ibrahim haji yaacob

23
1.0 Pendahuluan Tokoh Ibrahim Haji Yaacob memang terkenal dan bukannya nama asing dalam sejarah Rakyat Malaysia. Ramai orang yang mengenalinya sebagai seorang tokoh nasionalis yang menjadi pencetus kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ibrahim Haji Yaacob telah mencipta nama dalam memperjuangkan politik di Tanah Melayu sekitar tahun 1930 sehinggalah 1950. Melalui pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ibrahim Haji Yaakub telah menerapkan nilai perjuangan dan memulakan proses perkembangan nasionalisme Melayu. Pengenalan Konsep Melayu Raya dan tuntutan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu di bawah Indonesia menjadi asas kepada perjuangan Ibrahim Haji Yaakub melalui pertubuhan yang dikendalikannya iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM). Walaupun sesetengah pendapat melabelkan Ibrahim Haji Yaakub sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri namun jasa dan cetusan idea politik Ibrahim Haji Yaakub telah membuka ruang kepada kegiatan nasiolisme Melayu. Jasa dan perjuangan Ibrahim Haji Yaacob dalam membuka mata rakyat Tanah Melayu terhadap pentingnya menunutut kemerdekaan sememangnya tidak boleh dilupakan. Ibarat kata pepatah Hanya penelitian mendalam sahaja yang dapat memberikan jawapan yang lebih relevan dalam menentukan siapa sebenarnya Ibrahim Haji Yaacob. Ibrahim. Satu fakta tentang Ibrrahim Haji Yaacob adalah orang yang mula mempelopori

Upload: musliha-ismail

Post on 11-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

perjuangan ibrahim haji Yaacob

TRANSCRIPT

1.0 PendahuluanTokoh Ibrahim Haji Yaacob memang terkenal dan bukannya nama asing dalam sejarah Rakyat Malaysia. Ramai orang yang mengenalinya sebagai seorang tokoh nasionalis yang menjadi pencetus kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Ibrahim Haji Yaacob telah mencipta nama dalam memperjuangkan politik di Tanah Melayu sekitar tahun 1930 sehinggalah 1950. Melalui pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ibrahim Haji Yaakub telah menerapkan nilai perjuangan dan memulakan proses perkembangan nasionalisme Melayu. Pengenalan Konsep Melayu Raya dan tuntutan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu di bawah Indonesia menjadi asas kepada perjuangan Ibrahim Haji Yaakub melalui pertubuhan yang dikendalikannya iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM). Walaupun sesetengah pendapat melabelkan Ibrahim Haji Yaakub sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri namun jasa dan cetusan idea politik Ibrahim Haji Yaakub telah membuka ruang kepada kegiatan nasiolisme Melayu. Jasa dan perjuangan Ibrahim Haji Yaacob dalam membuka mata rakyat Tanah Melayu terhadap pentingnya menunutut kemerdekaan sememangnya tidak boleh dilupakan. Ibarat kata pepatah Hanya penelitian mendalam sahaja yang dapat memberikan jawapan yang lebih relevan dalam menentukan siapa sebenarnya Ibrahim Haji Yaacob. Ibrahim. Satu fakta tentang Ibrrahim Haji Yaacob adalah orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanah air dan gerakan tersebut berpusat di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

2.0 Latar Belakang Ibrahim Haji YaacobIbrahim Haji Yaacob turut dikenali dengan nama Dr. Iskandar Kamel[footnoteRef:1] ialah seorang Melayu berketurunan Bugis, dari daerah Silo, Sulawesi, Indonesia.[footnoteRef:2] Beliau dilahirkan pada 27 November 1911, di Kampung Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang.[footnoteRef:3] Kedua-dua ibu bapanya telah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu pada sekitar awal abad ke-20. Ayahnya, Haji Yaacob ialah seorang guru agama dan tokoh yang dihormati oleh masyarakat kampungnya manakala ibunya bernama Hawa binti Hussein.[footnoteRef:4] Ibrahi Haji Yaacob Berketurunan Bugis dari daerah Silo, Sulawesi Indonesia. Hal ini kerana Moyang Ibrahim Haji Yaacob telah berhijrah dari Sulawesi ke Riau dan kemudian ke Pahang. Ketika IBHY berusia dua tahun, kedua-dua ibu bapanya bercerai dan beliau telah dijaga oleh ibunya yang hidup secara sederhana. Ibrahim Haji Yaacob telah Berkahwin dengan seorang perempuan bernama Mariaton Siraj dan Dikenali ramai sebagai seorang Tokoh Nasionalis yang menjadi pencetus kepadagerakan nasionalis. [1: Abu Bakar Nordin et. al., Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm.115. Lihat juga gelaran Iskandar Kamel dikenali umum di Indonesia di dalam buku Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn Bhd, 1985, hlm.86.] [2: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 2002, hlm. 41] [3: Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Melaka : Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia, 2003, hlm. 317.] [4: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 41.]

