pentadbiran rasulullah s.a.w : model tadbir urus

20
510 PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS YANG CEMERLANG Ermy Azziaty Rozali, Lukman Ibrahim & Wan Kamal Mujani Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pentadbiran merupakan sistem tadbir urus yang wujud dalam sesebuah organisasi. Kemampuan tadbir urus yang baik bergantung antaranya pada kecekapan dalam pengurusan hal ehwal pentadbiran dan juga modal insan. Antara pentadbiran yang gemilang adalah pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W ketika keberadaan baginda di Kota Madinah. Namun persoalannya, bagaimana perlaksanaan yang dilakukan oleh baginda selepas penggubalan Perlembagaan di Madinah. Oleh itu, artikel ini akan meneroka dan menganalisis sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dasar yang dipraktiskan zaman kegemilangan baginda di Madinah. Metodologi kajian ini merupakan kajian kualitatif bentuk analisis terhadap sumber-sumber utama seperti artikel, jurnal, prosiding, disertasi, buku dan lain-lain. Data yang diperoleh dianalisis secara deduktif dan induktif. Kajian ini akan menonjolkan tadbir urus yang diwacanakan daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W serta peranan kepimpinan sesebuah kerajaan. Di samping itu, kajian ini merumuskan beberapa aspek kegemilangan seperti struktur dan jawatan dalam pentadbiran. Hal ini membolehkan pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat dijadikan sebagai model untuk memacu pembangunan sebuah negara yang pada masa kini. PENGENALAN Kemunduran bagi sesebuah tamadun bermula dari pentadbiran yang mula hilang amanah, tersasar dari landasan sebenar serta masyarakat Islam yang hanyut dibuai mimpi indah dan menjadi alpa dengan kegemilangan yang mereka kecapi selama ini. Demikian itu, pengkaji akan menerangkan sebuah pentadbiran yang sesuai untuk dijadikan contoh dan ikon kepada sesebuah organisasi sama ada badan pertubuhan atau agensi kerajaan yang menginginkan kemantapan dan membawa kecemerlangan dalam pentadbiran. Sebelum mengupas dengan lebih mendalam tentang sistem pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W, pengkaji akan menerangkan maksud pentadbiran melalui dua sumber. Pertama, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tadbir urus dapat didefinisikan kepada satu cara atau sistem pentadbiran dan pengurusan kepada sesuatu perjalanan bagi sesebuah organisasi atau negara. Kedua, pengertian tadbir urus yang lain juga dapat diambil dari surat arahan terhadap usaha bagi mempertingkat Tadbir Urus di Sektor Awam dari Ketua Setiausaha Negara adalah “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara Ketua Eksekutif atau Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus atau diarah, dikawal

Upload: lytruc

Post on 15-Jan-2017

454 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

510

PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS YANG

CEMERLANG

Ermy Azziaty Rozali, Lukman Ibrahim &

Wan Kamal Mujani

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pentadbiran merupakan sistem tadbir urus yang wujud dalam sesebuah organisasi.

Kemampuan tadbir urus yang baik bergantung antaranya pada kecekapan dalam pengurusan

hal ehwal pentadbiran dan juga modal insan. Antara pentadbiran yang gemilang adalah

pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W ketika keberadaan

baginda di Kota Madinah. Namun persoalannya, bagaimana perlaksanaan yang dilakukan oleh

baginda selepas penggubalan Perlembagaan di Madinah. Oleh itu, artikel ini akan meneroka

dan menganalisis sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan

dasar yang dipraktiskan zaman kegemilangan baginda di Madinah. Metodologi kajian ini

merupakan kajian kualitatif bentuk analisis terhadap sumber-sumber utama seperti artikel,

jurnal, prosiding, disertasi, buku dan lain-lain. Data yang diperoleh dianalisis secara deduktif

dan induktif. Kajian ini akan menonjolkan tadbir urus yang diwacanakan daripada baginda

Nabi Muhammad S.A.W serta peranan kepimpinan sesebuah kerajaan. Di samping itu, kajian

ini merumuskan beberapa aspek kegemilangan seperti struktur dan jawatan dalam pentadbiran.

Hal ini membolehkan pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat dijadikan

sebagai model untuk memacu pembangunan sebuah negara yang pada masa kini.

PENGENALAN

Kemunduran bagi sesebuah tamadun bermula dari pentadbiran yang mula hilang amanah,

tersasar dari landasan sebenar serta masyarakat Islam yang hanyut dibuai mimpi indah dan

menjadi alpa dengan kegemilangan yang mereka kecapi selama ini. Demikian itu, pengkaji

akan menerangkan sebuah pentadbiran yang sesuai untuk dijadikan contoh dan ikon kepada

sesebuah organisasi sama ada badan pertubuhan atau agensi kerajaan yang menginginkan

kemantapan dan membawa kecemerlangan dalam pentadbiran.

Sebelum mengupas dengan lebih mendalam tentang sistem pentadbiran Nabi Muhammad

S.A.W, pengkaji akan menerangkan maksud pentadbiran melalui dua sumber. Pertama,

menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tadbir urus dapat didefinisikan kepada satu cara

atau sistem pentadbiran dan pengurusan kepada sesuatu perjalanan bagi sesebuah organisasi

atau negara. Kedua, pengertian tadbir urus yang lain juga dapat diambil dari surat arahan

terhadap usaha bagi mempertingkat Tadbir Urus di Sektor Awam dari Ketua Setiausaha

Negara adalah “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara Ketua Eksekutif atau

Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab

secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk

budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang

berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus atau diarah, dikawal

Page 2: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

511

dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui” (Mohd.

Sidek Hj. Hassan, 2007).

Berdasarkan dua pengertian tersebut, dapat dilihat sistem pentadbiran yang berkualiti perlu

dilaksana bagi setiap negara agar kemajuan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan.

Ini kerana kemajuan sesebuah negara bergantung pada sifat seseorang pentadbir yang

mementingkan kepada kualiti perkhidmatan negara khususnya kepada rakyat. Baginda

Muhammad S.A.W merupakan seorang pemimpin yang cemerlang dan boleh dijadikan

sebagai model terbaik dalam pengurusan hal ehwal negara. Ini kerana, selama baginda

memimpin umat Islam sepanjang 23 tahun, baginda berjaya mengubah cara hidup dan

pemikiran masyarakat Arab pada masa itu kepada masyarakat yang bertamadun. Sebelum

kedatangan agama Islam, masyarakat Arab hidup dalam kejahilan dan tiada pedoman hidup

yang sebenar sehingga baginda datang membawa agama Islam sebagai petunjuk kepada

mereka dan menjadikan mereka kepada masyarakat yang penuh berwibawa dan bermatlamat.

Kesan daripada sistem pemerintahan yang dibawa oleh baginda Muhammad S.A.W,

masyarakat Islam mula mengorak langkah dan mencapai kepada era kegemilangan

pemerintahan Islam.

PERANAN RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PEMIMPIN UMAT ISLAM

Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada umat manusia dengan membawa petunjuk dari

Allah SWT. Pada ketika itu masyarakat berada dalam kesesatan dan terpesong jauh dari ajaran

yang dibawa oleh para rasul sebelum baginda. Walau bagaimanapun, Kehidupan umat manusia

berubah setelah baginda diutuskan sebagai Rasul yang terakhir khususnya kepada masyarakat

di Mekah pada ketika itu dengan membawa risalah Allah S.W.T . Disebabkan bentuk

pemerintahan dan pentadbiran negara yang sistematik dalam Islam telah diasaskan oleh Nabi

Muhammad S.A.W, baginda diangkat menjadi contoh pemimpin yang terbaik dalam sejarah

dan mengandungi qudwah hasanah. Perakuan tersebut dinukilkan oleh sarjana Sa‘id

Ramadhan Al-Buti dalam kitabnya Fiqh Sirah “Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh

terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Nabi Muhammad

S.A.W

Sebagai pemimpin dan ketua negara negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad S.A.W

menerapkan syariat Islam dan prinsip asas dalam pemerintahan baginda seperti mana yang

diperintahkan oleh Allah SWT kepada baginda iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan

keadilan, memerintah dengan telus, menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah

kemungkaran, menjamin keharmonian dan keamanan serta membina perpaduan yang kukuh.

