ibrahim haji yakob

21
PENGENALAN Nasionalisme Tanah Melayu adalah satu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. Keadaan ini merujuk kepada sebuah gerakan yang berkepentingan tersendiri dan ianya cuba melakukan satu penyatuan yang bersifat tempatan dalam kalangan masyarakat tempatan. Nasionalisme sering kali ditafsirkan sebagai gerakan kesedaran yang khusus untuk menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara dalam mencapai kebebasan serta kesejahteraan dan juga memupuk keperibadian sejati. Oleh itu, gerakan nasionalisme di Tanah Melayu hanya khusus diwakili oleh nasionalisme Melayu yang mempunyai unsur-unsur tempatan dan juga sistem politk masyarakat setempat. Ibrahim Haji Yaakob dilahirkan di Kampung Mukim Kertau, Chenor Temerloh Pahang pada 2 November 1911. Ayahnya Haji Yaakob bin Tok Lebai Saat dan Ibunya Cik Hawa binti Husin. Namun pada ketika Ibrahim berusia dua tahun, pasangan ini telah berpisah dan Ibrahim telh tinggal bersama-sama ibunya. Pada tahun 1928, Beliau adalah merupakan salah seorang penuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Kemasukan beliau di MPSI hasil daripada ujian yang

Upload: yan-rian

Post on 17-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Biogorafi politik

TRANSCRIPT

PENGENALANNasionalisme Tanah Melayu adalah satu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. Keadaan ini merujuk kepada sebuah gerakan yang berkepentingan tersendiri dan ianya cuba melakukan satu penyatuan yang bersifat tempatan dalam kalangan masyarakat tempatan. Nasionalisme sering kali ditafsirkan sebagai gerakan kesedaran yang khusus untuk menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara dalam mencapai kebebasan serta kesejahteraan dan juga memupuk keperibadian sejati. Oleh itu, gerakan nasionalisme di Tanah Melayu hanya khusus diwakili oleh nasionalisme Melayu yang mempunyai unsur-unsur tempatan dan juga sistem politk masyarakat setempat.Ibrahim Haji Yaakob dilahirkan di Kampung Mukim Kertau, Chenor Temerloh Pahang pada 2 November 1911. Ayahnya Haji Yaakob bin Tok Lebai Saat dan Ibunya Cik Hawa binti Husin. Namun pada ketika Ibrahim berusia dua tahun, pasangan ini telah berpisah dan Ibrahim telh tinggal bersama-sama ibunya. Pada tahun 1928, Beliau adalah merupakan salah seorang penuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Kemasukan beliau di MPSI hasil daripada ujian yang diduduki oleh 50 orang guru yang berasal dari Pahang dan beliau merupakan salah seorang yang layak daripada sembilan calon yang berjaya. Ketika di MPSI, Ibrahim didedahkan dengan semangat nasionalisme dan patriotisme serta konsep Melayu Raya yang merupakan prinsip utama perjuangannya.[footnoteRef:1] Ibrahim Haji Yaakob boleh dikatakan sebagai tokoh nasionalisme berhaluan kiri. Keadaan in disebabkan sering kali dilihat bahawa perjuangannya tidak mendapat dalam sejarah kebangkitan nasionalisme memandangkan perjuangan beliau jauh berlainan dengan tokoh-tokoh utama perjuangan nasionalisme. Ibrahim Haji Yaakob beranggapan bahawa landasan perjuangan beliau adalah benar dan ini dilakukan bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan tanpa melibatkan campur tangan daripada mana-mana pihak terutamanya daripada penjajah seperti British. [1: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 41-42.]

