggalakkan penyusuan secara ekslusif, tetapi adakah penyusuan secara ekslusif yang

diamalkan oleh ibu-ibu bekerja selari dengan tahap pengetahuan mereka.

Bagi menjawab persoalan dan permasalahan ini, kajian yang akan dilakukan ini akan

menyentuh aspek-aspek untuk menilai tahap pengetahuan ibu-ibu bekerja yang mengamalkan

teknik penyusuan secara ekslusif berkaitan dengan perkara-perkara yang telah disentuh di atas.

Ini dilakukan menerusi borang kaji selidik yang mengandungi soalan-soalan yang akan dirangka

khusus bagi menilai tahap pengetahuan mereka.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Page 5: Documentre

Kajian mengenai tahap pengetahuan ibu mengenai penyusuan secara ekslusif ini amat

penting dan perlu dijalankan bagi mengetahui serta menilai tahap pengetahuan ibu bekerja

terhadap pengamalan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Penilaian ini secara khususnya dapat

mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif

samada berada pada tahap yang tinggi, sederhana ataupun rendah, dan seterusnya intervensi atau

langkah penambahbaikan boleh dijalankan agar ibu dan bayi mendapat manfaat sepenuhnya dari

pengamalan penyusuan secara ekslusif .

Hasil kajian ini juga antara lain menyokong usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian

Kesihatan Malaysia yang telah memperkenalkan Polisi Penyusuan Kebangsaan yang

mensasarkan penyususan secara ekslusif sebagai dasar utamanya. Hasil kajian ini amat berguna

kepada pengamal kesihatan sebagai panduan kepada mereka dalam menilai sejauh mana

implikasi serta keberkesanan pendidikan kesihatan yang telah mereka berikan kepada ibu-ibu

mengandung dan ibu-ibu yang telah bersalin di pusat-pusat kesihatan. Ini berasaskan kenyataan

(Noor A,. Norshuhaida. 2009) menyatakan bahawa pemberian susu ibu semasa bekerja

merupakan pendidikan kesihatan yang amat penting supaya ibu dapat memberi penyususan

sepenuhnya.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Page 6: Documentre

a. Objektif Umum

Untuk menilai tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif

untuk 6 bulan pertama, mengenai cara penyusuan susu ibu secara ekslusif yang betul.

b. Objektif Khusus

i. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai kebaikan penyusuan

secara ekslusif untuk 6 bulan pertama.

ii. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai kepentingan dan cara

pemerahan susu ibu yang betul dan berkesan.

iii. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai kepentingan dan

cara-cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu.

iv. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengena pencairan susu ibu yang

betul dan berkesan serta teknik pemberian susu yang betul serta kepentinganya kepada

bayi

1.5 HIPOTESIS KAJIAN

Page 7: Documentre

i. Tahap pengetahuan ibu mengenai kebaikan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan

pertama berada pada paras sederhana. Ibu tidak mengetahui sepenuhnya mengenai

kebaikan penyusuan secara ekslusif kepada ibu dan bayi.

ii. Pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan yang betul berada pada paras baik seperti

ibu mengetahui mengenai cara-cara yang betul untuk memerah susu secara manual

seperti ketika perahan dilakukan ibu meletakan jari dan membentuk C di kawasan alreola

untuk memerah susu. Pengetahuan ibu dalam perahan susu menggunakan teknik pam

elektrik berada pada paras sederhana kerana kebanyakan ibu tidak mempunyai

kelengkapan menggunakan peralatan pam elektrik tersebut kerana mereka lebih senang

menggunakan teknik perahan secara manual.

iii. Pengetahuan ibu mengenai teknik penyimpanan susu ibu yang betul berada pada paras

yang sederhana kerana ibu tidak mengetahui tempoh masa penyimpanan bagi susu yang

terdedah kepada suhu bilik, bilik berhawa dingin, peti sejuk berhawa dingin dan peti

sejuk beku. Ibu juga kurang pasti mengenai kepentingan teknik penyimpanan susu yang

betul seperti teknik penyimpanan susu yang betul boleh mengekalkan khasiat susu serta

dapat mengelakan kontiminasi pada susu tersebut.

iv. Tahap pengetahuan ibu mengenai teknik pencairan adalah baik kerana ibu tahu cara

pencairan susu dengan merendam bekas yang mengandungi susu kedalam bekas yang

mengandungi air panas bersuhu 100 ? C selama 5 minit. Ibu juga tahu mengenai teknik

pemberian susu yang betul kepada bayi seperti memastikan bayi lapar dahulu baru

diberikan susu, jika bayi diberikan susu semasa ianya tidak lapar boleh mengakibatkan

bayi tersebut muntah dan boleh mengancam nyawa bayi.

1.6 TEKNIK ANALISIS

Page 8: Documentre

Borang Soal Selidik Bahagian B

Soalan 1 Soalan 2

Soalan 3 Soalan 4

PENGETAHUAN IBU :

TINGGI / SEDERHANA / RENDAH

IBU BEKERJA YANG MENGAMALKAN

PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF

Borang Soal Selidik Bahagian A

Data Sosiodemografi

Page 9: Documentre

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Kebaikan susu ibu memang tidak dapat dinafikan kerana susu ibu dapat menyelamatkan

lebih dari satu juta bayi yang menyusu kerana bayi yang menyusu susu ibu mempunyai imunisasi

lebih kuat dan sihat berbanding bayi yang diberi susu formula(Irawati,I.2009).