Keberhasilan sifat kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W ditelerusi lembaran kehidupan

baginda ketika zaman remajanya, ianya bermula dengan sifat baginda yang suka bekerja dalam

mencari rezeki dan tidak mengharapkan daripada orang lain. Sebagai contoh, baginda

mengambil upah sebagai pengembala kambing untuk penduduk Mekah. Baginda pernah

bersabda :

هللا نبيا إال رعى الغنم . فقال أصحابه : وأنت ؟ فقال : نعم ، كنت أرعاها على قراريط ألهل مكة ما بعث

Bermaksud :

Page 3: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

512

“ Allah tidak mengutuskan seorang nabi kecuali nabi itu pernah menggembala

kambing “. Lantas para sahabat bertanya : Apakah engkau juga ?. Bersabda Nabi : “

Ya , aku pernah menggembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah beberapa

qirath”(Al-Bukhari, 254 : 2262).

Allah S.W.T mentarbiyahkan para nabi dengan mengembala kambing kerana ia merupakan

satu latihan yang diterapkan kepada mereka bagi menguruskan hal ehwal umatnya dengan sifat

sabar dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri seorang pemimpin. (Ibnu Hajar Al-Asqalani,

2008 : 516). Ini kerana dengan sifat manusia yang pelbagai ragam memerlukan seorang

pemimpin yang penyabar, penyayang dan cergas dalam pengurusan.

Dalam aktiviti pengembalaan kambing mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini kerana

kambing merupakan seekor binatang yang terkenal dengan sifat kedegilannya dan susah untuk

di jaga, dengan tabiatnya yang suka berkeliaran memerlukan kesabaran yang tinggi bagi setiap

penggembala untuk menjaga dan mengawasi haiwan ternakan mereka, terutama di waktu

cuaca yang panas seperti di padang pasir atau gurun. Dengan penerapan sifat kesabaran ini

telah membentuk keperibadian baginda S.A.W untuk menjadikan bagina seorang pemimpin

yang cekap, cerdas dan berdisiplin.

Selain kesabaran, sifat kepimpinan (leadership) juga perlu ada pada seorang penggembala

kambing, ini disebabkan para penggembala seharusnya mampu mengarahkan haiwan

ternakannya ke padang yang subur dan menghijau. Di samping itu, mereka harus peka terhadap

haiwan tersebut dari ancaman berbahaya seperti tersesat atau di baham oleh binatang buas.

Lantaran itu kekayaan jiwa menjadi bekal utama di dalam memimpin sesebuah negara yang

penuh dengan pancaruba.

Selain aktiviti menggembala kambing, baginda Muhammad S.A.W melibatkan diri dengan

aktiviti bersama-sama penduduk Mekah sepeti menyertai dalam urusan perdagangan bersama

bapa saudaranya ke wilayah Syam, menyertai siri peperangan Al-Fijar (حرب الفجار ) dan

menghadiri Perjanjian Al-Fudhul (حلف الفضول ( (Al-Mubarakfuri, 2007 : 59) dalam usianya

yang masih muda. Kesemua pengalaman ini dapat membina sifat kepahlawanan dan kesabaran

baginda di medan perang. Menurut Ibnu Hisyam ketika berlakunya peperangan Al-Fijar,

baginda masih berumur 20 tahun.

Penglibatan Nabi Muhammad S.A.W bersama-sama masyarakat Mekah dilakukan dengan

penuh kesedaran dan tanpa paksaan. Ini menjelaskan bahawa baginda tidak begitu selesa

jiwanya apabila hidup di bawah tanggungan orang meskipun pada ketika itu baginda masih

dalam lingkungan kanak-kanak. Melalui pengalaman inilah baginda disemai dengan nilai-nilai

yang luhur dan baik dalam jiwanya, seperti sifat belas kasihan dan suka tolong-menolong orang

lain. Kepayahan hidup dengan serba kekurangan yang dirasai bersama masyarakat badawi ini

telah membina diri baginda menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W sebagai model pemimpin yang terbaik dapat dilihat

ketika baginda menyelesaikan persengketaan yang berlaku di antara pemimpin Quraish dalam

perletakan Hajar Al-Aswad. Baginda meleraikan perselisihan tersebut dengan meminta semua

ketua Qabilah yang berbalah itu memegang setiap penjuru kain dan membawa ke tempatnya.

Page 4: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

513

Penyelesaian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W ini mendapat persetujuan dan

diterima oleh masyarakat pada ketika itu. Dalam kejadian ini menjelaskan bahawa Nabi

Muhammad S.A.W merupakan seorang pemimpin yang berwibawa, di samping menyalurkan

idea dan tenaga. Baginda sendiri telah berusaha mengangkut Hajar Aswad dengan tangan

Baginda sendiri (al-Buti, 2008 : 69 ).

PENERIMAAN WAHYU DAN PERLANTIKAN SEBAGAI RASUL

Apabila umat manusia berada dalam kesesatan menyekutukan Allah, Nabi Muhammad S.A.W

pergi berkhulwah (mengasingkan diri) ke Gua Hira’ untuk berada jauh dari gangguan jahiliyah

semata-mata untuk mengeratkan diri dengan Allah serta mengharapkan kekuatan dan hidayah

dari-Nya (Abdul Hadi, 2007 : 64 ). Baginda mendekatkan diri kepada Allah dengan sepenuh

usahanya dan menjauhi kebatilan dengan sedaya upayanya ( Muhammad Al-Ghazali, 2010 :

134 ) yang selalunya akan mengambil masa berhari-hari dan kadang-kadang melepasi satu

bulan (al-Buti, 2008 : 72). Perkara ini sebelum baginda dilantik menjadi Rasul.

Semasa baginda sedang mengabdikan diri kepada Allah di Gua Hira’ , baginda didatangi

Malaikat Jibril dan berkata : اقرأ ( bacalah ) . Baginda membalas : ما أنا بقارئ ( aku tidak pandai

membaca ), lalu Malaikat Jibril memeluk baginda dengan erat kemudian melepasnya dan

berkata lagi : اقرأ ( bacalah ). Baginda membalas : ما أنا بقارئ ( aku tidak pandai membaca ).

Lantan dengan itu, Malaikat Jibril memeluk sekali lagi dengan erat dan melepaskannya lalu

berkata :

ي خلق بٱسم رب ك ٱلذنسن من علق ١ٱقرأ ق ٱل

كرم ٢خل وربك ٱل

ي علذم بٱلقلم ٣ٱقرأ ٱلذ

نسن ما لم يعلم ٤ م ٱل ٥علذ

Maksudnya :

“Bacalah ( wahai Muhammad ) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( sekalian

makhluk ). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah

yang paling Pemurah, yang mengajar dengan pengantaraan al-Qalam. Dia mengajar

manusia apa yang tidak diketahuinya.” (QS, 96 : 1-5 ).

Setelah apa yang terjadi pada diri baginda di Gua Hira’, baginda pulang ke rumah dengan

perasaan yang cemas dan gementar. Ini membuatkan isteri baginda Saidatina Khadijah berasa

bimbang terhadap keadaan diri baginda dan meminta menceritakan perkara yang berlaku.

Setelah keadaan Nabi Muhammad S.A.W kembali tenang, baginda menceritakan kepada

Khadijah apa yang telah berlaku keatas dirinya. Sebagai seorang isteri yang solehah, saidatina

Khadijah memberikan kata-kata semangat dan cuba mententeramkan baginda Muhammad

S.A.W ketika berada dalam keadaan gelisah. Dengan keperibadian yang ada pada diri Saidatina

Khadijah wajar dijadikan contoh dan pedoman kepada wanita lain.

Para ahli sarjana bersepakat menyatakan dengan penurunan ayat Iqra’ ini, maka bermulaannya

baginda Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan Allah seterusnya menjadi asas titik permulaan

dan pengenalan yang semestinya membawa ke arah mempercayai segala apa yang dibawa oleh

Page 5: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

514

Nabi Muhammad S.A.W (al-Buti, 2008 : 81). Selepas peristiwa agung ini, Nabi Muhammad

S.A.W tidak lagi ber‘uzlah, sebaliknya baginda mengabdikan diri dengan melakukan

sembahyang dan juga beriktikaf kerana keduanya sama seperti berkhulwah (Nik Abdul Aziz,

2007 : 303).

Setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu dari Allah S.W.T melalui perantaraan

Malaikat Jibril, maka baginda mula memikul suatu tugas baru yang memerlukan kesedaran

dan kesungguhan bagi menyampaikan risalah yang diamanahkan kepadanya sebagai

peringatan. Oleh itu, tanggungjawab yang diberikan kepada baginda sebagai utusan Allah

bukanlah suatu tugas yang ringan, tanggungjawab tersebut memerlukan seseorang yang kuat,

bersemangat waja dan kesabaran yang tinggi seperti diri baginda Muhammad S.A.W. Tugas

yang harus dipikul ini membuatkan mereka akan berdepan dengan pelbagai gangguan dan

cemuhan dari masyarakat.

