rancangan pengajaran bahasa melayu tahun empat

16
1.0 PENDAHULUAN Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru terbitan tahun 1991, membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Salah satu teknik membaca ialah SQ3R. Teknik ini sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi: S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya pembaca boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan. Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda agar fokus kepada apa yang sedang dilakukan. R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah dibina melalui langkah S dan Q.

Upload: raja-romlah-raja-ngah

Post on 25-Jun-2015

512 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

1.0 PENDAHULUAN

Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu,

bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita

telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru terbitan tahun 1991, membaca ialah suatu proses

komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses

memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna

kandungannya.

Salah satu teknik membaca ialah SQ3R. Teknik ini sangat berguna semasa mengulangkaji

dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi:

S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya pembaca boleh fokus

kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda agar fokus kepada apa

yang sedang dilakukan.

R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah

dibina melalui langkah S dan Q.

R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda supaya fokus dan belajar sambil membaca.

R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang telah diperolehi di dalam minda dan mula

proses untuk mengingatinya.

Page 2: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

1.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Masa : 7.45 – 8.45 pagi

Kelas : Tahun 4 Elit

Tarikh : 10 Februari 2010

Bilangan Pelajar : 30 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa

Tajuk : Ibu

Kemahiran:

Lisan

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

Aras 1

i. Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Bacaan

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2

i. Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik.

ii. Menyatakan isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.

Tulisan

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.

9.1 Mengambil imlak dari bahan yang diperdengarkan.

Aras 3

i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca

yang betul.

Sistem Bahasa:Penggunaan perkataan berimbuhan men, mem, meng, mem…

kan dan meng…kan

Page 3: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid tahu mengenai sambutan Hari Ibu.

2. Murid tahu cara-cara menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua.

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Membaca petikan dengan intonasi yang betul.

2. Memberi dan menulis maksud ayat berdasarkan petikan.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti BBM / Nota

Set Induksi

5 minit

Lagu Untukmu Ibu 1. Murid mendengar lagu

yang diperdengarkan.

CD, lirik dan

pemain

cakera

Peringkat:

Survey atau

Kaji

Mendengar

dan Bertutur

5 minit

Soalan:

a)Apakah yang terjadi

kepada ibu berdasarkan

lagu yang didengar tadi?

b)Bagaimanakah perasaan

kamu setelah mendengar

lagu itu?

c)Mengapakah kita mesti

menghormati ibu kita?

Ramalan Jawapan:

a) Ibu meninggal dunia.

b) Sedih.

c) Ibu melahir dan

membesarkan kita.

d)i)Ya

ii)Tidak Pernah

1. Murid memberi respon

pada soalan guru.

Soalan:

a)Apakah yang terjadi

kepada ibu berdasarkan

lagu yang didengar tadi?

Ramalan Jawapan:

Ibu meninggal dunia.

b)Bagaimanakah perasaan

kamu setelah mendengar

lagu itu?

Ramalan Jawapan:

Sedih.

c)Mengapakah kita mesti

menghormati ibu kita?

Ramalan Jawapan:

Ibu melahir dan

Peringkat:

Question

atau Soal

Page 4: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

membesarkan kita.

d)Kamu pernah memberi

hadiah kepada ibu?

Ramalan Jawapan:

i)Ya ii)Tidak Pernah

Pra Baca

10 minit

Petikan Cerita : Ibu 1.Murid membaca

senyap cerita

bertajuk “Ibu” pada

halaman 6 dan 7 buku

teks Bahasa

Melayu Tahun 4.

Buku Teks

Bahasa

Melayu

Tahun

Empat

Peringkat:

Read atau

Baca

Baca Kuat

10 minit

Petikan Cerita : Ibu 1.Murid membaca

petikan secara

kelas dan berpandu.

2.Murid dibimbing

membaca dengan

intonasi yang betul.

3.Murid lemah dibimbing

secara individu.

Buku Teks

Peringkat:

Recite atau

Lafazkan

Semula

Aktiviti

Kumpulan

10 minit

Perbincangan dalam

Kumpulan

1.Murid berbincang

mengenai maksud ayat

berdasarkan petikan.

2.Isi-isi penting dicatat bagi

tujuan pembentangan.

Buku Teks

Bahasa

Melayu

Tahun

Empat

Pembentanga

n

8 minit

Pembentangan 1.Wakil kumpulan

membentangkan

hasil perbincangan.