Penyusuan secara ekslusif telah mula diperkenalkan pada tahun 1990, menerusi satu

deklarasi yang telah diputuskan di World Summit of Children di New York. Ia merupakan pelan

tindakan yang merangkumi "...penggalakan semua ibu supaya menyusukan bayi-bayi mereka

secara eksklusif selama empat hingga enam bulan dan meneruskan penyusuan mereka beserta

pemberian makanan tambahan sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih" (Maghales,1993).

Setelah diperkenalkan pada tahun 1990, amalan penyusuan secara ekslusif di malayisa

masih berada pada tahap yang rendah pada tahun 2002 “...amalan penyususan ibu secara ekslusif

amat rendah terutamanya dikalangan ibu-ibu bekerja..” (Mohd H,D.,Omar M.,Mariam

A,M.2002).

Namun ianya semakin meningkat dari tahun ke tahun menerusi kempen dan aktiviti serta

pengedaran risalah mengenai kepentingan dan kebaikkan penyusuan secara ekslusif yang telah

dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dengan memperkenalkan

Polisi Penyusuan Kebangsaan yang mensasarkan penyusuan secara ekslusif sebagai dasar utama

(Pusat laktasi jabatan Obstetrik dan Ginekologi HSB, 2011).

Menerusi kempen yang dijalankan oleh kerajaan, peningkatkan pengetahuan dan kesedaran

dikalangan ibu – ibu untuk mengamalkan penyusuan secara ekslusif semakin meningkat

sekaligus dapat meningkatkan bilangan ibu yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif di

Malaysia. Penekanan harus diberikan kepada ibu yang bekerja untuk mengamalkan penyusuan

secara ekslusif ditempat kerja kerana pemberian susu ibu semasa bekerja merupakan pendidikan

kesihatan yang amat penting supaya ibu dapat memberi penyususan sepenuhnya (Noor A,.

Norshuhaida.2009).

Page 10: Documentre

METODOLOGI

3.1 REKABENTUK KAJIAN:

Penyelidik akan menggunakan kajian berbentuk diskriptif dan kuantitatif yang akan di jalankan

dikalangan ibu – ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif.

3.2 POPULASI

Kajian ini akan dilakukan terhadap ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif.

3.3 SAMPEL

Kajian ini akan dilakukan keatas 50 orang ibu yang bekerja yang mengamalkan penyusuan

secara ekslusif di sekitar Hospital Sungai Buloh. Sampel Kajian diambil menggunakan kaedah

persampelan bertujuan.

Kriteria yang layak

1. Ibu yang bekerja.

2. Ibu mengamalkan penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan pertama.

3. Hadir temujanji diklinik pada tarikh pengumpulan data.

4. Bersetuju menyertai kajian ini.

Kriteria yang tidak layak

1. Ibu yang tidak bekerja.

2. Ibu mengamalkan penyusuan menggunakan susu formula.

3. Lokasi lain dari klinik tempat pengumpulan data dibuat.

4. Tidak memberi persetujuan untuk menyertai kajian ini.

Page 11: Documentre

3.4 INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A

dan B serta instrument kajian dalam bahasa melayu untuk menilai tahap pengetahuan ibu bekerja

yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif mengenai cara penyusuan susu ibu yang betul.

Instrument kajian ini mengandungi 27 item berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu mengenai

cara penyusuan ekslusif yang betul.

Berikut adalah item – item yang terkandung dalam borang soal selidik:

a. Bahagian A ( mengandungi 6 item)

i. Data sosiodemografi

b. Bahagian B (mengandungi 21 item)

i. Soalan 1 : Mengandungi 4 soalan berkaitan dengan pengetahuan ibu

bekerja mengenai kebaikan penyusuan secara ekslusif

ii. Soalan 2: Mengandungi 5 soalan berkaitan dengan pengetahuan ibu bekerja

mengenai teknik pemerahan susu ibu yang betul

iii. Soalan 3: Mengandungi 8 soalan berkaitan dengan pengetahuan ibu bekerja

mengenai cara – cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu

iv. Soalan 4 : Mengandungi 4 soalan berkaitan dengan pengetahuan ibu mengenai

teknik pencairan susu ibu yang betul beserta cara pemberian susu

yang betul kepada bayi.

Page 12: Documentre

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

OBJEKTIF KAJIAN CARA PENGUMPULAN DATA

i. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai kebaikan penyusuan

secara ekslusif untuk 6 bulan

pertama.

Skala Guttman

Peratusan: untuk mengetahui peratusan

pengetahuan ibu bekerja mengenai kebaikan

penyusuan secara ekslusif.

ii. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu bekerja mengenai

kepentingan pemerahan susu dan

cara pemerahan susu ibu yang betul

dan berkesan serta .

Skala Guttman

Peratusan: Untuk mengetahui peratusan

pengetahuan ibu bekerja mengenai

kepentingan pemerahan susu dan cara

pemerahan susu ibu yang betul

iii. Untuk mengenalpasti tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai cara-cara yang betul

dalam penyimpanan susu ibu dan

mengetahui pengetahuan ibu

mengenai kepentingan penyimpanan

susu.

