zaman pemerintahan rasul s.a.w [sejarah peradaban islam (ep 20723)]

Click here to load reader

Post on 12-Jun-2015

3.418 views

Category:

Education

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. PENGHARGAANAlhamdulillah atas segala nikmat. Syukur atas nikmat Islam, Iman dan segala hal. Tiada selayaknya mendapat pujian melainkan Allah s.w.t. atas keizinan-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan bagi subjek Sejarah Peradaban Islam (EP 20723). Atas keizinan-Nya juga, dimudahkan segala urusan ini melalui bantuan dari kenalan-kenalan yang membantu secara langsung mahupun secara tak langsung.Tugasan ini hanyalah menumpukan kepada topik zaman pemerintahan ar-Rasul s.a.w. Segala elemen yang terdapat dalam pemerintahan baginda s.a.w. telah saya usaha himpunkan bahan-bahan bacaan dari pelbagai jenis pengarang. Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya menyelesaikan tugasan ini, Allah telah memudahkan jalannya lantas mengurniakan pelbagai macam ilmu pengetahuan tentang pemerintahan Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan keperibadian insan agung ini. Melalui peluang membuat tugasan inilah saya amat menghargai pembimbing saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Bin Soleh atas tunjuk ajar yang cukup bernilai dalam penyampaian pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Moga ilmu tersebut menjadi amal jariah dan dipandang Allah di akhirat kelak.Saya ucapkan syukur dan terima kasih Allah atas bantuannya melalui doa secara tak langsung dari ibubapa dan kenalan-kenalan terdekat. Rakan-rakan sekelas yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini juga saya doakan kebaikan dunia akhirat atas sokongan & dorongan melalui semangat kerjasama yang ditunjukkan semester terakhir kami ini.1