ISIPerjuangan menentang penjajah melalui KMMIbrahim Haji Yaakob adalah merupakan antara individu yang pertama yang mempunyai keinginan untuk membebaskan Tanah Melayu itu sendiri daripada cengkaman penjajah British. Keadaan ini menjadikan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) menjadi realiti dan Ibrahim Haji Yaakob sendiri yang menjadi pemimpin utamanya. KMM ditubuhkan khas untuk menjadi sebuah organisasi yang menjatuhkan dan mengusir British keluar daripada Tanah Melayu. Hal ini menyatakan bahawa KMM merupakan anti-British dan juga bersikap non koperasi dengan pihak Inggeris.[footnoteRef:2] Kesatuan Melayu Muda mempunyai dasar perjuangan yang tegas dengan menekankan semangat anti-British, antifeudal dan kemerdekaan dalam lingkungan Melayu Raya. Kesatuan Melayu Muda juga dikatakan sebagi pertubuhan politik yang pertama yang memperjuangkan kemerdekaan. Tujuan KMM adalah untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang British dan ini membolehkan konsep Melayu Raya digunakan bagi menentang British. Bahkan oleh sebab itu, perjuangan tersebut dilihat sebagai radikal dan telah menyebabkan KMM dianggap sebagai pejuang berhaluan kiri.[footnoteRef:3] [2: Ibrahim Mustafa, Mengenang Kembali Ibrahim Haji Yaakob, Sarina, Jil. 3, No. 38, Mei 1979, hlm. 45.] [3: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 53.]

Ketika era penjajahan, Ibrahim Haji Yaakob beranggapan bahawa wujudnya dua polisi British yang penting dan ianya berjaya menekan kehidupan orang Melayu. Polisi tersebut ialah dasar pecah dan perintah (divide and rule) dan dasar pintu terbuka (open door policy). Dan dengan adanya polisi-polisi ini, bukan sahaja British berjaya menguasai Tanah Melayu tetapi juga memerintahnya untuk tempoh yang lama. Pada tahun 1824 seluruh negeri Melayu masih merdeka. Sebelum Perjanjian Pangkor 1874 antara Perak dengan pihak Inggeris, secara amnya, negeri-negeri di Tanah Melayu merupakan negeri yang merdeka. Akibat perjanjian tersebut, perlahan-perlahan Inggeris menguasai Tanah Melayu dan kepentingannya. Setelah 40 tahun, British secara mutlak menguasai Tanah Melayu dan juga segala kepentingannya. Melalui dasar pecah dan perintah, Inggeris menggunakan pelbagai strategi seperti memberikan bantuan kepada pembesar atau raja yang menyokongnya, melalui tipu daya, ikatan perjanjian dan sebagainya bagi membolehkan mereka menguasai politik tempatan.[footnoteRef:4] [4: Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, dalam Azlizan Mat Enh, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran, Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd., 2009, hlm. 243.]

Kesedaran tentang kemerdekaan telah dipersoalkan oleh ahli-ahli KKM terutamanya Ibrahim Haji Yaakob. Namun kesedaran ini tidak diperkembangkan dalam kalangan birokrat Melayu yang terlalu kebaratan dan kurang berminat untuk membincangakn maslaah kemiskinan dan kemunduran masyarakat Melayu. Oleh itu perjuangan Ibrahim Haji Yaakob melalui KMM juga dikatakan ditubuhkan sebagai tindak balas beliau terhadap penguasaan golongan aristokrat Melayu dalam kepimpinan politik Melayu. Golongan aristokrat terutamanya mendapat layanan yang baik dan menjawat jawatan selesa seperti penghulu, majistret, pegawai daerah dan sebagainya. Status Quo mereka kekal dan mereka juga diberikan elaun dan pencen. Oleh itu, mereka bekerjasama dengan Inggeris tanpa mempersoalkan kemerdekaan dan kemiskinan orang Melayu.[footnoteRef:5] Melalui sistem pentadbiran yang melibatkan segelintir kecil orang Melayu yang terdiri daripada golongan aristokrat, Britsh berjaya meyakinkan masyarakat Melayu tentang kepentingan menjaga hak mereka dalam masyarakat majmuk, dan hal ini tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.[footnoteRef:6] [5: Ramlah Adam, Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 60.] [6: Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, hlm. 244.]

