rancangan perniagaan syarikat

12
Kertas Kerja Perancangan Perniagaan Disunting oleh : Jek Azerin_ajekazrin@yahoo/gmail.com PERANCANGAN PENTADBIRAN Pengenalan Perniagaan Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntunga besar dalam bentuk tukaran asing serta menmasyhurkan Malaysia di mata dunia. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpontensi di Asia kerana mempunyai muka bumi yang unik dari segi iklim, geografi dan kehidupan flora dan fauna yang berlainan. Sehubungan dengan itu, penarikan pelancong buka sahaja orang asing mahupun ia juga dapat menarik pelancong dari warga tempatan. Potensi industri pelancongan adalah satu penjana hasil ekonomi baru Negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industry pelancongan ini sekirannya ia diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sisitem penggangkutan dan keselamatan pelancong merupakan satu penyumbang secara positif dan negative terhadap pelancong yang pelancong di Malaysia. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat meningkatkan pertumbuhan industry-industri berkaiatan yang lain dalam memberi peranan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju Negara maju ke generasi berikutnya. Syarikat kami iaitu TRAVEL FOR YOU SDN. BHD. yang menawarkan perkhidmatan pemgangkutan bagi memudahkan pelancong asing dan tempatan menuju ke destinasi menarik yang terdapat dinegeri sabah. Syarikat kami juga sekalugus dapat memperkenalkan Negara kita kepada pelancong asing dengan cara membawa mereka mengunjungi pameran yang julung-julung kali diadakan sperti “Visit Malaysia” dan “Sabah Fiest”. Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

Upload: ooi-sheau-yee

Post on 11-Jan-2016

192 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Planning Perniagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Perniagaan Syarikat

Kertas Kerja Perancangan Perniagaan

Disunting oleh : Jek Azerin_ajekazrin@yahoo/gmail.com

PERANCANGAN PENTADBIRAN

Pengenalan Perniagaan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntunga besar dalam bentuk tukaran asing serta menmasyhurkan Malaysia di mata dunia. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpontensi di Asia kerana mempunyai muka bumi yang unik dari segi iklim, geografi dan kehidupan flora dan fauna yang berlainan. Sehubungan dengan itu, penarikan pelancong buka sahaja orang asing mahupun ia juga dapat menarik pelancong dari warga tempatan. Potensi industri pelancongan adalah satu penjana hasil ekonomi baru Negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industry pelancongan ini sekirannya ia diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sisitem penggangkutan dan keselamatan pelancong merupakan satu penyumbang secara positif dan negative terhadap pelancong yang pelancong di Malaysia.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat meningkatkan pertumbuhan industry-industri berkaiatan yang lain dalam memberi peranan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju Negara maju ke generasi berikutnya. Syarikat kami iaitu TRAVEL FOR YOU SDN. BHD. yang menawarkan perkhidmatan pemgangkutan bagi memudahkan pelancong asing dan tempatan menuju ke destinasi menarik yang terdapat dinegeri sabah. Syarikat kami juga sekalugus dapat memperkenalkan Negara kita kepada pelancong asing dengan cara membawa mereka mengunjungi pameran yang julung-julung kali diadakan sperti “Visit Malaysia” dan “Sabah Fiest”.

Visi, Misi dan Objektif Perniagaan

Syarikat Travel for you Sdn Bhd bermatlamat menjadi syarikat yang dipercayai oleh setiap pelancong agar ia memberi satu impak kepada perkembangan dalam pembangunan industry dalam agensi pelancongan di negeri Sabah mahupun di Malaysia supaya ia memberi sambutan yang memberansangkan dari sudut perkhidmatan penggangkuta agar pelancong dapat merasakan mereka senang dengan perkhidmatan yang kami berikan. Syarikat kami telah menetapkan satu matlamat iaitu Visi, Misi dan Objektif syarikat kami.

VISI

“MESRA UNTUK SEMUA”

Iaitu satu perkhidmatan yang diberikan adalah berkonsep senang dan selamat bila

Page 2: Rancangan Perniagaan Syarikat

menggunakan perkhidmatan yang diberikan agar perhubugan antara pelancong dengan syarikat kami dapat di diwujudkan.

MISI

q Kami menitikberatkan keselesan dan keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan.

q Menawarkan perkhidmatan yang terbaik serta pakej pelancongan yang memuaskan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF SYARIKAT

q Membantu dalam penambahan pertumbuhan ekonomi Negara.

q Memperkenalkan Negara Malaysia teruatamanya negeri Sabah kepada pelancong asing.

q Menawarkan perkhidmatan yang ada untuk memenuhi permintahan pelancongan.

q Menjadi sebuah syarikat yang berkomitmen dalam industri pelancongan.

