rancangan perniagaan

4
Rancangan perniagaan – Pemasaran By Shubhi | 21/11/2013 2 Comments Bab pemasaran dalam sesebuah rancangan perniagaan merupakan bahagian ke-4 yang perlu disediakan selepas selesai menyediakan bahagian pengurusan . Bab pemasaran ini sebenarnya cukup penting dan perlu disediakan dengan baik dan jujur. Maklumat yang diberikan mestilah tepat dan bukanlah maklumat yang auta. Strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penentu dalam memastikan perniagaan yang dirancangkan berjaya. Perlu diingat bahawa segala unjuran jualan yang dibuat untuk diisikan dalam penyata kewangan nanti perlu selari dan logik berdasarkan maklumat pemasaran yang kita buat ini. Sebagai contoh Katakan anda merupakan ajen menjual kereta mewah Kleeman di Malaysia dan mahu mendapatkan bantuan kewangan daripada bank untuk membeli lebih banyak stok kereta Kleeman. Dalam unjuran jualan, anda tunjukkan bahawa jumlah kereta yang akan dijual adalah sebanyak 10 buah kereta dan dalam tempoh setahun anda bakal menjual sebanyak 120 buah kereta Kleeman pada rakyat Malaysia. Harga sebuah kereta Kleeman secara puratanya adalah RM1.5 juta sebuah. Ini bermakna anda bakal membuat jualan sejumlah RM15 juta sebulan dan dalam setahun jualan kereta anda menjadi RM158 juta! Semua angka itu memang menyeronokkan untuk dimasukkan ke dalam unjuran kewangan, tetapi dapatkah anda buktikannya atau terjemahkannya ke dalam perancangan pemasaran?

Upload: mohd-fitri-shahruddin

Post on 03-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fail

TRANSCRIPT

Rancangan perniagaan PemasaranByShubhi|21/11/20132 CommentsBab pemasaran dalam sesebuahrancangan perniagaanmerupakan bahagian ke-4 yang perlu disediakan selepas selesai menyediakan bahagianpengurusan.Bab pemasaran ini sebenarnya cukup penting dan perlu disediakan dengan baik dan jujur. Maklumat yang diberikan mestilah tepat dan bukanlah maklumat yang auta.Strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penentu dalam memastikan perniagaan yang dirancangkan berjaya.Perlu diingat bahawa segala unjuran jualan yang dibuat untuk diisikan dalam penyata kewangan nanti perlu selari dan logik berdasarkan maklumat pemasaran yang kita buat ini.Sebagai contohKatakan anda merupakan ajen menjual kereta mewah Kleeman di Malaysia dan mahu mendapatkan bantuan kewangan daripada bank untukmembelilebih banyak stok kereta Kleeman.Dalam unjuran jualan, anda tunjukkan bahawa jumlah kereta yang akan dijual adalah sebanyak 10 buah kereta dan dalam tempoh setahun anda bakal menjual sebanyak 120 buah kereta Kleeman pada rakyat Malaysia.Harga sebuah kereta Kleeman secara puratanya adalah RM1.5 juta sebuah. Ini bermakna anda bakal membuat jualan sejumlah RM15 juta sebulan dan dalam setahun jualan kereta anda menjadi RM158 juta!Semua angka itu memang menyeronokkan untuk dimasukkan ke dalam unjuran kewangan, tetapi dapatkah anda buktikannya atau terjemahkannya ke dalam perancangan pemasaran?Secara logiknya, bank akan melihat siapakah pesaing terdekat anda dalam jualan kereta Kleeman tersebut. Oleh itu anda masukkan kereta Brabus sebagai pesaing utama anda.Banka akan bertanya lagi berapa jualan kereta Brabus dalam masa setahun?, anda perlu dapatkan maklumat ini untuk meyakinkan pihak bank. Seandainya jumlah jualan kereta Brabus hanyalah sebanyak 10 buah setahunanda akan terperangkap dengan unjuran tinggi yang telah dimasukkan di atas tadi.lalu banka akan bertanya bagaimana agaknya anda akan buat pertama sekali untuk mencuri pasaran kereta Brabus yang dah ada dan keduanya untuk memcari pembeli yang luar daripada pasaran kereta Brabus.Anda boleh buktikan ianya boleh dilakukan dengan memasukkan kesemua data jualan kereta Brabus, Ferrari, Lamborgini, Poshe, dan lain-lain seumpamanyadan itu semua memerlukan satu perancangan yang ajaib dan hebat agar pihak bank yakin.Langkah awal dalam menyediakan strategi pemasaran adalah dengan menyenaraikan produk atau perkhidmatan yang anda ada. Kesemua produk atau perkhidmatan boleh disenaraikan samada dengan menggunakan jadual ataupun sediakannya satu persatu.Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan Pest Control, senarai produk boleh dibuat seperti contoh di bawah:Senarai produk1. Kawalan serangga dan makhluk perosak umum Ia meliputi khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak di premis perniagaan atau persendirian. Serangga atau makhluk perosak yang dikawal termasuklah Lipas, Semut dan Tikus.2. Kawalan anai-anai Ia meliputi khidmat kawalan anai-anai dengan penggunaan teknik umpan yang mesra alam sekitar dan tidak perlu menebuk lubang seperti cara biasa yang biasanya akan merosakkan premis yang dirawat.3. Kawalan nyamuk Perkhidmatan kawalan nyamuk dibuat dengan cara fogging untuk membunuh nyamuk dewasa dan juga larvacidae untuk membunuh jentik-jentik.4. khidmat Fumigasi Fumigasi merupakan teknik kawalan serangga dan makhluk perosak dengan menggunakan gas. Biasanya rawatan terhadap produk berasaskan kayu memerlukan khidmat ini untuk memenuhi kriteria pengeksportan.

Nyatakan juga apakah kelebihan setiap produk satu persatu dan apakah nilai yang ditawarkan oleh produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Anda perlu nyatakan secara terperinci satu persatu untuk setiap produkSetelah menyenaraikan kesemua produk yang anda ada, senaraikan pula pasaran terhadap tiap-tiap produk yang mahu anda jual di atas tadi. Anda boleh berikan demografik sasaran terhadap pasaran anda seperti lokasi, pendapatan bulanan, jantina, pekerjaan dan lain-lain seumpamanya.Seperti contoh Kereta Mewah Kleeman yang saya berikan di atas tadi, anda perlu senaraikan jumlah orang kaya yang ada di negara kita yang pendapatan mereka sekurang-kurangnya adalah RM100 ribu sebulan untuk membolehkan mereka membeli Kleeman, di mana mereka tinggal dan bagaimana gaya hidup mereka.Buat juga unjuran pertambahan pasaran yang anda sasarkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi. Sebagai contoh anda memberikan unjuran jumlah orang kaya di Mamaysia akan bertambah sebanyak 10% dan menjadikan pasaran anda membesar dan anda kenal hampir 50% mereka yang abakal kaya itu sekarang (hehe).Sertakan juga kontrak atau perjanjian setuju beli dan sebagainya sebagai tanda jualan yang sudah termetri dan hampir pasti jika ada.Senaraikan pesaingjangan lupa pula untuk senaraikan sekurang-kurangnya 10 pesaing utama anda jika ada. Nayatakan kenapa anda lebih bagus dari mereka dan apakah kelemahan anda berbanding pesaing dan bagaimana menghadapinya.Lebih bagus lagi jika anda boleh nyatakan pasaran yang dimiliki oleh pesaing sekarang kerana ia menunjukkan perniagaan yang anda ceburi itu sudah ada pasaran yang pasti. Anda hanya perlu mencuri pelanggan pesaing sahaja dan hanya perlu pastikan strategi atau umpan yang digunakan cukup menarik untuk membuat pelanggan pesaing lari kepada anda.Dapatkan segala maklumat mengenai pasaran, jumlah jualan, nilai pasaran statistik penduduk kaya, statistik remaja atau lain-lain maklumat demografik dari berbagai sumber yang diiktiraf seperti Jabatan Perangkaan, Laporan Tahunan syarikat besar, laporan akhbar, persatuan peniaga dan lain-lain seumpamanya.Sebenarnya bahagian perancanganpemasaran adalah bahagian yang paling penting dan menarik sekali untuk disediakan dengan bersungguh. Ini dapat meyakinkan diri anda sendiri sebelum cuba meyakinkan pula orang lain.Bagaimana format anda dalam menuyusun persembahan rancangan pemasaran adalah bebas. yang pentingnya data mesti logik dan bukan main serkap jarang. Jangan pula main cut & paste kertas kerja orang yang disediakan 10 tahun lalu. Paling elok sediakan sendiri dan bersungguh dapatkan maklumat sendiri.