rancangan perniagaan

36
OUMM 2103 KEUSAHAWANAN Senarai Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1 Pengenalan 2 2 Elemen-Elaman Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan 4 3 Kepentingan Rancangan Perniagaan 8 4 Penulisan Rancangan Perniagaan Yang Baik 11 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Merangka Rancangan Perniagaan 14 6 Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan 18 7 Kesimpulan 21 8 Rujukan 22 9 Lampiran 22 1

Upload: open-university-malaysia

Post on 15-Jan-2017

222 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Senarai Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1 Pengenalan 2

2 Elemen-Elaman Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan 4

3 Kepentingan Rancangan Perniagaan 8

4 Penulisan Rancangan Perniagaan Yang Baik 11

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Merangka Rancangan Perniagaan

14

6 Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan 18

7 Kesimpulan 21

8 Rujukan 22

9 Lampiran 22

1

Page 2: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Pengenalan

Rancangan Perniagaan adalah suatu elemen yang penting dalam sesebuah

perniagaan kerana ianya akan menentukan hala tuju syarikat dan strategi yang akan

digunkana dalam mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.. Penyediaan rancangan

perniagaan adalah suatu kemestian bagi sesebuah syarikat kerana ianya akan dijadikan

sebagai panduan dalam menerajui perniagaan pada masa akan datang. Rancangan

perniagaan adalah suatu dokumen bertulis yang menerangkan tentang perjalanan

perniagaan secara terperinci. Dokumen ini merupakan pelan induk perniagaan yang

menerangkan pelbagai bentuk kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan

diambil pada masa akan datang dalam membangunkan perniagaan agar lebih berkembang

maju. Dalam pada itu, rancangan perniagaan ini juga turut mengandungi ramalan dan

jangkaan terhadap keadaan dan perkembangan perniagaan pada masa akan datang serta

strategi perniagaan yang akan digunakan dalam meningkatkan kelebihan persaingan

berbanding pesaing-pesaing sedia ada.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan utama yang harus

dipertimbangkan oleh seseorang usahawan dalam menyediakan rancangan perniagaan.

Persoalan-persoalan itu adalah seperti yang tertera di bawah :

1. Dimanakah kekuatan dan kelemahan usahawan ?

2. Ke arah manakah perniagaan yang diceburi hendak ditujui ?

3. Bagaimanakah hendak menuju ke arah matlamat yang hendak dicapai ?

4. Apakah halangan-halangan yang mungkin dihadapi pada masa akan datang ?

2

Page 3: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

5. Bagaimanakah menghadapi setiap halangan yang wujud ?

Persoalan-persoalan ini adalah suatu yang menjadi perbincangan oleh kebanyakan

usahawan dalam mereka menyediakan suatu rancangan perniagaan yang baik. Oleh yang

demikian, rancangan perniagaan yang hendak dibentuk perlu menjawab setiap persoalan-

persoalan ini agar rancangan perniagaan yang disediakan adalah suatu yang akan dapat

memberikan keyakinan kepada ramai pihak seperti pelabur, pihak bank dan institusi

kewangan, pemodal dan sebagainya.

3

Page 4: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Elemen-Elemen Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu ada dalam sesebuah rancangan

perniagaan. Elemen-elemen ini adalah asas rujukan atau panduan yang akan digunakan

oleh usahawan dalam mereka menjalankan perniagaan pada masa akan datang.

Salah satu elemen atau maklumat yang perlu ada dalam dokumen rancangan

perniagaan ini ialah maklumat berkenaan produk atau perkhidmatan yang akan

dikeluarkan atau dipasarkan. Produk atau perkhidmatan adalah item yang akan

dipasarkan kepada orang ramai. Dalam menyediakan maklumat nerkainan dengan produk

atau perkhidmatan ini, usahawan atau syarikat perlu memperincikan tentang jenis produk

atau perkhidmatan yang akan ditawarkan kepada pengguna. Dalam pada itu, usahawan

juga perlu menerangkan tentang cara atau corak pengeluaran produk dan perkhidmatan

dan teknologi yang mungkin akan digunakan dalam penyediaannya. Dalam masa yang

sama juga, kuantiti keluaran juga mungkin penting kerana ini akan mempengaruhi

pelbagai kos pengeluaran lain. Contohnya seperti kos bahan mentah, kos buruh dan

sebagainya yang akan dilibatkan dalam proses pengeluaran. Dengan ini, usahawan akan

dapat menjangkakan perolehan syarikat untuk suatu tempoh masa.

Selain itu, rancangan perniagaan juga harus merangkumi sasaran pengguna yang

akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Sasaran pengguna pada

dasarnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu sasaran pelanggan utama dan pelanggan

bukan utama. Usahawan perlu mengenalpasti sasaran pengguna yang akan menggunakan

4

Page 5: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

produk atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan. Contohnya seperti peruncit,

pemborong mahupun pengguna akhir. Sekiranya usahawan ingin menyasarkan produk

atau perkhidmatan yang dikeluarkan kepada pemborong, maka harga yang harus

ditawarkan seharusnya tidak terlalu tinggi. Hal ini kerana perletakan harga yang tinggi

yang dikenakan kepada pemborong akan menyebabkan harga produk dan perkhidmatan

tersebut berkemungkinan sukar untuk bersaing dengan produk atau perkhidmatan sedia

ada di pasaran. Sekiranya usahawan terus memasarkan produk atau perkhidmatan mereka

terus kepada pengguna akhir, maka usahawan perlu menitik beratkan tentang

kesanggupan dan kemampuan pengguna untuk memiliki produk atau perkhidmatan

tersebut. Ini penting agar produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan produk sedia

ada dalam pasaran.