Bagi Ibrahim Haji Yaakob, beliau mahukan kepimpinan politik masyarakat itu dikongsi bersama oleh golongan rakyat bawahan, yang dianggapnya sentiasa ditindas dan diabaikan oleh golongan atasan. Kesengsaraan kaum Melayu dikatakan terlalu bergantung kepada golongan atasan dan juga keterbukaan yang terlampau dan ini menyebabkan bangsa asing berjaya mengambil peluang. Perjuangan Ibrahim bersama KMM dalam mengangkat kuasa rakyat bawahan bertambah jelas apabila mengatakan KMM dikhaskan untuk golongan pemuda rakyat bawahan dan hal tersebut merupakan sebahagian protes beliau terhadap penguasaan golongan bangsawan dalam kepimpinan politik Melayu. Manakala, bagi golongan muda bangsawan Melayu, yang selesa dengan status yang tinggi dan dilindungi oleh Britsh, Ibrahim Haji Yaakob menganggap golongan tersebut sebagai lemah dan tidak layak dianggap pemimpin politik orang melayu. Menggunakan nama samaran Silawatan, Ibrahim telah membidas pembesar-pembesar Melayu, yang dikatakannya telah jatuh martabatnya kerana membiarkan kemiskinan dan kebodohan orang Melayu yang demikian lemahnya kuasa Melayu itu, hina dan daif di mata isi dunia.[footnoteRef:7] [7: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 49.]

Konsep Melayu RayaMelayu Raya merupakan ideologi Ibrahim Haji Yaakob yang digunakan bagi mengubah nasib bangsa Melayu. Oleh itu, bagi menyalurkan idea tersebut, Ibrahim Haji Yaakob telah menggunakan akhbar seperti Majlis, Warta Ahad dan Warta Jenaka menyebabkan beliau dikenali dan ini membolehkan KMM mendapat perhatian pemuda-pemuda Melayu. Penyatuan adalah merupakan tema penting dalam kebanyakan penulisan Ibrahim Haji Yaakob. Dalam akhbar Majlis, Ibrahim telah menggesa orang Melayu agar bersatu. Beliau menyifatkan Semenanjung dan Indonesia adalah tanah pusaka nenek moyang orang Melayu. Pada tahun 1939, melalui akhbar yang sama, Ibrahim Haji Yaakob telah menyeru orang Melayu agar mengabaikan perbezaan etnik bagi tujuan menyatukan umat Melayu. Malahan beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu tidak kurang daripada 65 juta orang, merupakan bangsa besar tetapi kerana tidak kuat semangat kebangsaan, maka orang Melayu menjadi lemah dan tidak bersatu. Konsep Melayu Raya yang menjadi dasar perjuangan Ibrahim Haji Yaakob untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan British dengan meletakkan Tanah Melayu di bawah Indonesia adalah sebenarnya bermula sejak awal ketika beliau menuntut di SITC. Melalui kususateraan dan juga sejarah, konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh Ibrahim Haji Yaakob adalah hasil daripada pengaliran pengaruh Indonesia ke dalam sistem pendidikan vernakular terutama di SITC. Oleh sebab itu hal tersebut telah mempengaruhi intelek dan aktiviti Indonesia juga dapat diketahui.[footnoteRef:8] Ibrahim Haji Yaakob menjadi tokoh yang paling utama dalam memperjuangkan gagasan Melayu Raya. Pengaruh daripada akhbar Fikiran Rakyat telah menyebabkan Ibrahim Haji Yaakob melihat penyatuan antara rakyat Tanah Melayu dan Indonesia adalah perlu untuk mengerakkan ikatan kebangsaan menuju Indonesia Raya. Pada peringkat awal Ibrahim Haji Yaakob melihat impian Melayu Raya lebih kepada cita-cita kebudayaan iaitu memperteguh keyakinan diri dan bangsa.[footnoteRef:9] [8: Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, hlm. 234.] [9: Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, hlm. 234.]