Latar belakang perniagaan Nama syarikat kami adalah SYARIKAT TRAVEL FOR YOU SDN BHD. Merupakan satu syarikat pelancongan disamping menawarkan perkhidmatan penggangkutan sebagai kemudahan kepada pelancong asing dan tempatan.

·

“TRAVEL FOR YOU” adalah nama syarikat kami dimana ianya melambangkan konsep segala perkhidmatan kami adalah untuk semua.

Gunung kinabalu dan gambar orang utan melambangkan kebanggan rakyat Negeri Sabah.

Warna biru pada tulisan Travel adalah melambangkan kemesraan terhadap pelanggan.

Page 3: Rancangan Perniagaan Syarikat

Manakala warna merah pada perkataan “For You” adalah satu kewajipan kami untuk memberikan perkhidmatan kami dengan sepenuh hati dan berusaha dalam meningkatan kualiti perkhidmatan kami.

Lokasi perniagaan dalam strategi pemilihan lokasi. Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk atau perkhidmatan yang berfungsi menyampaikan produk atau perkhidmatan kepada pengguna sasaran. Disamping itu, strategi inijuga perlu mengambil kira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan kami.

Menawarakn produk dan perkhidmatan yang betul di lokasi dan pada masa yang sesui agar tujuan dalam strategi ini dapat di lancarkan. Kesemua ini adalah bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimanapun, perkhidmatan ini di tempatkan di kalangan pengguna agar ketindakbalasan mereka untuk menerima. Tempat yang kami pilih adalah terletak di bangunan Wisma Sabah, Kota Kinabalu. Secara amnya, tempat ini merupakan satu laluan para pelancong. Peta di bawah ini menunjukan dimana terletaknya kedudukan syarikat kami dalam kawasan Bandar Kota Kinabalu.

j

Pelan perniagaan ( struktur Bangunan )

Page 4: Rancangan Perniagaan Syarikat

Kos pentadbiran Jadual di bawah menerangkan anggaran baget atau perbelanjaan untuk menubuhkan Syarikat Travel For You Sdn Bhd.

BIL PERKARA RM

1. Modal RM 155 000.00

2. Pinjaman Bank RM 100 000.00

3. Bas persiaran ( 2 buah ) RM 200 000.00

4. Gaji perkerja RM 14 000.00

5. Sewa kedai RM 3000.00

6. Perabot RM 15 000.00

7. Komputer ( 4 buah ) RM 5000.00

8. Telefon RM 300.00

9. Penghawa dingin RM 3000.00

10. Alat pencetak RM 1000.00

11. Alat-alat tulis RM 300.00

12. Bil elektrik RM 200.00

13. Kos pembaikan RM 10 000.00

14. Lain-lain perbelanjaan RM 700.00

Page 5: Rancangan Perniagaan Syarikat

PERANCANGAN PEMASARAN PENGENALAN

Dalam pemasaran merupakan satu asas yang perlu diutamakan oleh setiap organisasi dalam membentuk dalam pembangunan pengurusan dalaman dan luaran pemasaran yang strategic agar setiap matlamat yang ditetapkan adalah tercapai. Sehubugan dengan itu, pemasaran dalam organisasi merangkumi proses merancang dan melaksanakan pembentukan konsep, perletakan harga, promosi, dan pengagihan idea-idea, barangan dan perkhidmatan untuk mewujudkan pertukaran yang memuaskan objektif individu dan organisasi. Oleh itu, setiap organisasi terutamanya syarikat Travel for you sdn bhd, mengamalkan satu konsep-konsep asas pemasaran untuk menggalakan berlaku pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yang sama mencapai objektif organisasi ini.

STRATEGI PEMASARAN 4P Dalam akativiti memasarkan produk atau perkhidmatan, pemasar akan membuat keputusan dan mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan tindakbalas positif daripada pelanggan sasaran. Seperti mana kita tahu, menurut Jerome McCarthy yang telah mengklasifikasi bahawa kebanyakan kaedah tersebut yang dibahagi kepada emapt kumpulan dalam sistem elemen campuran pemasaran iaitu, produk dan perkhidmatan, harga, tempat dan promosi dalam membentuk aktiviti pemasaran.

Untuk mencapai objektif pemasaran melalui campurab pemasaran iaitu 4P, pemasar perlu memanipulsi atau membuat penyelidikan pemasaran dari segi kawasan persekitaran mikro dan makro secara efektif yang boleh memberi kesan kepada syarikat.