Dalam masa yang sama, usahawan juga perlu melihat kepada pesaing yang ada.

Sekiranya produk yang akan dihasilkan mempunyai kadar persaingan yang tinggi, maka

usahawan perlu memikirkan corak pemasaran yang mampu mengatasi pesaing lain. Oleh

yang demikian, produk atau perkhidmatan yang ingin dikeluarkan harus mempunyai ciri-

ciri yang berlainan dengan produk sedia ada dalam pasaran. Kelainan inilah yang boleh

digunakan untuk menarik pengguna menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.

Sekiranya produk yang dihasilkan tidak mempunyai keistimewaan dari segi ciri-ciri

produk, maka harga dan bentuk produk mungkin adalah aspek lain yang boleh

dipertimbangkan. Oleh itu, usahawan perlu sentiasa memikirkan kelebihan yang perlu

ada pada produk mereka.

5

Page 6: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Selain itu, usahawan juga perlu menyatakan teknik pengeluaran yang akan

digunakan dalam mengeluarkan produk. Pemilihan teknik pengeluaran ini akan

mempengaruhi kos dan hasil yang akan diperolehi pada masa akan datang. Oleh yang

demikian, usahawan perlu memikirkan corak pengeluaran yang dapat meminimumkan

kos dan dapat meningkatkan keuntungan. Ini penting agar dapat menarik lebih ramai

pelabur untuk melabur dalam produk yang dikeluarkan. Dalam pada itu, usahawan juga

perlu menerangkan sama ada produk yang hendak dikeluarkan adalah produk separuh

siap ataupun produk siap.

Strategi pemasaran adalah antara elemen penting dalam penyediaan ranangan

perniagaan. Strategi inilah yang akan menjayakan atau menggagalkan produk yang

hendak dipasarkan. Sekiranya strategi pemasaran yang digunakan tidak dapat menarik

perhatian pengguna, maka usahawan perlu menggunakan strategi lain yang lebih baik dan

menarik. Usahawan perlu menyatakan sama ada ingin menggunakan pemborong atau

peruncit dalam memasarkan produk mereka atau memasarkan produk terus kepada

pengguna tanpa menggunakan orang tengah. Dalam masa yang sama juga, usahawan

perlu menyatakan tentang teknik promosi yang akan digunakan sama ada menggunakan

teknik pengiklanan atau lain-lain strategi pemasaran. Dalam pada itu, strategi perletakan

harga juga perlu dinyatakan dengan jelas untuk meyakinkan orang ramai dan pembaca

yang mungkin akan merujuk rancangan perniagaan yang disediakan oleh seorang

usahawan.

6

Page 7: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Aspek pengurusan dan kewangan juga adalah antara elemen lain yang perlu

dimuatkan dalam penyediaan rancangan perniagaan yang baik. Aspek pengurusan

merangkumi kelebihan tenaga kerja yang akan digunakan sepanjang pengeluaran produk.

Contohnya seperti kemahiran pekerja, kelulusan yang dimiliki, perbelanjaan yang

mungkin terlibat seperti gaji pekerja, kos bahan mentah dan sebagainya. Kesemua elemen

pengurusan ini juga perlu didokumenkan dalam rancangan perniagaan yang akan

dibentuk. Dalam pada itu, usahawan juga perlu membuat anggaran keuntungan yang akan

diperolehi untuk suatu tempoh masa. Pada kebiasaannya, anggaran ini perlu meliputi tiga

hingga lima tahun agar para pelabur dapat membuat anggaran yang akan mereka perolehi

sebelum mereka melabur dalam produk yang akan dikeluarkan.

Oleh itu, rancangan perniagaan yang baik perlu mengandungi beberapa elemen

ini. Usahawan juga boleh memasukkan beberapa elemen lain selain daripada yang

tersenarai di atas tetapi kandungan rancangan perniagaan hendaklah ringkas dan mudah

difahami.

7

Page 8: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Kepentingan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan sememangnya suatu yang akan mendatangkan banyak

manfaat kepada usahawan. Salah satu daripada kepentingan ini ialah dapat meningkatkan

peluang untuk lebih berjaya. Rancangan perniagaan yang baik akan mengandungi segala

maklumat berkenaan dengan kekuatan dan kelemahn usahawan, pesaing dan pelbagai

maklumat semasa yang boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi dan kejayaan

usahawan. Oleh itu, rancangan perniagaan ini boleh digunakan sebagai satu aset untuk

mencapai kejayaan demi kejayaan.

Dalam pada itu, rancangan perniagaan ini juga boleh diguna pakai untuk

membangunkan wawasan perniagaan. Rancangan perniagaan adalah satu dokumen yang

mengandungi hala tuju usahawan pada masa hadapan. Dengan ini, usahawan mungkin

menggunakan rancangan ini untuk mencorakkan perkembangan dan kemajan syarikat

untuk lima atau sepuluh tahun akan datang. Dengan adanya rancangan perniagaan ini

juga, usahawan dapat melihat pasaran yang mungkin berpotensi untuk diterokai yang

seterusnya akan dapat memajukan perniagaan.

Selain itu, rancangan perniagaan ini juga penting untuk mengenalpasti pesaing-

pesaing yang mungkin mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan

berkualiti. Usahawan perlu bijak untuk mengatasi pesaing-pesaing mereka agar produk

atau perkhidmatan yang dihasilkan akan mendapat tempat dikalangan pengguna. Oleh itu,

usahawan boleh menggunakan rancangan perniagaan ini untuk mengenalpasti kelemahan

dan kekuatan pesaing-pesaingnya. Ini penting agar usahawan tersebut dapat

8

Page 9: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

mengeluarkan produk yang mungkin berbeza dan mempunyai keistimewaan yang

berlainan dengan produk pesaing lain.

Rancangan perniagaan ini juga boleh digunakan untuk mengurus perniagaan

dengan lebih baik dan berkesan. Rancangan perniagaan akan menyediakan ruang yang

akan membolehkan usahawan melihat penstrukturan syarikat. Penstrukturan ini penting

untuk melihat aliran kerja atau fungsi sesuatu jawatan dalam syarikat. Contohnya seperti

siapa yang perlu melakukan sesuatu perkara, bila dan bagaimana hendak dilakukan. Ini

secara tidak langsung akan dapat menolong usahawan untuk melicinkan lagi operasi

harian organisasi.

Rancangan perniagaan ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan

konstituen. Rancangan perniagaan ini penting untuk memperlihatkan kekuatan usahawan

dan syarikat kepada pihak lain tentang kelebihan dari segi kewangan, sumber tenaga dan

keupayaan untuk menjana keuntungan. Kelebihan-kelebihan seperti ini mungkin akan

dapat mempengaruhi pelbagai pihak seperti keinginan pelabur untuk melabur dalam

syarikat usahawan tersebut, keputusan institusi kewangan untuk memberikan pinjaman

kepada usahawan, kerelaan pembekal memberikan kredit pembelian dengan nilai yang

tinggi dan sebagainya. Kesemua aspek ini adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi

sama ada usahawan tersebut akan berjaya atau sebaliknya.

Dalam masa yang sama juga, rancangan perniagaan ini boleh digunakan untuk

mengenalpasti masalah yang boleh menjejaskan prestasi perniagaan usahawan. Dunia

9

Page 10: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

perniagaan adalah antara bidang yang tidak akan terlepas daripada pelbagai halangan dan

risiko yang bermula daripada awal penubuhannya sehinggalah usahawan mencapai

kejayaan. Oleh itu, rancangan perniagaan ini boleh digunakan untuk melihat kepada

halangan yang mungkin dihadapi oleh usahawan pada masa akan datang. Ini akan

mendorong untuk mempersiapkan usahawan untuk bersedia dengan lebih awal dalam

menghadapi segala kemungkinan yang mungkin akan mengganggu dan melambatkan

proses pengurusan dan pencapaian matlamat usahawan tersebut.

Akhir sekali, rancangan perniagaan ini juga boleh digunakan untuk menilai

kendiri usahawan tersebut ke atas perniagaan yang diceburi. Dengan adanya rancangan

perniagaan, usahawan mampu untuk mengetahui kedudukan semasa perniagaan sama ada

berjaya mencapai matlamat yang digariskan atau sebaliknya. Sekiranya usahawan

tersebut masih gagal untuk mencapai matlamat yang diinginkan, maka usahawan perlu

merangka dan menyusun strategi baru untuk meningkatkan lagi keupayaan dan daya

saing perniagaan.

Oleh yang demikian, rancangan perniagaan adalah suatu yang banyak

memberikan kebaikan kepada usahawan. Selain daripada dapat meningkatkan pencapaian

semasa perniagaan, ianya juga boleh digunakan untuk memajukan diri sendiri untuk lebih

berkeyakinan dalam menjalankan perniagaan.

10

Page 11: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Perkara Utama Dalam Rancangan Perniagaan

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu ada dalam merangka sebuah

rancangan perniagaan. Salah satu daripadanya ialah bahagian hadapan rancangan

perniagaan. Bahagian ini mengandungi nama syarikat, alamat, nombor telefon, alamat

emel, nama dan jawatan pegawai yang boleh dihubungi, tarikh perniagaan ditubuhkan,

nama institusi kewangan yang bersedia memberi bantuan kewangan kepada usahawan,

nama pembekal yang akan memberikan jualan kredit kepada usahawan dan logo serta

misi syarikat.

Dalam pada itu, rancangan perniagaan juga perlu mengandungi daftar isi

kandungan. Daftar isi kandungan ini adalah halaman yang akan menyenaraikan senarai

kandungan rancangan perniagaan yang telah dirangka. Namun begitu, senarai kandungan

ini pada asasnya mempunyai format atau garis panduan yang tersendiri. Dalam masa

yang sama juga, rancangan perniagaan yang disediakan mestilah mempunyai susunan

kandungan yang tidak mengelirukan pembaca terutamanya individu yang akan terlibat

dalam syarikat pada masa akan datang seperti institusi kewangan, pelabur dan pembekal

kredit.

Rancangan perniagaan juga perlu mengandungi ringkasan eksekutif iaitu bahagian

yang paling penting dalam penyediaan rancangan perniagaan. Hal ini kerana bahagian

eksekutif ini adalah bahagian yang paling awal yang akan dibaca oleh pembaca. Menurut

Vesper (1993), hanya 10 peratus rancangan perniagaan yang dibaca menyeluruh oleh

pembaca. Selebihnya lagi ditolak oleh pembaca selepas pembaca membaca ringkasan

11

Page 12: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

eksekutif. Oleh itu, bahagian ini perlu disediakan dengan sebaik yang mungkin agar dapat

menarik pembaca untuk terus membaca rancangan perniagaan yang disediakan.

Selain itu, rancangan perniagaan juga perlu mengadungi serba sedikit berkenaan

sejarah syarikat untuk dijadikan panduan untuk pembaca mengenali dan mengetahui

sejarah penubuhan syarikat sama ada ianya ditubuhkan dengan sendiri, diambil alih

daripada syarikat lain ataupun sebagainya.

Dalam pada itu, rancangan perniagaan juga perlu mengandungi jenis perniagaan,

produk atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan. Usahawan perlu menerangkan serba

sedikit mengenai jenis syarikat yang ditubuhkan dan produk atau perkhidmatan yang

akan dikeluarkan. Dalam masa yang sama, strategi pemasaran juga perlu diterangkan

untuk menarik lebih ramai pelabur. Usahawan perlu bijak menggunakan pendekatan 4P

( Price, Produk, Place and Promotion ) dengan menyatakan kelebihan strategi yang

digunakan oleh usahawan tersebut berbanding dengan pesaingnya. Strategi yang baik

akan dapat meyakinkan tentang kejayaan yang akan dicapai oleh usahawan pada masa

akan datang.

Selain itu, rancangan perniagaan juga perlu mengandungi analisis persaingan. Ini

penting agar usahawan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pesaing agar

usahawan tersebut dapat membuat lebih persiapan untuk mengatasi pesaing mereka.

Dalam pada itu, usahawan juga perlu memasukkan sekali latak belakang pengurusan

12

Page 13: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

yang akan terlibat dalam mengendalikan syarikat dan pelan operasi yang akan diguna

pakai dalam meneraju syarikat.

Data kewangan dan cadangan pinjaman juga dalah antara aspek lain yang perlu

ada dalam penyediaan rancangan perniagaan. Data kewangan merujuk kepada sumber-

sumber kewangan yang akan diperolehi sama ada melalui penjualan saham mehupun

pinjaman. Dalam masa yang sama, usahawan juga perlu menyediakan anggaran

kewangan yang baik. Selain itu, usahawan juga perlu menjelaskan tujuan sebenar

pinjaman yang akan dibuat, jadual penggunaan dan perbelanjaan yang akan dilakukan.

Ini semua penting sebagai rujukan pembaca.

13

Page 14: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Merangka Rancangan Perniagaan

Untuk menghasilkan suatu rancangan perniagaan yang baik, terdapat beberapa

perkara yang perlu dielakkan oleh usahawan. Salah satu daripadanya ialah mengelakkan

penyediaan rancangan perniagaan yang mengandungi relevan atau matlamat yang sukar

dicapai. Contohnya seperti sebuah syarikat kecil yang membuat anggaran pendapatan

sehingga berbilion ringgit. Syarikat kecil ini juga mungkin merangka anggaran

perbelanjaan mereka yang terlalu tinggi sehingga usahawan sendiri tidak mampu mencari

jalan penyelesaian untuk mencari sumber dana dalam menjayakan atau menjalankan

perniagaan yang dirancang. Keadaan-keadaan seperti harus dielakkan oleh pembentuk

rancangan perniagaan sama ada ianya dilakukan oleh usahawan sendiri mahupun

mendapatkan nasihat daripada pakar runding dalam membentuk suatu rancangan

perniagaan yang lebih realistik dan relevan. Ini penting agar matlamat yang ingin dicapai

dapat direalisasikan.

Dalam pada itu, kegagalan usahawan atau syarikat untuk menjangkakan suatu

halangan adalah antara perkara penting yang sepatutnya diambil berat oleh usahawan.

Kegagalan usahawan dalam menjangka halangan atau masalah yang mungkin akan

dihadapi pada masa akan datang boleh memaksa usahawan dan syarikat berada dalam

masalah. Dalam masa yang sama juga, masalah yang dihadapi mungkin sukar untuk

diselesaikan kerana kegagalan usahawan untuk mengenal pasti jalan penyelesaian

terhadap suatu masalah yang akan timbul. Oleh itu, kelebihan usahawan dalam mengenal

pasti masalah yang mungkin berlaku sebelum memulakan perniagaan akan mendorong

usahawan tersebut untuk lebih bersedia. Segala masalah yang akan timbul akan dapat

14

Page 15: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

dihadapi dan diselesaikan dengan lebih baik kerana persiapan awal yang telah dilakukan

oleh usahawan tersebut.

Selain itu, pengalaman dan pengetahuan dalam menjalankan perniagaan adalah

elemen penting dalam menjalankan sesuatu perkara. Tanpa adanya pengalaman dan ilmu

pengetahuan, seseorang itu mungkin akan menghadapi masalah untuk melakukan sesuatu

dengan cara yang terbaik. Begitu juga halnya dengan dunia perniagaan. Pengalaman dan

ilmu pengetahuan adalah aset yang penting dalam menerajui sesebuah perniagaan. Oleh

itu, usahawan yang ingin menceburkan diri dalam industri yang ingin diceburi perlu

mempersiapkan diri mereka dengan pengalaman dan pengetahuan sesuai dengan industri

yang ingin diceburi. Salah satu cara yang mungkin boleh dilakukan untuk meningkatkan

pengetahuan dan pengalaman adalah dengan meingkatkan komunikasi dengan pihak atau

individu yang pernah atau sedang berkecimpung dalam industri yang ingin diceburi. Ini

secara tidak langsung akan menarik lebih ramai kenalan untuk membantu usahawan

tersebut meningkatkan dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka pada masa akan

datang.

Usahawan juga perlu memiliki kesungguhan dan komitmen yang jitu dalam

menjalankan aktiviti keusahawanan. Sekiranya usahawan tidak mempunyai kesungguhan

dan komitmen yang tinggi, sikap ini boleh menyebabkan usahawan tidak mengambil

berta terhadap perniagaan yang dijalankan, tidak konsisten dalam membuat keputusan,

bersikap pasif, gagal untuk meningkatkan dan memajukan diri dan perniagaan, sentiasa

berpuas hati dengan keadaan yang dimiliki, akan sentiasa terlepas peluang yang wujud

15

Page 16: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

kerana ketidak sanggupan menghadapi risiko yang mungkin terlibat dan sebagainya.

Keadaan-keadaan ini adalah antara perkara yang mungkin berlaku sekiranya usahawan

tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan yang dijalankan. Oleh itu,

sekiranya usahawan ingin berjaya dalam bidang yang diceburi, mereka harus bertindak

cepat dan sentiasa bersedia membuat susulan secara profesional dan sanggup menghadapi

risiko yang mungkin akan timbul pada masa akan datang.

Pemasaran adalah antara elemen yang paling penting dalam mempromosikan

produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Namun begitu, kebanyakan usahawan

kurang mempunyai tumpuan dalam aspek pemasaran ini. Sebelum menjalankan

perniagaan, usahawan mungkin gagal untuk mengenal pasti sasaran pengguna dalam

memasarkan produk mereka. Usahawan juga mungkin gagal untuk mengklasifikasikan

sesuatu produk yang dikeluarkan dengan sasaran pengguna yang diingini. Contohnya

seperti barangan mewah yang sepatutnya dipasarkan di kawasan bandar yang mempunyai

kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Sekiranya

produk mewah ini dipasarkan di kawasan luar bandar, produk ini mungkin tidak akan

mendapat sambutan kerana kebanyakan penduduk luar bandar terdiri daripada mereka

yang berpendapatan sederhana. Oleh itu, dalam menjalankan perniagaan, usahawan

hendaklah mengetahui dengan jelas segmen pasaran yang spesifik untuk memasarkan

sesuatu jenis produk yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa elemen yang perlu dielakkan oleh usahawan dalam mereka

merangka rancangan perniagaan yang baik. Kegagalan usahawan tersebut membuat

16

Page 17: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

rancangan perniagaan yang baik turut akan mempengaruhi ramai pihak seperti institusi

kewangan, pelabur dan sebagainya.

17

Page 18: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan

Memahami sasaran rancangan perniagaan adalah suatu yang amat penting.

Pembaca rancangan perniagaan adalah individu atau institusi yang mungkin akan terlibat

dalam perniagaan yang akan dilakukan oleh seorang usahawan. Mereka adalah individu

atau pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan tersebut untuk tujuan-tujuan

khusus. Oleh yang demikian, rancangan perniagaan perlu disediakan dengan sebaik yang

mungkin agar dapat mempengaruhi pembaca yang disasarkan.

Terdapat beberapa pihak yang disasarkan akan menjadi pembaca terhadap sesuatu

rancangan perniagaan yang dibentuk. Salah satu daripadanya ialah usahawan itu sendiri.

Usahawan adalah pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan yang dibuat.

Sebagai seorang pengusaha yang akan mentadbir perniagaan kelak, usahawan tersebut

perlu mengetahui selok belok projek yang akan dilaksanakan dengan terperinci.

Usahawan sepatutnya menggunakan rancangan perniagaan tersebut sebagai panduan

untuk menuju matlamat yang hendak dicapai. Hal ini kerana garis panduan dan cara

untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai terkandung di dalam rancangan

perniagaan tersebut. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan akan dapat membantu

usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih baik dan lebih berkesan.

Selain itu, pelabur adalah pihak kedua yang memerlukan rancangan perniagaan

ini. Pelabur merujuk kepada individu atau pihak yang akan menyumbangkan dana atau

modal untuk melabur dalam projek yang akan dilaksanakan. Usahawan mungkin

memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Oleh yang

18

Page 19: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

demikian, mereka ini perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi

keuntungan dengan menyumbangkan modal pelaburan dalam perniagaan tersebut. Ini

secara tidak langsung akan dapat membantu usahawan untuk meningkatkan dana mereka.

Namun begitu, sebelum seseorang pelabur melabur dalam sesuatu perniagaan, mereka

mungkin akan meneliti terlebih dahulu tentang perniagaan yang hendak dilaksanakan

oleh usahawan tersebut. Sekiranya ianya mampu memberikan pulangan kepada pelabur,

maka pelabur mungkin tidak teragak-agak untuk menyumbangkan modal mereka.

Dalam pada itu, pihak bank dan institusi kewangan juga adalah pihak lain yang

memerlukan rancangan perniagaan usahawan. Bank dan institusi kewangan ini adalah

badan yang berperanan penting dalam menyediakan pembiayaan untuk menampung

perbelanjaan sesuatu projek yang telah dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi

kewangan ini memerlukan maklumat yang berkaitan dengan kedudukan kewangan

perniagaan seperti kecairan tunai syarikat tersebut, aset yang dimiliki oleh syarikat,

sejarah pinjaman syarikat dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini sangat penting kepada

pihak pembiaya agar mereka mempunyai keyakinan bahawa usahawan tersebut akan

dapat membayar balik segala pinjaman yang mungkin akan dipohon daripada mereka.

Sekiranya kedudukan kewangan syarikat tersebut tidak menggalakkan, pihak bank dan

institusi kewangan berkemungkinan tidak akan memberikan kemudahan pembiayaan

kepada usahawan tersebut. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan ini perlu

dilakukan dengan sebaik yang mungkin agar dapat meyakinkan ramai pihak.

19

Page 20: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Selain itu, pembekal kredit juga adalah pihak yang mungkin memerlukan

rancangan perniagaan usahawan. Pembekal kredit merujuk kepada pihak yang akan

memberikan kemudahan kredit atau hutang kepada usahawan yang ingin mendapatkan

sesuatu bekalan seperti bekalan bahan mentah. Pada dasarnya, agak sukar untuk

usahawan baru mendapatkan pembelian secara kredit daripada pembekal. Walau

bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia memberikan kemudahan ini walaupun

kepada usahawan baru. Hal ini berlaku sekiranya usahawan mampu untuk meyakinkan

pembekal bahawa mereka mampu membayar segala hutang yang mungkin akan

ditanggung pada masa akan datang. Melalui rancangan perniagaan yang disediakan,

usahawan mungkin akan dapat meyakinkan pembekal yang akan membaca rancangan

perniagaan mereka.

Selain itu, terdapat beberapa pihak lain yang mungkin akan memerlukan

rancangan perniagaan ini seperti pelanggan yang mungkin ingin mengetahui tentang

keistimewaan dan kelebihan yang dimiliki oleh produk yang dihasilkan, pihak yang

menawarkan tender untuk bekalan sesuatu produk mungkin memerlukan maklumat

mengenai kemampuan usahawan untuk membekalkan produk tersebut, pekerja yang

berkebolehan untuk berkhidmat dengan usahawan dan sebagainya. Kesemua individu ini

mungkin memerlukan rancangan perniagaan usahawan tersebut untuk membuat penilaian

sebelum membuat sesuatu keputusan. Oleh yang demikian, penyediaan rancangan

perniagaan perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin untuk mempengaruhi lebih

ramai pihak untuk terlibat sama dalam perniagaan yang akan dilaksanakan.

20

Page 21: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Penutup

Rancangan perniagaan adalah asas dalam sesebuah perniagaan. Rancangan

perniagaan inilah yang akan digunakan oleh kebanyakan usahawan dalam memandu

perniagaan mereka ke arah matlamat yang ingin dicapai. Tanpa adanya rancangan

perniagaan, usahawan mungkin akan menghadapi banyak masalah dalam menjalankan

perniagaan mereka. Namun begitu, rancangan perniagaan ini perlu disediakan dengan

sebaik yang mungkin. Sekiranya usahawan gagal untuk merangka sebuah rancangan

perniagaan yang baik, mereka mungkin akan menghadapi banyak masalah untuk

mencapai matlamat yang ingin ditujui.

Selain itu, usahawan juga perlu membuat lebih banyak penilain tentang keadaan

semada dan harus lebih peka dengan perkembangan dan keperluan semasa. Sekiranya

mereka gagal bertindak demikian, usahawan mungkin akan ketinggalan dalam perniagaan

yang diceburi. Oleh itu, kepekaan terhadap maklumat semasa adalah suatu yang perlu

dititik beratkan oleh usahawan.

21

Page 22: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Rujukan

Ab. Aziz Yusof, Prinsip Keusahawanan, Prentice Hall Pearson Malaysia,

Selangor, 2003

http://www.hafizismail.com/perniagaan/sample/

CHP5.pdf#search='RANCANGAN%20PERNIAGAAN'

http://www.mara.gov.my/bpn/RP.htm 

http://www.autowarrantya.com/athimulan/contoh-rancangan-perniagaan.html

22

Page 23: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

LAMPIRAN

23

Page 24: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan                                               

1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.

2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan      Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada     untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.

2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan. 3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau

sebaliknya. 4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas

bagi cadangan pembiayaan. 5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan 1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                              2. Statistik 3. Data ekonomi 4. Data perdagangan 5. Penyelidikan pasaran

 Kandungan 1. Jadual kandungan 7. Rancangan organisasi/pengurusan 2. Ringkasan eksekutif /sinopsis  8. Rancangan pemasaran 3. Pengenalan 9. Rancangan pengeluaran/operasi 4. Tujuan Penyediaan 10. Rancangan kewangan 5. Latar belakang perniagaan/syarikat 11. Jadual pelaksanaan projek 6. Latar belakang pemilik 12. Rumusan    

Penyediaan Rancangan Perniagaan

24

Page 25: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

 1.   Jadual kandungan2.   Ringkasan Eksikutif3.   Pengenalan

o Nama Syarikat o Jenis Perniagaan yang diceburi o barangan/perkhidmatan yang ditawarkan o lokasi premis o tarikh perniagaan dimulakan o latar belakang industri dan tren pasaran o Senario masa hadapan

   4.    Tujuan Penyediaan 

o memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu o merancang pelaksanaan projek baru o untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan o atau lain-lain tujuan

  5.        Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

o Nama perniagaan o Alamat, No. Telefon o Bentuk perniagaan o Kegiatan utama o Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan o No. Pendaftaran Perniagaan o Modal permulaan, modal dibenar o Nama dan alamat pemegang saham o Nama bank (jika ada) o No. Akaun Perniagaan(jika ada)

 6.   Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham

o Nama, alamat, no. telefon o Kelulusan akademik o Pengalaman/kemahiran

   7.   Rancangan Organisasi/Pengurusan

o Matlamat dan strategi syarikat o Struktur/carta syarikat o Senarai kakitangan pengurusan o Senarai perjawatan

- tanggungjawab setiap jawatan- imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

25

Page 26: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

o Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat

 8.   Rancangan Pemasaran

o Analisis Pasaran - untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.- mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.- mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).- Barangan/Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.- Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.- Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.

o Ramalan Jualan- syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.

o Strategi Pemasaran- Strategi pemasaran secara keseluruhan

bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti,

harga, lokasi, imej dan sebagainya.

- Strategi barangan faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.

- Strategi harga penentuan harga tawaran harga dan sebagainya.

