rancangan pengajaran linus
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Rancangan Pengajaran Linus
1/3
RANCANGAN PENGAJARAN
Tarikh : 28 Ogos 2013
Masa : 0815-0915
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 3 Sejoli
Tema : Perpaduan
Tajuk : Hidup Sejahtera
Standard Kandungan : 3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa & ayat secara mekanis
dengan betul dan kemas
Standrad Pembelajaran : 3.2.6 Menulis ayat tunggal & majmuk secara mekanis dengan betul &
kemas
Kemahiran Literasi : 6.3 Membina & menulis ayat tunggal
Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk
Menguasai
i. Menulis 6 ayat tunggal dengan betul dan kemasii. Mengenal pasti dan menulis 3 ayat majmuk yang terdapat dalam petikan dengan
betul dan kemas.
Tidak menguasai
i. Membina dan menulis 5 ayat tunggal dengan betul dan kemas.
Elemen Merentasi Kurikulum : Kreativiti
Nilai Murni : Hormat-menghormati
BBB/Media :Buku teks, Kad pop up
KBT : Mengenalpasti
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :
Set Induksi :
i. Murid melakonkan situasi berkaitan dengan tema perpaduan berdasarkan arahan guru.
ii. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan tajuk pelajaran
Langkah 1 :
i. Murid membaca teks bertajuk Hidup Sejahtera dalam buku teks mukasurat64.
ii. Murid dan guru bersoaljawab tentang petikan tersebut
Langkah 2 :
Tidak menguasai
i. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk pada kad pop up dengan bimbingan guru.
Menguasai
i. Murid mengenalpasti ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam teks.
ii. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang telah dikenalpasti tanpa bimbingan guru.
iii. Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk pada kad pop up tanpa bimbingan guru.
-
8/13/2019 Rancangan Pengajaran Linus
2/3
Langkah 3 :
Tidak menguasai
i. Murid menyusun dan menulis perkataan membentuk ayat tunggal yang betul dengan kemas
berdasarkan ayat tunggal yang telah dibaca dalam buku tulis.
Menguasai
i. Murid menulis ayat majmuk yang telah dibaca dalam buku tulis.
ii. Murid mencerakinkan 3 ayat majmuk tersebut menjadi 6 ayat tunggal.
iii. Murid menulis ayat tunggal tersebut dalam buku tulis.
Penutup
i. Murid membuat aktiviti pengukuhan dengan melakukan lakonan bebas yang berkaitan dengan
tema perpaduan.
REFLEKSI
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
__________________________
-
8/13/2019 Rancangan Pengajaran Linus
3/3
Contoh aktiviti langkah 3 :
Tidak menguasai :
mengucapkan kasih terima mereka
Jawapan :
Mereka mengucapkan terima kasih.
Menguasai :
Ayat majmuk :
Amalan ini menjadikan kita sabar dan mudah memaafkan orang.
Jawapan :
Ayat tunggal 1:
Amalan ini menjadikan kita sabar.
Ayat tunggal 2 :
Amalan ini menjadikan kita mudah memaafkan orang.