PERKHIDMATAN ATAU PRODUK Sektor pelancongan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong samapi ke destinasi yang hendak dituju. Malah sector pelancongan pada masa kini adalah salah satu produk yang ditawarkan dalam sektor industri pelancongan. Terdapat empat cara penggangkutan antaranya jalan raya, udara dan landasan. Tetapi, syarikat kami iaitu Travel for you sdn bhd, menawarkan perkhidmatan pelancongan dan penggagkutan atas jalan raya. Penggangkuta cara jalan raya lebih mudah ditawarkan kerana ia banyak digunakan masa kini kerana memandangkan kos pengguannya juga lebih mudah. Malah bagi tujuan pelancongan masa kini penggunaan bas ekspres sering digunakan terutamanya oleh mereka yang melancong secara kumpulan.

Hal ini kerana, syarikat kami mahu memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong. Ia juga bertujuan agar bila sambutan pelancong yang memberansangkan maka, perolehan keuntungan syarikat juga dapat di memaksimumkan. Sehubungan itu, apabila sambutan pelancong yang semakin hangat ia juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan syarikat kami supaya apabila kualiti itu tinggi maka ia menjamin pasaran kepada perkhidmatan tersebu agar pelancong pun berpuas hati dalam perkhidmtan syarikat kami.

Dari segi jaminan dan perkhidmatan pula, para pelancong merasakan mereka terjamin apabila perkhidmatan kami digunakan.

Page 6: Rancangan Perniagaan Syarikat

HARGA

Umumnya, ada beberapa harga ditentukan oleh syarikat kami kerana adanya beberapa faktor yang perlu kami pertimbangkan. Pertama adalah dari segi permintahan kerana sekiranya permintahan harga itu tinggi maka perkhidmtan pun noleh meningkat tetapi , dalam realitinya pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik. Strategi untuk peletaka harga dalam sesuatu perkhidmatan kami adalah perdasarkan faktor persaingan. Kerana persainganlah yang menentukan penerimaan oleh para pelancong untuk mempengaruhi pengguna untuk mengunakan dan menjadi pelaggan tetap atau kekal dalam perkhidmatan kami. Di masa yang sama, penetapan harga mestilah berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sediri. Harga yang kami tawarkan adalah mengikut pakej yang telah kami sediakan.

Pakej 1 ). Perjalanan hari

TEMPAT / DESTINASI HARGA (RM) PER SEORANG

Gunung Kinabalu RM 50

Kudat RM 35

Taman Burung RM 20

Pantai Tanjung Aru RM 15

Separuh atau sehari mengeliligi Bandar Kota Kinabalu RM 15 – 30

Lok Kawi RM 15

Pakej 2). 3 hari 2 malam – Rombongan

TEMPAT / DESTINASI HARGA (RM) ROMBONGAN

HARGA (RM) PER SEORANG

Lembah Danun Lahad Datu RM 400 RM 90

Sipadan, Semporna RM 550 RM 110

Poring, Ranau RM 200 RM 55

Sepilok dan Taman Buaya Sandakan

RM 350 RM 70

Page 7: Rancangan Perniagaan Syarikat

TEMPAT

Dalam segi faktor tempat pula, syarikat kami akan melihat dari segi jenis perniagaan yang dijalankan. Seperti syarikat kami yang menjalankan perniagaan perkhidmatan penggankutan. Oleh itu kami memilih untuk bertapak di bangunan Wisam sabah, kk kerana ia merupak yempat paling sesuai dengan jenis perniagaan kami. Sehubungan dengan itu, kedudukan tempat syarikat kami adalah sangat strategi kerana ia satu-satu nya laluan para pelancong untuk mencari perkhidmatan. Dari segi persaingan dengan peniaga lain pula, syarikat kami tidak melihat dari segi pendekatan persaingan kerana kami telah menyediakan pakej-pakej dalam bentuk perkhidmatan penggankutan bukannya perkhidmatan tempat perlancongan. Oleh itu, kami mempunyai kemudahan yang ada dalam membantu para pelancong untuk menggunakan perkhidmatan penggangkutan kami.

PROMOSI

Dalam strategi mempromosikan, pengurus pemasaran perlu melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawaran kepada para pelancong. Dalam usaha tersebut pelbagai kaedah digunakan dalam promosi yang perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan kami. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran perkhidmatan yang berkualiti. Justeru, ia boleh meningkatkan jualan perkhidmatan syarikat kami dan sekiranya perkhidmatan kami tidak berkualaiti maka industri sukar memperolehi tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.