Skala Norminal

Skala Guttman

Peratusan: Untuk mengenalpasti peratusan

pengetahuan ibu yang bekerja mengenai cara-

cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu

iv. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai teknik pencairan susu ibu

yang betul dan berkesan serta teknik

pemberian susu yang betul serta

kepentingannya kepada bayi.

Skala Norminal

Skala Guttman

Peratusan: Untuk mengetahui peratusan

pengetahuan ibu yang bekerja mengenai

teknik pencairan susu ibu yang betul dan

berkesan.

Page 13: Documentre

3.6 ETIKA PENYELIDIKAN

Penyelidik terlebih dahulu akan mendapatkan keizinan bertulis dari pihak hospital dan klinik

sebelum membuat pengumpulan data di tempat lokasi. Penyelidik juga akan mendapatkan

keizinan dari responden terlebih dahulu dan menerangkan kajian ini dan segala kerahsiaan telah

dijelaskan secara terperinci dalam borang kaji selidik sebelum pengumpulan data dibuat.

3.7 DATA ANALISIS

SOALAN OBJEKTIF KAJIANCARA MEREKOD

MAKLUMAT

BAHAGIAN B:

Soalan 1

i. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai kebaikan penyusuan

secara ekslusif untuk 6 bulan

pertama.

Carta Pai

Peratusan

Soalan 2

ii. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu bekerja

mengenai kepentingan

pemerahan susu dan cara

pemerahan susu ibu yang betul

dan berkesan serta .

Carta Pai

peratusan

Page 14: Documentre

Soalan 3

iii. Untuk mengenalpasti tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai cara-cara yang betul

dalam penyimpanan susu ibu

dan mengetahui pengetahuan ibu

mengenai kepentingan

penyimpanan susu.

Carta palang

Carta pai

peratusan

Soalan 4

iv. Untuk mengetahui tahap

pengetahuan ibu yang bekerja

mengenai teknik pencairan susu

ibu yang betul dan berkesan

serta teknik pemberian susu

yang betul serta kepentingannya

kepada bayi.

Carta palang

Carta pai

peratusan

Page 15: Documentre

BAB 4 HASIL KAJIAN

BAHAGIAN A : Berkaitan data sosiodemografi

Soalan 1: Peratusan responden mengikut pecahan umur

Jumlah bilangan responden mengikut pecahan umur

Umur20 – 25 tahun 25 – 30 tahun 30 – 35 tahun 35 – 40 tahun

Bilangan Responden 17 (34%) 13 (26%) 10 (20%) 10 (20%)

Jadual 1

20 - 25 tahun 25 - 30 tahun 30 - 35 tahun 35 - 40 tahun 0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

34%

26%

20% 20%

Peratusan Bilangan Responden Mengikut Umur

Peratusan Bilangan Responden

Pera

tusa

n Re

spon

den 17

Responden

10 Responden

10 Responden

13 Responden

Carta Palang 1

Jadual 1 dan carta palang 1 diatas menunjukkan jumlah bilangan dan peratusan responden yang

dikaji mengikut pecahan umur. Berdasarkan keseluruhan responden yang dikaji, menunjukkan

seramai 17 responden berumur 20 – 25 tahun iaitu bersamaan 34% daripada keseluruhan

responden, seramai 13 responden berumur 25 – 30 tahun iaitu bersamaan dengan 26%, seramai

10 responden berumur 30 – 35 tahun bersamaan dengan 20% begitu juga seramai 10 responden

berumur 35 – 40 tahun bersamaan dengan 20% terlibat dalam kajian ini. Penyelidik mendapati

majoriti responden berumur lingkungan 20 – 25 tahun.

Page 16: Documentre

Soalan 2: Peratusan responden mengikut bangsa

Jumlah bilangan responden mengikut bangsa

Bangsa Melayu India Cina

Bilangan Responden

39 (78%) 10 (20%) 1 (2%)

Jadual 2

MelayuIndia

Cina

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa

Pera

tusa

n Re

spon

den

39 Responden

1 0Responden 1

Responden

78%

20%

2%

Carta palang 2

Jadual 2 dan carta palang 2 menunjukkan jumlah responden yang dikaji mengikut bangsa.

Berdasarkan keseluruhan responden yang dikaji, majoriti yang menyertai kajian ini merupakan

bangsa Melayu iaitu seramai 39 responden bersamaan dengan 78% daripada keseluruhan

responden. Bangsa Cina pula sedikit iaitu seramai seorang responden iaitu sebanyak 2% dari

keseluruhan responden dan India seramai 10 orang iaitu bersamaan dengan 20% daripada

keseluruhan responden.

Page 17: Documentre

Soalan 3: Peratusan responden mengikut tahap pendidikan.

Jumlah bilangan responden mengikut tahap pendidikan

Tahap pendidikan Rendah Menengah Diploma/Ijazah

Bilangan Responden 1 (2%) 26 (52%) 23 (46%)

Jadual 3

Rendah Menengah Diploma/Ijazah0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

2%

52%46%

Peratusan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Peratusan Bilangan Responden

Tahap pendidikan

Pera

tusa

n re

spon

den

23Responden

26 Responden

1 Responden

Carta Palang 3

Jadual 3 dan carta palang 3 diatas menunjukkan jumlah bilangan dan peratusan responden yang

dikaji mengikut tahap pendidikan. Berdasarkan keseluruhan responden yang dikaji,

menunjukkan seorang responden mempunyai taraf pendidikan rendah iaitu bersamaan 2%

daripada keseluruhan responden, seramai 26 orang responden mempunyai taraf pendidikan

menengah iaitu bersamaan dengan 52%, dan seramai 23 orang responden pula bertaraf

diploma/ijazah iaitu bersamaan dengan 46% yang terlibat dalam kajian ini. Penyelidik mendapati

majoriti responden bertaraf pendidikan menengah.