Tugas pertama Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan Allah bermula dengan menyebarkan

dakwah kepada ahli keluarga dan rakan taulannya secara rahsia dengan memilih individu

tertentu yang hendak di ajak untuk memeluk agama Islam secara berhati-hati (Saari Sungib,

2013 : 38) agar orang kafir Quraish tidak terkejut dengan ajakan baginda. Disebabkan mereka

terlalu fanatik terhadap penyembahan berhala (al-Buti, 2008 : 9) yang berada di sekeliling

Kaabah pada masa itu memaksa baginda melakukan sedemikian. Seruan baginda terhadap

kaum kerabat dan sahabat handai tidak mendapat tentangan, malah diterima dengan baik.

Penerimaan tersebut disebabkan mereka tidak pernah meragui keagungan, kemuliaan jiwa dan

kebenaran kalam baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Diperingkat permulaan dakwah, Nabi Muhammad S.A.W menyeru manusia kepada

mentauhidkan Allah dan meninggalkan sekutunya yang mana menjadi asas utama kepada

seluruh ajaran Islam yang sempurna itu. Diantara mereka yang terawal menyahut ajakan Nabi

Muhammad S.A.W adalah isteri baginda sendiri saidatina Khadijah, sepupu baginda Ali bin

Abu Talib, teman rapat baginda sayidina Abu Bakara-Siddiq dan bekas hamba baginda Zaid

bin Harithah. Menurut Ibnu Hisyam baginda menjalankan dakwah secara sulit selama tiga

tahun sebelum diperintahkan berdakwah secara terang-terangan.

Apabila pengikut Nabi Muhammad S.A.W mula bertambah, baginda menyeru umat manusia

supaya mentauhidkan Allah secara terang- terangan di atas Bukit Safa tanpa menggunakan

kekerasan (berperang). Setelah baginda menyampai kepada umatnya seperti mana yang

diperintahkan oleh Allah SWT, baginda mula mendapat tentangan hebat dari pihak Quraisy,

terutama daripada Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda sendiri dan antara

pemimpin besar Quraisy. Dengan penuh perasaan tanggungjawab sebagai utusan Allah,

baginda tetap menjalankan dakwahnya secara terang-terangan walaupun dituduh, difitnah dan

menghadapi tekanan dari pemimpin besar Quraisy.

Selama beberapa tahun baginda melancarkan dakwah secara terang-terangan, Nabi

Muhammad S.A.W menghadapi berbagai cubaan dan ujian dari pihak Quraisy terutamanya.

Pihak Quraisy cuba berbincang dengan bapa saudara baginda Abu Talib supaya meminta anak

saudaranya menghentikan dakwah yang dijalankan oleh baginda dengan memberi amaran

perang kepada baginda (Saari Sungib, 2013 : 43), akan tetapi ugutan tersebut tidak

Page 6: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

515

mematahkan semangat baginda untuk menyampaikan risalah yang diamanahkan kepada

baginda, bahkan mempertingkatkan lagi seruan dakwah kepada masyarakat Mekah. Selain

ugutan dan amaran yang diberi dari pihak Quraisy, baginda turut ditawarkan harta, wanita dan

takhta agar meninggalkan dakwahnya. Akan tetapi, tawaran tersebut sedikit pun tidak

menggerakkan hati kecil baginda supaya menggadaikan dakwahnya malah sanggup menahan

seksaan dari kaum Quraish (al-Buti, 2008 : 124 ), kerana apa yang dilakukan oleh baginda itu

adalah kerana Allah SWT dan untuk kepentingan umat manusia, bukan kerana kemaslahatan

diri sendiri.

PROSES PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W BERSAMA PENGIKUTNYA

Kezaliman yang dilakukan kaum Quraisy ke atas pengikut Nabi Muhammad S.A.W tidak

dapat lagi ditanggungi sehinggakan ada yang berfikir cara membebaskan diri dari penyeksaan

yang berterusan ke atas mereka. Disebabkan tragedi yang menimpa ke atas para sahabatnya,

baginda berasa sedih kerana baginda tidak mampu untuk menghalang dan mempertahankan

pengikutnya di zalimi. Lantas dengan itu, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, baginda

mengemukakan cadangan dan pandangan kepada pengikutnya yang tidak ada pelindungan di

Mekah agar berhijrah ke Habsyah, disana mempunyai seorang raja yang baik dan memiliki

akal murni.

Penghijrahan para pengikut Nabi Muhammad S.A.W merupakan tarbiyah dan latihan awal

bagi memikul tanggungjawab yang berat di masa hadapan. Sarjana Sa‘id Ramadan al-Buti pula

merumuskan dari penghijrahan ini dapat disimpulkan kepada tiga elemen penting :

1. Berpegang teguh dengan agama serta menegakkan rukunnya merupakan asas segala

kekuatan dan perisai yang wajib untuk mempertahankan hak seseorang.

2. Menunjukkan titik pertemuan dan intergrasi di antara dua agama iaitu agama yang di

bawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dan agama yang di bawa oleh Nabi Isa calaihi Al-Salam.

3. Umat Islam dibenarkan berada di dalam naungan dan berlindung diri sama ada penaung

itu ahli Kitab seperti Raja Najashi, apabila berada dalam keadaan terpaksa.

Apabila berita penghijrahan pengikut Nabi Muhammad S.A.W sampai ke telinga para

pembesar Quraisy, mereka menghantar dua orang utusan yang mewakili kaum Quraish untuk

berunding dengan Raja Najashi supaya tidak mengizinkan para pengikut Nabi Muhammad

S.A.W berada di negera Habsyah. Mereka berjumpa dengan Raja Najashi besertakan hadiah

yang banyak dengan harapan Raja Najashi akan menerima hadiah tersebut dan mengusir umat

Islam dari negara Habsyah, sekali gus menyerahkan mereka kepada kaum Quraisy.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, sebagai raja yang bijaksana dan berlaku adil dalam

pemerintahan, Raja Najashi tidak menyerahkan umat Islam kepada Quraisy, malah beliau

menyiasat terlebih dahulu dan bertanya kepada pengikut Nabi Muhammad S.A.W tentang diri

mereka dan agama baru yang mereka anuti sehinggakan sanggup meninggalkan agama nenek

moyang mereka. Setelah Raja Najashi mendengar penjelasan dan jawapan yang diberikan

daripada umat Islam, beliau menangis dan percaya agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad

S.A.W adalah berasal dari Tuhan yang sama seperti agama yang di bawa oleh Nabi Isa calaihi

Al-Salam.

Page 7: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

516

Semasa umat Islam melalui hari-hari yang penuh derita di Mekah, dua orang yang terkenal

dengan kegagahan, kasar, hati yang cekal dan digeruni oleh penduduk Mekah telah menganuti

agama Islam, agama yang di bawa oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah

Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar bin Al-Khattab r.anhuma. Dengan kemasukan mereka

ke dalam Islam, umat Islam bertambah kuat dan berkembang dengan pesat (Ibn Hisham, 2009

: 324 ). Ini telah membuatkan pembesar Quraisy berasa tergugat dan terancam serta perlu

memikirkan satu pelan baru yang lebih keras, mantap, teliti dan menyeluruh.

Kaum Quraisy telah melakukan sekatan dan pemulauan ke atas umat Islam secara menyeluruh.

Dengan pemulauan dan sekatan ini menyebabkan umat Islam di Mekah berada dalam

kelaparan dan kesengsaraan. Ini kerana sekatan yang dilakukan oleh kaum Quraisy terhadap

umat Islam berlaku selama tiga tahun berturut-turut yang bermula dari ketujuh hingga tahun

kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai Rasulullah (al-Buti, 1983 : 132 ).

Setelah pemulauan daripada Quraisy dapat dileraikan, baginda Nabi Muhammad S.A.W mula

menghadapi detik yang sukar apabila dua orang insan yang telah banyak membantu dan

melindungi baginda semasa menyebarkan ajaran Islam meninggal dunia, saidatina Khadijah

dan Abu Talib. Hal ini menyebabkan pembesar mushrikin Mekah semakin berani bertindak

melakukan ancaman dan penindasan keatas baginda Muhammad S.A.W. Penindasan tersebut

bukan sahaja berlaku di Mekah, malah dirasai juga di Taif. Tekanan dan kezaliman yang

berlaku telah menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan baginda.

Apabila Nabi Muhammad S.A.W menghadapi tekanan daripada musuh Islam, baginda telah

dijemput dari Allah SWT menjadi tetamuNya dalam perjalanan Isra’ dan Micraj. Jemputan

khas ini sedikit sebanyak memulihkan semangat baginda dalam meneruskan tanggungjawab

yang diberi setelah menghadapi tentangan dan siksaan daripada golongan Quraisy. Walaupun

terdapat tekanan dari kaum Quraisy, bilangan umat Islam semakin bertambah, ini dibuktikan

dengan apabila beberapa orang dari Yathrib ( Madinah ) datang menemui baginda dan beriman

kepada ajaran yang dibawa oleh baginda, lantas dengan itu, mereka turut menyebarkan agama

Islam di Yathrib, maka agama Islam mula berkembang di sana.

Sebelum permindahan umat Islam ke Yathrib bersama Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah

mengadakan perjanjian Aqabah dengan kaum Ansar yang mana dalam perjanjian tersebut

menyatakan dasar yang penting kepada pembinaan masyarakat dan menegakkan negara Islam.

Selain itu perjanjian tersebut bukan sahaja berkumandang dengan semangat sementara waktu,

malah mestilah bergerak bersama-sama dengan kepimpinannya (Abdul Hadi, 2007 : 221).

PELAKSANAAN PENTADBIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Ketibaan Nabi Muhammad S.A.W di Yathrib pada 12 Rabi‘ul Awal tahun pertama hijrah, iaitu

tahun ke-13 selepas kenabian (perkiraan ini berdasarkan kepada pendapat yang mengatakan

bahawa Nabi Muhammad S.A.W memasuki Quba’ pada 8 Rabi‘ul Awal dan baginda bersama

Abu Bakar al-Siddiq menetap di sana selama 4 hari. Pendapat ini dipegang oleh Ibnu Hisham

dan diterangkan juga oleh al-Mas‘udi dalam kitabnya Muruj Al-Dhahab, katanya “baginda

Page 8: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

517

mula menjejak tanah madinah pada 12 Rabi‘ul Awal…”) dan merupakan hari paling bersejarah

bagi penduduk di sana.

Wilayah Yathrib pula ditukarkan kepada nama Al-Madinah yang mana Nabi Muhammad

S.A.W ingin menjadikan wilayah tersebut kepada wilayah yang maju dan menjadi sebuah

bandar yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dan tersusun. Dengan ini juga, bermulanya

zaman pemerintahan awal Islam di bawah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W, penghijrahan

baginda merupakan satu peristiwa besar yang telah mencorak perjuangan dan pentadbiran Nabi

Muhammad S.A.W sekaligus membawa kepada penubuhan negara Islam di Madinah.

Sebagai pemimpin negara Islam yang baru ditubuhkan, Nabi Muhammad S.A.W

melaksanakan dasar hidup yang kukuh dengan segera dalam pembentukan suatu masyarakat

yang majmuk yang terdiri dari tiga golongan penduduk :

1. Umat Muslimin yang terdiri dari kaum Muhajirin dan Ansar dan merupakan penduduk

yang paling ramai di Madinah.

2. Mushrikin yang terdiri dari kaum Aus dan Khazraj yang masih belum memeluk agama

Islam

3. Yahudi yang terdiri dari tiga kelompok. Satu kelumpok di Madinah iaitu Bani Qainuqa’

dan dua kelompok di luar Madinah iaitu Bani Nadir dan Bani Quraizah.

Bagi menegakkan negara Islam yang kukuh dan membina masyarakat yang menjadi teladan

kepada masyarakat lain, baginda Nabi Muhammad S.A.W meletakan dua asas utama dalam

pentadbirannya iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Ini

bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam al-Quran :

ن ٱنلذاس وحبل م ن ٱللذ ين ما ثقفوا إلذ ببل م لذة أ ضبت عليهم ٱل

Bermaksud :

“Mereka ditimpakan kehinaan ( dari segala jurusan ) di mana sahaja mereka berada,

kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia” (QS, 2 : 112

)

Ayat tersebut menerangkan kepada kita, sebagai umat manusia yang beriman kepada Allah

S.W.T seharusnya berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.

Hal ini ditekankan kepada kita agar kehidupan kita berada dalam keadaan harmoni dan

sejahtera. Di sini akan dijelaskan bagaimana baginda Muhammad S.A.W melaksanakan

hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia dengan baik dalam pentadbiran

baginda.

MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T ( PEMBINAAN MASJID )

Antara perkara awal yang dilakukan oleh baginda setibanya di Madinah, baginda mendirikan

masjid yang bukan sahaja menjadi tempat beribadat kepada umat Islam, malah turut dijadikan

tempat berkumpul untuk para sahabat, pejabat pentadbiran negara, pusat penyebaran ilmu,

tempat bermusyawarah bersama masyarakat Islam dan penempatan untuk ahli Suffah. Ahli

Suffah adalah sekumpulan manusia yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Mereka

Page 9: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

518

hanya melakukan apa sahaja pekerjaan yang ada demi menyara kehidupan mereka (Saari

Sungib, 2013 : 86 ).

Menurut Muhammad al-Ghazali, diriwayatkan tapak pembinaan Masjid Nabawi merupakan

tempat unta baginda berhenti dan duduk ketika tiba di Madinah semasa hijrah dan tanah

tersebut kepunyaan dua orang anak yatim yang di jaga oleh As ‘ad bin Zurarah. Semasa

pembinaan masjid ini, para Sahabat bekerja dengan penuh semangat setelah melihat Nabi

Muhammad S.A.W turut mencurah tenaga bersama mereka dalam pembinaan masjid

(Muhammad Al-Ghazali, 2010 : 317-318).

Pembinaan Masjid yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah kerana masjid

merupakan suatu tempat yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Islam yang mengikutinya

berpandukan segala sistem dalam Islam. Agama Islam menitikberatkan peradapan kerana

semangat persaudaraan dan ikatan Mahabbah sesama Islam, menimbulkan semangat

persamaan dan keadilan di kalangan penduduk di segenap lapisan masyarakat serta membentuk

masyarakat yang pelbagai ragam ke dalam acuan perpaduan yang sejati. Demi mencapai tujuan

ini, di dalam kalangan masyarakat dan negara Islam yang masih baru, maka Nabi Muhammad

S.A.W mendahulukan pembinaan masjid untuk pembentukan masyarakat yang kukuh dan

kemas.

MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

1. Antara sesama umat Islam ( Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan kaum

Ansar )

Perkara kedua yang menjadi perhatian pemimpin negara Nabi Muhammad S.A.W yang

menjadi langkah kepada pentadbiran penting pada fasa ini adalah Al-Muakhah iaitu

mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar, ini kerana untuk menyelesaikan

masalah kemiskinan yang sebahagiannya dari para Muhajirin yang berhijrah ke Madinah tanpa

membawa harta walaupun sedikit.

Selain itu, persaudaraan ini juga adalah langkah penting dalam menyatu-padukan masyarakat

tanpa membezakan warna kulit dan keturunan. Dengan ciri kemuliaan, kebaikan dan belas

kasihan yang ada pada diri baginda Nabi Muhammad S.A.W dapat dijadikan contoh puncak

kesempurnaan yang mampu dicapai oleh seorang pemimpin negara.

Persaudaraan sesama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan salah

satu cara untuk ke arah pembinaan masyarakat dan negara Islam yang kukuh. Ini disebabkan

sesebuah buah negara tidak akan berdiri teguh tanpa persefahaman dan perpaduan di antara

penduduk. Setiap ikatan persaudaraan seharusnya didahulukan dengan suatu pegangan atau

ideologi yang menyatukan antara semua. Oleh demikian, Nabi Muhammad S.A.W telah

meletakan Aqidah Islamiyah sebagai asas ikatan persaudaraan antara antara sahabat baginda

yang mana meletakan seluruh manusia di satu taraf iaitu taraf keabdian semata-mata kepada

Allah SWT.

Perkara lain yang dapat dilihat dalam persaudaraan ini ialah bertujuan memberi bekerjasama

dan tolong-menolong sesama anggota masyarakat yang berlainan bangsa dan budaya di dalam

Page 10: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

519

semua bidang kehidupan harian. Seandainya semangat ini wujud berdasarkan keadilan dan

persamaan yang saksama, maka ia adalah sebuah masyarakat yang adil dan bersih. Sekuat

mana azam pemerintah untuk melaksanakan prinsip antara pemimpin dan rakyat tidak akan

tercapai selagi perjalanannya tidak bersandarkan kepada persaudaraan dan kasih-sayang

sesama sendiri.

Dengan demikian itu, Nabi Muhammad S.A.W telah membina ikatan persaudaraan antara

Muhajirin dan Ansar yang menjadi tapak pelancaran prinsip keadilan masyarakat sebagai

sistem kemasyarakatan yang berjaya. Tanpa persaudaraan ini, tidak akan terdapat sebarang

pelaksanaan yang berkesan ke arah mengikatkan anggota masyarakat yang majmuk dan

perpaduan yang erat. Persaudaraan ini juga membuktikan kepada kita matlamat dan asas

persaudaraan adalah mengintigerasikan dan memperkukuhkan agama Islam.

2. Menjaga hubungan antara umat bukan Islam (Menubuhkan Perlembagaan Madinah

)

Antara aspek yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah baginda berhijrah

bersama kaum Muhajirin ke Madinah, adalah melaksanakan Perlembagaan Madinah yang

menyusun hubungan di antara pemimpin negara dengan rakyat. Ini merupakan langkah utama

dalam pembentukan pemerintahan bagi sesebuah negara (Abdul Hadi , 1992 : 20) yang bukan

sahaja kuat malah turut dihormati oleh negara jiran seperti Parsi dan Rom.

Perlembagaan Madinah atau di kenali sebagai Sahifah Madinah adalah sebuah perjanjian yang

mewajibkan setiap pihak yang menyertainya untuk melaksanakan tanggungjawab dan

memenuhi hak pihak-pihak lain demi kepentingan bersama (Saari Sungib, 2013 : 86 ). Selain

itu, ia juga merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia, dalam perlembagaan tersebut

mengandungi 47 fasal ( al-Buti, 2008 : 295-307 ) yang merangkumi hubungan antara sesama

umat Islam dan antara umat Islam dengan umat bukan Islam :

1. 23 fasal menerangkan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam yang

lain (antara kaum Ansar dan kaum Muhajirin ).

2. 24 fasal menerangkan tentang hubungan antara umat Islam dengan kaum bukan Islam

( antara kaum Muslimin dengan Mushrikin dan Yahudi ).

Menurut Ibnu Hisyam, Ibnu Ishaq pernah menyebut “ Nabi Muhammad S.A.W membuat

perjanjian antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar. Dalam perjanjian tersebut baginda tidak

memerangi orang Yahudi, membuat perjanjian dengan mereka, mengakui agama dan harta

mereka dan mengenakan syarat bagi mereka …” (Ibnu Hisham, 2012 : 483 ). Baginda

membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam di sebabkan baginda mendapati di Madinah

terdapat orang Yahudi telah bermastautin dan orang mushrikin telah lama menetap di sana.

Lantas dengan itu, baginda tidak pernah terfikir untuk melakar polisi menghalau, menyita atau

berseteru dengan mereka, sebaliknya baginda menerima kewujudan mereka dan

membernarkan penyembahan berhala (Muhammad Ghazali, 2010 : 330-331).

Page 11: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

520

Ini kerana Perlembagaan Madinah merupakan batu asas bagi pengiktirafan masyarakat bukan

Islam khususnya masyarakat Yahudi di dalam negara Islam. Penubuhan Perlembagaan

membolehkan Nabi Muhammad S.A.W mendirikan sebuah negara Islam ( Islamic City State)

yang berdaulat dan dipersetujui oleh semua lapisan masyarakat termasuk masyarakat Yahudi.

Nabi Muhmmad S.A.W kemudiannya diiktiraf sebagai ketua negara dan berperanan

menyelesaikan sebarang perbalahan yang berlaku di Kota Madinah dan wilayah yang berada

di bawah pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu, Perlembagaan Madinah adalah asas kepada penyatuan masyarakat yang berada di

Madinah. Masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya. Perlembagaan

ini juga membolehkan masyarakat majmuk hidup dalam keadaan aman dan damai. Hal ini

kerana Perlembagaan Madinah turut menjamin kebebasan beragama, berfikir, bekerja selain

menekan konsep keadilan selain menolak diskriminasi kaum. Sikap saling menghormati antara

masyarakat setempat amat dititikberatkan supaya dapat mengelakan dari permusuhan antara

penduduk.

Penubuhan Perlembagaan Madinah juga membolehkan sistem perundangan Islam diamalkan

oleh semua penduduk Madinah. Nabi Muhammad S.A.W telah menubuhkan sistem

Kehakiman yang sistematik. Sebagai contoh yang dapat dilihat, hukuman terhadap pesalah

dilakukan dengan adil tanpa mengira kaum. Pada masa yang sama, peraturan dalam sesebuah

kabilah tidak dimansuhkan sekiranya tidak bercangkah dengan garis panduan ajaran agama

Islam. Dari segi ekonomi pula, unsur riba dan penipuan dalam perdagangan dihapuskan.

Masyarakat Madinah pula mendapat peluang yang sama dalam bidang ekonomi.

Seterusnya, Perlembagaan Madinah turut menitikberatkan keselamatan negara Madinah dari

ancaman luar. Kesemua masyarakat Madinah diminta untuk menjaga dan mempertahankan

Madinah dari serangan pihak luar. Kesejahteraan dan keselamatan masyarakat bukan Islam

terutama Yahudi dijamin selagi mana mereka mengikuti dan mematuhi Perlembagaan

Madinah. Perlembagaan tersebut amat menitikberatkan konsep bersatu dalam menentang

serangan luar yang cuba menggugatkan kedaulatan dan keamanan negara Islam Madinah.

Penggubalan Perlembagaan Madinah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

merupakan satu langkah yang bijak dalam mewujudkan perpaduan masyarakat Madinah.

Berdasarkan 47 fasal yang digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam perlembagaan

tersebut, dapat dirumuskan kepada empat perundangan yang menjadi sebagai asas

pembentukan negara Islam di Madinah :

1. Agama Islam adalah sebuah agama yang dapat mengikat perpaduan umat Islam dan

perletakan agama Islam sebagai agama rasmi negara merupakan langkah pertama yang

menjadi satu kemestian untuk mendirikan sesebuah masyarakat Islam yang kukuh dan

sejati.

2. Meletakkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai sumber rujukan

utama kepada umat Islam bagi mendapat pengadilan yang saksama sama ada

disebabkan persengketaan, perbalahan dan urusan umat Islam.

3. Kesatuan dan kesejahteraan yang jelas sesama umat Islam perlu ada dalam setiap

keperibadian masyarakat Islam. Setiap orang bertanggungjawab ke atas yang lain

mengenai hal dunia dan akhirat.

Page 12: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

521

4. Persamaan antara umat Islam merupakan salah satu rukun syari‘ah yang penting di

dalam masyarakat Islam yang wajib dilaksanakan dan diamalkan dalam bentuk yang

sihat dan betul.

Menerusi perlaksanaan perlembagaan Madinah ini, maka tertegaknya sebuah negara Islam di

atas satu tapak yang kukuh dan ampuh. Dan dari itu juga negara Islam mula berkembang

dengan gahnya ke serata tempat, dalam masa yang sama juga menyumbangkan tamadun dan

kemajuan serta kemakmuran yang sihat kepada umat manusia (a-Buti, 2008 : 294).

Masyarakat bukan Islam mula mengakui menjadi warga negara Islam dan timbul semangat

patriotik yang menjadikan pertahanan negara lebih kukuh, ini kerana Perlembagaan Madinah

yang dimeterai antara Rasulullah S.A.W sebagai ketua negara dengan penduduk Madinah

sebagai rakyat telah membentuk kesatuan hidup di antara masyarakat di Madinah dan

menjadikan sebuah negara yang berdaulat.

Melalui penubuhan Perlembagaan Madinah ini, semua penduduk Madinah yang terdiri

daripada orang Islam dan orang bukan Islam berada dalam keadaan aman dan mereka bebas

melakukan ibadat masing-masing. Terpantul kesan yang besar kepada masyarakat ketika itu

bahawa mereka menikmati hak-hak asasi manusia seperti kebebasan untuk bernegara,

keselamatan yang terjamin dari ancaman musuh, bebas untuk berniaga dan bercucuk tanam

dalam menikmati kemajuan ekonomi. Masyarakat Madinah pada ketika itu dapat disatukan di

bawah kepimpinan yang berwibawa Nabi Muhammad S.A.W.

STRUKTUR PENTADBIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Setelah Nabi Muhammad S.A.W menyatukan umat Islam dan umat bukan Islam melalui

konsep pembentukan ummah dengan mempersaudarakan sesama umat Islam dan menubuhkan

perlembagaan Madinah, maka terbina struktur sebuah kerajaan yang mantap dan agak berbeza

dengan sistem pentadbiran sebelumnya yang mana terikat dengan sistem Kabilah. Demikian

itu, bagi membina sebuah jentera negara dan sistem pentadbiran, baginda mewakilkan

kuasanya kepada beberapa orang sahabat dengan melantik mereka memegang beberapa

jawatan dalam pentadbiran negara. Pembinaan jentera tersebut telah menjadi panduan kepada

zaman-zaman selepasnya sehingga sekarang.

Struktur organisasi pentadbiran yang dibentuk oleh baginda mengandungi beberapa jawatan

seperti yang berikut; Ketua negara, Majlis Syura, Bitanah (setiausaha), Badan Kehakiman,

Jabatan Pentadbiran Awam, Ketenteraan, ‘Amil Daerah,

Majlis Eksekutif

1. Ketua Negara dan Timbalan Ketua Negara

Ketua Negara adalah suatu perkataan merujuk kepada seorang pegawai individu berkhidmat

sebagai ketua yang mewakili orang ramai bagi sesebuah negara yang berdaulat sama ada

dijalankan secara sistem beraja, republik, persekutuan, atau sebagainya. Secara umumnya,

peranan seorang ketua negara termasuk menjadi lambang kesinambungan dan kesahan negara

serta melaksanakan kuasa politik, fungsi dan tugasan yang diberi kepada Ketua Kerajaan

berlandaskan perlembagaan dan undang-undang sesebuah negara.

Page 13: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

522

Walaupun ramai sejarawan yang mengatakan Nabi Muhammad S.A.W diangkat sebagai ketua

negara Islam selepas penggubalan Perlembagaan Madinah, akan tetapi perlantikan Nabi

Muhammad S.A.W sebagai ketua negara dan pemimpin umat Islam sebenarnya bermula

selepas termeterainya Perjanjian Aqabah pertama pada tahun ke-12 kenabian dan Perjanjian

Aqabah ke dua pada tahun ke-13 kenabian. Ekoran perjanjian tersebut, Nabi Muhammad

berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah melantik baginda sebagai pemimpin.

Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W turut dibantu oleh pembantu baginda iaitu sebagai

Timbalan Ketua Negara, semasa keberadaan baginda diluar Madinah atas urusan peperangan,

menunaikan umrah atau haji, baginda melantik seseorang yang akan mengambil alih

pemerintahan semasa ketiadaan baginda bagi melancarkan urusan penduduk di Madinah.

Status ‘Naib Ketua Negara’ ini hanya sementara dengan masa dan wujud pada keadaan yang

tertentu. Meskipun jawatan tersebut tidak disebut secara rasmi, tetapi adalah sesuatu yang

munasabah untuk diandaikan bahawa mereka mengetuai pentadbiran negara ketika baginda

tiada di Madinah. Antara yang pernah menjadi timbalan ketua negara Sa'd bin 'Ubdah

(Khazraj), Sa'd bin Mu'adh (Aus), Zaid bin Harithah, Abu salamah bin 'Abd al- Asad ( Quraisy)

dan 'Amr bin Umm Maktum (Ibnu Hisham, 2012 : 43- 601 ).

2. Majlis Syura

Perkataan Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari

istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan dengan

kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan. Perkara ini dijelaskan dalam

al Quran seperti;

مرهم شورى بينهم وأ

Bermaksud :

“Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka” ( QS, 42 : 38 ).

ني يب ٱلمتوك إنذ ٱللذ لع ٱللذ مر فإذا عزمت فتوكذ وشاورهم ف ٱل

Bermaksud :

“Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal

keduniaan ) itu, kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat untuk

membuat sesuatu ) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi

orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” ( QS, 3 : 159 ).

Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang pemerintah

diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang menyentuh kepentingan

peribadi dan umum. Majlis Syura Negara ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian dan

perselisihan pendapat di antara badan-badan pemerintah dengan mengambil kira keputusan

majoriti dari ahli majlis yang terlibat. Ini bermakna kekuatan dan paksaan pendapat tidak boleh

dilakukan di dalam masyarakat (Abu Ma‘ati Abu Al-Futuh, 1986 : 54).

Page 14: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

523

Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam, Nabi Muhammad S.A.W

telah menubuhkan Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.

Anggota Majlis Syura semasa pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W seramai 6 orang yang

terdiri daripada ulama, ketua Muhajirin, ketua Ansar, Panglima Tentera dan Penglima Tentera.

Nabi Muhammad S.A.W menjadi contoh teladan kepada masyarakat dalam menghormati dan

melaksanakan Syura. Baginda mengikut pendapat dan pandangan majoriti meskipun pendapat

tersebut bertentangan dengan pendapat baginda.

Hal ini dapat dilihat dalam beberapa peristiwa seperti baginda bermusyawarah bersama tentera

Islam dalam peperangan Uhud yang mana baginda berunding dengan para sahabatnya

mengenai strategi peperangan yang terbaik sama ada bertahan di Madinah atau keluar

menyerang. Dan pandangan tersebut mendapat pandangan majoriti yang mengatakan keluar

menyerang lebih baik dari bertahan. Walaupun pendapat tersebut tidak dipersetujui oleh Nabi

Muhammad S.A.W dan beberapa orang sahabat baginda, baginda tetap mengikut pendapat

majoriti dan keluar menuju ke tempat peperangan (al-Mubarakfuri, 2007 : 289-290 ).

Peristiwa kedua mengenai peperangan Khandaq yang mana baginda melemparkan pendapat

kepada orang ramai tentang perkara yang terbaik adalah berdamai dengan musuh, dan musuh

perlu membayar satu pertiga (1/3) dari hasil tanaman buah tamar Madinah pada tahun tersebut.

Pendapat Nabi Muhammad S.A.W tidak dipersetujui oleh dua orang sahabat baginda iaitu

Sa‘ad bin Mu‘az dan Sa‘ad bin ‘Ubadah (al-Ya‘mur, t.th : 84-117 ).

Menurut al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah merumuskan Ahli Majlis Syura

itu mempunyai keadilan, berilmu pengetahuan, kecerdasan dan bijaksana. Mereka

bermesyuarat dalam menyelesaikan apa sahaja dengan rujukan al Quran dan pandangan serta

pendapat Nabi Muhammad S.A.W. Dari sini dapat dirumuskan bahawa Majlis Syura

merupakan satu kabinet jemaah menteri yang terdiri dari kalangan masyarakat Madinah bagi

membantu pemimpin dalam pemberian pendapat atau pandangan.

3 : Bitanah ( setiausaha ) Bitanah merupakan suatu seorang pegawai pentadbiran utama dan sebagai penasihat pentadbir

utama kepada Ketua Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Menurut Ibn al-Manzur dalam

karyanya Lisan al-‘Arab, Bitanah Al-Rajul adalah seorang pemegang rahsia (amanah) dalam

urusan sulitnya, yang diajak membincangkannya dalam pelbagai keadaannya (Ibn al-Manzur,

juz 13 : 55). Al-Bukhari ada mencatat dalam karyanya mengenai satu bab khusus menceritakan

tentang Bitanah al-Imam wa Ahlu Masyuratih bermaksud Setiausaha Khalifah dan Ahli

Mesyuaratnya. Nabi Muhammad S.A.W melantik seorang pemegang rahsia negara, iaitu

Setiausaha Umum Negara yang diamanahkan kepadanya dengan menyimpan pelbagai rahsia

yang melibatkan dengan hal ehwal negara. Abi Sa'id al-Khudri berkata, bahawa Nabi S.A.W

bersabda:

أتمره ابملعروف وحتضه عليه ، وبطانة بطانة : ما بعث هللا من نبي ، وال استخلف من خليفة ، إال كانت له بطانتان ىلأتمره ابلشري وحتضه عليه ، فاملعصوم من عصم هللا تعا

Bermaksud :

Page 15: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

524

“Allah tidak pernah mengutus seorang Nabi pun dan tidak pernah menggantikan seorang

khalifah pun, kecuali ia mempunyai dua bitanah (setiausaha). Setiausaha yang

memerintahkannya kepada kemakrufan dan mendorongnya untuk melakukannya, serta

setiausaha yang memerintahkannya kepada keburukan dan mendorongnya. Adapun orang

yang terjaga, adalah sesiapa sahaja yang dijaga oleh Allah SWT ” (al-Bukhari, 2004 : 7198

).

Ibn al-Athir juga menjelaskan bahawa Huzaifah bin Al-Yaman adalah pemegang rahsia Nabi

Muhammad S.A.W. Berkenaan dengan golongan munafik, tiada seorang yang mengetahui hal

ehwal mereka kecuali Huzayfah (Ibn al-Athir 2012 : 468). Nabi Muhammad S.A.W juga

mempunyai penulis rahsia ( Setiausaha Sulit), beliau adalah Zayd bin Thabit yang telah diminta

untuk mengkaji dan meneliti semula kandungan dokumen surat-menyurat dari pihak Yahudi

yang dikirim kepada Nabi Muhammad S.A.W serta surat baginda kepada mereka dengan

bahasa ‘Ibrani.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abu Dawud, Zayd menyatakan Nabi

Muhammad S.A.W telah minta kepada ku agar mempelajari bahasa orang Yahudi dan aku

telah mempelajari untuknya surat orang Yahudi, dan Nabi Muhammad bersabda :

“sesungguhnya aku demi Allah tidak mempercayai mereka berkenaan dengan suratku.” Zayd

berkata: “Aku telah mempelajarinya, dan tidak sampai setengah bulan sehingga aku benar-

benar telah memahaminya dengan mendalam. Maka aku menulis untuknya apabila orang

Yahudi telah menulis kepadanya. Dan aku membaca untuknya apabila ditulis kepadanya.”

(Abu Dawud 1999 : 408 ).

Pentadbiran Peringkat Pusat

1. Badan Kehakiman

Badan kehakiman bagi sesebuah negara boleh dianggap sebuah badan tertinggi dalam

organisasi negara dan tidak boleh digugat oleh sesiapan pun. Seperti pembicaraan kes,

mahkamah diharapkan dapat mengadili penjenayah dengan bijaksana dan telus. Agama Islam

sendiri merupakan agama yang berteraskan keadilan dengan meletakkan garis panduan di

dalam melaksanakan sistem kehakiman bagi sesebuah negara.

Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah, baginda sendiri bertindak

secara langsung menjadi Ketua Hakim Negara dan mengawasi para hakim yang dilantik.

Badan kehakiman ditubuhkan agar dapat menyelesaikan sama ada berkenaan dengan

persengketaan, kezaliman ataupun untuk mencegah dari perkara yang boleh memudaratkan

hak masyarakat dan negara.

Bidang kuasa hakim juga sama seperti Timbalan Ketua Negara yang mana semasa ketiadaan

baginda di Madinah, baginda akan melantik seorang hakim sementara bagi menyelesaikan

beberapa permasalahan atau persengketaan yang berlaku. Antara sahabat baginda yang pernah

dilantik oleh baginda adalah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, ‘Amru bin al-‘As,

Huzayfah bin al-Yaman, Sa‘ad bin Muaz dan lain-lain. (Ibnu Sa‘ad, 2001: 553 dan Ibn

Hisyam, 2009 : 240 ).

Page 16: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

525

Ini menunjukkan Institusi Kehakiman merupakan sebuah institusi yang wajib agar dapat

menegakkan keadilan dan menentukan kewibawaannya. Kehakiman Islam perlu mengikut

piawaian yang ditetapkan mengikut hukum Islam bersandarkan nas dari Al-Quran dan hadis

Nabi Muhammad S.A.W. Perlantikan Hakim semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W

diberikan kepada calon yang betul-betul layak dari segi keperibadian, berilmu dan bijaksana.

Para sarjana telah bersepakat antara syarat yang harus ada pada seorang calon hakim adalah

bergama Islam, baligh, berilmu, sihat pancaindera, merdeka dan adil. Nabi Muhammad S.A.W

meletakkan satu pemerintahan yang mempunyai institusi Kehakiman tanpa mengenepikan soal

keadilan dan ketelusan sebagai tunjang dan pendorong kepada masyarakat supaya menjadi

hamba yang bertakwa dan beriman kepada Allah.

2. Jabatan Pentadbiran Awam Nabi Muhammad S.A.W melaksanakan pentadbiran bagi menyelaraskan urusan masyarakat di

Madinah dengan menerapkan hukum hakam yang di tetapkan oleh Allah dan mengutamakan

kepentingan masyarakat. Bagi melancarkan pengurusan seorang pemimpin, Nabi Muhammad

S.A.W melantik seorang penulis dalam setiap urusan yang berkaitan. Pada awal penubuhan

negara Islam, kepentingan masyarakat tidak terlalu banyak dan tugas sebagai seorang penulis

pada masa itu mengikut keperluan semasa.

Kepentingan pertama yang dijalankan oleh Jabatan Pentadbiran Awam selepas penubuhan

negara adalah dengan menguruskan penempatan dan pengagihan tanah. Selepas pembinaan

masjid di Madinah, Nabi Muhammad S.A.W bertanggungjawab dalam membuat perancangan

ke atas Madinah dengan melakukan pengagihan tanah serta menyediakan penempatan untuk

kaum Muhajirin di Madinah.

Dalam tulisan Yaqut Al-Hamawi ada menyatakan selepas ketibaan Nabi Muhammad S.A.W

di Madinah, baginda memberi penempatan dan tanah dengan percuma. (al-Hamawi, 1977 : 86

). Dengan perlaksaan ini, Nabi Muhammad S.A.W telah menyelesaikan masalah penempatan

bagi kaum Muhajirin dengan memberi jaminan penempatan untuk mereka sekeluarga.

Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W turut mengadakan tanah perkuburan khas untuk kabilah

yang berada di Madinah dan menyediakan pembinaan perumahan khas bagi menyambut

delegasi rasmi yang dikenali dengan nama Dar al-Adyaf atau Dar Daifan. Selepas ketibaan

Nabi Muhammad S.A.W di Madinah, baginda juga membuka pusat perdagangan umat Islam

selepas baginda melihat masyarakat Yahudi menguasai perdagangan di Madinah. Penubuhan

pusat perdagangan tersebut bertujuan merealisasikan self-sufficiency negara Islam pada ketika

itu. Baginda turut melarang para pedagang Islam yang berada di pasar tersebut membayar

sewa. (al-Mas ‘udi, 2006 : 326-749 ). Semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W,

baginda turut melaksanakan pembancian penduduk yang memeluk agama Islam. (al-Asqalani,

2008 : 177-178 dan al-Muslim, 1995 :213 ).

Negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad S.A.W turut menguruskan kepentingan

lain, seperti menyusun hal ehwal pertahanan, hubungan luar negara, keamanan, perindustrian,

jizyah ( cukai yang dibayar oleh kafir zimmi ), ghanimah ( harta rampasan perang ), kharaj (

cukai tanah ), sedekah dan sebagainya.

Page 17: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

526

Kesemua urusan ini berada dibawah satu jabatan, meskipun tiada riwayat yang menjelaskan

bahawa Nabi Muhammad S.A.W melantik Ketua Jabatan bagi menguruskannya. Ini kerana

Nabi Muhammad S.A.W. telah menguruskannya dengan sendiri. Walau bagaimanapun,

baginda tetap melantik seseorang penulis dan pegawai agar segala urusan negara berjalan

lancar selain urusan perang dan jihad. Perbincangan di atas telah menjelaskan beberapa

kepentingan yang menonjol pada zaman Nabi Muhamaad S.A.W . Kesemua kepentingan

tersebut telah membentuk struktur Jabatan Pentadbiran Awam.

3 : Ketenteraan

Ketenteraan negara Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W adalah terdiri daripada

batalion, pengawal dan perajurit perbatasan. Nabi Muhammad S.A.W selain seorang

pemimpin negara, baginda turut menjadi seorang Ketua Panglima Perang dan mengetuai setiap

peperangan. Bagi memantapkan barisan ketenteraan, baginda turut menguruskan hal ehwal

pentadbiran ketenteraan, seperti persediaan logistik, pelatihan, persenjataan, panji dan bendera

pasukan dengan sendiri.

Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa pemerintahan baginda di Madinah.

Pembentukan angkatan tentera Islam adalah bertujuan mempertahankan kesucian agama Islam

dari ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin yang begitu marah terhadap

masyarakat Islam. Pembentukan angkatan tentera ini membolehkan masyarakat Islam

Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang musyrikin Mekah seperti dalam perang

badar,perang uhud,dan perang khandak. Ekspedisi ketenteraan semasa zaman Nabi

Muhammad S.A.W terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad

SAW yang dipanggil ghazwah dan ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi

Muhammad yang dikenali sebagai sariyah.

Pentadbiran Peringkat Wilayah atau Bahagian

1 : ‘Amil Daerah Setelah negara Islam yang ditubuhkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah berkembang,

baginda membahagikan negara Islam kepada beberapa kawasan yang kemudiannya setiap

kawasan akan dilantik seorang ‘amil daerah (ketua daerah). Antara tempat yang di bahagikan

oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah di Mekah, Taif, Yaman, Bahrain, Oman, Yamamah dan

di beberapa tempat yang lain. Selain itu juga baginda turut memba

Ibnu Hajar Al-Asqalani ada menyatakan nama para ‘amil Nabi Muhammad S.A.W di beberapa

kawasan yang telah dimasukkan di bawah pemerintahan baginda . Antara sahabat baginda yang

di amanahkan sebagai ‘amil daerah ialah ‘Uttab bin Usaid di Mekah, ‘Uthman bin Abu Al-‘As

di Taif, Abu Sufyan bin Harb di Najran. Sebagai seorang ‘amil daerah, mereka diberi kuasa

dalam mentadbir di jajahan masing-masing mengikut peraturan am yang telah digariskan oleh

baginda. Walaupun mereka diberi kebebasan dalam mentadbir, baginda tetap memberi

bimbingan dan panduan kepada mereka sebelum mereka berangkat ke daerah masing-masing

untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sebagai contoh bimbingan dan panduan yang diberikan daripada baginda Muhammad S.A.W

kepada Mu‘az bin Jabal sebelum berangkat ke Yaman, baginda mengarahkan kepada beliau

agar mengajak rakyat yang berada dibawahnya menerima kalimah shahadah, solat lima waktu

Page 18: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

527

sehari semalam, dan membayar zakat kepada yang berkemampuan. Selain itu, baginda turut

memberi nasihat suapaya jangan mengambil harta dan kemewahan serta mengelak daripada

laknat mereka yang tertindas dan teraniaya.

Terdapat pelbagai nasihat dan arahan yang diberikan kepada pemimpin daerah, ini kerana

hubungan tersebut bukan sahaja meliputi soal pentadbiran, malah merangkumi soal agama dan

social masyarakat. Contoh yang dapat dilihat dari aspek politik, baginda mengarahkan kepada

mereka agar menghentikan amalan taksub perkauman dan mengeluarkan perintah agar

memerangi mereka yang terus berbuat demikian. Disini menunjukkan, pada prinsipnya mereka

terikat dengan pentadbiran dari pihak atasan, tetapi pada amalanya mereka masih diberi

kebebasan dalam mentadbir dikawasan mereka serta dibenarkan menggunakan kuasa dalam

bidang politik, sosial dan eksekutif.

Demikian itu, berdasarkan struktur yang dibina dari Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan

kewibawaan dan kebijaksanaan baginda dalam membawa kepada perubahan dari aspek

pemerintahan negara berdaulat. Kepimpinan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W amat

di kagumi dan sentiasa dijadikan contoh serta ikon kepada masyarakat, khususnya kepada para

pemimpin dunia sekarang. Dalam sejarah kehidupan manusia secara umumnya, pentadbiran

Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu bentuk inspirasi yang teguh dan fleksibel dari Allah

S.W.T .

KESIMPULAN

Hasil kajian ini mendapati pemerintah kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan

negara, ini kerana pemerintah merupakan ketua negara dan bertanggungjawab dalam

menguruskan hal ehwal negara. Antara sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin

kecekapan, kebijaksanaan dan berdisiplin dalam mentadbir. Selain itu juga seorang pemimpin

harus mengadakan hubungan baik dengan rakyat dengan menjalankan dasar negara secara

diplomasi dan toleransi. Kerajaan yang diamalkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W

merangkumi pelbagai struktur pentadbiran dari pandang sudut yang berbeza seperti pebinaan

masjid, mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar dan penubuhan Perlembagaan

Madinah. Sebagai negara yang mensyariatkan agama Islam sebagai agama rasmi, masyarakat

Islam wajib memiliki akidah yang kukuh dan akhlak mulia serta semangat juang yang tinggi.

Pembuktian dalam lipatan sirah, kehebatan kerajaan yang dibawa oleh baginda Nabi

Muhammad S.A.W adalah berpaksi pada kekuatan akidah mereka, kemuliaan akhlak dan

kecekapan pentadbiran negara.

*Artikel ini adalah output kepada geran penyelidikan FRGS/1/2015/SS105/UKM/02/2 Model

Tadbir Urus: Analisis Amalan Terbaik Pentadbiran Rasulullah S.A.W

Page 19: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

528

Rujukan

Abdul Hadi Awang Muhammad, 2007, Fiqh Harakah Dari Sirah Nabawiyyah, Kuala

Lumpur, Dewan Pustaka Fajar.

Abu Dawud, Sulaiman, 1999, Sunan Abu Dawud, Kaherah, Mesir, Dar Al-Hadis.

Ahmad Nabil, T.th, Sistem Politik Islam Di zaman Nabi Muhammad S.A.W, Kuala

Lumpur , Universiti Malaya.

Al-‘Azami, Muhammad Mustafa Al-‘Azami, 1978, Kuttab Al-Nabi S.A.W., Damsyik,

Al-Maktabah Al-Islami.

Bharuddin Che Pa, T.thn, Islam Dalam Tadbir Urus Negara Masyarakat, Kuala

Lumpur, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Al-Buti, Muhammad Sa‘id Ramadhan, 2008, Fiqh Sirah, Damsyik, Syria, Dar Al-Fikr.

al-Ghadban, Munir Muhammad Al-Ghadban, 1990, al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah

al-Nabawiyyah, Jordan, Maktabah Al-Manar.

Hafiz Ahmad ‘Ajaj Al-Karmi, 2006, al-Idarah fi ‘Asri Al-Rasul, Al-Kaherah, Dar Al-

Salam.

Ibnu Athir, 2012, Asad Al-Ghabah Fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, Lubnan, Dar Ibnu

Hazam.

Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2008, Fath al-Bari, penterjemah Gazirah Abdi Ummah,

Jakarta, Pustaka Azzam.

Ibnu Hisham, Abu Muhammad Abdul Malik, 2012, Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham,

penterjemah Mohd Puzhi dan Muhammad Sabri, Selangor, Al-Hidayah Publication.

Ibnu Ishaq, 1978, Kitab al-Sir wa al-Maghazi, Damsyik, Dar al-fikr.

Ibnu Manzur, Lisan al- ‘Arab, Beirut, Lubnan, Dar al-Sadr.

Ibnu Sa‘ad, 2001, al-Tabaqat Al-Kubra, Kaherah, Mesir, Maktabah Al-Khanji.

Kamus Dewan edisi keempat, 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Mubarakfuri, Safi Al-Rahman, 2007, Al-Rahiq Al-Makhtum, Qatar, Wizarah Al-

Awqaf wa al-Shuun Al-Islamiyah.

Mahmud Shakir, 2000, Tarikh Al-Islami, Damsyik, Al-Maktabah Al-Islami.

Al-Mas‘udi, 1973, Muruj Al-Dhahab, Beirut, Dar al-Fikr

Page 20: PENTADBIRAN RASULULLAH S.A.W : MODEL TADBIR URUS

529

Al-Mawardi, 1989, Al-Ahkam Sultaniyyah wa Al-Wilayat Al-Diniyah, Kuwait,

Maktabah Dar Ibnu Qutaibah.

Mohd Sidek Hassan, 2007, Surat Arahan Usaha Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus

di Sektor Awam, Ketua Setiausaha Negara.

Mokhtar Ismail, T.Thn, Kelebihan dan Manfaat Tadbir Urus Baik Serta Perkhidmatan

Berkualiti Kepada Strategik Pemasaran Institui Pengajian Tinggi, T.pt

Muhammad Al-Ghazali, 2010, Fiqh Sirah, Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn Bhd.

Muhammad Mustafa ‘Abd Al-Salam, 2010, Al-Sirah al-Nabawiyah Baina Al-Athar Al-

Marwiyah wa Al-Ayat Al-Quraniyah, Kuliah Adab, Jamiah cAin Sham.

Muslim, Abu Al-Husain Muslim, 1995, Sahih Muslim, Beirut, Lubnan, Dar Al-Kutub

Al-‘lmiah.

Nik Abdul Aziz, 2009, Muhammad S.A.W : Jejak Junjungan Mulia, Kuala Lumpur,

Percetakan Zafar Sdn Bhd.

Saari Sungib, 2013, Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah, Selangor,

Kemilau Publika Sdn Bhd.

Salih Ahmad al-‘Ulya, 2001, Dawlah Al-Rasul S.A.W fi Al-Madinah, Beirut, Lubnan,

Syarikah al-Matbu‘ah li al-Tauzi wa al-Nashr.

Al-Samhudi, Nur Al-Din Ali, 2006, Wafa’ Al-Wafa’ bi Akhbar Dar al-Musthafa,

Beirut, Lubnan, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Sayyid Abu Al-‘Ala Maududi, 2000, Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur,

Pustaka Salam

Yaqut Al-Hamawi, 1977, Mu‘jam Al-Buldan, Beirut, Lubnan, Dar Sadar.

Al-Ya‘mar, Abu al-Fathi Muhammad al-Ya‘mar, T.thn, ‘Uyun Al-Athar Fi Funun Al-

Maghazi wa al-Shamail wa al-Sir, Beirut, Dar Ibnu Kathir.