Sesungguhnya saya bolehlah memberi pandangan berkenaan dengan perasaan Melayu Raya pada masa akhir ini iaitu lepas daripada hampir lima ratus tahun lamanya mereka menghadapi peperangan saudara hingga Semenanjung Tanah Melayu ini terbahagi kepada beberapa puak yang bernegeri-negeri dan berlawan di antaranya sendiri, maka pada masa ini mulailah cita-cita hendak bersekutu semula, bukannya sahaja antara umat-umat Melayu dua million di Tanah Melayu ini, akan tetapi dengan umat-umat di Indonesia seramai 65 million itu. Mereka telah ingin hendak bersatu bekerjasma-bekerjasama tetapi hal ini hanyalah satu perasaan sahaja, baharukan dan sebahagian daripada pihak kaum perjuangan dan darah-darah raja yang masih menentang perasaan-perasaan hendak mempersatukan umat-umat Melayu seumumnya itu.[footnoteRef:10] [10: Ibrahim Haji Yaacob, Melihat Tanah Air, Kuantan: Percetakan Timur, 1975, hlm. 12-13.]

Ibrahim Haji Yaakob melihat bahawa gagasan Melayu Raya adalah merupakan satu perasaan baru yang bertujuan untuk menyatukan seluruh umat Melayu di Nusantara. Beliau beranggapan selama ini umat Melayu hidup terpisah mengikut daerah dan etnik serta perasaan baru ini menjadi impian baginya untuk menyatukan bangsa Melayu yang dianggap besar. Ibrahim Haji Yaakob amat yakin dengan pembentukan Melayu Raya memandangkan beliau beranggapan bahawa bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang besar. Hal ini disuarakan dalam akhbar Majlis:

Maka nyatalah bangsa kita Melayu tidak kurang daripada 65 milion jiwa maka nyatalah kita suatu bangsa yang ramai[footnoteRef:11] [11: Majlis, 16 November 1939, dipetik daripada Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, hlm. 235]

Oleh itu, konsep Melayu Raya yang diperjuangkan merupakan satu usaha Ibrahim Haji Yaakob yang perlu dicapai. Kesungguhan beliau dalam memperjuangkan gagasan Melayu Raya amat tebal dan tidak boleh dipertikaikan:

Hanyalah saya meminta petunjuk yang sebenar daripada Tuhan yang Maha Kuasa supaya semua orang saya bersatu kepada satu perhimpunan bangsa Melayu yang mempunyai satu hak dan satu pengertian bagi mencapai cita-cita Melayu Raya. Mudah-mudahan dengan perlahan-lahan hiduplah bangsa Melayu berdiri sebagai satu bangsa di muka bumi ini yang mempunyai hak-hak kebangsaan di Tanah Melayu dan gugusan pulau-pulau di alam Melayu (Kepulauan Indonesia)[footnoteRef:12] [12: Ibrahim Haji Yaacob, Melihat Tanah Air, hlm. 12-13.]

Melalui gagasan tersebut, Ibrahim Haji Yaakob berharap kaum Melayu di Tanah Melayu dan juga di gugusan Kepulauan Melayu dapat bersatu dengan satu matlamat agar hak dan maruah umat Melayu dapat diperolehi kembali. Bagi Ibrahim Haji Yaakob, penyatuan bangsa dan dunia Melayu boleh berlaku berdasarkan kepada persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa. Persamaan-persamaan ini menjadikan mereka daripada satu rumpun yang sama iaitu Melayu.[footnoteRef:13] [13: Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 6.]

Sebaran Propaganda anti-BritishIbrahim Haji Yaakob telah menggunakan pendudukan Jepun sebagai satu peluang untuk mendapat tempat dalam kegiatan nasionalisme. Dengan lain-lain perkataan, beliau sanggup menjalinkan kerjasama dengan pihak Jepun semata-mata untuk memenuhi tuntutan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Melalui akhbar Warta Malaya, Ibrahim menjadikan akhbar itu sebagai alat menentang British dengan menaikkan semangat bencikan penjajah secara terbuka dank eras dalam kalangan pembacanya. Dengan ini, Ibrahim dapat menyebarkan dasar anti-penjajahan British di seluruh Semenanjung dengan memberi penghargaan yang tinggi kepada kejayaan Jepun dalam peperangan mengalahkan Rusia pada tahun 1905. Kemudian setelah seketika, Ibrahim pergi lebih jauh lagi dengan menggunakan KMM sebagai ejen politik Jepun di Tanah Melayu dan mengadakan kerjasama Fujiwara Kikan dan beliau bertanggungjawab bekerjasama dengan pegawai propaganda Jepun di Bangkok, Kolonel Tamura, untuk mencari mencari kumpulan anti-British daripada kalangan orang Melayu sebagainya.[footnoteRef:14] Ibrahim dan KMM telah diterima bekerjasama dengan pasukan propaganda Jepun dalam kod nama KAME (KURA-KURA).[footnoteRef:15] [14: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 58] [15: Ibid., 58.]