Page 18: Documentre

Soalan 4: Peratusan responden mengikut pekerjaan

Jumlah bilangan responden mengikut pekerjaan

Pekerjaan Sendiri Swasta Kerajaan

Bilangan Responden 13 (26%) 17 (34%) 20 (49%)

Jadual 4

Sendiri Swasta Kerajaan0%5%

10%15%20%25%30%35%40%

26%

34%

40%Peratusan Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan

Peratusan Bilangan Responden

Pekerjaan

Pera

tusa

n re

spon

den

13 Responden

17 Responden

20Responden

Carta Palang 4

Jadual 4 dan carta palang 4 diatas menunjukkan jumlah bilangan dan peratusan responden yang

dikaji mengikut pekerjaan responden. Berdasarkan keseluruhan responden yang dikaji,

menunjukkan seramai 13 orang responden bekerja sendiri iaitu bersamaan 26% daripada

keseluruhan responden, seramai 17 orang responden daripada kakitangan Swasta iaitu bersamaan

dengan 34%, dan seramai 20 orang responden daripada kakitangan kerajaan iaitu bersamaan

dengan 40% yang terlibat dalam kajian ini. Penyelidik mendapati majoriti responden ialah

daripada kakitangan kerajaan.

Page 19: Documentre

Soalan 5 : Peratusan responden mengikut anggaran pendapatan bulanan

Peratusan Responden Mengikut Anggaran Pendapatan Bulanan

Anggaran pendapatan

RM1000 ke bawah

RM1000– RM1999

RM2000 – RM2999

RM3000 ke atas

Bilangan Responden

9 orang 20 orang 12 orang 9 orang

Jadual 5

RM1000 ke bawah RM1000– RM1999 RM2000 – RM2999 RM3000 ke atas0%5%

10%15%20%25%30%35%40%

18%

40%

24%

18%

Peratusan Responden Mengikut Jumlah Anggaran Pendapatan Bulanan

Peratusan Bilangan RespondenAnggaran pendapatan bulanan

Pera

tusa

n Re

spon

den

9Responden

20Responden

12 Responden 9

Responden

Carta Palang 5

Jadual dan carta palang 5 diatas menunjukkan peratusan bilangan responden mengikut jumlah

anggaran pendapatan bulanan. Berdasarkan kajian terhadap responden, didapati seramai 9 orang

berpendapatan RM1000 ke bawah iaitu bersamaan dengan 18% daripada keseluruhan responden,

seramai 20 orang pula berpendapatan RM1000-RM1999 iaitu sebanyak 40%,manakala 12 orang

lagi berpendapatan RM2000-RM2999 iaitu sebanyak 24%, dan 9 orang lagi pula berpendapatan

RM3000 dan keatas iaitu sebanyak 18% daripada keseluruhan responden yang terlibat dalam

kajian ini, didapati majoriti responden mempunyai anggaran pendapatan RM1000-RM1999.

Page 20: Documentre

Soalan 6 : Peratusan responden mengikut bilangan anak.

Jumlah Bilangan responden mengikut bilangan anak

Bilangan anak1-2 orang anak 3-4 orang anak 5-6 orang anak 7 orang ke atas

Bilangan Responden 30 orang 12 orang 8 orang 0 orang

Jadual 6

1-2 orang anak 3-4 orang anak 5-6 orang anak 0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

60%

24%

16%

Peratusan Responden Mengikut Bilangan Anak

Peratusan Bilangan RespondenBilangan Anak

pera

tusa

n re

spon

den

30 Responden

12 Responden 8

Responden

Carta palang 6

Jadual dan carta palang 6 diatas menunjukkan peratusan bilangan responden mengikut jumlah

bilangan anak responden. Berdasarkan kajian terhadap responden, didapati seramai 30 orang

mempunyai 1-2 orang anak iaitu bersamaan dengan 60% daripada keseluruhan responden,

seramai 12 orang pula mempunyai 3-4 orang anak iaitu sebanyak 24%, manakala 8 orang lagi

mempunyai 5-6 orang anak iaitu sebanyak 16%, dan tiada responden yang mempunyai 7 orang

anak dan keatas dalam kajian ini. Didapati, kebanyakkan responden mempunyai bilangan anak

seramai 1-2 orang anak didalam kajian ini.

Page 21: Documentre

BAHAGIAN B:

Hasil keseluruhan kajian berkaitan tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan

secara ekslusif, mengenai cara penyusuan susu ibu yang betul.

Tahap RENDAH SEDERHANA TINGGI

Peratusan 1% - 34% 35% - 65% 66% - 100%

Jumlah Responden 0 7 (14%) 43 (86%)

Jadual 7

14%

86%

Peratusan mengenai tahap pegetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif mengenai cara

penyusuan yang betul

Sederhana (35% - 64%)

Tinggi (65% - 100%)43 responden

7 responden

Carta Pai 1

Jadual 7 dan carta pai 1 di atas menunjukkan peratusan bilangan responden berkaitan dengan

tahap pengetahuan dikalangan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan yang betul.