Kaedah mempromosikan perkhidmatan kami bertujuan memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai. Kaedah yang digunakan adalah pengiklanan melalui media masa utama. Antara kaedah mempromosi yang termahal menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting adalah faktor penyebaran maklumatperkhidmatan yang meluas. Disamping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain juga boleh digunakan samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta factor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehanberinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.

Cara kami mempromosikan perkhidmatan syarikat kami adalah melalui perletakan brosur disetiap hotel yang kami pilih. Di samping itu, kami juga mempunyai laman web rasmi iaituwww.travel4you.com agar memudahkan para pelancong mendapat maklumat yang terprinci melalui internet. Kami turut mengiklankam perkhidmatan kami pada surat khabar, majalah dank ain rentang disekitar Bandar kota kinabalu.

Dan apabila ada karnival seperti tour fair, kami akan mengadakan jualan langsung terus kepada pelanggan kerana disana kami akan menyediakan potongan diskaun terhadap pakej yang kami sediakannya.

ANGGARAN JUALAN SELAMA 3 TAHUN

Page 8: Rancangan Perniagaan Syarikat

PAKEJ 1.

TEMPAT JUMLAH INDIVIDU HARGA (RM)

JUMLAH

Gunung Kinabalu 10 50 RM 500

Kudat 15 35 RM 525

Taman Burung 10 20 RM 200

Pantai Tanjung Aru 30 15 RM 450

Separuh atau sehari mengeliligi Bandar Kota Kinabalu

25 15 RM 375

Lok Kawi 30 15 RM 450

RM 2500

PAKEJ 2.

TEMPAT Jumlah individu

Jumlah rombongan

JUMLAH(INDIVIDU)

JUMLAH(Rombongan)

Lembah Danun, LD

35 RM90 10 RM 400

RM 4000 RM 3150

Sipadan, semporna

20 RM110 15 RM 550

RM 8250 RM 2200

Poring, Ranau

30 RM55 15 RM 200

RM 3000 RM 1650

Kawasan sepilok

35 RM70 20 RM 350

RM 7000 RM 2450

RM 22 250 RM 9 450

Sekiranya, anggaran jualan selama 3 tahun :

Pakej 1 : anggaran jualan sebulan X 12 bulan : RM 2 500 X 12 = RM 30 000 Setahun.

RM 30 000 X 3 tahun = RM 90 000 -> 3 TAHUN

Page 9: Rancangan Perniagaan Syarikat

Pakej 2 : anggaran jualan sebulan(individu) X 12 bulan : RM 22 250 X 12 = RM267 000 Setahun.

RM 267 000 X 3 tahun = RM 801 000 -> 3 TAHUN

: anggaran jualan sebulan(rombongan) X 12 bulan : RM 9 450 X 12 = RM 113 400 Setahun.

RM 113 400 X 3 tahun = RM 340 200 -> 3 TAHUN

JUMLAH : RM90 000 + RM801 000 + RM340 200 = RM 1 231 200

PERANCANGAN OPERASI

Dalam operasi syarikat Travel For You sdn bhd, mengamalkan seperti mana yang ditetapkan oleh undang-undang perniagaan. Hal ini kerana ia menjaga hak perkerja agar ketidak wujudan salah faham di dalam organisasi. Oelh itu, pihak pengurusan telah menetapkan satu strukutur setiap jawatan agar tindakan yang di lakukan dalam kerja adalah berdasarkan jawatan mereka.

STRUKUTUR OPERASI

Waktu perniagaan adalah syarikat ini akan di buka pada jam 9.00 am hingga 5.00 pm.

Manakala berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diberikan kepada para perkerja yang bekerja di syarikat Travel For You sdn bhd.

GAJI Jumlah

Pengurus RM 3 200

Pengurus kewangan RM 2 800

Pengurus pemasaran RM 2 900

Perkerja am RM 700

Page 10: Rancangan Perniagaan Syarikat

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, berdasarkan syarikat yang ingin kami bangunkan iaitu syarikat TRAVEL FOR YOU SDN BHD, adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan dilengkapi dengan kesenangan para pelancong asing mahupun tempatan yang ingin melancong di Negeri Sabah.

Dengan adanya, pelancong yang datang ke Negara kita, maka kita akan dapat memperkenalakan kepada pelancong tentang keindahan dan keunikan Negeri Sabah di bawah bayu ini yang mungkin tidak ada di Negara lain.

Oleh itu, syarikat kami juga dapat berkemabang dengan lebih pesat lagi selaras dengan Negara kita yang sedang membangunkan.