Pada tahun 1918 iaitu ketika berusia tujuh tahun, beliau telah memulakan pelajaran di sekolah melayu di Tanjung Kertau dikampunya. Pada tahun 1928 Setelah menamatkan pegajian di sekolah melayu beliau menjadi guru sementara di kampungnya.[footnoteRef:5] Kemudian IBHY telah mengikuti latihan perguruan di pusat latihan perguruan di kuantan, Pahang. Enam bulan selepas itu Ibrahim Yaacob terpilih pula mengikuti pengajian di SITC. Beliau memasuki SITC pada tahun 1982 dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1931.[footnoteRef:6] [5: Abdul Latif Abu Bakar, Ibrahim Haji Yaacob:Kegelisahan Dan Impian Seorang Pejuang, Hlm.213.] [6: Ibid. hlm.213]

Pendidikan di Maktap Perguruan Sultan Idris secara tidak langsung telah menyemai semangat kebangsaan di dalam diri Ibrahim Yaacob. Guru-guru yang mengajar di MPSI sememangnya telah memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan kebangsaan khususnya gerakan yang berlaku di India, Mesir, Indonesia dan Jepun. Antara guru-guru tersebut ialah Abdul Hadi Hassan, Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil dan Abdul Rahman Hj Muhyidin[footnoteRef:7]. Peranan guru-guru di MPSI telah memberi inspirasi kepada IBHY dalam memperjuangkan Konsep Melayu Raya khususnya bagi orang-orang Melayu melalui pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Galakkan daripada Harun Mohd Amin selaku guru dan penyelia di kediaman IBHY telah menanamkan semangat kebangsaan di dalam diri IBHY. Selain itu, kegemaran IBHY membaca buku dari pelbagai aspek khususnya buku-buku sastera, sejarah dan hal ehwal semasa telah memberi kelebihan kepada IBHY dalam memahami keadaan semasa. [7: Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, hlm. 318]

Pembacaannya tidak terbatas kepada buku-buku sahaja namun akhbar-akhbar khususnya daripada Indonesia turut menjadi bahan bacaanya. Antaranya seperti Persatuan Indonesia, Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia[footnoteRef:8] Selain itu, IBHY turut membaca Sumpah Pemuda yang menekankan perjuangan untuk mencapai matlamat satu bahasa, satu nusa dan satu bangsa Indonesia[footnoteRef:9]. Pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan dan pendedahan perkembangan politik khususnya di Indonesia telah memberi impak ke dalam diri IBHY dalam membina jati diri yang kukuh dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan cintakan bangsa dan negara. [8: Ibid, hlm. 320] [9: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.42.]

3.0 Penglibatan Awal Ibrahim Yaacob dalam Politik

Pendedahan dalam pelbagai aspek terutamanya aspek politik dan pengalaman yang diperolehi di MPSI telah membentuk Ibrahim Yaacob sebagai seorang Melayu yang mencintai bangsa, agama dan negara. Dalam memastikan perjuangannya dapat dihebahkan kepada umum, beliau telah memperjuangkan ideologi politiknya melalui penulisan beliau di dalam akhbar Majlis. Penulisan beliau juga turut tersiar di dalam akhbar-akhbar terkemuka pada ketika itu seperti akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu.[footnoteRef:10] Penulisan beliau meliputi aspek kehidupan orang Melayu sama ada dari perspektif ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan berkaitan dengan bangsa asing serta dasar British di Tanah Melayu. Sebelum tertubuhnya KMM, Ibrahim Yaacob telah terlibat samaada secara langsung atau tidak dengan beberapa pertubuhan. Semasa menuntut di MPSI, beliau dan rakan-rakanya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang berhaluan sosialis iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan Malaya Raya [10: Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, hlm.187]