Berdasarkan kajian terhadap responden mendapati tiada responden yang mempunyai

pengetahuan yang rendah mengenai cara penyusuan yang betul. Seramai 7 orang responden

mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana iaitu bersamaan dengan 14% daripada

keseluruhan responden, manakala seramai 43 orang responden mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi iaitu bersamaan dengan 86%. Penyelidik mendapati tahap pengetahuan dikalangan

ibu bekerja mengenai cara penyusuan susu ibu yang betul adalah tinggi berdasarkan peratusan

bilangan responden iaitu sebanyak 43 responden bersamaan 86% dari keseluruhan responden

mempunyai pengetahuan yang tinggi.

Page 22: Documentre

Soalan 1: Berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu mengenai kebaikan penyusuan secara ekslusif

Tahap RENDAH SEDERHANA TINGGI

Pemarkahan 1 – 5 6 - 10 11 – 15

Jumlah Responden 0 19 (38%) 31 (62%)

Jadual 8

Sederhana (6 - 10)

Tinggi (11 - 15)

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

19 responden

31 responden

Peratusan berkaitan tahap pengetahuan ibu mengenai kebaikan penyusuan secara ekslusif

Column1

Tahap pengetahuan

Jum

lah

resp

onde

n

62%

38%

Carta palang 7

Jadual 8 dan carta palang 7 di atas menunjukkan peratusan bilangan responden berkaitan dengan

tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai kebaikan penyusuan susu ibu secara ekslusif.

Berdasarkan kajian daripada responden menunjukkan tiada responden yang mempunyai tahap

pengetahuan yang rendah, seramai 19 orang responden pula mempunyai tahap pengetahuan

sederhana iatu bersamaan dengan 38% daripada keseluruhan responden dan sebanyak 31 orang

responden bersamaan dengan 62% mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Penyelidik

mendapati bilangan responden yang mempunyai tahap pengetahuan mengenai kebaikan

penyusuan secara ekslusif adalah tinggi.

Page 23: Documentre

Soalan 2: berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan susu ibu yang betul dan berkesan.

Tahap pengetahuan RENDAH SEDERHANA TINGGI

Permakahan 1 - 3 4 - 7 8 - 10

Jumlah Responden 0 14 (28%) 36 (72%)

Jadual 9

Sederhana (4 -6)

Tinggi (7 - 10)

0%10%20%30%40%50%60%70%80%

Pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan susu ibu yang betul dan berkesan.

pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan sus...

Tahap pengetahuan

Pera

tusa

n re

spon

den

28%

72%

36Responden

14 Responden

Carta Palang 8

Jadual 9 dan carta palang 8 di atas menunjukkan peratusan bilangan berkaitan dengan tahap

pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan susu ibu yang betul dan berkesan. Berdasarkan

keseluruhan responden yang dikaji menunjukkan tiada responden yang mempunyai tahap

pengetahuan yang rendah. Seramai 14 orang responden atau 28% daripda keseluruhan responden

mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan selebihnya iatu 36 orang responden

bersamaan dengan 72% mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Penyelidik mendapati tahap

pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan susu ibu yang betul dan berkesan adalah tinggi

iaitu 72%

Page 24: Documentre

Soalan 3: Berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai kepentingan dan cara – cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu

Tahap pengetahuan RENDAH SEDERHANA TINGGI

Pemarkahan 1 – 6 7 - 12 13 - 20

Jumlah Responden 0 18 (36%) 32 (64%)

Jadual 10

Sederhana (8 -13) Tinggi (14 - 20)0%

10%20%30%40%50%60%70%

36%

64%

Tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai ke-pentingan dan cara – cara yang betul dalam peny-

impanan susu ibuTahap pengetahuan ibu bekerja mengenai kepentingan dan cara – cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu

Tahap

pera

tusa

n re

spon

den

32 Responden

18 Responden

Carta Palang 9

Jadual 10 dan carta palang 9 di atas menunjukkan peratusan bilangan responden berakaitan

dengan tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai kepentingan cara-cara yang betul dalam

penyimpanan susu ibu. Berdasarkan keseluruhan responden didapati tiada responden yang

mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Seramai 18 orang responden yang mempunyai

tahap pengetahuan yang sederhana iatu bersamaan dengan 36% daripada keseluruhan responden

dan seramai 32 orang responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi iaitu bersamaan

dengan 64%. Daripada jadual di atas penyelidik mendapati tahap pengetahuan ibu bekerja

mengenai kepentingan dan cara-cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu adalah tinggi.

Page 25: Documentre

Soalan 4: Berkaitan dengan tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai cara pencairan susu ibu yang betul dan teknik pemberian yang betul.

Tahap pengetahuan RENDAH SEDERHANA TINGGI

Pemarkahan 1 - 3 4 - 8 8 – 11

Jumlah Responden 3 (6%) 12 (24%) 35 (70%)

Jadual 11

Rendah (1- 3) Sederhana (4 - 7) Tinggi (8 - 11)0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

6%

24%

70%

Tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai cara pen-cairan susu ibu yang betul dan teknik pemberian yang

betultahap pengetahuan ibu bekerja mengenai cara pencairan susu ibu yang b...

