hadis rasulullah s.a.w

Upload: nur-balkis

Post on 09-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    1/37

    Firman Allah yang bermaksud: Kerjakanlah olehmu apa-apa yang kamu kehendaki,sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Sajdah, ayat 40)

    'Agama itu ialah nasihat".Ada yang berkata "untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya "untukallah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan

    mereka'.(Riwayat Bukhari)

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang beriman dan hati merekamenjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingatiAllahlah hati menjadi tenteram" (Surah Ar-Ra'd: 28)

    "Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlahnama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; danbertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." (Surah al-Ahzab, ayat41-42)

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat,

    dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yangbercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis

    manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaranyang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah,

    dan orang-orang yang membuat gambar".Abu Hurairah r.a

    Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah SWT, karena sesungguhnya aku bertaubat

    kepada Allah SWT dalam satu hari sebanyak seratus kali". (Hadits diriwayatkan oleh Muslim

    dari Al Aghar al Muzni.

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    2/37

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud: Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku(orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.

    Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Kudengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan

    ke atas dirinya. Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengannawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya,nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengardengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannyayang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; danseandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akanmelindunginya. (Hadis riwayat al-Bukhari)

    hadis daripada Anas bin Malik, sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tiga perkaraapabila terdapat pada diri seseorang, ia merasa kemanisan iman; siapa yang

    cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapayang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatutujuan duniawi); dan ia membenci kembali kekufuran selepas Allahmenyelamatkannya seperti bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka."(Hadis riwayat Muslim)

    Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yangmendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan

    kepadamu.Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat

    petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.

    Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Akuberikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.

    Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Akuadalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan

    ampunkan...(Muslim)

    Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepadaAllah dengan 'taubat nasuha', mudah-mudahan Allah akan menghapuskankesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai." (Surah At-Tahriim, ayat 8)

    Firman Allah bermaksud: "Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yangselalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati,berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itusudah terlambat. Dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetapkafir. Orang yang demikian Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidakterperi sakitnya." (Surah an-Nisaa', ayat 18)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    3/37

    sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Apabila akumemerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka hendak-lah kalian memenuhinyasedaya upaya, dan apa saja yang aku tegah kalian, hendaklah dijauhi."

    Dari Muawiyah r.a katanya:Hindarilah hadith-hadith palsu kecuali hadith-hadith pada masaUmar bin al-Khattab. Sesungguhnya Umar sangat ditakuti orang mengenai hukum-hukum

    Allah apalagi mengenai hadith-hadith palsu (kerana tindakannya tegas). Aku mendengarRasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang dikehendaki Allah menjadi (orang) baik, maka

    diberinya orang itu pengetahuan yang dalam tentang agama. Dan aku mendengar pulaRasulullah s.a.w bersabda:Aku ini adalah seorang bendahara. Maka siapa yang kuberi

    (sedekah) dan diterimanya dengan hati bersih , maka dia akan beroleh berkat dari hartaitu. Tetapi siapa yang kuberi kerana meminta-minta dan rakus, maka dia seperti orang

    makan yang tak pernah kenyang.(Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang pandai adalah yang menghisab

    dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang

    lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah.

    (Hadis riwayat Tirmidzi)

    Nabi SAW bersabda: Jadikan dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang

    selalu mendengar pelajaran agama atau orang yang mencintai (tiga golongan yang itu); dan jangan

    engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis

    riwayat al-Bazzar)

    Rasulullah SAW menjelaskannya dalam hadis yang bermaksud: Apabila kamu menghendaki hidup

    berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan apabila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat

    hendaklah berilmu dan apabila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Firman Allah bermaksud: "Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkanpermainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan dan demi sesungguhnya negeriakhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahuberfikir?" (Surah al-An'am, ayat 32)

    Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Kalimah yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk

    mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang benda yang tidak disukai adalah sedekah."

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    ayat 125 dari surah al-An'am, yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allahkehendaki untuk memberi hidayah akannya, maka Allah melapangkan dadanyauntuk Islam. Dan sesiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka Allah jadikan

    dadanya sempit dan sesak naik ke langit seolah-olah ia sedang."

    Firman Allah bermaksud: "Katakanlah. Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupkudan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkansekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja akudiperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awalpertama (menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am, ayat 162-163)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    4/37

    "Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batasdalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainyadaripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku,kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku." (Hadis riwayatImam Al-Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: "Apabila Allah SWT kehendaki untukmembinasakan seseorang hamba, akan dicabut daripadanya perasaan malu. Makaapabila dicabut daripadanya sifat malu, dia akan dibenci orang dan bila dia dibenciorang, akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila dicabut daripadanya sifatamanah, maka dia didapati sebagai seorang yang khianat dan dikhianati. Jika diaberada dalam keadaan yang sedemikian, akan dicabut pula daripada hatinyaperasaan rahmat dan bila ia terjadi begitu, maka dia tidak akan berada melainkandalam keadaan yang dilaknati dan dimurkai. Bila dia dilaknati dan dimurkai,bermakna terungkailah akhirnya tambatan Islam daripadanya." (Hadis riwayat IbnuMajah)

    Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: "Sesiapabenci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan darikalanganku."