Peringkat:

Review atau

Ulang

Page 5: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

Tulisan

7 minit

Salin Maksud Ayat 1.Murid menyalin semula

ayat berwarna berserta

maksud ke dalam Buku

Sistem Bahasa.

Buku Teks

Bahasa

Melayu

Tahun

Empat

Penutup

5 minit

Nilai Murni

Taat, sayang, hormat

dan hargai jasa

orang yang lebih tua.

1.Murid menyatakan

bagaimana mereka akan

membalas jasa ibu bapa

mereka.

1.2 REFLEKSI

Sebelum memulakan pengajaran, saya merasa bimbang jika perancangan yang dibuat tidak

memberikan hasil seperti yang diharapkan. Namun selepas melihat respon baik murid di awal

proses pengajaran dan pembelajaran, kegusaran itu mulai hilang. Langkah memperdengarkan

lagu “Untukmu Ibu” ternyata berjaya menimbulkan perasaan ingin tahu murid. Ramai murid

yang turut menyanyikan lagu tersebut semasa ia dimainkan.

Irama lagu yang mendayu itu menjadi faktor utama untuk murid menghayati cerita “Ibu”. Ini

terbukti apabila kelas menjadi sunyi sewaktu langkah membaca senyap dijalankan. Pada langkah

ini saya membimbing kumpulan lemah membaca dan memahami cerita.

Saya merasa gembira apabila murid-murid mencuba membaca dialog dengan intonasi yang betul

semasa langkah membaca kuat. Saya memilih 4 orang murid membaca semula dialog dan

meminta murid-murid lain menentukan siapa yang terbaik. Nur Aliya telah dipilih sebagai

pemenang berdasarkan undian murid.

Saya bercadang melibatkan lebih ramai murid di dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meyakinkan

mereka bercakap di khalayak ramai. Persembahan di Medan Perhimpunan merupakan

permulaan yang baik ke arah membentuk peribadi positif murid.

Page 6: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

2.0 BACAAN MEKANIS

Saya telah menjalankan tiga aktiviti berserta bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan

pembelajaran bacaan mekanis untuk tempoh 1 jam terhadap murid-murid Tahun 4:

a. Aktiviti membaca petikan secara kelas dan berkumpulan menggunakan petikan berita

“Pembakaran Terbuka Membawa Petaka”.

b. Aktiviti membaca kuat suku kata secara individu menggunakan kad suku kata.

c. Aktiviti permainan kuiz membaca perkataan menggunakan kad perkataan.

2.1 PELAKSANAAN PENGAJARAN

2.1.1 AKTIVITI 1 ( Membaca Petikan )

a. Memberi kad petikan berita kepada murid:

b. Bersoaljawab dengan murid tentang petikan berita:

Soalan:

i.Apakah tajuk berita?

ii.Apakah punca kemalangan?

Jawapan:

i.Pembakaran Terbuka Membawa Padah.

ii.Asap tebal akibat pembakaran jerami mengehadkan pemandangan pemandu.

c. Membaca petikan dan murid menyemak bacaan.

Page 7: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

d. Membaca dan murid mengikut secara berkumpulan menggunakan petikan kad

petikan.

2.1.2 AKTIVITI 2

( Membaca Kuat Secara Kumpulan dan Individu Menggunakan Kad Suku Kata )

a. Bersoaljawab berdasarkan kad suku kata yang dipamerkan.

b. Murid mengikut sebutan berpandukan warna suku kata secara berkumpulan.

c. Membimbing murid menyebut perkataan secara bergilir-gilir tanpa mengeja.

2.1.3 AKTIVITI 3 ( Permainan Kuiz Membaca Kad Perkataan )

a. Mempamerkan kad perkataan kepada murid.

b. Menyebut nama murid.

c. Murid yang dipanggil menyebut perkataan.

d. Mencatat markah :

i. Sebutan tepatl diberi 10 markah.

ii. Sebutan kurang tepat diberi 5 markah.

iii. Sebutan tidak tepat atau salah 0 markah.

Page 8: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

e. Permainan dijalankan sebanyak dua pusingan.

f. Pemenang diberi hadiah.

3.0 OBJEKTIF PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan

bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antaranya:-

i. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya

membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin

banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.

ii. Memahami setiap hal dalam tatabahasa secara tidak langsung. Begitu juga dalam

penggunaan bahasa daerah, ungkapan, istilah dan struktur ayat yang kesemuanya terjadi

mengikut keadaan yang benar dalam karya sastera.

iii. Membolehkan seseorang memberikan penafsiran atau interpretasi kepada sesuatu

kenyataan yang ditemui dalam pembacaannya.