Tahap pengetahuan

Pera

tusa

n re

spon

den 35

Responden

12 Responden

3 Responden

Carta Palang 10

Jadual 11 dan carta palang 10 di atas menunjukkan tahap pengetahuan ibu berkaitan dengan cara

pencairan susu yang betul dan teknik pemberian yang betul. Berdasarkan kajian daripada

keseluruhan responden menunjukkan seramai 3 orang responden yang mempunyai tahap

pengetahuan yang rendah iaitu bersamaan dengan 6% daripada keseluruhan responden, seramai

12 orang responden mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana iatu bersamaan dengan 24%

dan seramai 35 orang responden bersamaan 70% mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi.

Berdasarkan carta diatas penyelidik mendapati tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai cara

pencairan susu dan teknik pemberian yang betul adalah tinggi.

Page 26: Documentre

BAB 5 KESIMPULAN/PERBINCANGAN

5.1 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya hasil kajian yang diperolehi menunjukan tahap pengetahuan ibu

bekerja yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif ini adalah tinggi dimana seramai 43

responden dari 50 responden iaitu bersamaan 86% mempunyai pengetahuan yang tinggi

mengenai cara penyusuan yang betul. Selain itu tahap pengetahuan ibu yang bekerja juga tinggi

dalam aspek pemerahan susu ibu, penyimpanan dan pemberian susu ibu kepada bayi semasa ibu

bekerja.

Oleh itu, penyelidik dapat merumuskan bahawa objektif kajian ini telah tercapai dengan

memuaskan. Juga hasil kajian ini telah menunjukkan segala intervensi yang telah dilakukan oleh

kementerian kesihatan membuahkan hasil dimana semakin ramai yang mengetahui teknik dan

cara yang betul dalam penyusuan ekslusif, sekaligus mengalakkan ramai ibu – ibu untuk

mengamalkannya.

1.7 LIMITASI

Terdapat pelbagai halangan yang dihadapi sepanjang kajian ini dijalankan seperti

kekangan kewangan semasa permulaan kajian kerana kajian dimulakan semasa pertengahan

bulan semasa kesemua ahli kumpulan kekurangan wang, juga disebabkan tiada dana disediakan

oleh pihak kolej, menyebabkan kami terpaksa menggunakan kewangan sendiri.

Masa yang terhad dan tidak mencukupi untuk mengedarkan borang soal selidik kepada

responden. Juga masa yang terhad untuk menyiapkan pengiraan dan penghasilan data disebabkan

terikat dengan praktikal dan aktiviti lain antara limitasi sepanjang kajian ini.

Kesukaran untuk mencari responden yang memenuhi kriteria iaitu ibu bekerja yang

menyusukan anak secara ekslusif juga antara limitasi dalam kajian ini kerana tidak ramai ibu

yang bekerja mengamalkan penyusuan secara ekslusif.

Page 27: Documentre

Terdapat sebilangan responden yang menolak untuk terlibat didalam kajian ini juga

kurangnya kerjasama daripada sesetengah responden semasa pengumpulan data dilakukan antara

limitasi yang berlaku.

Kesukaran untuk mencari responden yang pelbagai bangsa juga antara limitasi didalam

kajian ini kerana responden lebih banyak berbangsa melayu.

1.8 PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dengan hipotesis yang dibuat menunjukkan

keputusan yang tidak tepat kerana hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan ibu bekerja

yang mengamalkan penyusuan ekslusif mengenai cara penyusuan susu ibu yang betul adalah

tinggi iaitu seramai 43 responden bersamaan 86% daripada keseluruhan responden. Manakala

berdasarkan hipotesis awal yang dibuat adalah tahap pengetahuan ibu tersebut berada pada tahap

sederhana. Hal ini mungkin kerana responden yang dipilih mempunyai tahap pendidikan yang

tinggi dan sudah terdedah dengan pengetahuan mengenai penyusuan secara ekslusif.

Penyelidik berharap pada masa akan datang pihak-pihak tertentu dapat membuat kajian

yang lebih terperinci mengenai tajuk ini ke atas ibu suri rumah yang mengamalkan penyusuan

secara ekslusif atau pun ibu bekerja yang yang mengamalkan penyusuan secara ekslusif yang

berpendapatan kurang dari RM1000 ke bawah kerana tahap pengetahuan mereka mungkin

rendah disebabkan kurangnya pendedahan mengenai kebaikan dan cara-cara yang betul dalam

mengamalkan penyususan secara ekslusif. Juga diharap pihak kementerian kesihatan dapat

memberi penekanan kepada ibu – ibu di Malaysia dalam meningkatkan kesedaran dan

pengetahuan mereka mengenai penyusuan ekslusif dan teknik-teknik yang betul semasa

menyusu agar dapat melahirkan anak – anak yang sihat dan berkualiti di masa akan datang.

