rancangan perniagaan 2013

14
3.0 PERLETAKAN PASARAN Pasaran adalah terdiri daripada pengguna individu atau organisasi dengan keperluan dan kehendak dan keupayaan serta kesediaan untuk membeli atau tempat di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Berikut merupakan strategi perletakan harga yang boleh digunapakai. 3.1 Positioning Dimanakan produk di dalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan pasaran semasa. Jika memasarkan barangan mewah, harga yang ditetapkan haruslah tidak terlalu rendah dan sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda terima apa yang anda bayar. Bagi produk Sushi, bahan yang digunakan dalam sushi sebahagiannya mudah didapati dipasaran seperti beras ‘short-grain’, rumpai laut kering dan bahan mentah seperti daging, telur dan lain-lain. Walaupun begitu, terdapat beberapa bahan seperti wasabi, cuka beras, onigiri, amat sukar ditemui dan hanya terdapat di kedai- kedai tertentu sahaja. Kebanyakan lokasi kedai yang dikunjungi adalah berhampiran denga kawasan membuat dan menjual sushi.

Upload: hanis-izzati-ibrahim

Post on 13-Aug-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sebahagian rp he, nak full sila msg tq

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Perniagaan 2013

3.0 PERLETAKAN PASARAN

Pasaran adalah terdiri daripada pengguna individu atau organisasi dengan

keperluan dan kehendak dan keupayaan serta kesediaan untuk membeli atau tempat

di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan

dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Berikut merupakan strategi perletakan harga yang boleh digunapakai.

3.1 Positioning

Dimanakan produk di dalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan

pasaran semasa. Jika memasarkan barangan mewah, harga yang ditetapkan haruslah

tidak terlalu rendah dan sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda

terima apa yang anda bayar.

Bagi produk Sushi, bahan yang digunakan dalam sushi sebahagiannya mudah didapati

dipasaran seperti beras ‘short-grain’, rumpai laut kering dan bahan mentah seperti

daging, telur dan lain-lain. Walaupun begitu, terdapat beberapa bahan seperti wasabi,

cuka beras, onigiri, amat sukar ditemui dan hanya terdapat di kedai-kedai tertentu

sahaja. Kebanyakan lokasi kedai yang dikunjungi adalah berhampiran denga kawasan

membuat dan menjual sushi. Antaranya ialah Jusco Aeon Seremban 2, Mydin Mart

Kota Seriemas, dan kedai runcit sekitar Nilai dan Bandar Enstek.

3.2 Permintaan

Bagaimanakah harga akan mempengaruhi permintaan? Soal selidik boleh dijalankan

bagi mengetahui perkara ini. Contohnya, soalan yang boleh ditanya adalah "adakah

mudah untuk anda mendapatkan sushi di kawasan anda?" atau “ Adakah anda

menggemari makanan yang berasaskan budaya Jepun sepeti sushi?”.

Page 2: Rancangan Perniagaan 2013

3.3 Kos

Ambilkira kos tetap dan kos bolehubah dalam perkhidmatan dan produk. Perlu diambil

kira bahawa margin kasar perlu meliputi kos overhead bagi mendapatkan keuntungan.

Sebagai contoh barangan selain bahan mentah seperti apron, kostum semasa hari

jualan, alas meja, peralatan membuat sushi dan sebagainya harus diambil kira dalam

kos overhead agar tidak melebihi margin kasar setelah produk sushi siap.

3.4 Faktor Persekitaran

Adakah terdapat sebarang undang-undang atau kekangan dalam perletakan harga?

Terdapat beberapa barangan yang sudah ditetapkan, maka perlu diikuti harga tersebut.

Kenalpasti juga harga yang diletakkan oleh pesaing. Bagi produk Sushi Bliss, pengurus

program bagi hari usahawan telah menetapkan beberapa peraturan seperti, tiada dua

barang yang sama boleh dijual semasa hari kejadian, harga hendaklah menepati

sasaran sesebuah perniagaan yang dijalankan, dan sebagainya. Bagi Sushi Bliss kami

menetapkan harga RM0.60 sebiji dan RM3.99 untuk 8 biji. Bagi sasaran pembeli pula

kami menyasarkan kepada golongan pelajar kerana kebiasaannya golongan muda

amat meminati makanan Jepun. Kejutan yang kami terima adalah, kebanyakan

pensyarah menempah sushi kami sehinggakan kami kehabisan stok untuk dijual

kepada pelajar yang lain. Terdapat beberapa orang pensyarah yang bertanyakan

kaedah membuat sushi dan kami menunjukkan cara mengguling dan memotong sushi.

3.5 Survival

Dalam sesetengah situasi, adalah perlu bagi memastikan harga yang diletakkan akan

membolehkan produk yang dijual boleh bertahan dalam perniagaan tersebut.

Contohnya, dalam hari usahawan yang diadakan, keseluruhan perniagaan menjual

produk makanan dan minuman. Kami harus bersaing dengan perniagaan tersebut dan

harga yang kami tetapkan adalah amat berpatutan dengan keadaan pasaran.

Page 3: Rancangan Perniagaan 2013

4.0 CAMPURAN PEMASARAN PRODUK

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh

dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan

maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan

elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti

pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi

empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi.

4.1 PRODUK

Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk

perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan

keperluan, samada barangan atau perkhidmatan. Produk adalah sesuatu yang

ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat-sifat yang dapat menarik perhatian,

dapati dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang

boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. Secara

ringkasnya, produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh

pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna, berat,harga

dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan , kecekapan, keberkesanan dan

penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna

Bagi projek kali ini, kami telah memilih produk makanan iaitu Sushi dan minuman soda

serta teh hijau. Sifat yang terdapat pada produk kami adalah satu-satunya produk yang

menggunakan budaya luar iaitu budaya Jepun yang digabungkan dengan resepi

Malaysia iaitu sushi rending, sushi sambal ikan bilis dan sushi telur dadar. Dari segi

minuman pula, kami memilih air soda dan teh hijau adalah kerana cirinya yang sesuai

diminum bersama dengan sushi kerana rasa mereka yang serasi.

Page 4: Rancangan Perniagaan 2013

4.2 HARGA

Harga merupakan ketetapan sejumlah wang bagi produk yang disediakan. Bagi

produk sushi dan minuman kami, kamu menetapkan harga yang berpatutan iaitu

Rm0.60 bagi sebiji sushi, RM3.99 bagi 8 biji sushi dan RM4.99 bagi satu set sushi

bersama pilihan air. Harga yang ditetapkan tidak boleh terlalu tinggi dan tidak terlalu

rendah bersesuaian dengan kos overhead dan harga pasaran.

4.3 SALURAN AGIHAN

Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan

terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau

pengguna perniagaan. Seperti yang berlaku dalam perniagaan ini, kami

membangunkan sebuah organisasi yang terdiri dari tiga orang pengusaha dan

bekerjasama mencipta produk sushi menepati citarasa rakyat Malaysia tanpa

mengubah struktur asal sushi tersebut. Kami juga bekerjasama dengan pengurus

program dengan mendaftarkan produk kami pada awal waktu bagi memastikan produk

kami tidak ada persamaan dengan peniaga lain.

4.4 PROMOSI

Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang

digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai

sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-

kaedah promosi ini terdiri daripada penjenamaan, pengiklanan, promosi jualan, publisiti

dan jualan persendirian.

Penjenamaan

Jenama juga boleh dikenali sebagai nama, istilah, tanda, simbol dan rekabentuk produk

atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk

pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran.

Terdapat beberapa definisi jenama yang berkaitan dengan konsep penjenamaan iaitu:

Page 5: Rancangan Perniagaan 2013

Nama jenama (brand name) - ialah sebahagian daripada jenama yang boleh

disebut dan mengandungi perkataan, huruf dan nombor seperti Colgate, Proton Saga

dan 7-eleven. Perniagaan kami telah memilih SUSHI BLISS sebagai nama jenama

yang kami gunakan.

Tanda jenama(brand mark) - ialah sebahagian daripada jenama tetapi dalam

bentuk simbol, rekabentuk, warna dan huruf yang unik yang dapat dilihat tetapi tidak

boleh disebut seperti lambang harimau (Maybank), burung (Celcom) dan singa (F& N).

Rajah di atas merupakan tanda jenama yang kami hasilkan.