    Firman Allah bermaksud: "Siapa yang mematuhi Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya dia memperoleh kejayaan paling besar." (Surah al-Ahzaab, ayat 71)

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

    Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

    Muaz Jabal pernah berkata: "Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah tandatakut kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, menelaah adalah tasbih, mencarinya adalah jihad,

    mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah sedekah, memberikannya kepada

    ahlinya adalah kebaktian".

    "Sesiapa yang menghabiskan waktu petangnya dalam (keadaan) keletihan akibatdaripada bekerja yang dijalankan oleh tangannya sendiri, maka ia diberikeampunan." (Hadis riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi)

    Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang tidakmempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.

    (Muslim)

    Sabda Rasulullah maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, hendaklah diamengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itukecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dandirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Riwayat al-Bukhari)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    5/37

    Firman Allah Taala yang bermaksud:Janganlah kamu bersifat lemah dan jangan pulakamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jikakamu orang-orang beriman. (Ali Imran : 139)

    Allah mengingatkan menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan taatlah kamu kepadaAllah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisih), jika tidak

    nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Surah al-Anfal, ayat 46)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, semuaamalannya berakhir kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dapat dimanfaatkanmanusia dan anak salih yang sentiasa mendoakan kepadanya." (Hadis riwayatMuslim)

    Firman Allah bermaksud: "Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkanpermainan yang sia-sia dan hiburan melalaikan." (Surah al-An'aam, ayat 32)

    Firman Allah bermaksud: Setiap yang berjiwa (bernyawa) akan berasa mati. Dansesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapadijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia sudah beruntung.Kehidupan dunia itu tidak lain hanya kesenangan yang memperdayakan. (Surahali-Imran, ayat 185)

    Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam dirimanusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahatdaging itu maka jahatlah manusia. Ketahuilah itulah hati" (HR Bukhari dan Muslim)

    Firman Allah bermaksud: "Dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri

    mereka zahir dan batin." (Surah at-Taubah, ayat 108)

    Firman Allah bermaksud: Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta

    berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. (Surah al-Araf, ayat 199)

    Firman Allah bermaksud: Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

    (Surah al-Maarij, ayat 5)

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai olehAllah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba

    itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan

    keimanan.Riwayat Ibn Abi Dunya

    Firman-Nya bermaksud: Dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengancekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar. (Surah al-Anfal, ayat46)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah baik dan tidakmengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukminseperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya."

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    6/37

    Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan)yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkahsyaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah al-Baqarah)

    Firman Allah yang bermaksud: "Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-

    baik dan kerjakanlah amal salih." (Surah al-Mukminun, ayat 52)Firman Allah bermaksud: Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi MahaMengasihani. (Surah an-Nisa, ayat 25)

    Dari Abdullah bin Masud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. Tidak akan masuk syurgasesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).

    Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dansandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada

    kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai oranglain.(Muslim)

    Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat

    buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa

    dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yangkecil itu)ialah riak - Allah Taala akan berfirman pada hari Kiamat apabila manusia datang dengan

    amal masing-masing: " Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dahulu( untuk menunjukan kepada meraka ), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati

    sebarang balasan di sisi mereka?"Mahmud bin Labid r.a

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik.Maka sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya sesungguhnya dia memusuhiAllah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yangtidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dan hilang(ghaib) dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari, dan jika mereka hadir pun disitu mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka seumpama lampupetunjuk yang akan menyuluh mereka keluar daripada tempat yang gelap gelita."(Hadis riwayat Hakim)

    Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca

    al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orangyang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia

    mendapat pahala ganda.(Muslim)

    Allah berfirman Dan barang sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah

    terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan dia pulamengikut jalan bukan dari jalan orang-orang yang beriman, kami akan

    memberikannya kekuasaan untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan

    (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam;

    dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisa :115)

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As: Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud: "Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya.

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    7/37

    Sahabat Baginda bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelakimemaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah SAW menjawab: Ya. Seorang lelakiyang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembalibapanya, begitu juga jika seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain,nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Dari Abu Musa r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Orang Mukmin sesamaorang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling

    menguatkan." -Hadis Riwayat Muslim

    DARIPADA Abi Hurairah katanya, bersabda Rasulullah SAW bermaksud: Janganlahkamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlahkamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualansetengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. OrangIslam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dantidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan

    tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan kearah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa iamerendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lainadalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. (Hadis riwayat Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudarakepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi.Siapa berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu danmempermudahkan hajatnya." (Hadis riwayat Muslim)

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Orang mukmin bagi orang mukmin yang lain itu

    laksana satu binaan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Firman Allah bermaksud: "Sebenarnya orang beriman itu bersaudara, makadamaikan antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu)." (Surah al-Hujuraat,ayat 10)

    Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu tidak akan mampu menggauli

    semua manusia dengan hartamu. Tetapi kamu dapat memenangi hati mereka dengan wajahberseri dan akhlak yang mulia." (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

    Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya.Tidak boleh menganiayanya, tidak boleh merendahkannya dan tidak boleh pula menghinanya.

    Takwa itu ada di sini seraya Baginda menunjukkan dadanya tiga kali." (Hadis riwayat Muslim)

    Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi)

    Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman

    dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku

    zalim sesama sendiri.

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    8/37

    Dari Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Tidak halal darah seorang muslimyang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mengakui aku Rasulullah,

    melainkan dengan tiga perkara: 1) Seorang janda yang berzina, 2) seorang pembunuh yangharus dibunuh, 3) seorang yang keluar dari dari agamanya (Islam), lalu dia berpisah dari

    jamaah muslimin.(Muslim)

    Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang tidak mematuhiimam dan memencilkan diri daripada jemaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa

    yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana kesukuan

    (kebangsaan), dia bukan umatku. Sesiapa yang keluar daripada umatku lalu menyerang umatku,

    membunuh orang baik dan orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan

    tanpa mengendahkan janji yang sudah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku." (Hadis riwayat Muslim)

    Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:Nanti akandilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta

    banyak haraj. Seseorang bertanya:Apakah haraj itu, ya Rasulullah? Jawabbaginda:Begini! (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah

    menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.(Bukhari)

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Bukankah aku telah memberitahu kamu semuatentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya

    neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baikpergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.

    Riwayat at-Tarmizi

    Dari Anas r.a katanya:Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akandisampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w

    bersabda:Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan,berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki

    sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.(Bukhari)

    Dari Anas bin Malik ra berkata,Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah

    SWT berfirman,Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, makaAku mengampuni dosa-dosa lampaumu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski

    dosamu sepenuh langit, namun bila kamu meminta ampun kepada-Ku, pastilah Ku ampunidan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, meski kamu datang kepada Ku dengan dosa

    sepenuh bumi namun bila kamu menemui-Ku tanpa syirik kepada-Ku, maka Aku akanmendatangimu dengan ampunan sepenuh itu juga. (Hadis Riwayat At-Tirmizy)

    sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelakudosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadisriwayat Ibn Majah)

    Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan

    itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusiadengan budi yang baik - (HR. At-Tirmizy)

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberiperlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan

    perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasaberibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    9/37

    saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan

    zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengansesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak

    mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allahdi tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.Riwayat at-Tirmidzi

    Sabda Baginda SAw yang bermaksud: Barang siapa melakukan pembohongan atasnamaku, dia hendaklah mengambil tempat duduknya daripada api neraka. (Hadisriwayat Imam al-Bukhari)Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan

    sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana merekasuka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."Abu ad-Darda' r.a

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh

    mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkanhabuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.

    Riwayat Abu Daud

    Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi

    kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamumempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan

    tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamuberkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.(Muslim)

    Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepadaRasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah

    saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orangyang kalian kenal maupun tidak kalian kenal" (HR Bukhari).

    Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan

    orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyang baik." Al Ahzab: 32.

    Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui

    sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

    Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman

    ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

    Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan

    dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi

    perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

    Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hinggamendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripadadilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.-Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Dari Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melihat ke syurga, maka

    kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pulake neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita.(Muslim)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    10/37

    Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapitelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.

    Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.-(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

    pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memeliharakehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuhmereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahanleher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ataubapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anaktiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudaramereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gajidari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan

    janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yangtersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada

    Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

    "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu sertaperempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagimenutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebihsesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka denganitu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagiMaha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

    Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yangbukan sejenis yang tidak halal baginya. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi samamengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat

    mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. Riwayat al-Bazzar

    Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:

    "Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yangberkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." -H.R. Muslim

    Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakahseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

    Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan dirisaudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat."

    Abu al-Darda' r.a

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari

    kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    11/37

    beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapayang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Firman Allah bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana didarat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia.

    Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagiandaripada balasan perbuatan buruk yang mereka sudah lakukan supaya merekakembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Ruum, ayat 41)

    Firman Allah bermaksud: Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya darihadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. SesungguhnyaAllah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga merekamengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki olehAllah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dantidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya. (Surah ar-Rad, ayat 11)

    Imam Bukhari meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Orang yangpaling kecewa (rugi) pada hari kiamat ialah orang yang mencari harta secara tidakhalal lalu ia masuk ke neraka bersama hartanya.

    At-Tabrani meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Mereka yangmencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinyadaripada meminta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untukkeluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangga, nescayapada hari kiamat ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seriseperti bulan purnama pada waktu malam.

    Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: Allah tidak menarik kembalipengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalanmematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah,masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya.Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.

    Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusiadari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkanmanusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidakdiketahui. (al-Alaq: 1-5)

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan untukmenyempurnakan akhlak. (Hadis riwayat Ahmad)

    "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, (sama ada) lelaki atau perempuan dalamkeadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupanyang baik, dan sesungguhnya Kami akan berikan balasan pahala kepada merekayang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Nahl, ayat 97)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    12/37

    Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya kejadian langit dan bumi dan perselisihanmalam dan siang itu ada beberapa bukti bagi orang yang mempunyai fikiran.Mereka mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan memikirkankejadian langit dan bumi seraya berkata: Hai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikansemua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Kerana itu peliharalah kami daripada

    seksa api neraka. Surah ali-Imran ayat 190-191)

    Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Siapakah yang lebihberhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi:Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudiansiapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Bagindamenjawab: Bapamu.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa sesungguhnya Allah tidakmemandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi Dia hanyamemandang kepada hati sanubari kamu." (Hadis riwayat Muslim)

    "Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hatiyang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang denganitu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." ( Surah Al-Hajj: 46)

    amalan berpuasa Isnin dan Khamis dilakukan Nabi Muhammad SAW. Bagindabersungguh-sungguh melakukannya seperti dijelaskan hadis diriwayatkan Muslimdan At-Tirmidzi.

    Mengenai Rasulullah SAW yang mengamalkan puasa Isnin dan Khamis, AbuHurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada dua hari ituamal perbuatan manusia diangkat kepada Allah dan aku suka pada saat amalkudilaporkan aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

    Daripada Abu Saiid Al-Khudri menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yangbermaksud: "Siapa berpuasa pada suatu hari di jalan Allah (secara ikhlas sertamencontohi Nabi), nescaya Allah akan menjauhkan mukanya (dirinya) daripadaneraka sejauh 70 tahun (perjalanan)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Puasa itu perisai dan benteng yang benar-benar menyekatkan daripada neraka."(Hadis riwayat Ahmad)

    Abu Qatadah berkata, pernah Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin. JawabBaginda SAW: "Hari itu aku dilahirkan dan hari itu aku diutus menjadi Rasul danditurunkan kepadaku al-Quran." (Hadis riwayat Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pada hari kiamat nanti, dunia akandibawa, kemudian diasing-asingkan, apa yang dikerjakan kerana Allah dan apa

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    13/37

    dilakukan bukan kerana Allah, lalu dicampakkan ke dalam api neraka." (Hadisriwayat Baihaqi)

    Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada

    beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami

    solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab

    Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu

    bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah;

    setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf

    dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar)

    adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka

    bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu

    syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram,

    tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu

    mendapat pahala.(al-Bukhari)

    Allah SWT menyatakan yang bermaksud: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlahberita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa

    musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang

    mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah: 155 - 157)

    firman Allah SWT yang bermaksud: Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat

    dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.

    Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-

    banggakan diri. (an-Nisa': 36)Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil

    iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain." Pepatah orang tua ada berkata: "Yang

    baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan

    Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia, lakukanlah amalan

    mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan

    paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan

    Muslim).

    Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Berbuat

    baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak berasa bosan sehingga kamusendiri yang berasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (Allah) ialah yang

    dilakukan secara rutin oleh pelakunya.

    Baginda bersabda maksudnya: "Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklahkamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuaikemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat sebelum kamu adalah kerana

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    14/37

    mereka banyak bertanya dan berselisih faham dengan nabi-nabi mereka (tidakmahu taat dan patuh)." (Muttafaq 'alaihi)

    Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

    - Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

    - Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkansunnahnya.

    - Kamu sudah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

    - Kamu sudah makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.

    - Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

    - Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

    - Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.

    - Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

    - Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamulupa keaiban kamu sendiri.

    - Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada

    mereka.

    Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan

    empat perkara, iaitu :

    . Sebelum khatam Al Qur'an,2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

    3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

    4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...."Bertanya Aisyah :

    "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

    Rasul tersenyum dan bersabda :

    "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkanAl Qur'an.

    Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi

    syafaat di hari kiamat.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

    Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah

    melaksanakan ibadah haji dan umrah"Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    15/37

    meskipun dia sudah mati.

    Dari jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:Perumpamaanku dengan kamu sekelian

    ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbanganmenjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya.

    Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api tetapi kamumeloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.(Muslim)

    "Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq.

    Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda lagi: Sesungguhnya Allah Maha Pemalu (al-Hayaa) dan Maha

    Menutupi (al-Sitr), Dia mencintai rasa malu dan yang tertutup. Apabila salah seorang daripada

    kalian mandi, maka hendaklah dia menutupi diri. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

    Sabda Baginda yang bermaksud: Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak,dan akhlak Islam adalah malu. (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Imanmempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satucabang dari cabang iman. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya salah satu perkarayang sudah diketahui manusia dari kata-kata kenabian terdahulu adalah: Jikaengkau tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

    Allah berfirman dalam Surah Al-Maaidah, ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orangyang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala danmengundai nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor dari perbuatansyaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".

    Surah Al-Baqarah ayat 168 bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dariapa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkahsyaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagikamu".

    Allah juga berfirman dalam Surah Al-Maaidah yang mafhumnya: "Sesungguhnya

    syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripadamengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamuberhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamumasih berdegil?"