3.1Sudut Pandangan Ibrahim Yaacob tentang konsep Melayu RayaKonsep melayu raya menjadi satu dasar politik Ibrahim Yaacob. Dasar ini menjadi landasan kepada beliau untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan dengan meletakkan Tanah Melayu dibawah Indonesia.[footnoteRef:11] Melayu Raya yang diperjuangkan Ibrahim Yaacob merupakan hasil daripada pengaliran pengaruh Indonesia ke dalam SITC. Pengaruh ini terpapar dalam mata pelajaran bahasa, kesusasteraan, dan sejarah. Melalui matapelajaran tersebut pengaruh intelek dan politik dari Indonesia dapat diketahui. [11: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.41]

Ibrahim Haji Yaacob menjadi tokoh yang paling konsisten memperjuangkan gagasan melayu raya ini. Selain daripada menjadi anggota PNI, beliau belanggan akhbar Fikiran Rakyat , Lidah Rasmi parti tersebut.[footnoteRef:12] Hal ini menyebabkan Ibrahim Haji Yaacob terpengaruh dengan politik di Indonesia dan melihat penyatuan antara umat Tanah Melayu dan Indonesia adalah sesuatu yang harus. Pada peringkat awal Ibrahim Haji Yaacob melihat impian Melayu Raya lebih kepada cita-cita kebudayaan iaitu memperteguh keyakian diri dan bangsa. Namum perkembangan politik yang tidak diduga iaitu tercetusnya peperangan membuatkan jiwa dan raganya berjuang untuk mencapai cita-citanya iaitu melayu raya.[footnoteRef:13] [12: Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob.Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Hlm 234.] [13: Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob.Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Hlm 234.]

Ibrahim Yaacob melihat gagasan Melayu Raya merupakan satu perasaan baru yang bertujuan untuk menyatupadukan seluruh umat melayu di Nusantara. Selama ini umat melayu hidup terpisah mengikut daerah dan etnik, dan perasaan baru ini menjadi impian baginya untuk menyatukan bangsa melayu yang dianggap besar. Justeru dalam merealisasikan impiannya, Ibrahim Yaacob amat yakin pembentukan Melayu Raya boleh dilaksanankan.[footnoteRef:14] [14: Ibid. Hlm 235.]

Idea Melayu Raya ini benar-benar meresap di hati dan jiwa Ibrahim Yaacob. Hal ini membuatkan setiap tindakan dan pemikirannya terarah kepada idea tersebut.[footnoteRef:15] Dalam menyalurkan idea tersebut Ibrahim Yaacob menggunakan akhbar.[footnoteRef:16] Kegiatan Ibrahim Yaacob sebagai penulis karya-karya dalam akhbar seperti Majlis, Warta Ahad dan Warta Jenaka menyebabkan beliau dikenali dan ini membolehkan Kesatuan Melayu Muda mendapat perhatian pemuda-pemuda melayu pada ketika itu.[footnoteRef:17] [15: Ibid. Hlm 236.] [16: Abdul Latif Abu Bakar, Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di Malaysia, dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, hlm.108] [17: Abdul Latif Abu Bakar, Ibrahim Haji Yaacob:Kegelisahan Dan Impian Seorang Pejuang, Hlm.237]

3.2Perjuangan Ibrahim Yaacob dalam parti politikMinat Ibrahim Haji Yaacob untuk menjadi pemimpin masyarakat Melayu bukanlah suatu yang baru. Sejak beliau mengenal erti politik di SITC, beliau telah menawarkan diri untuk berkerja bagi orang ramai. Dalam rencananya yang disiarkan dalam Majalah Majlis, beliau telah menawarkan diri dengan mengatakan walaupun beliau "seorang yang tidak terkenal di sisi bangsaku", namun beliau "sedia berkorban badan dan jiwa untuk guna bangsa, tanah air dan raja Melayu" dan "sanggup bersyarah di hadapan penghulu-penghulu, guru-guru, di kelab-kelab, di balai polis dan di tempat-tempat lain, sekiranya diizinkan oleh kerajaan British.[footnoteRef:18] [18: Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia 1938-1965, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5]

