rasulullah s.a.w sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan islam

35
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH (MPW 1143) Pengajian Islam Tugasan Kumpulan Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam Disemak Oleh ; Ustazah Wan Yusnee Bt Wan Abdullah Disediakan Oleh; Noor Adilah Bt Said 3131000411 Nur Fazilah Bt Hashim 3131002281 Nur Halisa Bt Mohd Basri 3131002231 Nur Qurratulaini Bt Nazli 3131000891 Nor Aina Bt Mansor 3131003131 Suraya Bt Saiful Anuar 3131001581

Upload: adilah-said

Post on 12-Jun-2015

4.756 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH

(MPW 1143)

Pengajian Islam

Tugasan Kumpulan

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

Disemak Oleh ;

Ustazah Wan Yusnee Bt Wan Abdullah

Disediakan Oleh;

Noor Adilah Bt Said 3131000411

Nur Fazilah Bt Hashim 3131002281

Nur Halisa Bt Mohd Basri 3131002231

Nur Qurratulaini Bt Nazli 3131000891

Nor Aina Bt Mansor 3131003131

Suraya Bt Saiful Anuar 3131001581

Tarikh Serahan ;

22 October 2013

Page 2: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

2

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T, selawat serta salam buat

junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan izin dan

kehendakNya, kami dapat menyiapkan dan menjayakan tugasan ini dengan mudah. Ucapan

terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberikan galakkan

dan dorongan kepada kami untuk terus sabar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan

kepada kami.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami

yang mengajar kami dalam kursus Pengajian Islam (MPW 1143) iaitu Ustazah Wan Yusnee

Bt Wan Abdullah yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta pelbagai

panduan kepada kami dalam menyiapkan tugasan kami ini.

Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami iaitu Noor Adilah Said, Nur Fazilah

Hashim, Nur Halisa Mohd Basri, Nur Qurratulaini Bt Nazli, Nor Aina Bt Mansor, dan Suraya

Bt Saiful Anuar yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan

kumpulan yang telah diberikan ini.

Page 3: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

3

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN ................................................................................................................ 1-2

1.0 Konsep Kepimpinan Islam ............................................................................................. 3-4

2.0 Prinsip pemerintahan Islam ............................................................................................ 5-6

3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin ................................................................ 7-8

4.0 Strategi Rasulullah SAW ............................................................................................ 9-10

5.0 Kepimpinan di era Rasulullah SAW ......................................................................... 10-11

6.0 Syura ............................................................................................................................... 12

7.0 Hisbah ....................................................................................................................... 13-147.1 Konsep Hisbah 7.2 Prinsip-prinsip Hisbah

KESIMPULAN ................................................................................................................. 15-16

RUJUKAN.............................................................................................................................. 17

Page 4: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

4

Pendahuluan

Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm

sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah.

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

yang baik” (al Ahzab: 21)

Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah

SWT, baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan

menerapkan hukum-hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Allah SWT

berfirman :

“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan

janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang

telah datang kepadamu…” (QS. Al Maidah : 48)

Rasulullah SAW merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan

Rasulullah SAW juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh

Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan,

kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina

perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.

Sesungguhnya perjuangan Rasulullah SAW itu adalah perjuangan yang sejagat

sifatnya. Setelah Rasulullah SAW meruntuhkan berhala-berhala batu yang menjadi

sembahan manusia maka kita lihat bahawa Rasulullah SAW tidak berhenti di situ sahaja

kerana di sana terdapat berbagai berhala yang perlu dihancurkan di muka bumi Allah ini.

Perjuangan Rasulullah SAW tidak hanya menghancurkan berhala-berhala yang

ة� ن� ن� ن� ة� ن� س أ�� ه� �� ن ٱل ه� أ� ن� ه�ى س� أ� نل ن� ن�ا �س �ن �ل ن

Page 5: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

5

berjumlah 360 jenis itu sahaja tetapi perjuangan Rasulullah SAW itu meruntuhkan

berhala-berhala manusia,berhala-berhala idealogi, berhala-berhala sistem yang

menjadikan manusia hamba kepada manusia. Risalah Islam ini membawa manusia

kepada pengabdian yang sebenarnya kepada Allah SWT. Berhala-berhala ini menjadi

musuh kepada Islam hinggalah ke hari kiamat dan taklif risalah ini tertanggung di setiap

orang muslim di setiap zaman dan tempat.

Rasulullah SAW telah mencanai suatu bentuk rupa manusia Islam yang menjadi

model di seluruh alam sebagai suatu alternatif kepada keruntuhan tamadun manusia di

setiap zaman dan masa. Contoh-contoh peribadi itu adalah suri teladan yang hidup dan

umpama mata air yang mengalir yang akan menghilangkan dahaga bagi sesiapa yang

meminumnya. Tamadun umat Islam ini akan menjadi segar jika umat Islam menghirup

mata air bersih yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ini.

Dari seluruh huraian di atas, maka terbukti bahwa Rasulullah SAW telah

membangun suatu struktur pemerintahan negara Islam yang kukuh. Tuntasnya tugasan

ini berusaha merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an dan sunnah Rasul yang kedua-dua

sumber ini telah menggariskan berbagai asas utama kehidupan menurut syariat Islam

dari sudut politik, ekonomi, sosial, budaya, dan pertahanan dan keamanan (jihad).

Page 6: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

6

1.0 Konsep Kepimpinan Islam

Islam adalah ‘al-din’ iaitu agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat khusus,

tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat,

sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk

yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan ilmuwan-ilmuwan Islam dari

dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk ‘imamah’, ‘khalifah’ dan

tajuk-tajuk lain seumpamanya. Kertas ini akan cuba melihat konsep kepimpinan Islam

serta tanggungjawab mereka seperti yang dibincangkan oleh para sejarawan dan ilmuwan

Islam .

Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin.

Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga mereka.

Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau tidak boleh

mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya.

Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Dalam hal

ini Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka

di lantik menjadi ketua.”

Kalau bagi kumpulan tiga orang pun perlu dilantik seorang ketua, apa lagi

keperluan bagi satu kaum, bangsa, Negara dan Umat ini. Keperluan ketua atau pemimpin

ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama

suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi

pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber,

Page 7: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

7

menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya

pertelingkahan antara mereka.

Di samping itu, jika kita melihat kepada tanggungjawabnya, kita perlu mengambil

perhatian kepada peringatan Rasulullah SAW, di mana Baginda ada bersabda yang

maksudnya ialah:

“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap pengembala akan ditanya tentang

pengembalaannya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan beliau akan ditanya

tentang rakyatnya, seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya, dan beliau

akan ditanya tentang anggota keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah

suaminya, dan beliau akan ditanya tentang kepimpinannya, pembantu rumah adalah

pemimpin (penjaga) harta-benda tuannya, dan beliau akan ditanya tentang keselamatan

harta-benda tersebut.”

Pada prinsipnya, walaupun seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap

tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap orang

Muslim, seperti sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka beribadat, suka

beribadat waktu malam, belas kasihan, suka tolong menolong, suka berderma,

bekerjasama, nasihat menasihati dan pada umumnya menjalankan tugas amr makruf nahi

mungkar. Sebaliknya pula beliau hendaklah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq,

suka melakukan atau merela orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang

dibenci oleh Syara’. Di samping itu, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap perlakuan

dan perbuatannya sebagai pemimpin.

Page 8: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

8

2.0 Prinsip pemerintahan Islam

Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan

satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap individu yang melibatkan diri

dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas

kepimpinan memerintah negara. Jawatan pemimpin dan pemerintah bukan merupakan

satu pekerjaan yang kekal atau berbentuk warisan. Jawatan ini adalah berkaitan dengan

amanah Allah kepada individu yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan

kebijaksanaan dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.

Dalam arena politik dan kepimpinan, kerjasama di antara pemimpin dan rakyat

merupakan satu prinsip kepimpinan yang tidak boleh diabaikan. Islam memperkenalkan

sistem kepimpinan dan pemerintahan berlandaskan kepada amanah sebagai khalifah

Allah di muka bumi ini. Setiap umat Islam mempunyai tugas masing-masing dalam

mengendalikan urusan keduniaan berlandaskan kepada wahyu dan kepimpinan

Rasulullah SAW.