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    16/37

    Firman Allah bermaksud: Maka segeralah kembali kepada Allah makasesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allahuntukmu. (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 50)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    17/37

    Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinyadaripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidakditerima daripadanya taubat dan tebusannya. (Hadis riwayat Abu al-Laith)

    Hadith :Dari Anas katanya:Nabi s.a.w menunda solat Isya hingga seperdua malam, barulah

    baginda solat. Kemudian baginda bersabda:Orang lain telah solat dan mereka telah tidur.Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu.

    (al-Bukhari)

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam

    kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b)menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-

    Quran dan Sunnah Nabi kamu s.a.w."Abu Hurairah r.a

    Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, keranaRasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidakmenyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solatIsyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat."(Hadis riwayat Muslim)

    Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagaifitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke

    hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukurbulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

    Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak(menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya." baginda menyatakan:"Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

    firman Allah yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamumelampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

    (Surah al-Araf, ayat 31)

    Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlahkesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) danbertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.(Ali Imran : 200)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    18/37

    Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan)salat. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagiorang-orang yang khusyuk (Al-Baqarah : 45)

    Hadith :Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sempurnakanlah sujudmu! Jangan

    membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).

    (Muslim)Hadith :Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan akumemerhatikan mulutnya, kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam

    telinganya. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadith ini panjang.Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula menyebut, meletakkan dua jarinya kedalam

    dua telinganya Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut (Bilal) telahmemalingkan tengkuknya ketika menyebut Haiya alassolah kekanan dan kekiri, tanpa

    berpusing badannya. Asal hadith ini didalam soheh al-Bukhari dan soheh muslim.Dandaripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan Azan

    kepadanya.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

    DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku cacimaki dan kutukan orang Quraisy. Mereka yang mencaci dan mengutuk ialah orangtercela, sedangkan aku orang terpuji. (Hadis riwayat Bukhari)

    "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya.Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supayamemakmurkannya." (Surah Hud, ayat 61)

    "Jika salah seorang di antara kamu mengambil talinya (keluar mencari kayu),kemudian dia memikul seberkas kayu api di atas belakangnya, lalu dijualnya, makadengan itu Allah memeliharakan air mukanya adalah lebih baik daripada iameminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau tidak." (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Firman Allah bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah

    Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya

    mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yangbenar." (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

    Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu(wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    19/37

    menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya." (Surah al-Zumar, ayat 2)

    Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Puasa adalah separuh daripada sabar."(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

    Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadan adalah bulan Allah al-Muharam dan sebaik-baik

    solat selepas solat fardu adalah solat malam." (Riwayat Imam Muslim).

    Dalam soal mengatur perancangan strategi, soal penguasaan ilmu sangat penting.

    Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa,Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar

    kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.(Muslim)

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang mukmin makan dengan satu perutmanakala orang kafir dengan tujuh perut." - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    ayat 56 dari surah an-Nisa' yang mengisyaratkan kewujudan lapisan kulit dan sarafyang sakit. "Setiap kali masak hangus kulit-kulit mereka (ahli neraka), Kamigantikan akan mereka dengan kulit-kulit yang lain agar mereka merasai azab."

    Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu

    baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongakdan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata

    dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    20/37

    baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama)baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih

    dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpitkaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau

    seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.

    (Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda : 'Sesiapa yang mendatangi 'arraaf' (tukang ramal)

    kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Muslim)

    Hadith :

    Huraiani) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh

    diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan olehseseorang itu.

    ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atassetiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang

    tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan

    ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitandengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu

    daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan

    bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada

    Allah S.W.T.

    Panduan Bagi Orang Yang Diuji

    Hadith :

    Huraian

    Pengajaran Hadis:i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku

    ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia keranaia boleh menambahkan keimanan.

    ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagalmengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    21/37

    Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di

    dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan

    daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. MakaRasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu

    berwudhuk (mengambil air sembahyang).

    iii) Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya

    pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula,lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling

    terpuji.iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap

    perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yangdiajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di

    mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agamadihinakan.

    Tajuk :Tertib Solat rasulullah S.a.wHadith :

    Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itubaginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak

    dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan ratadengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum

    baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama)baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih

    dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpitkaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau

    seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.

    (Muslim)

    hadis Nabi yang bermaksud "barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diamencegahnya dengan tangan (perbuatan) sekiranya berkemampuan. Sekiranyatidak mampu dengan tangan cegahlah dengan perkataan. Sekiranya tidak mampu

    juga maka hendaklah dia membenci perbuatan tersebut di dalam hati, dan iaadalah selemah-lemah iman"..

    Selepas bersin hendaklah menyebut Alhamdulillah. Kemudian orang

    yang mendengar sunat menyebut dengan lafaz Yarhamukallah/

    Yarhamukillah (bagi perempuan) dan orang yang bersin tersebut

    menajawab dengan lafaz Yahdinaa wayahdikumullah

    Huraiani) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga

    kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategoridosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    22/37

    minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu

    perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan

    zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekatizina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat

    mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala

    yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali sepertimemandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu

    seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelakidan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

    iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorangmuslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang

    dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akanmengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh

    merosakkan maruah individu yang terlibat.iv) Hari ini seakan menjadi trend, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh

    golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipisFenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

    v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaanseperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan

    sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akanberlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan

    akhlak mulia." (Riwayat Imam Malik)

    Hadith :Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata,Sesungguhnya aku melambat-lambatkan dari sembahyang subuh disebabkan imam itu memanjangkan bacaannya ketikabersembahyang bersama kami. (Abu Masud berkata) aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w marahketika memberikan nasihatnya lebih dari marahnya pada hari ini. Sabdanya, Wahai sekelian manusia,sesungguhnya antara kamu semua ada (melakukan sesuatu) menyebabkan orang lain lari, sesiapaantara kamu yang menjadi imam kepada orang ramai hendaklah ia memendekkan bacaannya keranasesungguhnya makmum dibelakangnya terdiri daripada orang tua, kanak-kanak kecil dan orang yanghendak menguruskan keperluannya dengan segera.Riwayat al-Bukhari dan Muslim

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    23/37

    SATU unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan

    makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di

    bumi.

    Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam

    al-Quran.

    "Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu

    tunduk serta pecah- belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan

    kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (a-Hasyr:21)

    Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu

    Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."

    Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud:

    "Berilah hak matamu di bidang ibadat!"

    Sahabat bertanya: "Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah:

    "Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya."

    Wahab bin Munabih pula berkata: "Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia

    dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya."

    Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia

    mendapat ilmu.

    Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan

    makhluk lain.

    Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah

    sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata 'berfikir itu pelita hati.'

    firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anakAdam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat (sembahyang)."

    Hasan al-Basri r.h berkata: "Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi

    apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."

    Lukman al-Hakim berkata: "Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami

    untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga."

    Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    24/37

    apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan

    kepada mata.

    Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:

    i. Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalamerti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.

    ii. Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia

    tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada

    akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.

    iii. Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.

    iv. Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara

    dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.

    Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil 'manusia berakal' kerana yangmemandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan

    hawa nafsu.

    Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antaramanusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.

    Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu.Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya

    mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

    Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang

    menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih

    mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

    Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang

    benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan

    Penciptanya.

    Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai

    ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

    Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya

    fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

    Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik

    pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik,

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    25/37

    muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

    Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah danastronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.

    Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulansebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang

    mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.

    Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan

    keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan

    bergerak mengelilingi bumi?

    Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-

    tiba buah epal jatuh berdekatannya.

    Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat dibawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?

    Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana

    adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada

    bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

    Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat

    dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat

    Firman Allah bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayadirinya sendiri dengan melakukan maksiat kemudian ia memohon ampun kepadaAllah nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."(Surah an-Nisaa, ayat 110)

    Firman Allah bermaksud: "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripadahamba-Nya yang bertaubat serta memaafkan kejahatan yang mereka lakukan danIa mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan." (Surah Asy-Syuura, ayat 25)

    1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang

    muda dan kanak-kanak

    3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatiankepada orang yang bercakap dengannya .

    4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhinabergaul dengan Mereka .

    5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalamkesusahan .

    6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahlikeluarganya .

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    26/37

    7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dankesusahan .

    "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan

    berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa

    seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)

    Akhlak Terhadap Sesama Islam

    Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan,

    menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman,secara terperinci.Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepadapersaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dandiperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara

    dua saudara kamu'.(al-Hujuraat.. 10)

    Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain.Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang danberkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa

    seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (Riwayat Ahmad)

    Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk

    iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepadakedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripadayang lain dari keduanya'. (Riwayat Ahmad)

    Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaaniman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan

    pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana

    ia mencintai dirinya.(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

    Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah

    dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan

    membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesamamereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam

    keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman.Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah."(Riwayat At-Tirmizi)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    27/37

    lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakanhubungan dan pertemuan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    '...Sebarkan lah salam di kalangan kamu".(Riwayat Muslim)

    Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara

    terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

    Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan

    Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yangboleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan

    orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat danketinggian orang-orang beriman.

    Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yangdilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan

    pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamahsemata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya

    boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

    "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterusterang melainkan mereka yang dizalimi".

    (al-Nisaa'.. 148)

    Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika

    keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili dimahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai

    kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk

    dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan

    diakhirat".(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

    Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpadipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan

    kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang

    didengarnya".(Riwayat Muslim)

    Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabdayang bermaksud:

    "Bukan lah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, sukamengeluarkan kata buruk dan kesat".(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

    Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka

    hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    28/37

    "Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya

    (RiwayatAt-Tirmizi)

    Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan

    kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah

    dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang

    bermaksud:

    Sabda Rasulullah maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, hendaklah dia mengerjakansolat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang

    dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: "Dan dirikanlah solat untuk

    mengingati-Ku." (Riwayat al-Bukhari)

    Solat ialah tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam mewajibkan umatnya

    melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

    Solat juga tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia menegakkan

    agamanya, manakala orang yang meninggalkannya ia sudah meruntuhkan agamanya.

    Oleh itu, bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalahfasik dan melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

    Justeru, seperti ditetapkan oleh Islam, solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun,

    maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sepertisetiap hutang yang wajib dibayar.

    hadis sahih Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Ditulis bagi setiap anak Adambahagiannya daripada zina. Ia pasti melakukannya tanpa dapat dielakkan, zinamata adalah disebabkan pandangan, zina lisan adalah disebabkan berbicara, zinatelinga adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki apabilaia melangkah, jiwa berharap dan berhasrat, malulah yang membenarkan ataumendustakannya."

    Hadith :Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:Solat malam yang bagaimanakah

    yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,: Yang lama berdirinya.

    (Muslim)

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang mati tanpa pernah

    berperang bahkan jiwanya tidak pernah tergerak hendak turut berperang, maka matinyasama dengan mati munafik.

    (Muslim)

    Hadith :

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    29/37

    Dari Ibnu Umar r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Tidak diterimasolat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan

    (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)

    (Muslim)Hadith :

    Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:Apabila kamu telah menunaikan solat(wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allahakan menjadikan rumah itu bahagia.

    (al-Bukhari)

    Hadith :Dari Jarir r.a katanya:Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w akan setia dan patuh dan

    memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku:Lakukanlahsekuasamu.

    (Muslim)

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Seluruh amal manusiadihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin

    dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang

    bermusuhan. Maka dikatakan:Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai merekaberdamai.(Muslim)

    Hadith :Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:Sesungguhnya dunia itu manis. Dan

    sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah

    menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilahdunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah

    wanita.(Muslim)

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Tanda hari kiamat semakindekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan).

    Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.(Muslim)

    Hadith :Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesiapa yang tidak mematuhi

    Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah.Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang

    kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dariumatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa

    mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang

    telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.(Muslim)

    Hadith :Dari Salman r.a katanya dia ditanya oleh seseorang:Bukankah Rasulullah SAW telahmengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?

    Jawabnya,Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil.Beliau juga melarang beristinja dengan tangan kanan, beristinja kurang dari tiga biji batu

    dan istinja dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.(Muslim)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    30/37

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    31/37

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang bertaubat sesudahmelakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah menerimataubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang." (Surah al-Maidah,ayat 39)

    Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Janganlah anakku undurkan melakukan

    taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidakmemberitahukannya terlebih dulu."

    Untuk melakukan taubat nasuha, Islam menunjukkan syarat yang mestidipenuhi iaitu menyesal dengan perbuatan dilakukan dengan sepenuh hati, berhentiserta merta melakukan perbuatan itu, berazam tidak akan mengulang kembaliperbuatan itu. Jika membabitkan orang lain, hendaklah memohon maaf daripadaorang berkenaan.

    "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan orang yangmenyucikan diri." (Surah al-Baqarah, ayat 22)

    Allah SWT juga berjanji akan menempatkan orang bertaubat dalam syurga yangpenuh kenikmatan, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Tuhankamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurgayang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

    Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkautidak menyembahkan melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkauberbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka

    janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipunperkataan 'uuh', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlahkepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklahengkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmatkepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnyamemelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israk, ayat 23-24)

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud: "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW:Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang padawaktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbaktikepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda:Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda." (Hadis riwayat Muslim)

    Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorangkafir. Kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    32/37

    berkata kepada anaknya, "Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepadaibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atauengkau kufur (kepada Nabi Muhammad SAW)." (Hadis riwayat Muslim)

    "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika

    mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu)dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya makajanganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semuakembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamukerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 8)

    wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran yang bermaksud: "DanKami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunyamengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awalmengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialahdalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan

    kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali(untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkaumenyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau dengan akal fikiranmu -tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka;dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalanorang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal salih). Kemudiankepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkankepada kamu segala yang kamu kerjakan." (Surah Luqman, ayat 14-15)

    Menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik. Diriwayatkandaripada Anas bin Malik, Nabi SAW pernah menceritakan mengenai dosa besar.

    Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-duaibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

    Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang

    boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus,

    anjing gila dan helang.(Muslim)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa mampu menjaga apayang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamindia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

    Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara,yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yangbermaksud: Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini?Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memeganglidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) punberkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    33/37

    kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiadalain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya kedalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu

    kisah: Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikapberbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah.Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannyaitu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

    Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: Berhentilah daripada perbuatan dosa.Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akanmenilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apayang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampunioleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

    Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allahmenghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakahkamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apayang berada dalam kekuasaan-Ku?

    Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurgaBerkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini kedalam neraka.

    Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik

    kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasamenghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidakberkuasa atas makhluk lain.

    Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pulamendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah safsembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masukmenutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu)diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut: satu

    darjat."Aisyah r.a

    Huraian :

    Pengajaran Hadith:i) Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    34/37

    ganda pahalanya.Ii) Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.iii) Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainyadijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malahorang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satudarjat.

    Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:Nanti akan

    dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyakharaj. Seseorang bertanya:Apakah haraj itu, ya Rasulullah? Jawab baginda:Begini!

    (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnyasuatu pembunuhan.(Bukhari)

    hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w,maksudnya:

    "Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitusuatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orangdengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian separuhbogel, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukanmaksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidakdapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal bau syurga itu

    dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian..." (Riwayat Muslim).Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian,lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya ,maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina."(Riwayat Nasa'i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

    Allah Taala mengancam kaum wanita dengan firman-Nya berikut, maksudnya:"Janganlah wanita-wanita itu menghentak-hentakkan kakinya di tanah, agardiketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya." (an-Nur:31)

    Berpakaian pula, baik wanita mahupun lelaki, tidaklah secara berlebih-lebihan danmengangkat diri, untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah. "Allah tidak suka kepadasetiap orang yang angkuh dan sombong." (al-Hadid:23)

    "Sesiapa yang memakai pakaian menagih kemasyhuran, nescaya Allah akanmemakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat." (Riwayat Ahmad, Abu Daud,Nasa'i dan Ibnu Majah)

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    35/37

    Dalam satu peristiwa, ada seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a katanya:"Pakaian yang macam mana yang boleh aku memakainya? Jawabnya: Pakaian yangtidak sampai dibangga-banggakan oleh orang-orang yang jahat dan dan tidakdicelanya kamu oleh orang-orang yang ahli ilmu dan bijaksana. (Riwayat Thabrani)

    keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillahseperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu AbdulRahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepadaNabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT?Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi:Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada keduaorang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda:Berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yangtidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku.; dan biasanya seseorang Nabi itudiutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umatmanusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah( Baginda s.a.w bersabda ): "..sedang aku diutuskan kepada sekalianmakhluk."Jabir bin Abdullah r.a

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat mengenai arak,10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya,membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya,membelinya, minta dibelikannya." (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)

    Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang mengadap Rasulullah s.a.w laluberkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami beriman kepadamu, dan kepada kitab al-

    Quran yang diturunkan kepadamu, dan kepada Nabi Musa, dan kepada kitab Taurat, danjuga kepada Uzair, dan kami kufur terhadap yang lainnya dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul."

    (Mendengar yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "(Itu tidak cukup)

    bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad, dan kitab-Nyaal-Quran, dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya."

    Ibn Abbas r.a

    Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hamba-Nya, Allah

    Taala menyeru Jibril dengan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah kasihkan si anu makahendaklah engkau mengasihinya"; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan

    kepada sekalian penduduk langit katanya: Sesungguhnya Allah kasihkan si anu makahendaklah kamu sekalian mengasihinya; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya;

    setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila AllahTaala bencikan seseorang hamba-Nya, Allah memanggil Jibril serta berfirman:

    "Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia". Jibril pun

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    36/37

    membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekalian penduduk langit, katanya:"Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekalian membencinya";

    dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dandipulaukan di bumi."

    ii) Orang yang mempunyai sifat dan amalan yang baik sesungguhnya amat dikasihi olehAllah S.W.T. Dia juga disayangi oleh sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi.

    iii)Pengisytiharan kasih mahupun benci oleh Allah terhadap seseorang itu adalah sebagaimemberi nilai yang sewajarnya agar kesan kebaikan dan kejahatan tersebut dapat dirasaioleh pelakunya di dunia sebelum ia menerima balasan sepenuhnya di hari akhirat.

    iv)Kita selaku manusia biasa adalah tidak layak untuk menilai tentang buruk baiknya

    seseorang apalagi menghukum dan membenci manusia yang lain kerana hanya Allah sahajayang berhak berbuat demikian.

    Abu Hurairah r.a

    Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:Tinggalkan apa yang membimbangkan kamu kepada apa yang tidak membimbangkan

    kamuHadith ini Hadith Hasan soheh yang bermakna: Tinggalkan perkara yang engkau ragu dan

    ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

    Riwayat At-Tarmizi1. Nabi melarang umatnya dari melakukan atau melibatkan diri dalam sesuatu

    perkara yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram.

    2. Melakukan perkara-perkara yang diragui boleh menyebabkan seseorang itu

    tercebur ke kancah dosa.

    3. Banyak perkara yang membimbangkan dan meragukan didalam dunia ini, oleh

    itu jauhilah atau tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah

    yang merugikan, dan pilihlah perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan

    kebajikan demi kebahagian dunia dan akhirat.

    Nabi SAW bersabda: Jadikan dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atauorang yang selalu mendengar pelajaran agama atau orang yang mencintai (tigagolongan yang itu); dan jangan engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yangdengan sebabnya engkau akan binasa." (Hadis riwayat al-Bazzar)

    Firman Allah s.w.t. ertinya:

    Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memelukIslam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membacaayat-ayat Allah (Al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakansembahyang).

    Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segalaperkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dankeji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka(yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang salih.

  • 8/8/2019 Hadis Rasulullah S.a.W

    37/37

    Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kaliakan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allahsentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.