2. Akhir kalam, tiadalah yang saya harapkan melalui tugasan ini melainkan redha Allah dalam sekian hal. Moga ilmu-ilmu yang diperoleh menerusi tugasan ini dapat saya kongsikan kepada masyarakat umumnya agar keperibadian & kepimpinan Rasulullah s.a.w. dapat dicontohi oleh segenap lapisan umur. Hal ini kerana tugasan ini bukanlah hanya menjadi asbab perolehan markah untuk gred semester ini, malah menjadi ilmu pengetahuan bernilai yang perlu dipraktikkan untuk masa-masa mendatang.Sekian.2 3. PENDAHULUANTiada penafian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin umat manusia sejagat. Kepimpinan Nabi s.a.w semasa zaman pemerintahan baginda adalah contoh terbaik untuk diteladani. Dalam konteks ciri-ciri kepimpinan moden, adalah amat bermanfaat bagi kita untuk menghubungkaitkan kepimpinan Nabi dengan beberapa prinsip kepimpinan moden.Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan beliau kepada ahli-ahli Harvard pada 18 Januari 1996 di Kuala Lumpur ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w berdiri sebagai sebuah tugu peringatan di antara pemimpin-pemimpin agung yang tercatat dalam sejarah. Lalu diikuti dengan pemimpin lain yang diiktiraf seperti khalifah-khalifah Islam, Iskandar Zulkarnain yang Perkasa, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Genghis Khan, Mehmet II, Sulaiman yang Bijaksana, Akbar yang Perkasa, Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s. 1Kepimpinan Nabi s.a.w juga telah diiktiraf penulis Barat, Michael H. Heart dalam karyanya yang menyenaraikan 100 tokoh yang berpengaruh sepanjang zaman berdasarkan turutan populariti. Muhammad s.a.w menduduki kedudukan yang pertama sebagai tokoh yang paling berpengaruh mendahului tokoh-tokoh lain walau berlalu abad sekalipun. Dalam sejarah kehidupan manusia umumnya, kepimpinan Nabi s.a.w adalah satu bentuk inspirasi yang teguh & fleksibel dari Allah. Hal ini telah terbukti melalui firman Allah s.w.t:Maksudnya: Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). 21Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silangdengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000 2Al-Quran 53:3-43 4. Oleh kerana kepimpinan Nabi s.a.w semasa pemerintahannya menjadi contoh terbaik, sudah pasti ideologi & bawaan baginda s.a.w turut sama diiktiraf menjadi pelengkap & cara hidup manusia sepanjang zaman. Agama Islam yang diturunkan Allah sejak zaman Nabi Adam a.s telah pun dimansuhkan beberapa sistem dalamannya sehingga kini, aqidah, syariat & amalanamalan Islam dikemaskini menjadi suatu agama yang lengkap & syumul sesuai dianuti sehingga akhir zaman.Islam bukan hanya satu bentuk penyembahan atau agama semata-mata. Islam menjadi satu-satunya cara hidup yang sempurna dan diterima di sisi Yang Maha Mencipta.Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah agama Islam. 3Pemerintahan yang benar-benar diredhai Allah adalah pemerintahan yang berlandaskan seruan Islam. Kepimpinan sesebuah negara, wilayah mahupun empayar haruslah mengambil kira kesejahteraan ummat sejagat kerana tanggungjawab ini menjadi tuntutan Tuhan. Hal ini tidak bermakna kepimpinan tersebut menjadi bebanan tanpa panduan yang kukuh. Allah telah menurunkan al-Quran & mewahyukan qudwah serta sabdaan Rasulullah s.a.w sebagai sumber panduan kepimpinan manusia. Bahkan kekasih Allah jua memperoleh segala inspirasi & petunjuk dari wahyu tersebut untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian sehingga diterjemahkan dalam bentuk amalan sunnah.3Al-Quran 3:194 5. Hadith ar-Rasul s.a.w telah dinukilkan bahawa kurun yang paling baik adalah kurun baginda Nabi s.a.w, kemudian mereka yang berikutnya dan yang berikutnya. 4Sabdaan tersebut juga merangkumi aspek pemerintahan Nabi s.a.w. yang menjadi generasi umat Islam yang paling baik lantas menjadi generasi yang paling diredhai Allah. Tiada sebaik teladan untuk diikuti dalam segenap aspek melainkan teladan Muhammad s.a.w dalam aspek pemerintahan. Pemerintahan yang bercorakkan sunnah inilah yang menjadikan sesebuah tempat diberkati Allah walau dari sekecil-kecil perkara. 5Lihat sajalah bagaimana pemerintahan wahyu tersebut dapat melahirkan generasi yang diredhai Allah selepasnya sehingga dawah Islamiah disebarluaskan ke serata dunia. Hikmahnya Allah mentakdirkan ramai dari kalangan sahabat Nabi s.a.w wafat bukan di tanah air masingmasing, malah kubur mereka mampu dijumpai merata negara sehingga ke China. Pemerintahan bawaan Nabi sebeginilah yang menjadi asbab Allah memberkati ummat Islam keseluruhannya.Namun, pemerintahan sepertimana yang dibawa Rasul s.a.w.? Bagaimana pula corak pemerintahan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah?Zaman pemerintahan Nabi s.a.w dapatlah dikategorikan melalui beberapa kronologi kandungan seperti sejarah awal kelahiran & kegiatan Rasul s.a.w. di Makkah, peristiwa hijrah & pembentukan negara Islam Madinah yang merangkumi perlembagaan, peristiwa peperangan dan lain-lain.4 5Hadith Riwayat Bukhari Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 19935 6. Dalam menghuraikan satu-persatu corak pemerintahan Nabi s.a.w, perlulah dilihat terlebih dahulu kronologi kelahiran baginda s.a.w yang membentuk baginda menjadi seorang pemimpin kepada kurun yang terbaik sepanjang zaman.KEPUTERAAN - KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W KeadaanmasyarakatArabsebelum kedatangan Islam adalah amat buruk sekali. Sekitar kurun ke-6 Masihi, orang-orangArabyangmendudukiSemenanjung Tanah Arab ditenggelami dalam penyembahan berhala. Ketua-ketua agama Yahudi & Nasrani pula sering memutarbelitkan ajaran-ajaran kitab suci merekamengikutkehendakmerekasendiri. Masyarakat Arab tika itu menghadapi zaman kegelapan tanpa panduan oleh kerana keadaan buruk yang berlaku meliputi politik, sosial, ekonomi serta moral masyarakat. Oleh itu, kehadiran Nabi Muhammad s.a.w amat wajar dalam memimpin manusia keseluruhan ke arah kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada waktu fajar pagi Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda dilahirkan di Kota Makkah yang berketurunan suku Quraisy dari keluarga yang mulia iaitu Bani Hasyim dari keturunan Adnan yang mempunyai susur galur titisan darah Nabi Ismail a.s & Nabi Ibrahim Khalilullah. 66Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 19936 7. Ayahanda baginda Nabi s.a.w; Abdullah telah meninggal dunia semasa baginda masih dalam kandungan ibunya; Aminah. Setelah baginda s.a.w berumur beberapa hari sahaja, baginda diserahkan kepada seorang perempuan Badwi; Halimatus Saadiah yang tinggal di perkampungan Bani Saad, jauh dari Kota Makkah untuk memelihara dan menjadi ibu susuan baginda. Selama 4 tahun baginda dipelihara Halimah sebelum dikembalikan semula kepada Aminah, ketika inilah Nabi s.a.w telah mendapat didikan yang sempurna di samping mempelajari bahasa Arab fushah dengan fasih dan lancar dalam percakapannya.Baginda Nabi s.a.w juga belajar mengembala kambing bersama dengan beberapa rakanrakan sebayanya. Melalui pengalaman inilah Nabi Muhammad s.a.w disemai sifat-sifat yang luhur & baik dalam jiwa baginda seperti belas kasihan dan suka menolong orang lain. Kehidupan di desa membiasakan diri baginda s.a.w terhadap kepayahan hidup serba kekurangan. Tatkala Nabi s.a.w berumur 6 tahun, Aminah telah meninggal dunia dan dipelihara Abdul Mutalib. Setelah pemergian Abdul Mutalib, baginda dipelihara pula bapa saudaranya, Abu Talib.Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat dinafikan kebaikannya bahkan mendapat iktiraf dari masyarakat Arab terhadap pekerti baik baginda. Baginda mendapat gelaran al-Amin atau orang yang dipercayai kerana sejak kecil lagi baginda tidak pernah menipu & sering mendapat kepercayaan masyarakat Arab terhadap sesuatu permasalahan.7 8. Sebelum kerasulan baginda s.a.w, baginda sering bertahannuth di gua Hira. Usia baginda yang bertambah lanjut mematangkan fikiran untuk berfikir lebih mendalam tentang keadaan yang berlaku di Tanah Arab ketika itu. Isteri Nabi s.a.w, Saidatina Khadijah juga memberi sokongan yang penuh terhadap hasrat baginda bertahannuth malah menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke gua Hira. Peristiwa baginda menerima wahyu direkodkan pada usia baginda 40 tahun. Pada malam Isnin 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat se