rancangan perniagaan

16
_______________________________________________________________________ _ ____________________________________________________________________________________ Animagination Resources (TR0137611-M) RANCANGAN PERNIAGAAN Disediakan Oleh : AHMAD SALMAN BIN SALLEH MUHAMMAD SYAKIR BIN ZAHARUDDIN NOR MASITAH BINTI MUKHTAR AMIRAH FITRIAH BINTI ABU BAKAR 30-Jun-14 1

Upload: abdullah-dazid

Post on 22-Jul-2015

239 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

RANCANGAN PERNIAGAAN

Disediakan Oleh :

AHMAD SALMAN BIN SALLEHMUHAMMAD SYAKIR BIN ZAHARUDDINNOR MASITAH BINTI MUKHTARAMIRAH FITRIAH BINTI ABU BAKAR

30-Jun-14

1

Page 2: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF PERANCANGAN

Animagination Resources merupakan sebuah syarikat yang

berasaskan percetakan. Perniagaan syarikat kami adalah tertumpu

kepada produk yang berasaskan kepada percetakan. Urusniaga kami

adalah lebih kepada tempahan daripada individu dan persatuan dengan

bayaran secara tunai atau pesanan kerajaan.

Animagination Resources lebih menumpukan kepada pembekalan

produk kepada komuniti setempat. Namun, untuk suatu jangka masa

panjang kami perlu membuka pasaran yang lebih luas yang akan

meningkatkan hasil penjualan kami. Ini berkaitan perancangan pemasaran

kami, dan ia dilihat sangat penting di dalam memajukan lagi perkhidmatan

yang dibuat oleh syarikat kami. Berkaitan dengan itu, strategi pemasaran

kami perlu lebih terbuka dan mempunyai perkhidmatan yang terbaik.

Animagination Resources setakat ini diuruskan oleh empat (4)

orang yang mana dua (2) orang berkaitan di dalam urusan pengurusan

dan dua (2) orang terlibat di dalam urusan pengoperasian. Segala urusan

yang berkaitan syarikat adalah tertakluk di bawah peraturan yang diatur

dalam perancangan syarikat.

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

2

Page 3: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

2.0 PENGENALAN

2.1 Nama Syarikat

Idea ini diilhamkan dengan harapan syarikat ini dapat

mengeluarkan produk berasaskan produk berasaskan percetakan

yang terkini kepada pelanggan kami. Selain itu nama ini tidak

tertumpu kepada perkhidmatan berasaskan percetakan sahaja. Ia

juga bertumpu dalam bidang rekabentuk grafik dan perisian. ini

memudahkan syarikat untuk berkembang di satu masa yang akan

datang.

2.2 Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang di jalankan oleh syarikat kami adalah di

dalam perniagaan Perkhidmatan dan pembekalan yang mana ia

meliputi kepada perkhidmatan berbentuk tenaga dan produk.

Bentuk perniagaan adalah Perniagaan Syarikat Perkongsian yang

tertakluk di bawah akta Syarikat 1965 di mana mempunyai lebih

daripada dua (2) orang rakan kongsi.

2.3 Perkhidmatan yang disediakan

Animagination Resources pada masa ini lebih menumpukan

kepada perkhidmatan percetakan produk pakaian, stiker dan

banner. Pada masa yang sama. Animagination Resources turut

menawarkan perkhidmatan dengan menerima tempahan mengikut

citarasa pengguna. Dalam mengukuhkan lagi perniagaan, syarikat

juga menyediakan perkhidmatan rekabentuk grafik dan

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

3

Page 4: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

menyediakan cenderamata untuk kegunaan pelajar sekolah dan

komuniti sekitar.

2.4 Lokasi Premis

Sekarang ini Animagination Resources di alamatkan di

Kolej Komuniti Besut,

Ting 2,Bangunan Baitul Ehsan,

22000 Jerteh, Terengganu.

2.5 Tarikh Perniagaan

Animagination Resources mula di daftarkan pada 20 Ogos 2014

dan perniagaan mula beroperasi sebaik sahaja didaftarkan. Buat

masa kini, syarikat kami telah beroperasi hampir 3 bulan.

3.0 LATAR BELAKANG PENGURUSAN

3.1 Struktur Organisasi

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

4

Page 5: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

Nota : Bahagian kewangan dan pentadbiran akan diuruskan oleh pemilik

sendiri.

3.2 Fungsi dan Tanggungjawab

Animagination Resources telah menyusun fungsi dan tanggungjawab

berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -

3.2.1 Pengurus

Pengurus bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan

perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan

pengurusan dan kewangan perniagaan. Pengurus operasi pula

bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja

yang telah ditetapkan atau SOP.

3.2.2 Pembantu Pengurus

Pembantu Pengurus peranan utamanya ialah membantu pengurus

dan secara keseluruhannya, pembantu pengurus perlumengetahui

tugas pengurus di samping mengendalikan semua aktiviti

dokumentasi di samping berhubung dengan pelanggan dan

pembekal syarikat.

3.2.2 Pengurus Pemasaran

Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan

perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di

sekolah-sekolah, pejabat kerajaan dan persatuan serta komuniti

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

5

Page 6: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

sekitar. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa

memenuhi selera pelanggan.

3.2.2 Designer

Designer peranan utamanya ialah mereka fesyen terkini yang

menjadi permintaan pelanggan. Kualiti fesyen yang ditawarkan

perlulah memenuhi selera pelanggan di samping mengikut arus

perkembangan fesyen yang tiak keterlaluan.

4.0 ASPEK PEMASARAN

Konsep pemasaran adalah berpegang kepada falsafah bahawa segala

usaha pemasaran perlu berlandaskan kepada keperluan, kehendak dan

kepuasan pelanggan di samping mampu menghasilkan keuntungan untuk

perniagaan. Walau bagaimanapun objektif utama konsep pemasaran

adalah kepuasan pelanggan.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada objektif tersebutlah maka

syarikat kami telah membuat analisa pemasaran dengan teliti dalam

usaha untuk memperkenalkan syarikat kami iaitu Animagination

Resources kepada masyarakat sejagat yang sekaligus mewujudkan

kaedah pemasaran yang efektif.

Berdasarkan kepada beberapa analisa, kajian dan soal selidik di sekitar

Besut, kami telah membuat kesimpulan bahawa syarikat kami akan dapat

memenuhi kehendak pelanggan pada masa sekarang yang tidak mahu

ketinggalan dalam bidang yang berkaitan dengan percetakan.

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

6

Page 7: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

Merujuk kepada lokasi syarikat, kami yakin bahawa syarikat kami

berpotensi untuk berkembang maju. Ini kerana lokasi syarikat kami

terletak di kawasan yang mempunyai potensi untuk membangun secara

pesat di dalam bidang percetakan. Di kawasan itu, terdapat pejabat,

sekolah, dan kedai, maka kami telah mendapat peluang yang agak luas

dalam usaha untuk mempromosikan syarikat kami. Ini akan membantu di

dalam urusniaga kami yang akan melibatkan kawasan persekitaran yang

mana ia melibatkan urusniaga terus. Promosi ini akan berjalan secara

berterusan yang mana kami akan menyebarkan iklan-iklan, risalah-risalah

dan penempatan gerai mengenai perkhidmatan dan produk yang kami

tawarkan.

Selain daripada itu, kami akan menumpukan perniagaan kami kepada

agensi-agensi kerajaan, agensi separuh kerajaan dan agensi bukan

kerajaan. Terdapat juga pejabat, klinik swasta dan hotel yang berdekatan

dan secara tidak langsung, kami akan dapat memperkenalkan syarikat

kami kepada mereka dengan perkhidmatan yang kami tawarkan.

5.0 ASPEK PENTADBIRAN ORGANISASI

Pentadbiran organisasi adalah berdasarkan kepada

5.1 Misi dan Visi:

• Memberi perkhidmatan terbaik bagi menjadi sebuah syarikat yang

terkenal

• Menyediakan tenaga pekerja yang bertanggung jawab supaya aktiviti

syarikat berjalan dengan lancar

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

7

Page 8: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

• Melaksanakan kerja-kerja yang telah di tugaskan dengan amanah dan

dedikasi

• Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan

5.2 Falsafah Syarikat :

Kepuasan Pelanggan: Menyediakan nilai tambah kepada pelanggan

dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

Budaya Tempat Kerja: Memupuk dan mempertingkatkan dasar

pengetahuan dan ilmu dalam persekitaran pekerjaan untuk memantapkan

kerja berkumpulan, dan mencapai matlamat dalam menghadapi apa juga

cabaran dalam dunia perniagaan.

Tanggungjawab: Meningkatkan kepercayaan dan nilai pulangan kepada

para pelanggan.

Kemasyarakatan: Menghargai setiap jasa dan penghargaan yang

dicurahkan oleh masyarakat. Menyalurkan semula sumbangan kepada

masyarakat dalam bentuk kewangan atau bantuan ehsan sebagai tanda

penghargaan dan terima kasih di atas sokogan mereka.

5.3 Strategi Pentadbiran Organisasi

Operasi perniagaan dan juga kakitangan amat mustahak di dalam usaha

memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga telah mengatur beberapa strategi

pengurusan seperti: -

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

8

Page 9: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

5.3.1 Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat mewujudkan

pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

5.3.2 Ada hubungan yang baik diantara pengurus dan pekerja dan

semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk menghasilkan

kerja yang lebih efisyen dan berdaya maju.

5.3.3 Memberi bonus berbentuk wang kepada pekerja setiap tahun jika

mendapat keuntungan.

5.3.4 Menjaga kebajikan pekerja, seperti sakit, kematian dan

masalah keluarga.

6.0 ASPEK OPERASI

6.1 Perancangan Operasi

Rancangan operasi dapat ditakrifkan sebagai satu rangkaian aktiviti-

aktiviti merancang, mengguna dan mengawal segala sumber yang ada

bagi menghasilkan perkhidmatan dan penjualan yang efisien, cemerlang

dan berkesan. Pengurus selaku pengurus operasi bertanggungjawab

sepenuhnya dalam melaksanakan dan memastikan perjalanan operasi

dilaksanakan dengan lancar dan sejajar dengan perancangan yang telah

dibuat. Ini menunjukkan syarikat kami beroperasi untuk perkhidmatan dan

juga jualan.

6.2 Fungsi Pengurusan Operasi

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang berbentuk penawaran

dalam bidang percetakan. Dalam aspek penjualan, syarikat kami

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

9

Page 10: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

menyediakan penjualan seperti percetakan pakaian, banner dan juga

cenderamata. Manakala dalam aspek perkhidmatan, ia merangkumi

tekabentuk design.

Kami sentiasa mengambil berat tentang kehendak dan keperluan para

pelanggan kami. Selaras dengan matlamat tersebut, kami cuba untuk

mempelbagaikan lagi cara bagi menarik minat para pelanggan dalam

usaha untuk meluaskan pasaran. Antaranya, komunikasi yang baik,

ketetapan masa dalam semua aspek khususnya perkhidmatan

pembaikan, menitikberatkan komen-komen dari pelanggan, menyediakan

pekerja tempatan dan menyediakan pakej lawatan istimewa ketika

menyambut ulang tahun syarikat.

Para pelanggan juga boleh membuat tempahan, sama ada untuk servis

pembaikan atau urusan pembelian melalui telefon bagi memudahkan

mereka membuat pesanan dan juga mendapatkan maklumat.

6.3 Waktu Operasi

Animagination Resources menjalankan operasi mengikut masa yang telah

dipersetujui oleh semua rakan kongsi. Berikut adalah jadual operasi kami:-

Ahad – Khamis 09.00 pagi hingga 05.00 petang

Sabtu 09.00 pagi hingga 01.00 petang

Jumaat Cuti

6.4 Cara Perlaksanaan Operasi

Animagination Resources lebih mengutamakan perkhidmatan dari

percetakan pada pakaian dan barangan cenderamata. Aliran proses ini

perlu diasingkan kerana urusan jualan adalah berbeza. Di dalam segala ____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

10

Page 11: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

proses penjualan, aktiviti yang mesti dilakukan ialah promosi. Promosi

mempunyai peranan yang besar di dalam proses pengeluaran. Urusan

jualan syarikat adalah berdasarkan pesanan, ini kerana syarikat ingin

mengurangkan kos pengambilan stok berlebihan tanpa berlaku urusan

jualan.

Maka, syarikat akan mengambil barangan daripada pembekal setelah

pesanan diterima. Ini berlaku apabila pesanan adalah di dalam tempoh

menunggu kurang daripada 14 hari bekerja. Kami tidak risau akan

ketiadaan barangan, kerana jaminan kami terhadap barangan ke atas

pelangggan adalah tinggi. Namun, ini bergantung juga kepada harga

pasaran barangan, jika barangan yang mempunyai kadar kenaikan harga

pada sesuatu masa, maka pihak syarikat akan mendapatkan stok awal

untuk mengelakkan pertambahan kos pengambilan.

Ini memerlukan perancangan yang terbaik bagi mengkaji harga pasaran

sesuatu barang. Namun, syarikat akan melihat kepada operasi

perkhidmatan yang mana, perlu memberikan mutu perkhidmatan yang

terbaik dengan melakukan strategi terbaik untuk pelanggan.

7.0 ASPEK KEWANGAN

7.1 Kos Projek dan Sumber Pembiayaan

Rancangan perniagaan ini disediakan di dalam menerangkan dengan

terperinci berkenaan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat kami.

Dalam mengukuhkan maklumat mengenai syarikat, ia akan menjadi garis

panduan di dalam mengurus dan merancang perlaksanaan projek baru

untuk perniagaan di masa akan datang. Ianya juga memberi peluang

untuk menyelaraskan perniagaan secara objektif , kritikal dan

praktikal. Ianya juga disediakan untuk menjelaskan mengenai kajian

dan penilaian saiz pasaran perniagaan kami samaada projek yang ____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

11

Page 12: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

akan dijalankan mempunyai daya maju atau tidak serta untuk

menyakinkan kepada pihak-pihak tertentu untuk bantuan pembiayaan

dari segi kewangan. Rancangan perniagaan ini disediakan kepada :

Agensi pembiayaan Kewangan

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Menyakinkan kepada agensi-agensi kewangan berkenaan

perniagaan yang dijalankan oleh syarikat kami berdasarkan unjuran

saiz pasaran dan perkhidmatan yang syarikat sediakan. Di sini, kami

merujuk kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai bank utama

untuk pembiayaan kewangan perniagaaan. Merujuk kepada perkara

tersebut, Syarikat kami memohon pembiayaan melalui MARA bagi

perkara berikut:-

a) Membiayai Perbelanjaan Mengurus

b) Membiayai Kos pusingan Modal Kerja

Bagi kos pembiayaan ini, Syarikat kami memerlukan pinjaman

biayaan berjumlah RM 10 ribu yang mana 30 peratus daripada

jumlah tersebut adalah untuk biayaan kos mengurus, 70 peratus

digunakan untuk tujuan pusingan Modal Kerja.

Butiran Pinjaman :-

PERKARA JUMLAH

KOS

(RM)

JUMLAH

PINJAMAN

DIPOHON

(RM)

SYARAT PINJAMAN

DIPOHONTEMPOH

& FAEDAH

CAGARAN

DITAWAR

Pra-Operasi 1,000 - 5% Perkakasan,

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

12

Page 13: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

Urusan Operasi

Pusingan

Modal

5,000

10,000

4,000

6,000

setahun

atas baki

tahunan

1+6 Tahun

(Sebulan =

Pokok +

Faedah)

kenderaan

serta

seorang

penjamin.

16,000 10,000

i. Membiayai Perbelanjaan Mengurus

( 30 peratus daripada pinjaman = RM 3,000.00)

Merujuk kepada:-

a) Bayaran Imbuhan

b) Belanja pentadbiran

Perbelanjaan mengurus adalah untuk 3 bulan pertama yang

mana ini adalah tempoh ( had maksima ) untuk syarikat kami

mengorak segala urusan sebelum keuntungan secara selesa

diperolehi.

ii. Membiayai Kos pusingan Modal Kerja

( 70 peratus daripada pinjaman = RM 7,000.00)

Merujuk kepada:-

a) Kos biaya projek

b) Kos pengangkutan/perjalanan

c) Promosi jualan

7.2 Anggaran Pendapatan Syarikat

Pada 10 bulan pertama 2013, syarikat hanya dapat membuat

jualan pada angka RM4,000. Ini adalah pada tahap jualan yang

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

13

Page 14: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

rendah dan angka jualan ini tidak tinggi disebabkan kekangan

pusingan modal yang dihadapai oleh syarikat kami. Namun kami

yakin, syarikat kami berupaya untuk menambah angka jualan

berdasarkan perkhidmatan dan sasaran pelanggan kami. Untuk

pusingan kedua, kami lebih mensasarkan kepada penerimaan

tender-tender kerajaan, orang perseorangan dan sekolah-sekolah.

Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada syarikat kami

berdasarkan ciri-ciri perkhidmatan yang kami tawarkan.

Berikutan strategi syarikat yang lebih menumpukan pasaran luaran

(walk-out customers) ini akan memberikan kami ruang lingkup

pelanggan yang tinggi.

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah

seperti berikut:-

SASARAN BILANGAN

SASARAN

(BS)

BILANGAN

PELANGGAN

(40%*BS)=(BP)

SASARAN

PELANGGAN

( 20% * BP)i. Jabatan

kerajaan/separ

uh kerajaan,

agensi swasta

ii. Pelanggan

tertumpu

iii. Sekolah

1000

600

250

400

240

100

80

48

20

Sasaran pelanggan tetap untuk sebulan 148

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

14

Page 15: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

Anggaran pendapatan Syarikat sebulan adalah seperti berikut:-

PERKHIDMATAN

/PEMBEKALAN

BAYARAN

(RM)

*kadar

minimum

ANGGARAN

JUALAN

SEHARI

ANGGARAN

JUALAN

SEBULAN

ANGGARAN

PENDAPATAN

SEBULAN (RM)

ANGGARAN

PENDAPATAN

SETAHUN

(RM)i. Pembekalan

barangan percetakan

a) pakaian

b) Banner

c) Aksesori

Perhiasan (Beg)

d) Cenderamata

e) Stiker

10.00

100.00

10.00

10.00

5.00

10

1

10

10

10

100

10

100

300

100

1000.00

1000.00

1000.00

3000.00

500.00

12,000.00

12,000.00

12,000.00

36,000.00

6,000.00

Jumlah 12 105 3,325.00 78,000.00

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

15

Page 16: Rancangan perniagaan

________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

Animagination Resources (TR0137611-M)

16