Sebelum tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda, Ibrahim Haji Yaacob telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan beberapa pertubuhan. Semasa Ibrahim Haji Yaacob menuntut di MPSI, beliau dan rakan-rakanya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang berhaluan sosialis iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan Malaya Raya. Penglibatan Ibrahim Haji Yaacob dalam KMM bermula selepas Persatuan Belia Melayu yang dianggotainya telah mengalami proses tranformasi.[footnoteRef:19] Pada peringkat awal Persatuan Belia Melayu hanya terlibat di dalam aktiviti sosial sahaja. Namun, Ibrahim Haji Yaacob bersama rakan-rakannya telah menjadikan Persatuan Belia Melayu bermotifkan politik. Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM).[footnoteRef:20] Pertukaran nama tersebut menjadikan KMM telah tertubuh secara rasmi pada tahun 1938 di Kuala Lumpur sebagai sebuah pertubuhan nasional oleh IBHY dan rakan-rakannya. IBHY telah bertindak sebagai Yang Dipertua KMM dengan dibantu rakan-rakannya. [19: Persatuan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar antaranya, Sekolah Teknik Kuala Lumpur yang kemudiannya ditukar kepada Technical College dan pada tahun 1970-an ditukar menjadi Universiti Teknologi Malaysia, Sekolah Pertanian Serdang yang bertukar nama kepada Agriculture College of Serdang dan ditukar kepada Universiti Putera Malaysia untuk keterangan lanjut sila lihat Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 52.] [20: Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, hlm.194.]

Pembentukan KMM menjadikan ia pertubuhan yang bersifat radikal berbanding dengan persatuan yang lain di Tanah Melayu.[footnoteRef:21] Anggapan sesetengah pihak mengatakan KMM adalah pertubuhan berhaluan kiri atau radikal telah disangkal sendiri oleh Ibrahim Haji Yaacob melalui bukunya bertajuk Musa dan Bangsa Melayu yang ditulis pada tahun 1951. Ibrahim Haji Yaacob menjelaskan pertubuhan KMM bukanlah bersifat radikal sematamata. Hal ini jika dilihat, KMM adalah sebuah persatuan yang berusaha untuk melahirkan kesedaran cintakan agama, bangsa dan negara. Selain itu juga, KMM ditubuhkan adalah bermatlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan penuh Tanah Melayu selain daripada anti British dan anti feudal.[footnoteRef:22] Walau bagaimanapun KMM dilabelkan ia dianggap sebagai permulaan kemunculan gerakan nasionalisme Melayu yang lebih bersifat progresif khususnya melalui pemikiran yang diterjemahkan oleh Ibrahim Haji Yaacob. [21: Zulhilmi Ramli & Dalai Abdul Ghani, Kenegaraan Malaysia Isu-isu Dalam Pembinaan Bangsa, hlm.121.Untuk rujukan lihat juga Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya Resistance & Social Conflict During And After The Japanese Occupation, 1941-1946, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 11.] [22: Abu Bakar Nordin et. All, Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, hlm.115.]

Pada tahun 1940 , Ibrahim meletakkan jawatan dalam akhbar Majlis akibat perselisihan dengan pihak pengurusan. Ini memberi peluang sepenuhnya kepada Ibrahim Haji Yaacob untuk memajukan KMM. Dalam mengembangkan bilangan ahli KMM Ibrahim Haji Yaacob telah mengadakan lawatan sambil berceramah. Ibrahim telah bermain politik dalam usaha untuk menjadikan dirinyasebagai pemimpin dan KMM sebagai pertubuhan yang penting dalam politik Tanah Melayu. Ibrahim Haji Yaacob sanggup menjadi perisik British dan Jepun dalam masa yang sama demi mencari apa yang diinginkan.KMM di bawah pentadbiran Ibrahim Haji Yaacob telah menjadi satu medan perjuangan bagi membentuk kuasa rakyat bawahan dalam menentukan nasib orang Melayu. Bagi Ibrahim Haji Yaacob, KMM dikhaskan untuk golongan pemuda bawahan.[footnoteRef:23] Hal ini bertujuan bagi menunjukkan protes beliau terhadap penguasaan golongan bangsawan dalam kepimpinan politik Melayu seperti Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku Muhammad Yasin. Oleh itu, ideologi Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM secara tidak langsung telah membawa satu anjakan terhadap idea pemikiran baru kepada orang Melayu dengan memberi satu bentuk kepimpinan berasaskan kuasa rakyat untuk rakyat. [23: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.54.]

Bagi Ibrahim Haji Yaacob pembentukan KMM adalah bertujuaan untuk melenyapkan belenggu penjajahan asing dan sebagai gantinya melahirkan suatu Malaya yang bebas. Oleh itu melalui KMM, Ibrahim Haji Yaacob telah bertindak selaras dengan cita-cita dan ideologinya semenjak menuntut di MPSI iaitu mengabungkan Tanah Melayu dan Indonesia di bawah satu konsep Melayu Raya. Pengabungan ini selaras dengan slogan yang dibawa oleh KMM iaitu satu untuk semua:semua untuk satu. Konsep Melayu Raya yang di bawa oleh Ibrahim Haji Yaacob adalah bagi memastikan orang-orang Melayu dapat bersatu di bawah satu pertubuhan atau bangsa. Demi memperjuangkan politknya Ibrahim Haji Yaacob sanggup menjadi talam dua muka dengan bekerjasama dengan pihak British dan pihak jepun dalam masa yang sama. Ibrahim Haji Yaacob telah bekerjasama dengan pihak British kerana sikap raja dan pembesar Melayu yang masih yakin kepada pengaruh dan kekuatan British.[footnoteRef:24] Hal ini jelas apabila Ibrahim Haji Yaacob telah dilantik sebagai perisik pihak British oleh Pengarah Perisik British, L.M Wanne pada bulan April 1941 di Singapura bagi mengikuti perkembangan pihak Jepun dalam menguasai daerah Riau. Walaupun hubungan tersebut tidak memberi impak yang besar kepada KMM, namun Ibrahim Haji Yaacob tetap menjalinkan hubungan dengan British untuk kepentingan KMM dan politiknya. [24: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.56.]

Kerjasama KMM melalui Ibrahim Haji Yaacob dengan pihak Jepun terjalin pada masa yang sama dengan dengan pihak British. Keputusan Ibrahim Haji Yaacob untuk bekerjasama dengan Jepun dilakukan berdasarkan keputusan peribadinya. Hal ini kerana keputusan tersebut dilakukan tanpa mendapat persetujuan daripada ahli jawatankuasa KMM kecuali Onan Haji Siraj sahaja. Bagi Ibrahim Haji Yaacob hubungan kerjasama dengan Jepun bertujuan untuk mendapatkan hak kemerdekaan Tanah Melayu.[footnoteRef:25] Perkara ini diperkukuhkan dengan tawaran pihak Jepun kepada IBHY iaitu jika Jepun menguasai Tanah Melayu pihak Jepun berjanji untuk menghormati kedaulatan, agama Islam dan adat istiadat Melayu. Selain itu juga golongan wanita Melayu dan harta benda orang Melayu akan dijaga. IBHY melalui KMM, turut mendesak Jepun memberi sokongan pembentukkan satu negara yang dinamakan Kesatuan Tanah Melayu iaitu gabungan di antara Tanah Melayu dengan Indonesia selaras dengan konsep Melayu Raya yang dibawa oleh IBHY. [25: Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2004, hlm. 48.]

Jika dilihat hubungan Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM dengan pihak Jepun berlaku seiring dengan kerjasama dengan pihak British. Hubungan ini jelas, pada bulan April 1941 apabila IBHY diberi wang berjumlah $18 000 oleh pihak Jepun bagi membeli syarikat akhbar Warta Malaya yang dimiliki oleh Syed Hussein Alsagoff. Tujuan Jepun mengarahkan Ibrahim Haji Yaacob mendapatkan akhbar Warta Malaya adalah bagi memastikan propaganda antiBritish dan segala propaganda Jepun dapat disebarkan secara meluas dan berkesan kepada penduduk di Tanah Melayu. Pemilihan akhbar Warta Malaya berbanding akhbar lain kerana Warta Malaya adalah sebuah akhbar yang berpengaruh di Tanah Melayu pada masa itu. Selain itu juga, Ibrahim Haji Yaacob telah menjadikan ahli-ahli KMM sebagai anggota KAME (KURA-KURA) iaitu kod nama KMM sebagai pasukan propaganda Jepun di Tanah Melayu. Kerjasama Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM dengan pihak Jepun menyebabkan pihak British telah mengambil tindakan terhadap Ibrahim Haji Yaacob dan ahli-ahli KMM kerana didapati Ibrahim Haji Yaacob dan KMM telah berpihak kepada pihak Jepun. Oleh itu pada 7 dan 8 Disember 1941, Ibrahim Haji Yaacob dan ahli-ahli KMM telah ditangkap dan dipenjarakan di Changi, Singapura oleh pihak British.[footnoteRef:26] Alasan penangkapan tersebut adalah kerana Ibrahim Haji Yaacob dan KMM membahayakan kerajaan British berdasarkan Undang-undang Pertahanan (Defence Regulation). Penangkapan Ibrahim Haji Yaacob selaku Yang Dipertua KMM telah menyebabkan teraju KMM diambil alih oleh Mustapha Hussein untuk memimpin KMM. Walaupun, Ibrahim Haji Yaacob dan ahli-ahli KMM ditangkap oleh British namun Mustapha Hussein tetap meneruskan dasar untuk memberi sokongan kepada pihak Jepun. [26: Jumlah ahli KMM yang ditangkap dikatakan seramai 110 orang rujukan Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya Resistance & Social Conflict During And After The Japanese Occupation, 1941-1946, hlm.102. Untuk rujukan lihat juga IBHY dan Ishak Muhammad dipenjarakan di Outrem Road, Singapura buku Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.61]

Setelah pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, pada 12 Februari 1942 pihak British telah membebaskan Ibrahim Haji Yaacob dan ahli-ahli KMM yang ditahan. Oleh itu, Ibrahim Haji Yaacob telah mengambil alih kembali teraju kepimpinan KMM. Di bawah kekuasaan Jepun, KMM telah diberi jaminan untuk terus bergiat tanpa sekatan dari pihak Jepun. Selain itu juga, Ibrahim Haji Yaacob telah berjumpa dengan Jeneral Watanabe iaitu Pemerintah Tentera Jepun di Singapura dan Tanah Melayu. Tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi memohon kebenaran agar KMM dibenarkan untuk terus bergiat di Tanah Melayu dan akhbar Warta Malaya diteruskan penerbitannya. Kerjasama KMM dengan pihak Jepun semasa penguasaan British di Tanah Melayu telah memberi impak positif kepada KMM pada amnya. Hal ini jelas apabila terdapat segelintir ahli-ahli KMM dilantik menjadi pegawai Jepun seperti pegawai propaganda, tentera, penagarang dan polis tentera Jepun. Manakala Ibrahim Haji Yaacob , Dr. Burhanuddin, Ishak Muhammad, Ahmad Boestaman dan beberapa ahli KMM turut diambil berkhidmat dengan kerajaan Jepun. [footnoteRef:27] Jawatan yang diberikan kepada Ibrahim Haji Yaacob di dalam pentadbiran Jepun hanyalah berperanan kecil sahaja. Beliau hanya dilantik sebagai ketua pengarang Semangat Asia dalam akhbar Berita Malai iaitu akhbar rasmi Jabatan Propaganda Jepun yang berpusat di Singapura. Jawatan tersebut dikatakan sesuai dengan Ibrahim Haji Yaacob yang mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan ketika berkhidmat dengan akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu. [27: Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 110]