Page 28: Documentre

PERBELANJAAN KAJIAN

PERKARA ANGGARAN KOS

1. Fotostat RM 30.00

2. Pengangkutan RM 10.00

3. Alat tulis RM 10.00

4. Print RM 50.00

5. Jilid RM 80.00

6. Cenderahati RM20.00

Jumlah RM 200.00

Page 29: Documentre

RUJUKAN

Hapsah M.D.,Omar M.,Mariam A.M.(2002).Kajian mengenai amalan, sikap dan pengetahuan mengenai penyusuan secara ekslusif dikalangan ibu – ibu hamil yang mendapatkan pemeriksaan Ante – Natal di klinik kesihatan seremban.Jurnal Kesihatan Malaysia.Jilid 8.(atas talian).http://www.communityhealthjournal.org.(1 disember 2011)

Zalma A.R.,Zuhaida H.,Nazli S.I.(2008).penyusuan susu bagi ibu yang bekerja.(atas talian).http://www.myhealth.gov.my.(1 disember 2011)

Noor A.,Norshuhaida.(2009).penyusuan secara ekslusif.(atas talian).http://www.slideshare.net

Irawati I.(2009).kempen penyusuan susu ibu.(atas talian).http://www.telecenter.my/kampungsungaipinang

MukhtarH.R.,Zulkifli D.,Abdul K.K.,Faridah S.(1995).Kamus Besar Bahasa Melayu.Utusan publication distributor SDN BHD.Malaysia.page1223

LAMPIRAN

Page 30: Documentre

CARTA GANT

Bulan

Perkara

Disember Januari Februari

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

Tajuk kajianX

Literature

XMetodologi

XBorang soal

selidik X X

Kertas cadangan X X

Edaran borang soal selidik X X

Analisis data X X

Laporan X

Pembentangan

X X

SURAT KEBENARAN PENYELIDIKAN

Page 31: Documentre

Mustakin Bin Mar Baki,Jururawat Pelatih Julai 2009,Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi,Bangunan Wisma Baitulmal Lot 132 -138, 51200 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.___________________________________________________________________________

Dr. Khalid IbrahimPengarah Hospital,Hospital Sungai Buloh,47000 Sungai Buloh,Selangor Darul Ehsan.

27 Disember 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian

Saya Mustakin bin Mar Baki wakil pelajar diploma sains kejururawatan kumpulan Julai 2009 dari Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ingin memohon kebenaran daripada pihak Tuan untuk menjalankan kajian di Hospital Sungai Buloh.

2. Sebanyak 5 kumpulan yang terdiri daripada 19 orang pelajar dari kumpulan Julai 2009 akan melakukan kajian di sekitar Hospital Sungai Buloh pada 2 hingga 6 Januari 2012.

3. Kajian ini juga akan melibatkan 40 hingga 50 orang responden dikalangan lelaki dan wanita di sekitar Hospital Sungai Buloh.

4. Senarai nama pelajar, tajuk kajian serta objektif kajian telah dilampirkan di lampiran. Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di 0172913637 Mustakin b Mar Baki wakil kumpulan Julai 2009.

5. Kami berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami bagi menjalankan penyelidikan di hospital tuan. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.............................(Mustakin B. Mar Baki)

KUMPULAN 2

Page 32: Documentre

KAJIAN BERKAITAN TAHAP PENGETAHUAN IBU BEKERJA YANG MENGAMALKAN PENYUSUSAN SECARA EKSLUSIF MENGENAI CARA PENYUSUAN YANG BETUL

NAMA AHLI KUMPULAN:

MUSTAKIN B MAR BAKI (1453)

MUHAMMAD B CHE HUSIN (1451)

RAHMAT KHAIRI B ARIFFIN (1478)

WAN AHMAD TAUFIQ B YAACOB (1489)

Objektif Am:i. Untuk menilai tahap pengetahuan ibu bekerja yang mengamalkan penyusuan

secara ekslusif untuk 6 bulan pertama, mengenai cara penyusuan susu ibu secara ekslusif yang betul.

Objektif Spesifik:i. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai kebaikan

penyusuan secara ekslusif untuk 6 bulan pertama.ii. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu bekerja mengenai cara pemerahan

susu ibu yang betul dan berkesaniii. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai cara-cara

yang betul dalam penyimpanan susu ibu.iv. Untuk mengetahui tahap pengetahuan ibu yang bekerja dalam cara – cara

pencairan susu ibu yang betul dan berkesan.

BORANG SOAL SELIDIK

Page 33: Documentre

KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI

BANGUNAN WISMA BAITUMAL LOT 132-138,

51200 JALAN IPOH, KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN BERKAITAN TAHAP PENGETAHUAN IBU

BEKERJA YANG MENGAMALKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF MENGENAI

CARA PENYUSUAN YANG BETUL

ARAHAN:

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 2 BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A DAN

BAHAGIAN B.

1. Sila jawab semua soalan berdasarkan arahan yang diberikan.

2. Sila kembalikan kertas soalan ini kepada wakil penyelidik setelah selesai menjawab.

3. Segala butiran diri dan jawapan anda didalam borang soal selidik adalah sulit dan

dirahsiakan.

Page 34: Documentre

ARAHAN: kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Jawab semua

soalan yang diberikan. Tandakan pada jawapan yang benar.

BAHAGIAN A

Soalan ini berkaitan dengan status sosiodemografi bahagian ini mengandungi 6 soalan

Maklumat diri:

1. Umur:

a. 20 – 30 tahun

b. 30 – 40 tahun

c. 40 – 50 tahun

d. 50 – 60 tahun

2. Bangsa:

a. Melayu c. India

b. Cina d. Lain – Lain

3. Tahap pendidikan:

a. Rendah

b. Menengah

c. Diploma/ijazah

4. Pekerjaan:

a. Sendiri

b. Swasta

c. Kerajaan

Page 35: Documentre

5. Berapakah anggaran pendapatan sebulan?

a. RM1000 ke bawah

b. RM1000 – RM1999

c. RM2000 – RM2999

d. RM3000 ke atas

6. Berapakah bilangan anak puan?

a. 1-2 orang anak

b. 3-4 orang anak

c. 5-6 orang anak

d. 7 orang ke atas

Page 36: Documentre

BAHAGIAN B

ARAHAN: Tandakan pada jawapan yang betul.