Pembungkusan juga amat penting dalam tujuan mempromosi. Pembungkusan

melibatkan aktiviti merekabentuk dan mengeluarkan bekas atau pembungkus untuk

sesuatu produk. Fungsi-fungsi pembungkusan ialah untuk menyimpan dan melindungi

produk, menarik minat pembeli untuk membeli, dan menambahkan kualiti produk.

Keputusan perlu dibuat mengenai elemen-elemen tertentu bagi pembungkusan seperti

saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan. Pembungkusan inovatif

adalah pembungkusan yang boleh memberi syarikat kelebihan di dalam mengatasi

pesaing. Di dalam persekitaran pemasaran, pembungkusan merupakan peluang untuk

penjual mempengaruhi pembeli.

Page 6: Rancangan Perniagaan 2013

Pengiklanan(E-Dagang)

Pengiklanan yang kami jalankan adalah melalui helaian iklan yang ditampal di setiap

blok penghuni asrama dan blok pejabat pensyarah. Kami juga menggunakan e-Dagang

yang kami siarkan di laman media sosial yang popular dalam kalangan muda masa kini

iaitu laman Facebook.

https://www.facebook.com/pages/Sushi-Bliss

Page 7: Rancangan Perniagaan 2013
Page 8: Rancangan Perniagaan 2013

3.0 PERLETA

KAN PASARA

N

Page 9: Rancangan Perniagaan 2013

PROFIL PELAJAR

NAMA : HANIS IZZATI BINTI IBRAHIM

KELAS : 4 PISMP RBT 1

NO. I/C : 910602-01-5924

NO TEL : 013-2593310

ALAMAT RUMAH : NO 5, JALAN KENARI 4, TAMAN

WAWASAN, 85300 LABIS, SEGAMAT,

JOHOR

PENDIDIKAN : SEKOLAH RENDAH

- SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TENANG, LABIS.(darjah 1-6)

SEKOLAH MENENGAH

- SEK. MEN. KEBANGASAAN MUNSHI IBRAHIM, LABIS(tingkatan 1-3)

- SEK MEN TEKNIK MELAKA, BUKIT PIATU, MELAKA(tingkatan 4-5)

IPT SEBELUM : TIADA

Page 10: Rancangan Perniagaan 2013

MOTTO HIDUP : ILMU TANPA AMAL, IBARAT POKOK TIDAK BERBUAH.

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan rakan

sekumpulan menyiapkan tugasan RBT 3110 ini dengan jayanya. Kami mengucapkan

ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu, En Khir Johari atas

bimbingan dan dorongan sepanjang menjalankan tugasan ini. Pelajar RBT semester 5

diwajibkan mengambil kursus ini, RBT 3110 Pendidikan Perniagaan dan

Keusahawanan. Saya pada semester ini mempunyai masa yang agak padat dengan

pelbagai aktiviti IPG. Namun, dengan tugasan yang diberikan iaitu mengenai rancangan

pemasaran ini boleh memberikan idea-idea baru untuk menyelesaikan tugasan ini

bersama dengan rakan kumpulan yang lain.

Dengan kepadatan masa yang sering dihadapi oleh saya dan rakan-rakan

kumpulan menyebabkan kami sukar untuk berjumpa membuat perbincangan dengan

pensyarah. Saya juga berterima kasih dengan pensyarah memberi panduan kepada

saya dan rakan-rakan untuk membuat atau menyelesaikan tugasan ini. Pada semester

ini, tugasan kursus ini merupakan tugasan yang paling sukar terutamanya bahagian

kewangan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk memikirkan atau

menyelesaikan. Namun dengan pertolongan rakan-rakan sedikit sebanyak dapat

membantu walaupun masih terdapat kekurangan. Tugasan ini dapat memberikan

kepada saya minat untuk belajar lebih mendalam dalam dunia perniagaan walaupun

pada awalnya saya tidak berminat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan kumpulan saya iaitu Mohammad Taufiq Amirullah bin fauzi dan Shahrul Afendi

Bin Abdol Halim kerana memberikan kerjasama walau apa jua keadaan. Sekian, terim

kasih.

Page 11: Rancangan Perniagaan 2013

4.0

CAMP

URAN

PEMAS

ARAN

PROD

UK

DAN E-

DAGA