Dengan membantu Jepun sebagai perisik, dan pemberi maklumat semasa penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu telah membolehkan mereka mendapat kedudukan yang baik dalam pentadbiran Jepun yang berjalan selama tiga tahun setengah.[footnoteRef:16] Ibrahim Haji Yaakob telah diberi jawatan sebagai Ketua Pengarang Semangat Asia bersama Ishak Haji Mohammad sebagai propagandis bagi dasar perluasan kuasa Jepun dalam Konsep Kemakmuran Bersama Asia di Asia.[footnoteRef:17] Dalam konsep ini, Jepun cuba melahirkan satu kesedaran yang romantic terhadap warisan kebudayaan yang sama iaitu penjajahan Barat terhadap negara Asia. Kerjasama Ibrahim Haji Yaakob dan kawan-kawannya memberi satu corak baru kepada kegiatan nasionalisme kumpulan ini. Ketika meletusnya perang pada tahun 1940, kita dapat melihat kumpulan ini telah menjalankan satu tindakan politik yang jelas sekali menentang penjajahan British. Kesatuan Melayu Muda yang menjadi penentang British, di bawah pengaruh bekas-bekas pelarian Parti Komunis Indonesia seperti Sultan Djenain telah menjalankan dasar anti-British. Jepun mengambil kesempatan ini untuk menyokong dan menjanjikan kemerdekaan kepada kumpulan ini.[footnoteRef:18] [16: Ibrahim Mustafa, Mengenang Kembali Ibrahim Haji Yaakob, hlm. 45-46] [17: Ibid.] [18: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, Kangar:Universiti Malaya Perlis, 2013, hlm. 145.]

Ibrahim Haji Yaakob secara peribadi telah menggunakan suasana peperangan dan pertelingkahan politik antarabangsa, yang melibatkan Britain dan Jepun, untuk kepentingan politik dan nasib orang Melayu Semenanjung. Menurut Ibrahim, tindakan Amerika Syarikat dan Britain yang membenarkan Jepun menekan China dan dalam masa yang sama mengenakan tindakn ketenteraan kepada Jepun di China, menunjukkan kebimbangan dan pengiktirafan kepada kekuatan Jepun sebagai satu kuasa yang boleh mengancam keselamatan mereka. Britain juga mula memberi perhatian kepada kegiatan Jepun di Tanah Melayu. Kekuatan Jepun pula diakui oleh Siam dengan berbaik-baik secara terbuka dengan Jepun.[footnoteRef:19] [19: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 56.]

Kemerdekaan bersama IndonesiaUsaha untuk mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia pada pertengahan tahun 1945 telah dipimpin oleh golongan kiri dengan kerjasama golongan kanan. Hal ini sangat menarik kerana akhirnya golongan kiri dapat bekerjasama dengan golongan kanan dalam menjadi pemimpin. Oleh itu, ianya merupakan satu kemenangan golongan kiri yang memang diusahakan oleh Ibrahim Haji Yaakob sejak penubuhan Kesatuan Melayu Muda itu sendiri. Penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia (KRIS) yang dipersetujui oleh Jepun telah dilakukan sebagai badan untuk melaksanakan usaha untuk mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia. Ibrahim Haji Yaakob kemudian dikatakan telah membentuk sebuah kerajaan bayangan yang akan berjalan serentak dengan pengisytiharan kemerdekaan Indonesua dengan memasukkan beberapa nama seperti Raja Abdul Aziz Perak, Dato Onn Jaafar, Dato Hamzah Abdullah dan Raja Kamaruzzaman untuk menjadi anggotanya.[footnoteRef:20] [20: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm. 147.]