3.1 PENGAJARAN CERPEN

Saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran aspek struktur plot Cerita Datuk untuk

tempoh 1 jam terhadap murid-murid Tahun 4;

Bachok.

Lima langkah telah dirancang bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tersebut:-

a. Set Induksi.

b. Pra Perbincangan

c. Perbincangan dalam kumpulan

d. Pembentangan hasil perbincangan

e. Lakonan semula

f. Penutup

Bahan-bahan yang digunakan :-

a. Set Induksi : Petikan Cerita Datuk.

b. Pra Perbincangan : Petikan Cerita Datuk.

c. Perbincangan : Kad gambar dan Kad rangka cerita.

Page 9: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

d. Pembentangan : Carta Plot.

e. Penutup : Petikan Cerita Datuk.

3.2 PELAKSANAAN PENGAJARAN

3.2.1 SET INDUKSI (5 minit)

Bagi langkah ini saya meminta murid menceritakan secara ringkas pengalaman Datuk semasa

berusia 16 tahun.

3.2.2 PRA PERBINCANGAN (10 minit)

Saya menerangkan kepada murid tentang plot Cerita Datuk yang terbahagi kepada 4:

a. Perkembangan

b. Konflik

c. Klimaks

d. Peleraian

Saya menceritakan permulaan plot Cerita Datuk :-

1. Berlaku pada tahun 1943 di zaman penjajahan Jepun , semasa datuk berusia 16 tahun.

2. Kehidupan keluarga datuk susah, rumah diperbuat daripada daun nipah berbingkaikan

buluh dan berlantaikan batang nibung.

3.2.3 PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN (15 minit)

Saya membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mendapat sekeping kad

gambar dan kad rangka cerita.

a. Kad-kad Gambar

12

Page 10: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

b. Contoh Kad Rangka Cerita

Plot Perkembangan:

1. Perkara yang berlaku

a. ………………………………………………………………………

b. ………………………………………………………………………

c. ………………………………………………………………………

d. ………………………………………………………………………

2. Sebab/Akibat

………………………………………………………………………….

3.2.4 PEMBENTANGAN HASIL PERBINCANGAN (15 minit)

Saya membimbing murid membuat pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan. Dapatan

perbincangan ditulis di dalam Carta Plot.

Carta Plot Cerita Datuk

1.Perkembangan

1. Perkara yang berlaku

a. 5 orang tentera Jepun masuk ke dalam rumah datuk.

b. Keluarga datuk diarahkan bersandar di dinding rumah.

c. Seorang tentera Jepun merentap tangan datuk.

d. Tentera lain mengacukan senapang.

2. Akibat

34

Page 11: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

Keluarga Datuk berasa amat takut

2.Konflik

1. Perkara yang berlaku

a. Tentera Jepun membawa datuk menaiki lori.

b. Datuk dibawa ke sebuah markas tentera.

c. Ditempatkan di dalam bilik kurungan bersama-sama puluhan remaja lain.

2. Sebab

Akan dijadikan buruh paksa.

3.Klimaks

1. Perkara yang berlaku

a. Datuk menyusup keluar dari markas dalam gelap.

b. Lutut kiri datuk luka terkena kawat berduri.

c. Datuk masuk ke dalam longkang berbau busuk..

2. Sebab

Datuk ingin menyelamatkan diri.

4.Peleraian

1. Perkara yang berlaku

a. Datuk tiba di sebuah surau.

b. Jemaah sedang bersedia menunaikan solat Subuh.

c. Datuk ditempatkan di satu tempat persembunyian.

2. Akibat

Datuk berjaya menyelamatkan diri.

3.2.5 LAKONAN SEMULA (10 minit)

Saya memilih tujuh orang murid yang berminat untuk melakonkan semula Cerita Datuk. Empat

orang sebagai tentera Jepun, dua orang sebagai ibubapa Datuk dan seorang murid lagi seorang

datuk.

Saya memberi bimbingan kepada murid-murid tentang watak-watak yang dilakonkan oleh

mereka. Murid-murid lain memberi komen tentang lakonan rakan-rakan mereka.

3.2.6 PENUTUP (5 minit)

Page 12: Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat

Saya meminta respon murid mengenai nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Cerita Datuk.

Contohnya, kasih sayang, tidak berputus asa dan berani.