Pemimpin atau pemerintah dianggap sebagai wakil rakyat untuk mengendalikan

urusan kenegaraan dan kemasyarakatan berdasarkan kepada prinsip kepimpinan dalam

Islam seperti mana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Dalam Islam, pentadbiran dan pemerintahan mestilah berdasarkan kepada prinsip-

prinsip berikut:

a) Keadilan.

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam Al-Quran, adil

bermaksud tidak zalim. Orang yang melanggar perintah Allah dianggap zalim

Page 9: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

9

(menzalimi) diri sendiri. Orang yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan

larangannya ialah orang yang adil.

b) Mendapat keredhaan Allah.

Aktiviti yang dilaksanakan dalam pentadbiran bukan bertujuan duniawi atau

untuk mendapatkan penghormatan dari manusia. Apa yang penting menunaikan

tanggungjawab untuk mendapat keredhaan Allah.

c) Menegakkan yang maaruf.

Segala tindakan hendaklah menuju kearah kebaikan tidak bertentangan dengan

prinsip ajaran Islam dan mencegah kemungkaran. Tidak berlaku dalam pemerintahan

sesuatu sifat menentang dan melakukan maksiat kepada Allah. Sebaliknya pentadbiran

itu bertujuan menghapuskan segala bentuk maksiat dan kezaliman

d) Tunduk kepad perintah Allah.

Segala perancangan dan pelaksanaan hendaklah dengan perasaan tunduk kepada

Allah (melakukannya kerana menurut perintah Allah).

Berdasarkan kepada prinsip dan konsep kepimpinan dan pemerintahan dalam

Islam maka diharapkan setiap pemimpin dan pentadbir dalam negara ini menumpukan

perhatian kepada tugas dengan sebaik mungkin semoga sumbangan dan pengorbanan

mereka direstui oleh rakyat dan diberkati oleh Allah.

Page 10: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

10

3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin

Rasulullah adalah pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin

pertama yang menegakkan negara Islam di Madinah.

Baginda juga pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah

tentera dan panglima dalam peperangan. Maka demikian banyaknya tugas dan

tanggungjawab baginda sebagai pemimpin.

Antaranya tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Baginda bagi

memantapkan kepimpinannya ialah:

a) Membina Masjid : Masjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg

berfungsi sebagai pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat

pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dan

sebagainya.

b) Mengukuhkan Persaudaraan : Baginda menyatukan semua penduduk Madinah

yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di bawah panji-panji dan menghapuskan

asabiyah.

c) Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar : Baginda menggalakkan

mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan.

d) Membuat perjanjian dengan orang bukan Islam : Baginda membuat perjanjian

antara muslim dan kafir untuk bersama-sama menjaga kedamaian Madinah yang baru

ditubuhkan.

e) Membentuk Dasar : Baginda menyusun dan membentuk dasar pemerintahan

kerajaan Islam yang baru itu.

Page 11: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

11

f) Meletakkan Sistem Masyarakat : Baginda meletakkan dasar bagi sistem sosial,

ekonomi dan politik bagi membentuk dan melahirkan masyarakat yang merangkumi hak-

hak keadilan dan kebebasan seluruh penduduk Madinah.

g) Menubuhkan Stuktur Pemerintahan : Baginda membentuk organisasi kerajaan

yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai dan kakitangan di peringkat pusat

dan wilayah.

h) Menubuhkan Institusi Percukaian : Baginda membentuk sistem kewangan

yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanumah dan

lain-lain.

i) Mengembangkan Islam : Baginda menghantar utusan kpd penduduk-penduduk

luar Madinah, pembesar-pembesar Arab dan ketua-ketua negara di Semenanjung Tanah

Arab untuk menyeru mereka memeluk Islam. Sebahagian dari mereka menerima Islam

dan ada juga yang menolak Islam.

j) Menunjuk contoh yang baik : Baginda sentiasa menunjukkan contoh yang baik

kepada orang Islam dan bukan Islam. Sikap dan peribadi Baginda itu telah menawan hati

ramai orang bukan Islam yang akhirnya mereka memeluk agama Islam.

Page 12: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

12

4.0 Strategi Rasulullah SAW

Allah SWT mengutus Rasulullah SAW ketika manusia berada dalam kegelapan,

kezaliman dan kejahiliyahan. Rasulullah SAW datang ke dunia ini dengan membawa

agama Islam yang inti ajarannya dapat kita ringkas atas tiga hal, yaitu akidah, ibadah dan

sistem.