Merdeka bersama Indonesia merupakan satu konsep penyatuan dengan Indonesia yang menjadi dasar dan matlamat nasionalisme Melayu yang ditegaskan oleh golongan radikal semasa pendudukan Jepun. Pengumuman kerajaan Jepun pada 9 September untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia, dengan keutamaan kepada Pulau Jawa telah memberikan peluang kepada Ibrahim untuk menegakkan semula idea Melayu Raya dan merdeka bersama Indonesia, yang telah menjadi dasar KMM sebelum itu. Satu mesyuarat telah diadakan di rumah Ibrahim di Tanjung Katong, Singapura pada 4 atau 5 Mei 1945 1945. Mesyuarat ini dihadiri oleh lapan orang sahabat rapat Ibrahim dan Itagaki, sebagai jemputan. Dengan arahan Itagaki, Ibrahim telah dilantik menjadi pemimpin gerakan nasionalis Melayu untuk menerima kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. Melalui KRIS, Kekuatan Rakyat Istimewa ataupun Ibrahim dalam tulisannya menyebut Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung telah menjadi satu badan penganjur kemerdekaan melibatkan Tanah Melayu dan Indonesia.[footnoteRef:21] [21: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 72.]

Dalam perundingan bersama Indonesia itu, Ibrahim Haji Yaakob telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Jakarta bagi merundingkan hal itu dengan berjumpa Sukarno bagi memohon kemasukan Semenanjung Tanah Melayu ke dalam Indonesia Raya. Rombongan ini telah pergi ke Indonesia pada bulan April 1945 dan rundingan tersebut dilakukan dalam Persidangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia.[footnoteRef:22] Badan ini bermesyuarat pada 28 Mei 1945. Sukarno sendiri telah menerima permohonan Ibrahim tersebut dengan menyatakan bahawa Indonesia memerlukan Tanah Melayu bagi menjaga keselamatannya. Hal ini bermakna Indonesia akan beruntung kerana Tanah Melayu adalah sebuah semenanjung yang subur dan telah mempunyai keturunan Indonesia di Tanah Melayu selain Semenanjung juga telah maju daripada segi perdagangan dan perlombongan.[footnoteRef:23] Namun setelah beberapa ketika, ketika menyambut Ibrahim telah menyatakan bahawa idea menyatukan Semenanjung dengan Indonesia adalah merupakan sesuatu yang tidak wajar kerana mereka terpaksa menentang dua kuasa penjajah iaitu British dan Belanda dalam pada masa yang sama. Keadaan ini apabila mana KRIS itu sendiri telah diwujudkan.[footnoteRef:24] [22: Ibid., hlm. 70.] [23: Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, hlm. 72.] [24: Ibid., hlm. 76.]

Pada pertengahan Julai 1945, Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia telah membincangkan sempadan politik Indonesia. Terdapat tiga cadangan yang dibuat iaitu a) hanya Hindia Timur Belanda b) Hindia Timur Belanda campur Malaya, New Guinea, North Borneo dan Pulau Timor (Portugis) c) Hindia Timur Belanda campur Malaya, Borneo Utara dan Timor.[footnoteRef:25] Ibrahim Haji Yaakob juga telah menemui Sukarno dan rombongannya di Taiping yang baharu pulang dari Saigon kerana membincangkan kemerdekaan Indonesia dengan ketua tentera Jepun bagi Qsia Tenggara, Field Marshal Terauchi. Pertemuan Sukarno dengan Ibrahim adalah sangat penting untuk menjayakan rancangan Jepun memerdekakan Tanah Melayu di bawah Indonesia. Dalam perbincangan sulitnya dengan Sukarno, Hatta dan Jeneral Emezu, Ibrahim telah memberikan kata putus untuk merdeka bersama Indonesia, dan Singapura tidak dimasukkan dalam penyatuan tersebut.[footnoteRef:26] [25: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm. 147.] [26: Ibid., hlm. 72.]