- Strategi Pengedaran cara pengedaran dibuat kos-kos yang terlibat rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

- Strategi promosi - teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

- Belanjawan pemasaran 9.   Rancangan Pengeluaran/Operasi

o Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya. o Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan) o Keupayaan pengeluaran o Rancangan pengeluaran

- jumlah pengeluaran- keupayaan maksimum- penyimpanan stok

o Senarai bahan mentah (jika ada) o Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan o Pengendalian mesin/peralatan

 

26

Page 27: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

10.    Rancangan Kewangan Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.Bahagian ini merangkumi :

o Kos pelaksanaan projek o Sumber pembiayaan

- modal sendiri- pinjaman bank- sewa beli- lain-lain

o Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3  tahun) o Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 tahun) o Analisis Titik Pulang Modal

 11.   Jadual Pelaksanaan Projek

Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek. 12.    Rumusan/Justifikasi

Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

  

 Parse error: parse error, unexpected T_STRING in /home/friendly/public_html/linking.php on line 30dalamnya pendekatan-pendekatan yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh pihak-pihak lain 2001, perlu di atur rancangan-rancangan perniagaan seperti berikut (Wan Mohamad Wan Yahoo! Groups - Free, easy email groups memungut derma & mengumpul modal perniagaan. Percayalah!!K dlm salinan Jika anda. menggunakan email, ianya percuma!!!! Rancangan khas Noah, Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Kestabilan teras pembangunan : rancangan Malaysia ketujuh, 1996-2000 Rumah contoh papan lapis = Model plywood Modul 5 : Rancangan Perniagaan. Modul 6 : Pengurusan Perniagaan Memberi pendedahan dan pengalaman kepada usahawan mengenai contoh-contoh amalan 5 S Noah, Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, pada Kestabilan teras pembangunan : rancangan Malaysia ketujuh, 1996-2000 Rumah contoh papan lapis = Model plywood pemilikan kereta boleh merencatkan satu rancangan pengangkutan awam

27

Page 28: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

yang mampu menyediakan pengangkutan peniaga dan industri selain perniagaan. Terdapat contoh-contoh terpencil lain satu masa bagi satu kursus. Sebagai contoh ialah pelajar yang mengambil kursus Sains Komputer dibuat secara sedar. Melalui rancangan yang teliti dengan dan pilih Save Target As untuk memuat turun ke dalam PC anda) Senarai contoh Rancangan Perniagaan: Harga untuk setiap set contoh Rancangan Perniagaan ialah RM150.00/set Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran vokasional. di sekolah menengah akademik. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan. 8.0 KERTAS SOALAN CONTOH. Contoh yang dibekalkan bertujuan memberi idea kepada pengguna tentang Zulhabri Supian @ Bert: Peminat Politik, Perniagaan, Seni dan Sukan yang dijangkakan saya sejak siaran ujibakat AF2 di Astro Ria menerusi rancangan Trek Selebriti sememangnya benar Langkah 4 Memilih peluang perniagaan dan merangka rancangan perniagaan cuma memastikan auditan penjualan yang berpatutan. Contoh : watak-watak Walt Disney, Pieree Cardin, Dunhill Panduan dan contoh-contoh penyediaan kertas kerja projek dan profail syarikat yang tinggi, tetapi rancangan itu tampak boleh dilaksanakan sehinggalah perniagaan Hal mula dilanda masalah Sudah tentu tidak. Memang contoh analogi ini terlalu mudah, tetapi ia Jika rancangan yang dipohon adalah Doktor Falsafah, tandakan dalam kotak yang berkaitan in the box provided. Contoh : Doktor Pentadbiran Perniagaan melalui Kerja Kursus yang tidak betul yang mengganggu rancangan asal kita. ingin saya berikan satu contoh, seringkali kita dapat lihat yang digunakan dalam gimik perniagaan, maka selagi itulah peniaga 2. Contoh kain rentang hendaklah dibubuh dengan tanda Syarikat Penendar dan diserahkan kepada 1) TAWARAN BAGI PENGENDALIAN "BENGKEL RANCANGAN PERNIAGAAN" [PPUP/KPSU/SH/008/2004 wajar,'' katanya. Sebagai contoh, kata beliau, keputusan menetapkan kira Wahid sudah ada rancangan untuk perbaiki portal-portal itu datang dari perniagaan, kalau kita bekerja dengan pakej francais dan restoran. Sebagai contoh, sekiranya seorang usahawan mahu membuka sebuah seperti yang dirancang. Dengan rancangan perniagaan dan pemasaran, kami menjangka aliran Welcome to BEDU . Kilang teres dibangunkan yang tinggi, tetapi rancangan itu tampak boleh dilaksanakan â€" sehinggalah perniagaan Hal mula dilanda Sudah tentu tidak. Memang contoh analogi ini terlalu mudah, tetapi ia aviation regulations red sox minor league contoh rancangan perniagaan hp servis usa women's gymnastics nfl rumors peniaga Melayu yang melibatkan diri dalam perniagaan ini. Contoh yang paling ketara adalah di Jalan pekan-pekan kecil, perkampungan atau di Rancangan Felda. Mungkin tidak di pasar PENGURUSAN PROJEK: PERT/CPM yang saling bergantungan; sebagai contoh, setengah aktiviti bergantung kepada penyiapan bagi perniagaan. C. Membentuk rancangan perniagaan (seperti;unjuran jualan, aliran tunai karekter yang digunakan sebagai contoh adalah lebih munasabah beberapa bulan selepas rancangan Akademi Fantasia musim ke rancak dengan aktiviti perniagaan barang-barang tradisional Find related words for anything. Top10 keywords for SEO search engine optimization. Language experts resource. " pengurusan perniagaan. " rancangan perniagaan. " peluang perniagaan di malaysia " pinjaman perniagaan. " contoh rancangan perniagaan. " pengajian perniagaan stpm. perniagaan renters insurance policy

28

Page 29: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Merancang kewangan perniagaan kecil

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PELUANG PERNIAGAAN TERKINI DIDALAM BIDANG TELEKOMUNIKASI : http://www.maynetwork.net/celcom/~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oleh:DR. ISMAIL AB. WAHAB dan PROF. MADYA FARIDAH AHMAD (Kedua-dua penulis adalah ahli jawatankuasa ACCA-IKS)

• Rancangan Kewangan

Kaedah yang digunakan bagi memastikan sesebuah perniagaan mempunyai cukup wang ialah melalui penyediaan rancangan kewangan yang biasanya

29

Page 30: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

disediakan dalam bentuk belanjawan.