Akidah dapat tegak dengan mentauhidkan Allah dalam uluhiyah, rububiyah dan asma

wa sifat. Uluhiyah adalah beribadah hanya kepada Allah saja, rububiyah adalah

mengesakan Allah dalam penciptaan dan pengaturan semua urusan jagat raya, sedangkan

asma wa sifat adalah meyakini bahawa semua sifat Allah Esa dan Sempurna. Ibadah

berkait dengan semua aktiviti, ucapan dan fikiran yang ditujukan hanya bertujuan untuk

mencari redha Allah. Dalam hal sistem, selain mengajarkan akidah tauhid, Islam datang

membawa sistem untuk mengatur semua aspek kehidupan meliputi bidang agama,

ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikandan lain-lain.

Rasulullah SAW telah mentadbir negara Islam sejak awal turunnya wahyu Islam.

Bahkan, baginda juga telah meletakkan urusan dalam negeri, dan luar negeri.Strategi

berikut ini dibuat sebelum dan setelah hijrah.

i. Rasulullah SAW memberikan motivasi kepada kaum Quraisy agar dapat

memimpin dunia jika mau mengucapkan dan mengamalkan la ilaha illallah.

ii. Hijrah ke Habasyah. Ini adalah strategi politik yang diambil oleh Rasulullah

SAW, iaitu memerintahkan beberapa sahabat hijrah ke Habasyah untuk

menghindari seksaan dan intimidasi.

Page 13: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

13

iii. Persaudaraan. Rasulullah SAW mengadakan sistem persaudaraan antar

sahabat muhajirin sebelum hijrah di Mekah. Hal itu tiada lain kecuali dalam

rangka program keagamaan, politik dan sosial yang bertujuan melenyapkan

kesukuan dan perbedaan status sosial. Hasilnya, terjadilah persaudaraan

antara Paman Hamzah dan Zaid bin Haritsah, antara Ubaidah bin Harits dan

Bilal dan lain-lain. Langkah ini merupakan fenomena yang sangat indah

untuk persamaan manusia dalam pandangan Islam.

iv. Meminta bantuan dari kabilah, sebagaimana yang terjadi ketika Rasulullah

SAW pulang dari Taif dengan jaminan Al-Muthim bin Adi.

v. Rasulullah SAW Hijrah setelah Allah mengizinkan Rasulullah SAW hijrah

kerana situasi dan kedudukan telah meragukan. Apabila di Madinah

Munawarah banyak orang masuk Islam termasuk orang-orang Yahudi.

5.0 Kepimpinan di era Rasulullah s.a.w.

Kepimpinan di bawah Rasulullah SAW kerana mendapat wahyu dari Allah SWT. Rakyat

dicorakkan melalui tauhid, melalui usaha dakwah yang berterusan. Manakala, wilayah

diperolehi dengan usaha mencari tapak yang sesuai dan yang paling ‘subur’ iaitu

Yathrib(Madinah), setelah usaha-usaha mencari seperti di Habsyah, dan Taif didapati tidak

sesuai. Demikian juga usaha Rasulullah saw berjumpa penduduk Hadramaut dan Yaman

yang datang ke Mekah di musim haji juga tidak menghasilkan natijah yang diperlukan. Hijrah

membuka peluang untuk Rasulullah SAW merancang sebuah negara dengan pentadbiran

yang mantap.

Page 14: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

14

Setelah itu, Rasulullah SAW mewujudkan Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia

iaitu Perlembagaan Madinah. Masjid Madinah menjadi pusat pemerintahan, pentadbiran dan

pengurusan negara Islam yang diterajui oleh Rasulullah SAW, di samping menjadi pusat

dakwah, agama, sosial, ibadat, menerima tetamu dan diplomat asing dan hatta mengadakan

perjanjian dengan suku kaum lain yang datang ke Madinah, memeluk Islam dan berbai’ah.

Rasulullah mengutamakan syura dalam pengurusannya. Ahli Syura terdiri dari tujuh

orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar, di antaranya Abu Bakar, Omar, Ali, Ibnu Mas’ud,

Salman, Hamzah, Jaafar, Khuzaifah, Abu Zar, Iqdad, Bilal dan lainnya.

Kekuasaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara. Baginda juga Ketua Hakim dan Ketua

Panglima Perang. Baginda mengamalkan pengurusan secara decentralisasi.

Walaubagaimanapun setiap perlantikan seperti perlantikan Gabenor, Panglima Perang,

hakim-hakim dan lain-lain dilakukan dengan terancang dan secara hati-hati dengan

mengambilkira kemampuan, wara’, ‘alim dan mempunyai peribadi yang kuat dan berwibawa.

Umpamanya Zaid bin Tsabit dilantik sebagai penulis wahyu dan juga sebagai jurubahasa

bahasa-bahasa asing, Ali bin Abi Talib dan Mu’az bin Jabal dilantik sebagai hakim wilayah,

Abu Sufyan sebagai Gabenor di Najran, ‘Itab bin ‘Usaid sebagai Gabenor di Mekah dan

sebagainya.

Page 15: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

15

6.0 Syura

Syura adalah suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama Islam dalam

melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan adil.Konsep Syura sangat

luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, dariperkara berkaitan kehidupan harian

hingga pemerintahan negara.

Syura adalah prinsip fitrah yang wujud dalam jiwa manusia. Manusia sukakan urusan

mereka dibincangkandengan meneliti pelbagai pandangan. Manusia tidak suka dipaksa

dengan cara alim dan menekankan kepentingan mereka.Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan

negara Islam menjadi fardhu yang telahsabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta

disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau

bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang

perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan zaman.Syura dianggap suatu

keperluan kerana semua manusia memerlukanperbincangan bahkan ianya boleh disifatkan

suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara

satu dengan yang lainnya.Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik

berbanding pendapat individual.

Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dan kemudiannya diteruskan

olehpara Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura

didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah AWT melalui

ayat:

“... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal

keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk

berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allahmengasihi orang-

orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran 3:159)

Page 16: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

16

7.0 Hisbah

Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda

telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan.

Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq).

Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan

atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan kata

lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.

7.1 Konsep Hisbah

Dari segi konsep, hisbah memberi makna mencongak, menyemak dan menilai pencapaian

diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah

diamanahkan. Amalan muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan,

kekurangan , dan kecacatan sifat diri yang dimiliki.

7.2 Prinsip-prinsip Hisbah

Antara prinsip-prinsip hisbah termasuk :

Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pemerintahan dan pentadbiran

supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang

diberikan kepada rakyat.

Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan,

kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.

Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan

menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.

Page 17: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

17

Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan,

merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai

kejayaan.

Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan pembetulan dan

memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi.

Menunjau pandangan, pendapat dan komen rakyat terhadap sesuatu dasar atau

rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pemerintah atau pemimpin

dalam pemerintahan dan pentadbiran.

Menyemak perkembangan serta menikuti perubahan bagi menentukan kejayaan

pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.

Mencegah dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan

perbuatan salah laku yang dihadapi dalam menerajui pemerintahan dan pentadbiran.

Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang

dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui

kepimpinan ummah. Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan

kecekapan pemimpin dalam kepimpinan negara dan keberkesanan pentadbiran dalam

pengurusan organisasi kerajaan, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan

kejayaan, kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah kerajaan agensi atau

organisasi. Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan

kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pemerintahan dan pentadbiran boleh

diatasi dan diperbaiki.

Page 18: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

18

8.0 Piagam Madinah

Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk

terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan

Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah

dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ).Orang-orang Yahudi di Madinah

pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan

Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama

mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka

dihalau dari kampung halaman mereka.Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan

dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang

Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.Disamping itu pula orang-orang Musyrikin

Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan

orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat

perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam

pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

Page 19: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

19

8.1 Aspek utama Piagam Madinah

Pengakuan terhadap Rasullah S.A.W sebagai Ketua Negara madinah yang wajib

dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk

bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun,

semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang

difikirkan berpatutan.

Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak

terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.Semua penduduk hendaklah

bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa

serangan musuh.Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .Semua penduduk diberi

kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal

keagamaan.Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi

perlembagaan tersebut.

8.2 Kepentingan Piagam Madinah

Penerimaan Rasullah S.A.W sebagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan

kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana

penduduknyaterdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-

apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke

semasa.

Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan

dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.

Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah

Page 20: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

20

sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar

bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.

Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan

mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada

musuh-musuh Islam.Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku

bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.

Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas

umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w

ke Madinah.

Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah

menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah

menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams

ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan

negara.Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat

sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan

negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.

Piagam madinah memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu

penganut-penganut agama lain.Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas

mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul

dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan

Page 21: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

21

juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang

bukan Islam memeluk agama Islam.

Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan

Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai

Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang

Yahudi.

Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak

yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya

tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam,

seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab

Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir,

mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan

membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa

dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara

pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.Piagam Madinah merupakan piagam

bertulis pertama di dunia.Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam

pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang

memerintah dunia selama tujuh abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-

mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai

penduduk berbilang bangsa.

Page 22: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

22

Kesimpulan

Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah sebaik-baik

ikutan yang perlu diteladani. Namun, dewasa ini mengapa pejuang-pejuang Islam tidak

dapat lihat bahawa di dalam Islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya sendiri. Apalah

ertinya hanya pandai melaungkan bahawa Islam itu syumul yang mencakupi semua

sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya seperti

sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal pemerintahan negara mereka merujuk

kepada barat. Sebabnya mereka mengatakan bahawa ini terpaksa. Tidak ada alternatif!

Adakah kita menganggap Islam tidak ada jalan keluar dalam sistem berpolitik.

Di dalam Al Quran Allah berfirman, maksudnya:

“Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang

lain. Tiadalah balasannya bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan

kehinaan di dunia manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih.

Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan” (Al Baqarah 85)

Kini, dapat kita menyaksikan betapa bukan barat sahaja yang musnah dik sistem

politik ciptaan mereka malah mana-mana negara sebelah timur yang menganut dan

melaksanakan sistem mereka itu juga membawa kemusnahan kepada kehidupan

masyarakat mereka. Khususnya yang dapat dilihat hari ini ialah bagaimana musnahnya

negara-negara di Timur Tengah. Sistem pemerintahan yang mereka amalkan bersandar

kepada sistem barat nyata tidak membawa masyarakat kepada kehidupan yang aman

makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan Tuhan malah mendapat kemurkaan

dan penghinaan dari Tuhan.

Page 23: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

23

Sampai bilakah kita terus terbawa-bawa melaksanakan sistem politik sekular ini

dalam pemerintahan negara? Walaupun masyarakat kita sudah sedar akan segala

kepincangan dan kerosakannya, sampai bilakah kita hendak biarkannya berterusan? Dan

sanggupkah kita melabelkan Islam tidak ada jalan keluar untuk memerintah negara?

Sebenarnya dalam sistem pemeritahan dunia yang hiruk pikuk dan kacau bilau

waktu ini, pemerintahan Islam adalah pemerintahan alternatif. Ia bukan saja alternatif

sebagai jalan keluar tetapi ia adalah pilihan yang hakiki kerana ia bukan pemerintahan

ciptaan manusia. Ia adalah pemerintahan ciptaan Allah yang bersandar kepadan Al Quran

dan Sunnah. Ia ada jaminan dari Allah untuk membawa manusia selamat di dunia dan

selamat di akhirat.

Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya:

“Negara yang aman makmur mendapat keampunan Tuhan” ( As Saba’: 15)

Lantaran itu, seharusnya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan

dalam kehidupan seharian dalam segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya kita

yakin bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek

kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari

aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga

terbukti telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Oleh itu rakyat dan pemimpin dalam negara ini perlu bekerjasama untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju.

Page 24: Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

24

Rujukan

Abdul Aziz B Haji Harjin (2010). Pemerintahan Alternatif adalah Pentadbiran Rasulullah.

Abu Malaya Al-Hafiz (2009). Sejarah Lengkap Nabi & Rasul dalam Al-Quran. Kuala

Lumpur : Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.

Di peroleh dari (2011): Fastnote.wordpress.com / Piagam Madinah.

Di peroleh dari (2010): http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/04/sejarah-pentadbiran-

rasulullah-dalam_22.html

Ibrahim A. Rahman (2003). Perjuangan Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar

Sdn. Bhd.