Pihak Jepun telah melantik Ibrahim Haji Yaacob mengetuai pasukan Giyu gun dan Giyu tai[footnoteRef:28] dan beliau juga dilantik sebagai Penasihat Hal-Ehwal Orang Melayu kepada Gabenor Watanabe di Singapura. Tindakan pihak Jepun tidak memberi jawatan yang penting kepada Ibrahim Haji Yaacob dan ahli KMM yang mempunyai pengaruh yang kuat adalah bagi mengelakkan berlakunya dominasi pentadbiran Jepun terganggu. Kegagalan pihak Jepun menunaikan janji memberi hak kemerdekaan penuh Tanah Melayu dan memenuhi beberapa tuntutan serta tindakan pihak Jepun menggunakan Barisan Pemuda KMM sebagai buruh paksa di Tanjung Katong menjadi salah satu faktor utama Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM menentang dasar kerajaan Jepun. [28: Giyu gun dan Giyu tai adalah pasukan tentera yang dianggotai masyarakat tempatan dalam membantu tentera Jepun. Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 111.]

Hal ini menyebabkan Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM mengambil tindakan untuk berkerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) atau Malayan Communist Party (MCP) menentang pentadbiran Jepun di bawah Malayan People Anti-Japanese (Fascist) Army (MPAJA).[footnoteRef:29] Tindakan Ibrahim Haji Yaacob bekerjasama dengan PKM menyebabkan kerajaan Jepun mengambil tindakan untuk mengharamkan KMM pada akhir bulan Jun 1942. Walaupun KMM diharamkan, Ibrahim Haji Yaacob dan Dr.Burhanuddin, Onan Siradj dan beberapa rakannya telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRISS) pada bulan Jun 1945 dengan diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob bagi meneruskan cita-cita dan memperjuangkan ideologi politik Ibrahim Haji Yaacob dan rakan-rakanya. [29: Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, hlm. 334.]

4.0 Perjuangan Ibrahim Yaacob di IndonesiaPada 19 Ogos 1945 Ibrahim Yaacob telah berangkat meningalkan singapura untuk ke Indonesia. Beliau dibawa dengan menggunakan kapal terbang Jepun dari lapangan terbang Cangi pada pukul 12.20 tengah hari dan sampai di lapangan terbang Kemayoran, Jakarta pada pukul 2 petang.[footnoteRef:30] Sebelum meningalkan Tanah Melayu, Ibrahim Yaacob telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Itagaki dan memohon kerjasama daripada Jepun untuk menghantarnya ke Indonesia dan hasrat ini telah dipersetujui Itagaki.[footnoteRef:31] [30: Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, hlm.15] [31: Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob. Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Hlm 244.]

4.1Kontroversi Pemergian Ibrahim Yaacob ke IndonesiaPemergian Ibrahim Yaacob ke Indonesia ini telah menimbulkan pelbagai andaian dan dianggap sebagai tindakan yang kontroversial. Ramai kawan-kawannya menganggap pemergian tersebut sebagai meneruskan perjuangan di luar negara. Malah Ibrahim Yaacob juga dikagakan telah membawa ketul-ketul emas ke Indonesia.[footnoteRef:32] Kisah pemergiannya Ibrahim Yaacob ke Indonesia banyak dimuatkan di dalam akhbar terbitan UMNO iaitu Malaya Merdeka pada bulan Mac 1963, yang menyifatkan Ibrahim Yaacob sebagai pengkianat dan pengecut. Ibrahim Yaacob juga dikatakan telah dibekalkan berpeti-peti wang oleh pihak Jepun semasa melarikan diri ke Indonesia.[footnoteRef:33] [32: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.78] [33: Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob. Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Hlm 245.]

4.2Perjuangan Mempertahankan Kemerdekaan IndonesiaIbrahim telah menggunakan nama baru semasa di Indonesia iaitu Iskandar Kamel. Nama ini dikenali di peringkat atasan hinggalah di peringkat bawahan. Jika nama beliau ditulis hujung namanya akan ditambah Ibrahim Haji Yaacob dengan tulisan huruf besar dalam kurungan.[footnoteRef:34] Dengan semangat dan cita-cita melayu raya yang tebal, Ibrahim Haji Yaacob meneruskan perjuangan mempertahankan kemerdekaan Indonesia. Bagi beliau, Indonesia yang baru merdeka merupakan tanah tumpah darah yang perlu dihargai dan dipertahankan. Justeru itu, beliau menyertai revolusi Indonesia, yang digerakan oleh kekuatan dan cita-cita yang telah berkembang sejak permulaan abad ke 20 yang memperoleh sifat lebih milittan di zaman jepun. [34: Roslan Saadon, Perjuangan dan Pemikiran Politik Ibrahim Haji Yaacob. Dalam Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Hlm 247]