Merdeka bersama Indonesia yang diputuskan oleh Ibrahim Haji Yaakob itu sebenarnya tanda permulaan konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya yang menjadi pegangan golongan radikal ini secara tegas dan membesakan mereka dengan golongan kanan selepas perang. Konsep politik ini dibina hasil daripada latar belakang sejarah dan kesamaan budaya serta rumpun bangsa Melayu itu sendiri. Ianya adalah merupakan satu wawasan politik yang ingin menggabungkan Kepulauan Melayu atau Nusantara dalam satu konfederasi yang besar tanpa memikirkan sempadan politik. Pembinaan semangat Melayu Raya atau Indonesia Raya itu dengan sengaja dipupuk oleh Indonesia dan Semenanjung dapat disatukan sebagai saudara dalam konsep Asia Timur Raya yang akan diketuai oleh Jepun.[footnoteRef:27] [27: Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, hlm. 148.]

Perjuangan politik Ibrahim Haji Yaakob dan rakan-rakan seperjuangannya ialah untuk mencantumkan Malaya dengan Indonesia ke dalam Kesatuan Melayu Raya. Lantaran inilah beliau juga turut aktif dalam Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung ketika Jepun hampir mengalami kekalahan. Pada 8 ogos 1945, Ibrahim Haji Yaakob berunding dengan Dr. Mohammad Hatta dan Soekarno untuk merundingkan gagasan Melayu Raya. Gagasan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Indonesia terlebih dahulu mengisytiharkan kemerdekaannya secara bersendirian. Kemerdekaan Indonesia yang diisytiharkan pada 17 Ogos 1945 oleh Sukarno telah mengelirukan ramai ahli KRIS.

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, dapat dilihat bahawa Ibrahim Haji Yaakob juga merupakan seorang nasionalis. Keadaan ini kerana beliau sendiri mempunyai semangat kecintaan kepada bangsa dan negaranya sehingga sanggup melakukan pelbagai cara untuk membebaskan daripada pemerintahan Britsh. Misalnya penubuhan KMM, bersama golongan muda Melayu, Ibrahim Haji Yaako mengkritik pemerintahan British serta juga pemimpin tradisional Melayu yang telah lama menindas rakyat marhaen. Dengan hal ini, beliau beranggapan penjajahan British perlu ditamatkan dengan cara mendapatkan kemerdekaan. Oleh itu, tidak hairanlah wujudnya kerjasama dengan pihak Jepun dalam menjatuhkan British di Tanah Melayu. Manakala konsep Melayu Raya merupakan tunjang perjuangan Ibrahim Haji Yaakob sepanjang masa. Impian beliau melihat Melayu Raya menjadi kenyataan hampir-hampir menjadi apabila wujudnya kerjasama dengan Indonesia melalui konsep Indonesia Raya. Walapun perjuangan beliau masih dianggap berhaluan kiri, wujudnya segelintir masyarakt pada hari ini, yang beranggapan beliau merupakan nasionalis Melayu yang cuba mengubah nasib bangsa, agama dan juga negara.

BIBLIOGRAFI1. Ibrahim Haji Yaacob, Melihat Tanah Air, Kuantan:Percetakan Timur, 1975.2. Ibrahim Mustafa, Mengenang Kembali Ibrahim Haji Yaakob, Sarina, Jil. 3, No. 38, Mei 1979.3. Khoo Kay Kim, Ibrahim Yaakob dan KMM, Widya, No. 21, Mei 1979.4. Ramlah Adam, Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.5. Ramlah Adam, Gerakan Politik Melayu 1945-1957, Kangar:Universiti Malaya Perlis, 2013.6. Ramlah Adam, Gerakan Radikalisme di Malaysia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.7. Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.8. Roslan Saadon, Pemikiran dan Perjuangan Politik Ibrahim Haji Yaakob, dalam Azlizan Mat Enh, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran, Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd., 2009.