raja temenggung tun daeng ibrahim

6
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim Temenggung Johor Tempoh pemerintahan 19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855 Didahului oleh tiada Diikuti oleh Temenggong Sri Maharaja Wan Abu Bakar Sultan/Maharaja Johor (De facto) Tempoh pemerintahan 10 Mac 1855 – 1862 Didahului oleh Sultan Ali Iskandar Shah (Sultan Johor) Diikuti oleh Maharaja Abu Bakar (Maharaja Johor) Pasangan 1. Inche Ngah 2. Engku Long Muda 3. Tengku Andak Putera-puteri 1. Abu Bakar 2. Ungku Muhammad Daeng Ibrahim 3. Ungku Abdullah 4. Ungku Abdul Rahman 5. Ungku Abdul Majid 6. Ungku Muhammad Khalid 7. Ungku Daud 8. Ungku Besar 9. Ungku Pah 10. Ungku Khadija

Upload: huangxiaoming

Post on 06-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Sultan Abu Bakar ibni Al-Marhum Tun Temenggung Raja Daeng Ibrahim (3 Februari 1833 - 4 Jun 1895) (Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) telah menggantikan bapanya Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahanda mangkat [3]. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda ialah sultan johor era moden pertama.Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya baginda memakai gelaran Maharaja Johor.

TRANSCRIPT

Raja Temenggung Tun Daeng IbrahimDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Raja Temenggung Tun Daeng IbrahimTemenggung JohorTempoh pemerintahan19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855Didahului olehtiadaDiikuti olehTemenggong Sri Maharaja Wan Abu BakarSultan/Maharaja Johor (De facto)Tempoh pemerintahan10 Mac 1855 1862Didahului olehSultan Ali Iskandar Shah (Sultan Johor)Diikuti olehMaharaja Abu Bakar (Maharaja Johor)Pasangan1. Inche Ngah2. Engku Long Muda3. Tengku AndakPutera-puteri1. Abu Bakar2. Ungku Muhammad Daeng Ibrahim3. Ungku Abdullah4. Ungku Abdul Rahman5. Ungku Abdul Majid6. Ungku Muhammad Khalid7. Ungku Daud8. Ungku Besar9. Ungku Pah10. Ungku Khadija11. Ungku Zaharah12. Ungku Nong HawaKeluarga dirajaWangsa TemenggungAyahandaTemenggung Abdul RahmanBondaInche YahAgamaSunni IslamRaja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor/de facto Sultan Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Isi kandungan [sorokkan] 1 Latar belakang2 Pemerintahan3 Mangkat4 Keturunan5 Sistem Kangcu6 Keluarga6.1 Isteri6.2 Anak Lelaki6.3 Anak Perempuan7 Lihat juga8 Rujukan9 Pautan LuarLatar belakang[sunting | sunting sumber]Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.

Walaubagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis perlantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada hitam dan gambir di Johor.

Mangkat[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Keturunan[sunting | sunting sumber]Moyang beliau adalah Sultan Abdul Jalil IV yang memerintah Johor selepas 1699. Keturunan beliau yang mula memakai gelaran Temenggung adalah Temenggung Tun Abdul Jamil (mangkat selepas 1762) iaitu anak kepada Bendahara Tun Abbas (mangkat selepas 1736) cucu kepada Sultan Abdul Jalil.

Temenggung Tun Abdul Jamal telah beristerikan Raja Maimunah iaitu saudara perempuan kepada Daing Kemboja. Daripada perkahwinan ini lahir 3 orang cahayamata iaitu Daing Chelak, Daing Kechil dan Engku Muda (mangkat 1806).

Sistem Kangcu[sunting | sunting sumber]Rencana utama: Sistem Kangcu"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]Isteri[sunting | sunting sumber]Daeng Ibrahim mempunyai tiga isteri, iaitu:-

Inche NgahEngku Long MudaTengku Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.Anak Lelaki[sunting | sunting sumber]Daeng Ibrahim mempunyai tujuh anak lelaki:-

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah)Ungku Muhammad Daeng IbrahimUngku Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku RajaUngku Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda)Ungku Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku RajaUngku Muhammad Khalid Daeng IbrahimUngku Daud Daeng IbrahimAnak Perempuan[sunting | sunting sumber]Daeng Ibrahim mempunyai lima anak perempuan:-

Ungku Besar Daeng IbrahimUngku Pah Daeng IbrahimUngku Khadija Daeng IbrahimUngku Zaharah Daeng IbrahimUngku Nong Hawa Daeng IbrahimLihat juga[sunting | sunting sumber]Sultan JohorSejarah JohorKesultanan Lingga-RiauRujukan[sunting | sunting sumber]Laman web Christopher BuyersPautan Luar[sunting | sunting sumber]Penyandang TerdahuluSultan Johor ke-201862 1895Penyandang KemudianSultan AliSultan Abu Bakar[tunjuk] l b sJohor Salasilah Kesultanan Johor JohorKategori: Sultan Johor