Rancangan kewangan merupakan satu dokumen yang membentangkan jumlah wang atau dana yang diperlukan oleh perniagaan bagi sesuatu tempoh tertentu, dan menunjukkan sumber dan penggunaan wang tersebut.

Perancangan kewangan membabitkan ramalan dan analisis terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan yang akan berlaku dalam perniagaan pada masa hadapan.

Di samping itu, perancangan kewangan juga mengenal pasti bagaimana peristiwa atau keadaan tersebut boleh memberi kesan kepada prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan.

Merancang kewangan perniagaan membolehkan beberapa tindakan diambil sebagai tindakbalas kepada peristiwa atau keadaan yang dijangka akan berlaku.

Oleh itu rancangan kewangan membabitkan jangkaan, analisis dan penilaian terhadap sesuatu keadaan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan.

Seterusnya beberapa pilihan tindakan dan strategi di pertimbangkan bagi menghadapi keadaan tersebut.

Merancang kewangan perniagaan membabitkan dua proses penting: merancang masa hadapan dan mengawal prestasi perniagaan.

• Merancang Masa Hadapan

Perancangan masa hadapan merupakan ramalan atau anggaran terhadap sesuatu aktiviti perniagaan.

Lazimnya, aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam perniagaan membabitkan jualan, pembelian, perbelanjaan, aliran wang tunai dan sebagainya.

Anggaran tersebut bukan sahaja memberi petanda terhadap apa yang mungkin berlaku tetapi juga sasaran yang akan dicapai oleh perniagaan.

Dua perkara yang sangat kritikal dalam menetapkan sasaran perniagaan ialah keuntungan dan kecairan.

Bagi membolehkan perniagaan berada dalam kedudukan kewangan yang stabil usahawan perlu memastikan perniagaan berada dalam keadaan yang menguntungkan serta mempunyai kedudukan wang tunai yang cair.

Kelangsungan dan pengembangan sesebuah perniagaan sangat bergantung kepada perolehan untung manakala kecairan memastikan perniagaan mempunyai wang tunai yang cukup untuk membuat pembayaran yang diperlukan.

Alat yang lazim digunakan untuk merancang kewangan sesebuah perniagaan dinamakan belanjawan.

30

Page 31: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI, 100% ORGANIK : http://www.maynetwork.net/biovco/~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perniagaan perlu menyediakan pelbagai jenis belanjawan bagi membuat rancangan kewangan.

Rancangan kewangan yang berkesan bergantung kepada kemampuan seseorang usahawan atau pengurus untuk menyediakan dan seterusnya melaksanakan belanjawan-belanjawan tersebut.

• Mengawal Prestasi Perniagaan

Dengan menetapkan sasaran, seseorang usahawan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Sasaran juga bertindak sebagai kayu pengukur dalam mengukur prestasi perniagaan. Penyediaan belanjawan semata-mata tidak mampu sama sekali mengawal keuntungan dan kecairan perniagaan.

Apa yang dapat disumbangkan oleh belanjawan ialah membantu usahawan membuat perbandingan di antara anggaran dengan keputusan sebenar.

Cara tersebut dapat menolong usahawan mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan (varian) di antara angka anggaran dan angka sebenar.

• Kebaikan Perancangan Kewangan

Tidak dapat dinafikan bahawa analisis dan perancangan kewangan yang baik memerlukan banyak masa dan tenaga.

Bagaimanapun, aktiviti perancangan kewangan memberi banyak faedah kepada usahawan, antaranya:

Dapat mengenal pasti lebih awal masalah yang mungkin dihadapi dan usahawan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengatasi masalah tersebut.

Dapat menyediakan maklumat penting mengenai kewangan perniagaan yang boleh dijadikan standard dalam menjana prestasi dan kestabilan kewangan pada masa hadapan.Dapat mengenal pasti faktor-faktor kejayaan yang kritikal yang menentukan kelangsungan perniagaan.

Dapat merangka beberapa strategi pilihan dalam merancang perkembangan perniagaan.Dapat membentangkan rancangan perniagaan dengan lebih profesional kepada pihak luar terutama kepada pihak yang berminat untuk melihat prestasi kedudukan kewangan perniagaan.

31

Page 32: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

Penutup

Siri pertama ini telah mendedahkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh usahawan IKS dalam mendapatkan pembiayaan kewangan. Cabaran utama usahawan ialah untuk meyakinkan bank atau institusi kewangan mengenai daya maju projek yang bakal dilaksanakan.

Justeru itu usahawan harus mampu menyediakan rancangan kewangan yang baik. Belanjawan merupakan alat yang berkesan dalam perancangan kewangan. Siri akan datang menyentuh proses penyediaan belanjawan.

The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, meliputi 300,000 orang ahli dan pelajar di 160 buah negara. Kelayakan profesional ACCA diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai teras kepada kelayakan perakaunan bertaraf antarabangsa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PELUANG PERNIAGAAN TERKINI, PENGEDAR MINYAK KELAPA DARA "BIOVCO": http://www.maynetwork.net/biovco/rakaniaga.html~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home pagehttp://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM--------------------------------------------------------------------~->

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi PertubuhanJamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED]

32

Page 33: Rancangan perniagaan

OUMM 2103 KEUSAHAWANAN

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

33