Ibrahim Haji Yaacob telah menyertai tentera Indonesia dan secara langsung terlibat dalam revolusi menentang Belanda yang tidak mengiktiraf kemerdekaan yang diisytiharkan oleh Sukarno.[footnoteRef:35] Ibrahim Haji Yaacob ditugaskan di markas tentera di Jogjakarta dalam bahagian perisikan. Beliau telah dilantik sebagai ketua dalam satu bahagian penting dengan pangkat Leftenan Kolonel.[footnoteRef:36] Pada pertengahan tahun 1947 [35: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm.79] [36: Bachtiar Djamily, Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara, hlm.175]

6.0KesimpulanMelalui KMM, Ibrahim Haji Yaacob telah membawa satu perubahan terhadap sosio politik di Tanah Melayu.Perjuangan dan idealogi yang dibawanya melalui KMM telah menjadi petanda bermulanya gerakkan nasionalisme di Tanah Melayu. Walaupun sesetengah pihak melabelkan Ibrahim Haji Yaacob sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri dengan alasan Ibrahim Haji Yaacob telah bekerjasama dengan pihak Jepun dan PKM. Namun, tidak dapat dinafikan sumbangan beliau terhadap Tanah Melayu dan juga Indonesia terlalu besar. Perjuangan Ibrahim Haji Yaacob melalui KMM telah mewujudkan semangat kebangsaan dan revolusi kepada kegiatan nasionalisme Melayu. Cita-cita untuk mengabungkan Indonesia dan Tanah Melayu tetap menjadi pegangan dan matlamat utama Ibrahim Haji Yaacob dalam perjuangannya melalui KMM dan kemudiannya diganti dengan KRIS setelah KMM diharamkan oleh pihak Jepun. Walaupun usaha tersebut gagal dilaksanakan setelah Sukarno membuat peristiharan kemerdekaan Indonesia tanpa penyertaan Tanah Melayu pada17 Ogos 1945. Kesimpulannya, perjuangan Ibrahim Haji Yaacob tidak terkubur walaupun beliau meninggalkan Tanah Melayu kerana perjuangannya diteruskan dengan menyertai revolusi Indonesia. Perjuangan dan cita-citanya tetap diteruskan sehingga Ibrahim Haji Yaacob meninggal dunia pada 8 Mac 1979 pada usia 68 tahun. Namun semangat kebangsaan dan nasionalisme yang diterapkan oleh Ibrahim Haji Yaacob secara tidak langsung membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

7.0RujukanArkib Negara Malaysia. Suara Malaya Merdeka- Oktober- November 1956. Dalam Fail no SPR 2006/01566 Arkib Negara Malaysia Melihat Tanah Air oleh Ibrahim Yaacob (Dr.Iskandar Kamel) dalam fail no. SPR 1998/00009980Abdul Latif Abu Bakar, Ibrahim Haji Yaacob:Kegelisahan Dan Impian Seorang Pejuang, Abdul Latif Abu Bakar, Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan di Malaysia, dalam Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, hlm.108Azlizan Mat Enh. (2009). Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran. Selangor. Karisma Publication SDN.BHDAbu Bakar Nordin (2003). Aspirasi Kebitaraan, Ibu Kandung Suluh Budiman, Tanjong Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn BhdBachtiar Djamily (1979). Perjuangan Ibrahim Yaacob di Indonesia. Berita Harian, 08 Mei 1979.Bachtiar Djamily (1979). Ibrahim Dirikan KMM di Indonesia. Berita Harian, 09 Mei 1979. Bachtiar Djamily.(1985). Ibrahim Yaacob Pahlawan Nusantara. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn Bhd.Prof. Khoo Kay Kim (1979). Tokoh Utama Pelopori Gerakan Kebangsaan. Berita Mingguan,1 April 1979Ramlah Adam, ( 2002), Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.Ramlah Adam(2003). Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Melaka : Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia, 2003.Ramlah Adam.(2004). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2004.Ramlah Adam.(1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.