Soalan 1 : Berkaitan pengetahuan ibu mengenai kebaikan penyusuan secara ekslusif.

1. Diantara susu ibu dan susu tepung formula yang manakah mempunyai khasiat yang lebih

kepada bayi?

a. Susu ibu

b. Susu tepung formula

2. Yang manakah kenyataan yang betul mengenai kepentingan susu ibu kepada bayi?

a. Mengelakan dari kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit salur

pernafasan

b. Menggemukan bayi

c. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibody)

d. Mengurangkan risiko pada alahan

e. Mengandungi komposisi makanan yang mencukupi dan mudah hadam.

3. Yang manakah kepentingan pemberian susu ibu kepada ibu?

a. Mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu

b. Menjimatkan masa dan wang

c. Mengurangkan risiko barah payu dara dan ovari

d. Dapat memberikan kejelitaan kepada ibu

e. Dapat menaikan berat badan ibu.

4. Yang manakah pernyataan benar mengenai air minuman selain dari susu ibu

a. Boleh merencatkan akal bayi

b. Boleh mengancam nyawa bayi disebabkan cirit-birit

Page 37: Documentre

c. Boleh mengelakkan bayi dari mendapat penyakit

d. Boleh mengakibatkan sawan tarik

Soalan 2: Berkaitan dengan pengetahuan ibu mengenai teknik pemerahan susu ibu

yang betul dan berkesan.

1. Apakah teknik perahan susu ibu yang digunakan oleh puan?

a. Manual dengan menggunakan tangan

b. Menggunakan electric pump

2. Berapa kerapkah puan melakukan perahan susu dalam masa sehari?

a. 1 – 2 kali sehari

b. 3 – 4 kali sehari

c. 5 – 6 kali sehari

3. Bilakah waktu puan melakukan perahan susu?

a. Pagi

b. Petang

c. Malam

4. Apakah kepentingan teknik perahan secara manual yang betul kepada ibu?

a. Untuk mengelakan rasa sakit semasa melakukan pemerahan

b. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari

c. Menjimatkan masa dan wang

d. Dapat mengekalkan keanjalan payudara

e. Memudahkan ibu

Page 38: Documentre

5. Mengapakah ibu perlu melakukan pemerahan susu?

a. Mengeluarkan sisa toksik dari badan ibu

b. Mencegah atau melegakan bengkak payudara

c. Dapat Mengembalikan bentuk payudara kepada asal

d. Dapat meningkatkan serta mengekalkan penghasilan susu

e. Untuk mendapatkan bekalan susu bagi

Soalan 3: Bagi mengenalpasti tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengenai

kepentingan dan cara-cara yang betul dalam penyimpanan susu ibu.

a) Adakah susu perahan boleh disimpan? Ya Tidak

b) Adakah anda mengamalkan teknik penyimpaan? Ya Tidak

c) Jika susu yang sudah terdedah kepada udara dan melebihi tempoh masa yang sesuai,

apakah yang akan anda lakukan?

a. Beri susu seperti biasa pada bayi

b. Buangkan

c. Simpan di dalam peti sejuk

d) Apakah kepentingan penyimpanan susu?

a. Mengelakan pembiakan kuman

b. Dapat mengekalkan kualiti

c. Susu lebih berkhasiat

d. Susu lebih sedap

Page 39: Documentre

e) Selama manakah tempoh simpanan bagi:

a. Suhu bilik: c. Peti Sejuk (bahagian dingin)

i. 4 hari і. 1 hari

ii. 4 jam іі. 8 hari

iii. 5 jam ііі. 3 hari

b. Bilik berhawa dingin d. Peti sejuk (bahagian beku)

i. 8 jam і. 4 bulan

ii. 6 jam іі. 3 bulan

iii. 10 jam ііі. 6 bulan

Soalan 4: mengetahui tahap pengetahuan ibu yang bekerja mengena pencairan susu ibu

yang betul dan teknik pemberian susu yang betul serta kepentinganya kepada bayi

a) Bagaimanakah cara untuk mencairkan dan memanaskan susu perahan?

a. Cairkan susu perahan dengan meletakkanya dibahagian peti

ais sejuk dingin semalaman

b. Gunakan alat gelombang mikro

c. Merebus diatas api sehingga mendidih

d. Merendam bekas yang mengandungi susu kedalam air

suam panas selama 5 minit

b) Bolehkah baki susu perahan yang telah dicairkan Setuju Tidak setuju

disimpan semula?

c) Susu yang dipanaskan boleh digunakan melebihi

1 jam.

Page 40: Documentre

d) Bagaimanakah cara pemberian susu perahan kepada bayi dengan berkesan?

Setuju Tidak setuju

a. Susu diberikan menggunakan sudu atau cawan kecil

b. Pastikan bayi diampu dan berada dalam posisi 45

c. Pastikan mulut bayi dipenuhi alreola datau puting

botol semasa pemberian susu

d. Pastikan bayi berada dalam posisi duduk semasa

pemberian

e. Selepas pemberian susu, tiarapkan bayi diatas

tangan dan usap belakang bayi